7. Persimpangan rasa

Romance Completed 25949

Masrina baru sahaja melangkah masuk ke rumah, hanya untuk disambut dengan wajah serius ayahnya di meja makan.

"Along, duduk kejap," suara Tuan Iskandar mengarah.

Masrina tahu ada sesuatu yang tidak kena.

"Ada apa, Ayah?"

Dia duduk di hadapan ayahnya, sedikit cemas.

"Kamu selalu berbual dengan Firdaus akhir-akhir ni, kan?"

Masrina terkejut.

"Eh? Mana ada! Kebetulan je kot,"

"Betul kebetulan?" tanya Tuan Iskandar, matanya memerhati setiap gerak-geri Masrina.

"Ayah, tak ada apa-apa pun. Nak buat macam mana kalau terserempak? Takkan nak buat muka?" balas Masrina, cuba mempertahankan diri.

"Along, kamu baru 18 tahun. Fokus pada pelajaran dan masa depan kamu dulu," kata Tuan Iskandar, suaranya tegas.

"Ayah, Along tak faham kenapa Ayah risau sangat. Along tak buat apa-apa salah," Masrina membalas, sedikit geram.

"Firdaus tu orang bawah ayah. Dia jauh lebih tua. Tak payah berbaik sangat dengan dia," ujar Tuan Iskandar, nada suaranya semakin tegas.

"Tapi Ayah, dia tu baik orangnya. Along cuma rasa selesa berbual dengan dia. Itu saja," Masrina membalas, cuba meredakan ketegangan.

Tuan Iskandar menghela nafas panjang.

"Along, hidup dengan seorang polis bukan mudah. Kerja mereka sibuk, bahaya, dan keluarga kadang-kadang terabai. Ayah tak nak kamu melalui apa yang mak kamu lalui."

"Apa Ayah cakap ni? Along bukannya nak berkahwin dengan dia..," Masrina berkata perlahan.

"Sama saja lah sebelum ditimpa perasaan baik Ayah pesan. Dia tu anggota Polis. Ayah tak nak kamu kecewa," kata Tuan Iskandar, lembut tetapi tegas.

Masrina terdiam.

"Along tak ada apa-apa pun dengan dia, sumpah," katanya perlahan.

"Baguslah kalau macam tu," balas Tuan Iskandar.

"Dia bukan lelaki yang sesuai untuk kamu, dan kamu pun tak sesuai untuk dia."

Kata-kata itu membuatkan Masrina serba salah.

Di bilik, Masrina terduduk di atas katil. Agak bengang kerana ditegur ayahnya tentang Firdaus.

"Kenapa tiba-tiba jer Ayah macam ni?" Masrina mengeluh sendiri.

Telefon di tepi katilnya berbunyi. Nama Aina muncul di skrin. Masrina teragak-agak sebelum menjawab.

Akhirnya, dia menarik nafas dan menyambut panggilan.

"Hello Aina, aku nak minta sesuatu."

Masrina terus memotong sebelum sempat Aina berkata-kata.

"Apa dia, Mas? Kau okey ke?" suara Aina tergagap dan risau.

"Untuk sekarang... aku rasa lebih baik kalau kita tak berhubung dulu." kata Masrina terus terang.

"Mas... kenapa? Aku salah buat apa-apa ke?" suara Aina bergetar, penuh dengan kekecewaan.

"Tak salah. Aku cuma... aku perlukan masa untuk diri aku. Aku tak nak kau terus berharap pada sesuatu yang aku tak boleh bagi," ujar Masrina lembut, cuba tidak melukai hati Aina.

"Kalau itu yang kau nak, aku akan hormat keputusan kau," kata Aina akhirnya, suaranya sayu sebelum panggilan diputuskan.

Masrina menghembus nafas lega.

Perasaan bersalah menusuk hatinya, tetapi dia tahu itu keputusan yang terbaik buat masa ini.

Dia tidak mahu pening kepala.

Dan kini, tentang Firdaus.

"Apa sebenarnya yang aku rasa ni?" dia berbisik.

Ayahnya sudah menjelaskan, Firdaus bukan lelaki yang sesuai. Tapi bagaimana jika perasaan yang dirasakan ini benar?

Masrina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sedar jawapan tidak akan datang dengan cepat.

"Love yourself first before you can love someone else," ungkapnya perlahan.

Kata-kata itu akan menjadi mantranya.

Persoalan cinta boleh tunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience