Dua Koma Lima Tahun Pengembaraan I

Poetry Series 329

Ini kisah sebelum tahun pertama pengembaraan.
Aku ini bongsu. Manja.
Pertama kali ingin keluar dari rumah. Sudah lama aku mengidamkan ini.
Oh pengembaraan.

Ya aku mahu mengembara!
Sudah tentu ayahanda dan ibunda tidak setuju.
Aku kuatkan tekad. Aku mesti sahut kembara ini.

Segala keringat kerja keras ku laksanakan. Mengumpul fulus untuk kembara. 4 purnama aku mengasingkan diri. Tiada kawan atau kekasih hati. Hanya duit dan duit. Demi kembara ku!

Hari akhirnya tiba. Perjalanan bermula setelah memohon doa ampun doa selamat dari keluarga. Ayahanda dan ibunda mendoakan agar pengembaraanku berjaya. Aku berjanji untuk membawa hasil!

Tangan diangkat tanda salam terakhir buat keluarga dan sahabat. Jumpa kamu dalam 2 koma 5 tahun lagi. Doakan aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience