Rate

aku penat

Short Story Series 2624

Kaki melangkah lemah memasuki ruang tamu. Mataku mula meliar memerhati seluruh ruang bercat hijau itu..
'Bersepah,baju sehelai pun tak boleh letak dalam mesin basuh' rungutku dalam hati. Ku mula mengutip helaian kertas plastik yang entah dari mana. Baju hitam itu ku masukkan dalam mesin basuh di dapur.
"apa ni?" plastik air yang sudah kosong ku pegang dengan hujung jari. kegelian .'yang ni pun aku juga nk kena buang'
Sebaik saja aku hendak membuang plastik air, berapi hati ini melihat sampah yang sudah termuntah keluar dari tong sampah..
Mahu saja aku menjerit saat itu.
"semua aku nak kena buat,semua aku nak kena kemas, lebih daripada bibik lagi.baik aku jadi bibik. Aku pun kerja juga,aku pun penat jugak".
Terlepas sedikit rasa hangat di dada . Aku tersedar 'Ya Allah, tak dapat pahala pun aku buat semua ni sebab merungut.Berdosa adalah sebab kutuk laki sendiri.Punahlah impian aku untuk menjadi semulia khatijah.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience