Minggu berikutnya, Adrian ke Shanghai. Lora pula mengikut keluarga Datin Fauziah melancong ke Eropah sempena cuti sekolah. Tinggal Miya sendirian, membuat dia merasa seperti kembali ke zaman bujangnya dulu. Pulang dari pejabat, memasak untuk diri sendiri, menonton drama Korea, tidur, dan ulang. Begitulah setiap hari, 365 hari setahun.
Mungkin kerana sejak beberapa bulan kebelakangan ini dia sudah terbiasa dengan kehadiran Adrian dan Lora, hidupnya terasa sunyi tanpa mereka. Kondominium yang besar dan luas itu terasa kosong tanpa mereka berdua. Setiap hari dia akan bekerja lebih masa sehingga pukul sembilan atau sepuluh malam. Kadang-kadang dia sendirian, kadang-kadang Balqis akan menemaninya jika sahabatnya itu tidak ada janji temu dengan teman lelakinya.
Malam ini Miya sendirian. Balqis pulang awal hari ini. Ada janji menonton wayang bersama Razin, teman lelakinya. Bersandar pada kerusi, Miya menggeliat membetulkan urat-urat tubuhnya yang tegang. Terlalu lama duduk dan mengadap skrin laptop membuat tubuh dan matanya letih.
Jam di pergelangan tangannya menunjukkan pukul sepuluh malam. Ah, sudah lewat rupanya. Menutup laptop, dia mula mengemas segala dokumen di ats meja dan bersiap-siap untuk pulang.
Suasana sekitar bangunan DayMond Jewels sudah sunyi saat dia melangkah keluar. Kereta pula diparkir di bangunan bersebelahan kerana bimbang kereta mewah pemberian Adrian itu dilihat rakan-rakan sekerja. Mahu memandu kereta sendiri, Adrian tidak membenarkan. Kata Adrian, jika dia melihat Miya memandu kereta itu, dia akan mengupah penarik kereta menarik keretanya ke tempat pelupusan sampah. Kejam!
Bunyi telefon di dalam beg tangannya membuat Miya terlonjak kaget. Mana tidak, suasana sunyi dan sepi tiba-tiba dipecahkan dengan bunyi nyaring itu. Digagau telefon di dalam tas tangan sebelum menariknya keluar.
Terbit senyum di wajahnya tanpa sedar apabila melihat nama Adrian berkelip pada skrin. Ini kali kedua Adrian menghubunginya selepas dia terbang ke Shanghai dua hari lalu.
“Hallo.”
Where are you?” tanya Adrian, tanpa membalas sapaan Miya.
"Tengah jalan nak pergi parking. Baru nak balik,” jawab Miya sambil laju membawa langkah menuju keretanya.
“Kenapa balik lambat sangat?” Lembut nada Adrian membuat Miya seperti dilambung ke puncak tertinggi.
“Ermm…Because the house feels empty without you and Lora.”
“So, do you miss us?” Adrian bertanya tanpa dapat menyembunyikan senyumnya.
“Yeah, I have to admit that…..Arrrghhh!!!”
Terasa pedih belakangnya seperti ditoreh sesuatu sebelum seseorang melanggar tubuhnya dari belakang membuat dia jatuh tersembam. Tercampak telefonnnya
“Miya! Miya!” Adrian berteriak panik apabila mendengar Miya menjerit sebelum talian terputus.
Didail nombor Miya sekali lagi, namun panggilannya ditolak. Berkali-kali. Bagai mahu pecah dadanya saking kuat berdegup. Menggigil tangannya memegang telefon lantas menekan nombor Richard.
MIYA meringis sambil menyapu-nyapu lututnya yang luka selepas terjatuh tadi. Belakangnya juga terasa pedih tidak tahu kerana apa. Lama dia terduduk menahan sakit. Tidak dia peduli dengan telefonnya yang terjatuh entah di mana sehinggalah susuk lelaki yang melanggar tubuhnya tadi menghampiri dan menghulurkan telefonnya.
Menyambut telefon yang dihulurkan, Miya mendongak memandang orang itu Seorang lelaki, yang mungkin berusia awal empat puluhan. Rambutnya panjang sehingga paras bahu dan diikat. Terdapat parut yang agak tebal melintang dari kening sebelah kanan hingga ke sudut kiri bibirnya. Tajam tatapannya membuat Miya bergidik ngeri.
“Saya minta maaf. Saya nak cepat tadi dan terlanggar cik,” ujar lelaki itu; Menunduk sedikit sebelum berlalu meninggalkan Miya.
Miya cepat-cepat bangun lalu melangkah laju menuju ke kereta sambil menekan nombor Adrian.
KETIKA Adrian baru sahaja menamatkan panggilan dengan Richard, telefonnya berbunyi. Melihat nama Miya pada skrin, segera dia menjawab panggilan itu.
“Miya, what happened?” tanyanya sebelum Miya sempat bersuara.
“A man bumped into me and my phone fell to the ground,” jawab Miya dengan nafas yang tercungap-cungap; kepenatan selepas berlari-lari anak menuju ke kereta tadi. Walaupun lelaki itu tidak melakukan apa-apa yang membahayakan dirinya, tetapi entah mengapa dia rasa tidak sedap hati.
“Are you okay?”
“Yeah..But…”
“But what?”
Miya ingin memberitahu Adrian tentang lelaki itu. Pandangan matanya seolah-olah mahu membunuh dan riak wajah lelaki itu sungguh menakutkan. Tetapi memikirkan Adrian mungkin tidak peduli atau tidak berminat untuk tahu, dia membatalkan hasratnya. Bimbang jika dia memberitahu, respon Adrian akan membuat dia kecewa. Lebih baik dia diamkan saja. Lagipun tidak ada apa-apa yang serius kecuali rasa pedih pada belakangnya. Tetapi tidaklah terlalu sakit. Cuma denyut itu sesekali muncul membuat dia meringis.
“Nothing. I just think too much.”
“Hmm…Kalau macam tu, terus balik rumah dan jangan singgah mana-mana.”
“Okay.”
“Esok jangan balik lewat.”
“Okay.”
“Take care.”
“You too.”
“Terus call saya bila dah sampai rumah.”
“Okay.”
Adrian memutuskan talian, kemudian menghubungi Balqis dan mengarahkannya supaya memastikan Miya pulang awal esok.
Selepas itu barulah dia dapat bernafas dengan tenang. Bersandar pada tempat duduk keretanya, dia membuang pandang ke luar, melihat panorama Kota Shanghai pada waktu malam. Hujan yang turun renyai-renyai membias cahaya lampu yang menerangi malam Shanghai, menghasilkan silau yang memukau.
Dia dalam perjalanan pulang daripada majlis makan malam yang dianjurkan oleh ibu pejabat Acassia Villa di Shanghai ketika menghubungi Miya tadi. Hanya mahu memberitahu, salah seorang tetamunya memakai koleksi aksesori 'Undying Love' yang dilancarkan DayMond minggu lalu. Namun, hasrat itu terbantut dan dia pun terlupa selepas tiba-tiba talian terputus tadi. Terdengar remeh sekali alasan itu. Tetapi begitulah. Selama dua hari di Shanghai, tidak pernah sekali Miya menghubunginya, atau setidaknya mesej. Benar-benar isterinya itu mengotakan kata-katanya; 'When you're with me, you're mine.' Dan ya, saat dia tidak bersama Miya, sedikit pun Miya tidak mengganggunya. Dia pula yang terasa tidak lengkap harinya jika tidak mendengar suara Miya.
Melepas keluh, dia memandang skrin telefonnya yang masih menyala. Wajah Dahlia masih menghiasi skrin telefonnya. Dia masih merindui dan mencintai Dahlia sehingga hari ini. Tidak pernah berubah atau berkurang walau sedikit sekalipun dia bersama Miya. Miya tidak sama dengan Dahlia dan tidak mungkin dapat menggantikan tempat Dahlia. Walaupun Miya sudah berjaya mencuri hati Lora dan kedua-dua ibu bapanya, tetapi Miya belum dapat mencuri hatinya. Dia sukakan Miya kerana wanita itu bijak dan pandai menyesuaikan diri dengan semua keadaan. Miya memiliki ciri-ciri wanita idaman lelaki berkelas sosial tinggi sepertinya. Cantik, anggun, lembutdl dan menawan. Tetapi tetap, rasa cinta untuk Miya itu tidak ada. Dia mengambil berat tentang Miya kerana merasakan Miya terlalu lembut, lemah, dan senang dibuli. Itu sahaja. Dia bukan cintakan Miya. Bukan. Sampai masa, dia akan menceraikan Miya dan dia akan hidup bahagia bersama Lora. Ya, pasti.
SEBAIK memarkir keretanya di tempat letak kereta kondo, Miya bergegas keluar dan melangkah laju menuju ke lif. Takut. Sakit. Membuat dia tidak sabar mahu sampai ke rumah.
"Mrs Adrian!"
Suara garau dari arah belakangnya itu membuat langkah Miya terhenti. Sontak dia menoleh, sebelum matanya menangkap susuk dua lelaki yang salah seorangnya dia kenal.
"Yes?"
Richard mendekat sambil menanggalkan jaketnya. Tingkahnya itu membuat Miya mundur selangkah dengan wajah curiga. Dalam kepalanya dia sudah berkira-kira untuk menjerit dan melarikan diri.
"Baju awak koyak dekat belakang and belakang awak luka," ujar Richard, bagai boleh membaca isi kepala Miya. Jaket dihulur kepada Miya, namun isteri bosnya itu kelihatan masih ragu.
"Luka?" Patutlah sejak tadi belakangnya terasa pedih dan perih.
"Yeah, even we can see your bra."
Panas wajah Miya dengan kata-kata Richard itu. Namun dia tidak rasa Richard sengaja mahu membuatnya malu melihat wajah dan suara lelaki itu yang serius.
"Take this jacket and cover your back. We have to go to the hospital," ujar Richard dengan tangan yang masih terhulur, meminta Miya mengambil jaketnya.
Perlahan tangan Miya bergerak, menyambut jaket yang dihulurkan Richard sebelum disarungkan ke tubuhnya.
"Thank you. Tapi saya tak nak pergi hospital."
"Awak cedera. Belakang badan awak berdarah."
"B....Berdarah? How?"
"I don't know. Sebab tu kena pergi hospital."
"Saya..." Miya keberatan. Dia kenal Richard sebagai orang kepercayaan Adrian, tetapi belum cukup kenal untuk membolehkan dia ke hospital dengan lelaki itu. Menyarungkan jaket lelaki itu ke tubuhnya pun sudah cukup membuatnya segan.
"Kalau Tuan Adrian balik dan nampak luka dekat belakang awak tanpa dirawat, he will punch me and my friend." Dagu diarahkan kepada Steven.
"Rich, boss call," ujar Steven sambil menghulurkan telefonnya kepada Richard.
"Hallo boss." Richard menyapa sebaik sahaja telefon Steven berpindah ke tangannya.
"..."
"She's with us now. Belakang dia ceder but she refused to go to the hospital." Richard jeling Miya yang kelihatan tidak berpuas hati.
"..."
"Okay." Sesuai arahan Adrian, telefon dihulur kepada Miya. "Boss nak cakao dengan awak."
Menyambut telefon yang dihulurkan Richard, segera benda pipih itu dibawa ke telinganya.
"Hallo."
"Kenapa tak bagitahu saya yang belakang awak cedera?" Keras suara Adrian menerjah indera pendengarannya.
"Saya ingat tak ada apa-apa. Sakit sikit je. Tak perlu pergi hospital kot."
"Miya, jangan sampai saya mintak Richard ambik gambar belakang awak yang cedera tu hantar pada saya. Pergi hospital and buat rawatan, you hear me? Bagi semula telefon pada Richard!"
Telefon diserah keoada Richard sebelum lelaki itu menyambung percakapan dengan Adrian dengan hanya menjawab 'okay' sahaja. Taat sungguh!
Menyerahkan semula telefon kepada Steven, Richard mengarahkan Miya mengikut langkah Richard sebelum dia mengekori dari belakang. Mahu tidak mahu terpaksalah Miya mengikut kerana tidak sanggup menghadap kemarahan Adrian apabila lelaki itu pulang kelak.
MIYA tidak sangka luka di belakangnya begitu serius sehingga terpaksa menerima lima jahitan. Memang dia terasa sakit, tetapi mungkin kerana terlalu takut, kesakitan itu tidak begitu terasa. Malah, jika Richard tidak memberitahu, dia tidak sedar bajunya juga sudah terkoyak akibat torehan pisau.
Menunggu Richard menjelaskan bayaran hospital, fikiran Miya menerawang, berfikir punca lelaki tadi mencederakannya. Bekerja keras otaknya cuba mengingat jika dia mengenali lelaki itu, tetapi dia yakin tidak kenal. Hendak kata lintah darat yang mahu mengutip hutang ayahnya, tentu sekali bukan kerana dia melihat sendiri Adrian sudah menjelaskan semua hutang itu.
Jadi, siapa lelaki itu? Apa benar dia tidak sengaja? Mengingat lelaki itu yang sempat meminta maaf selepas melanggar tubuhnya, separuh hati Miya seperti mahu percaya yang lelaki itu benar-benar tidak sengaja. Tetapi mengingat tatapan tajam lelaki itu, separuh hatinya jadi curiga.
Entahlah. Dia tidak ada dendam dengan sesiapa. Jadi, tidak ada motif orang mahu mencederakanya. Mungkin benar lelaki itu tidak sengaja. Pisau itu pun mungkin kebetulan saja ada di tangannya. Ya, mungkin.
Selain dari sibuk memikirkan siapa dan motif lelaki tadi, ada perkara lain yang turut mengganggu fikiran Miya.
Luka di belakangnya yang telah dijahit dan tentu akan meninggalkan parut yang hodoh.
Belakang badannya adalah bahagian kesukaan Adrian.
"I find your back so attractive."
"I love your back."
"Your back is clear like a crystal."
"I've become enamored with your back."
Itu antara kata-kata Adrian setiap kali sambil mencium dan mengusap belakang badannya.
Masih adakah lagi pujian-pujian seperti itu daripada Adrian selepas ini kerana belakang badannya sudah tidak secantik dulu. Sedih!
"Mrs Adrian!"
Sedikit terlonjak tubuh Miya mendengar suara garau Richard. Mendongak sedikit memandang Richard yang sedang berdiri di depannya.
"Dah siap. Let's go."
"Oh." Berdiri, Miya mengekori langkah Richard ke kereta.
"By the way, my name is Miya. Don't call me Mrs Adrian," ujar Miya.
"Whatever. Your my boss's wife, not my friend. I'm not allowed to call you with your name."
"Oh." Terkedu Miya tidak tahu harus berkata apa. Apa salahnya memanggil nama? Bukan satu dosa pun. Tetapi mahu bertanya banyak, Miya tidak berani. Wajah Richard yang serius tanpa segarit senyum itu rasanya tidak pantas untuk diajak berbual atau untuk bertanya perkara remeh.
SELEPAS mendapat panggilan daripada Richard, memberitahu Miya sudah selamat dihantar ke rumah, barulah Adrian boleh bernafas lega dan menyambung kerjanya, menyemak emel yang dihantar Eryna. Sempat dia menitip pesan kepada Richard supaya meminta Miya menghubunginya sebaik saja sampai di rumah.
Terlalu tenggelam dalam timbunan kerjanya, tidak sedar dua jam sudah berlalu. Namun Adrian masih belum mendapat panggilan daripada Miya.
Bersandar pada kerusinya, dia menekan nombor Miya. Namun dijawab oleh pesanan suara. Dicuba sekali lagi. Ah, sama juga.
Kembali dipagut bimbang, dia membuka aplikasi Whatsapp lalu menaip mesej kepada Miya.
'Miya, are you okay? Please call me back.'
Hantar!
Namun beberapa saat menunggu, hanya timbul satu tick berwarna kelabu menunjukkan mesej itu belum sampai kepada Miya.
Nombor Richard ditekan, bertanya jika lelaki itu sudsh benar-benar menghantar Miya dengan selamat.
"Ya boss, aku tunggu sampai dia selamat masuk dalam lif tadi."
"Are you sure?"
"Of course la. Steven saksi."
"Okay then."
Memutuskan panggilan dengan Richard, Adrian mencampak telefonnya ke tepi. Cuba berfikir positif dengan mengaggap telefon Miya kehabisan bateri.
Namun, fikiran buruk lebih mendominasi akal warasnya membuat dia nyaris gila. Apatah lagi mengingat Richard memberitahunya belakang Miya cedera seperti ditoreh. Siapa pula yang mencederakan Miya? Dendam apa dia dengan Miya sehingga tergamak mencederakan sebegitu rupa?
Daripada berbaring, Adrian bangkit. Diraup wajahnya berkali-kali mengusir risau yang mengunggis dada. Dicapai semula telefonnya, berniat mahu menghubungi Miya sekali lagi. Tepat di saat itu juga dia melihat nama Miya berkelip pada skrin.
Cepat-cepat dia menjawab panggilan itu
“Miya, what happened to you? Dah dua jam saya tunggu. Takkan baru sampai rumah?!” Adrian bertanya separuh menjerit. Perasaan risau dan bimbang yang keterlaluan membuat dia tidak dapat mengawal emosi.
“I’m so sorry. My phone runs out of battery. So, saya caj dulu. Then, saya pergi mandi, lepas tu tertidur. I’m so sorry.”
Mendengar penjelasan Miya, Adrian mendesah lega. Tetapi sesaat kemudian, dia mula diselubungi perasaan marah dan geram kerana merasakan segala kerisauan dan kebimbangannya seperti sia-sia.
“Awak tertidur without even thinking of calling me? Saya tunggu awak call dari pukul sepuluh tadi, thinking of something bad happened to you, then you just said that you fall asleep? Oh god!”
“Saya letih and mengantuk sangat. I’m so sorry,” ujar Miya.
Adrian terdiam sebelum berkata, “Habis tu kenapa tiba-tiba bangun? Teringatkan saya?”
“Kalau saya jawab ya, awak percaya?”
Tersenyum Adrian dengan pertanyaan Miya. Hilang serta-merta rasa geram dan marahnya tadi
“Percaya."
“Saya terbangun and cepat-cepat call awak. Sorry buat awak risau.”
“Siapa kata saya risau?”
Miya terdiam. Malu. Salahkah dia beranggapan begitu dengan segala perhatian yang diberikan Adrian padanya malam ini? Benar, Adrian tidak melakukannya sendiri dan hanya mengarahkan Richard, tetapi ia tetap membuatnya tersentuh. Terasa disayangi, dilindungi dan dikasihi oleh seorang lelaki bergelar suami.
Namun apabila difikirkan semula, ya...mana mungkin Adrian merisaukannya. Dia bukan sesiapa di hati Adrian, dan dia sentiasa mengingatkan dirinya tentang hakikat itu. Mungkin apa yang dilakukan Adrian twdi hanya satu bentuk rasa tanggungjawab. Ya, seperti yang selalu ditegaskan Adrian. Jadi, untuk apa dia berharap lebih?
“If you have nothing else to say, just go to sleep.” Adrian bersuara apabila Miya terdiam agak lama.
“Yeah. Sorry ganggu awak waktu macam ni,” ujar Miya.
Entah sudah berapa banyak perkataan maaf yang keluar dari mulut Miya malam ini. Sejak awal panggilan sehingga tamat, berkali-kali dia mengucap maaf.
Adrian memandang skrin telefonnya. Tidak semena-mena dia diterpa rasa bersalah; Terfikir, adakah Miya merajuk, atau terluka dengan kata-katanya?
Ah, kenapa dia selalu begini dengan Miya? Kenapa lidahnya selalu berkata perkara yang melukakan Miya dan selepas itu nenyesalinya?
Memang dia benar-benar risaukan keselamatan Miya, tetapi tidak tahu mengapa dia menafikannya.
Tidak menerima panggilan Miya selepas dua jam, membuat dia benar-benar risau sehingga mahu bernafas pun terasa sulit. Dadanya sesak memikirkan sesuatu yang buruk mungkin menimpa Miya. Miya terlalu lembut. Miya tidak seperti Dahlia yang tahu menjaga diri dan tidak akan membiarkan dirinya dibuli.
Memikirkan tentang kata-katanya yang mungkin telah melukakan Miya, Adrian akhirnya menaip mesej ‘Good night’ dan dihantar kepada Miya. Kemudian dia memandang skrin telefonnya, menunggu balasan Miya.
Tersenyum dia saat melihat 'Miya is typing...' sebelum mesej itu sampai ke telefonnya.
‘Good night.’
Lega selepas Miya membalas mesejnya, barulsh dia dapat memejamkan mata dan tidur dengan lena.
Share this novel
haha laki tak jauh dari ego.Sabar ya Miya.
yess ego tinggi naa..bilo hilang sok si isteri bru dio tkapal2.. hahaha
ego