BAB 14

Romance Completed 15807

Syuqaira memandang wajahnya yang terpantul di cermin setelah selesai memakai tudungnya. Birai tudung dibetulkan beberapa kali sebelum dia mengukir senyuman dan berlalu ke pintu untuk keluar bilik. Tentulah tidak manis jika dia hanya berkurung sahaja di dalam bilik apabila berada di rumah keluarga mentuanya. Apatah lagi dia memang sudah kenal rapat dengan adik perempuan dan ibu suaminya sebelum dia bernikah lagi.

Perlahan-lahan kakinya melangkah turun tangga dari tingkat atas. Kedengaran di telinganya gema bunyi piano dimainkan. Syuqaira tersenyum. Dia seperti sudah dapat mengagak lagu apakah yang sedang dimainkan itu. Apa yang dia tidak dapat agak ialah siapa yang bermain piano itu. Almaklumlah, semua ahli keluarga mentuanya memang pandai bermain piano.

Bibirnya bergerak-gerak, menyanyikan lirik lagu itu perlahan.

[1]Alhamdulillah, Alhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah

Alhamdulillah, Alhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You

I wanna thank you for all the things that you’ve done

You’ve done for me through all my years I’ve been lost

You guided me from all the ways that were wrong

And did you give me hope

Tiba di ruang tamu, dia melihat suaminya sedang berdiri di sisi piano hitam yang tersedia di satu sudut. Apabila suaminya menyedari kehadirannya di situ, lelaki itu menyuakan senyuman kepadanya. Syuqaira membalas senyuman itu, tetapi masih berdiri di situ. Dia melihat belakang Airi yang khusyuk bermain piano tanpa menyedari kehadirannya.

Syuqaira jadi kagum dengan adik iparnya itu. Matanya memandang jari-jemari gadis itu yang rancak bergerak di atas piano itu. Iyalah, dia bukannya reti main piano, jadi dia merasakan bahawa orang yang mahir bermain instrument itu bukanlah sebarangan orang.

Bunyi yang mendayu-dayu semakin perlahan dan akhirnya berhenti. Syuqaira mula bergerak perlahan menghampiri dua orang kesayangannya itu.

“Alhamdulillah. Okey dah tu, dik,” ujar suaminya kepada Airi.

“Tapi rasa macam ada je tune yang tak kena tadi,” adu adik iparnya pula dengan nada manja dan sedikit tidak puas hati dengan kerjanya sendiri tadi.

“Tak apa, esok kita praktis lagi,” jawab si abang kepada Airi itu.

Syuqaira yang sudah berada di belakang Airi itu meletakkan tangannya di atas bahu gadis itu. Pantas sahaja Airi berpaling ke arahnya.

“Akak! Aduh... terkejut Airi.”

Syuqaira tersengih. Dia tidak sangka pula Airi akan terkejut. Dia bukannya sengaja ingin mengejutkan gadis itu. Sangkanya, Airi sudah sedar dia berada di ruang tamu itu.

“Sedap dengar Airi main tadi,” puji Syuqaira setelah meminta maaf.

Airi hanya tersengih dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“Tengok tu. Kak Syuq pun dah puji. Dah okeylah adik main, cuma perlu sentiasa praktislah,” ujar suaminya pula. Syuqaira bergerak berdiri di sisi suaminya. Tangan suaminya serta-merta bergerak memeluk pinggangnya seperti mana dia memeluk belakang pinggang suaminya.

“Kenapa nak praktis-praktis ni? Ada event apa-apakah?” soal Syuqaira. Setahu dia, selama ini Airi hanya bermain piano di rumahnya untuk suka-suka sahaja. Tiba-tiba pula perlu berlatih.

“Ni ha. Budak kecik ni nak buat performance kat kolej,” si suaminya tolong menjawab soalannya. Airi sudah tersengih malu. Syuqaira tersenyum. Wah. Wah. Wah. Sudah maju adik iparnya itu.

“Event apa, Airi?”

“Musical Theatre untuk Campus Dakwah Project,” jawab Airi malu-malu.

Syuqaira mengangguk. Kalau sebut Campus Dakwah Project ataupun nama pendeknya CAMPRO, dia akan mengerti. CAMPRO adalah sebuah program sebulan yang wajib diadakan pada setiap semester di kolej bekas tempat dia menyambung pelajarannya dahulu. Walaubagaimana pun, dia rasa program Musical Theatre adalah satu aktiviti baru dalam CAMPRO.

“Airi jadi one of wakil kolej ke?” Soal Syuqaira lagi.

“Ha’ah. Entah macam mana ada kawan Airi yang tahu Airi boleh main piano ni bagi nama Airi untuk performers.” Airi menjawab sambil bangun dari duduknya di hadapan piano pula, membiarkan si abang mengambil tempatnya. Syuqaira memandang sahaja suaminya yang sudah duduk di kerusi piano itu.

“Jemput performers dari luar tak?” Syuqaira makin berminat. Sudah lama dia tidak menziarahi kolej itu. Teringin pula pergi. Apatah lagi, program CAMPRO ini sebenarnya memang terbuka kepada orang luar, bolehlah dia dan suami pergi melihat adik iparnya itu membuat persembahan.

“Ada jemputan luar Ustaz Nazrey ex-Raihan dulu tu.”

Syuqaira mengangguk beberapa kali.

“Nanti bolehlah akak tengok Airi buat performanceeh,” ujar Syuqaira mencuit pipi gadis itu. Airi tersengih lagi sebelum berlalu. Malu sangat pula gadis itu. Syuqaira menggeleng sahaja sebelum melihat suaminya yang sedang duduk sambil memandangnya itu.

“Kenapa pandang saya, Encik Muhammad Zafir?” soal Syuqaira dengan kening terangkat.

“Pandang isteri sendiri dapat pahala, Puan Syuqaira. Meh, duduk sini,” balas suaminya sambil menghulurkan tangan ke arahnya.

Syuqaira tersenyum manis, menyambut tangan lelaki itu sebelum turut melabuhkan dirinya di sisi suaminya rapat.

“Nak request lagu apa?” soal Zafir, memandang si isteri di sebelahnya dengan senyumanDia akan minta isterinya request lagu untuk dia main. . Memang sudah biasa mereka begitu kalau tidak ramai yang ada di rumah itu. Bolehlah dia dan isteri bermanja sedikit menggunakan piano itu. Kali ini, Syuqaira hanya mengangkat bahu.

“Tak kisah lagu apa tapi nak request benda lain,” Syuqaira meleretkan ayatnya yang tidak sempurna.

“Apa?” soal Zafir.

“Nak request Encik Muhammad Zafir nyanyi sekali, bukan main piano saja. Boleh?” soal Syuqaira dengan mukanya yang dibuat-buat comel. Terangkat kening Zafir mendengar permintaan isteri tercintanya. Aiks... selama ni tak pernah minta pun.

“Nanti kang hujan turun, yang,” jawab Zafir bersahaja. Syuqaira memuncung bibirnya seketika.

“Alah... suara abang okey apa. Please...” Syuqaira memujuk suaminya. Dipegang lengan suaminya manja.

“Hurm... yalah, Puan Syuqaira. Anything for you.” Zafir mencuit hujung hidung isterinya. Kemudian, jari-jemarinya mula menari di atas papan-papan piano. Perlahan-lahan, kedengaran gema daripada piano itu berkumandang di ruang itu. For The Rest Of My Life oleh Maher Zain. Seketika kemudian, kotak suara Zafir mula mengeluarkan suara. Syuqaira senyum puas hati. Dia melentokkan kepalanya di bahu suami.

[2]I praise Allah for sending me you my love

You’ve found your home it’s here with me, and I’m here with you

Now let me let you know

You’ve opened my heart

I was always thinking that love was wrong

But everything was changed when you came along, oh

And there’s a couple of words I want to say

For the rest of my life, I’ll be with you

I’ll stay by your side, honest and true

Till the end of my time, I’ll be loving you, loving you

For the rest of my life, through days and nights

I’ll thank Allah for opening my eyes

Now and forever I, I’ll be there for you

I know it deep in my heart

Syuqaira mengangkat kepala dengan senyuman manis sekali apabila bunyi piano sudah tidak kedengaran. Dipandang wajah suaminya dengan penuh rasa kasih sayang.

“Terima kasih, abang,” ucapnya lembut. Sebetulnya, mendengar suara suaminya menyanyikan lagu itu tadi, dia berasa seperti itu adalah luahan sebenar suaminya. Terasa dirinya begitu disayangi. Alhamdulillah. Terima kasih, Tuhan.

“Anything for you,” ulang Zafir sekali lagi, membalas renungan lembut si isteri pertama dan terakhirnya, insyaAllah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience