6. Cemburu dan harapan

Romance Completed 25949

Inspektor Firdaus duduk di mejanya, menatap laporan yang berserakan, namun fikirannya melayang.

Masrina terus menghantui fikirannya.

Firdaus teringat Masrina yang datang ke balai beberapa hari lalu, hanya untuk menghantar kopi kepada ayahnya.

Senyumannya manis, sikapnya santai, tapi ada sesuatu dalam pandangannya yang menarik perhatian Firdaus.

"Gadis itu bebas dan ceria," Firdaus berfikir, menekan pen di tangannya.

"Dia memang cantik..."

Tapi dia cepat-cepat menepis perasaan itu. Jangan terjebak.

Dia masih remaja, anak Tuan Iskandar, dan hubungan mereka seharusnya hanya sebatas kenalan. Dia tak boleh terikat pada perasaan.

Apa kata orang nanti, seorang lelaki 35 tahun cuba mendekati gadis 18 tahun?

"Kenapa aku masih terfikirkan dia?"

Firdaus bertanya dalam hati, meletakkan pen di meja.

Konflik dalam hati Firdaus tak berhenti di situ.

Dia teringat kisahnya dengan bekas tunangnya, Safina. Mereka sama-sama lulusan universiti di UK, tetapi keluarga Fina, yang kaya, tidak merestui pekerjaannya sebagai polis.

“Kerja polis? Kamu fikir itu masa depan yang stabil?” kata ibu Fina suatu malam, ketika mahu berbincang tentang tarikh menghantar rombongan meminang.

Firdaus masih ingat betapa sakitnya kata-kata itu, tetapi dia tak mampu mengubah pendirian keluarga Fina.

Akhirnya, Fina akur dengan kehendak keluarganya, meninggalkan Firdaus untuk berkahwin dengan anak seorang jutawan.

"Ini bukan masa untuk terjebak," Firdaus berbisik pada diri sendiri, tetapi dia tahu perasaan itu sukar dinafikan.

Selepas kerja, Firdaus duduk di kafe, menghirup kopi ais.

Tiba-tiba, suara merdu keanak-anakan memecah lamunannya.

“Holaaa. Selalu macam ni ke? Minum seorang, berangan seorang?”

Firdaus terkejut melihat Masrina berdiri di depannya, santai dengan tangan di poket.

Wajahnya segar walau keletihan, rambut terurai sedikit selepas latihan trek, peluh menitik di dahinya. Baju sukan gelapnya menyerlahkan kulit cerahnya.

“Awak pulak selalu ke skodeng orang macam ni?”

Firdaus membalas, hati berdebar melihat Masrina.

Masrina tersenyum.

“Tak selalu. Tapi nampak awak kat sini, jadi saya tegur je. Just wanna say hi.”

“Awak buat apa kat sini?”

“Dahagalah, nak minum air manis. I need sugar,” kata Masrina sambil duduk di kerusi seberang Firdaus.

“Saya order frappuccino, panas la hari ni.”

“Kat bandar ni cuma ada satu kafe jer la eh jual kopi?” Firdaus berseloroh.

Masrina tersengih.

“Mungkin saya suka minum kopi berteman awak.”

Firdaus terkejut dengan jawapan gadis itu. Adakah Masrina sedang flirting dengan aku?

Gelisah, dia cuba menenangkan diri.

“Kalau harap nak saya layan awak berbual, maaf la,” kata Firdaus.

“Eleh, Mengaku sajalah awak suka saya ada disini. Hehehe.”

Firdaus menahan diri dari teruja. “Eh awak nak mengaku salah tak tentang hari tu?”

“Aiks, salah apa pulak?”

“Berkeliaran dalam balai polis, patut sumbat dalam lokap.”

Masrina tergelak besar tak dapat menyembunyikan tarikannya pada pegawai polis kacak ini.

“Awak ni memang suka cari pasal.”

“Dan awak pulak degil,” jawab Firdaus.

Sejenak mereka terdiam, hanya suara pelanggan kafe kedengaran.

Hazelnut frappucino for Miss Rina, kedengaran panggilan dari kaunter.

“Oklah, gerak dulu,” kata Masrina sambil bingkas bangun.

“Enjoy your coffee, Inspektor.”

Firdaus memandangnya dengan hati berbunga sehingga Masrina hilang dari pandangan.

Tanpa disedari, Aina mengintip dari kejauhan.

Matanya dipenuhi cemburu, memerhatikan keakraban mereka. Hatinya sakit, perasaan membara.

Melihat Masrina mesra berbual dengan lelaki dewasa itu, Aina rasa marah dan tertekan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience