Bab 7

Romance Series 5260

Keesokannya, mama dan papa Alisya pergi ke rumah Hakim. Mama dan papa sampai kan hajat Alisya untuk merisik Hakim terlebih dahulu Dan bukannya terus meminang. Adab orang melayu haruslah dikekalkan. Alisya hanya duduk di rumah walaupun pada hari itu dia cuti. Dia hanya akan menunggu keputusan Hakim dari rumah.

Cincin yang dibeli untuk Hakim, mama dan papa bawa untuk merisik Hakim bagi pihaknya. Walaupun dia tak tahu saiz jari Hakim, Alisya hanya mengukur menggunakan ibu jarinya. Kata orang tua-tua, kalau nak tahu jodoh kita, saiz cincin lelaki pasti sama dengan saiz ibu jari perempuan. Ntah la, Alisya tak kisah sangat pasal cincin tu muat ataupun tak. Itu masalah kedua, yang penting dia harap sangat Hakim terimanya.

Lagi pun Alisya dan Hakim bukannya rapat sangat kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan perempuannya yang lain di sekolah menengah. Dia akan cuba kuat sekiranya Hakim reject. Alisya di rumah seperti cacing kepanasan. Tak senang duduk, apabila memikirkan penerimaan Hakim terhadap dirinya.

Mama dan papa pun pulang, Alisya meluru ke arah mama dan papa nak tahu keputusan. Berdebar-debar Alisya. Tapi apabila melihat kan riak mama dan papa, Alisya jadi takut. Dia takut apabila keputusan yang akan diterima tidak seperti yang diharapkan.

"Mama, macam mana ma? Pa? Hakim terima tak Alisya?" Alisya terus bertanya sedangkan mama dan papa belum melepaskan lelah.

Setelah mama dan papa duduk, Alisya bertanya lagi sama ada Hakim terima ataupun tidak.

"Alisya, Hakim dan keluarganya tak terima. Dia ada pilihan lain. Alisya jangan sedih ye." Mama memberi semangat kepada anaknya. Dia tahu anaknya pasti sedih dengan keputusan itu. Tapi dia tahu anaknya kuat.

"Alisya okay tak ni?" Papa tanya Alisya apabila melihat anaknya terdiam seketika.

"Okay pa..tak pe lah ma, pa..Alisya masuk bilik dulu." Alisya berlalu pergi ke biliknya. Dia tidak sangka Hakim menolaknya. Alisya sedar, mungkin Hakim rasa dia tak layak untuk Hakim. Dia tak cukup hebat untuk Hakim.

Di dalam bilik, Alisya menangis. Dia menangis semahu-mahunya. Alisya akan pasti kan dia tak Akan membuat bunyi bising dengan tangisannya itu. Dia tak mahu mama dan papa tahu dia menangis. Dia tak mahu mama dan papa risau.

Selepas dia puas menangis, dia pergi mandi. Ingatkan dia dah kuat, tapi apabila dia ingatkan balik, tak semena-me a dia nangis. Sambil mandi, dia nangis.

Tapi lepas dia fikir balik, buat apa dia nak nangis. Sepatutnya dia boleh jangka keputusan Hakim macam tu. Dia yang letak expectation tinggi sangat. Padan muka. Lepas selesai dia mandi, dia bercadang nak keluar, tak nak fikir dah. Dia nak tenangkan fikiran.

Malam tu juga Alisya mintak izin mama dan papa untuk keluar. Pada awalnya mama tak nak bagi sebab malam. Tapi, bila papa izinkan, mama turutkan saja asalkan Alisya pulang awal. Tak manis anak dara balik lewat malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience