"YANG MULIA Raja Ezriq Aryan!" Suara bak halilintar menerjah setelah pintu bilik CEO terbuka.
Ezriq serta beberapa orang pengikutnya saling berpandangan. Ezriq langsung saja memberi isyarat mata pada semuanya agar menutupi apa yang sedang tadi mereka perbincangkan.
Yang Mulia Raja Reza hadir dengan wajah tegangnya. Di sebelah dia pula berdirinya seorang bodyguard yang senantiasa berkacamata hitam dan sang butler memandangkan mereka akan mengadakan majlis makan-makan di mahligai.
Hanya Yang Mulia Raja Reza sahaja melabuhkan punggungnya pada kerusi yang ditarik oleh sang bodyguard. Ezriq tetap mengekalkan ketenangan airmukanya biar pun perkara yang dia bincangkan tadi juga agak parah.
Dia hadir ke syarikat bukanlah semata-mata untuk berbincang soal bisnes dan juga soal Tan Sri Michael dengan sang papa, malahan apa yang berlaku di Kota Itali juga.
Kerana nampak gayanya Marcus makin ingin meluaskan jajahannya juga. Tetapi berpantang Ezriq bukanlah sejenis berpantang kalah sebelum undur.
"Boleh berkata sesuatu dengan apa yang papa dengar?" Suara Yang Mulia Raja Reza mulai memecah kesunyian kamar bercirikan aristokrat itu.
Dari posisi tersandar sambil bersilang kaki, kini lelaki sudah memasuki lingkungan lewat lima puluhan namun tetap terlihat 'berbisa taringnya' itu, mendekatkan dadanya ke meja dan jari-jemari kedua belah tangan saling berpautan.
Rautnya pula masih lagi berada di dalam keadaan yang sama. Sang bodyguard dan juga sang butler tetap terpacak di belakangnya. Mereka sekadar menjadi pendengar.
"Seperti yang papa dengarlah. Ezriq dah periksa semuanya okay memang tak ada apa-apa yang salah dalam laporan tahunan kita tu. Soal perjanjian usahasama tu pula bukan ke papa juga yang bersetuju untuk tidak meneruskan lagi kontrak dengan Eagle Holding tu?" Ezriq terpaksa berpanjang-lebar.
Yang Mulia Raja Reza terpaksa melepaskan keluhannya. Dari sebelah anaknya pula lain. Dari sebelah Yang Mulia Tengku Badri dan juga Tan Sri Michael juga lain. Pening juga dia kini.
"Why papa? Dah bertukar pulak ke perancangan dia orang tu? Benda semua dah submit, papa. Dah audit pun," sahut Ezriq kali ini berentak serius.
"Ya, ikutkan begitulah. And Tengku nak anak dia yang baru balik dari United Kingdom tu bekerja dengan kita," ujar Yang Mulia Raja Reza.
Tetapi pernyataan tersebut menyentak Ezriq membuatkan laju saja dia menghalakan pandangannya pada sang bodyguard.
Yang Mulia Raja Reza tahu Ezriq kurang menggemari dengan sikap anak Tengku Badri tetapi Tengku Qalisya pula berlainan.
Dia sudah lama jatuh cinta pada Ezriq.
"Oh... jadi begitulah ya. Actually bukan usahasama tu yang uncle Bad mahukan, tak gitu papa? Tapi Qalisya?"
"Pa, papa tahukan prinsip anak papa ni macam mana?" Sanggah Ezriq. Dia terpaksa. Dia tidak selesa sekiranya terpaksa berada bawah satu bumbung dengan Tengku Qalisya.
"Raja Ezriq Aryan. Papa tersangat tahu prinsip anak papa. Tetapi tak ada sebarang masalahkan? Sekiranya, you give her a chance to prove an ability to make our company become more succeed."
'An ability bukan untuk company kita, papa. Jangan ingat Ezriq tak tahu apa yang uncle Bad deal dengan Marcus. And Qalisya pula sebab nak mendekati Ezriq semata. Huh, ability konon...' Gumam Ezriq seraya teringatkan segala posting wanita seksi tetapi jelita itu di sosial media khasnya Instagram.
Ya, Ezriq memang akui Yang Mulia Tengku Qalisya cantik persis model ternama namun bukan itu yang dia cari. Hanya wajah si gadis ayu itu sahaja yang seringkali melekap di dalam hati.
"Soal perjanjian kita boleh saja tukarkan. Termasuklah audit itu semuakan? Bukannya susah manakan? Lagipun papa kenalah jaga prestij syarikat kita dan kan ke... lagi baik kalau bergabung. Syarikat uncle Bad pun boleh tahan majunya..." Ujar Yang Mulia Raja Reza mengenangkan segala potensi yang ada di Eagle Holding.
Penggabungan dua empayar terbesar dunia korporat dan keluarga sudah menjadi adat dalam golongan konglomerat dan juga bangsawan.
"Well, dah jikalau itu papa mahukan. Baiklah. Ezriq akan sediakan dokumen perjanjian usahasama yang baru dan sebelum di audit, papa periksa dahulu. Boleh? And... soal Qalisya pula ikut papa and uncle. Tapi buat masa ni hanya jawatan eksekutif yang ada pa? COO kan papa masih pegang? Atau papa nak ada satu lagi CEO kedua? Qalisya mampu ke handle tugas tu papa? Bukan Ezriq nak mempertikaikan tapi ..."
'Aku tak mahu Qalisya tahu apa yang terjadi di Itali serta kumpulan aku? Sebab itu, aku susah hati betul nak terima cadangan papa ni...' Gerutu Ezriq dengan mata masih terhala pada sang bodyguard yang merupakan anggota kumpulan dia juga.
'Kau tak ada sebarang cadangan ke, bro? Aku kalau boleh tak mahu Qalisya tahu tentang Marcus. Kecoh nanti apatah lagi kalau sampai di telinga papanya.'
Sang bodyguard sempat membaca mesej dari pemuda kacak bergelar CEO itu lalu dia mendongak. Betul juga apa kata sang CEO muda itu, seandainya perkara ni di ketahui oleh Yang Mulia Tengku Badri sudah tentu habis.
"Qalisya sudah lebih dari mampu, Ezriq. Sebab tu, papa yakin nak bawa ke syarikat kita ni. Tak perlu, biar dia pegang jawatan COO lagipun papa nak rest dari alam korporat. Papa dah seronok dengan dunia golf. Tapi jikalau ada apa-apa boleh je minta pendapat papa."
"Tapi bimbinglah juga dia Ezriq. Tengku Qalisya masih baru dalam dunia kita ni. Dunia bisnes serba mencabar ni. Dia kan baru saja tamat degree di United Kingdom..." Sahut Yang Mulia Raja Reza sambil melihat jam di pergelangan tangan.
'Well I admit it. Memang Qalisya pandai. Ada degree tapi attitude dia tu buatkan aku rimas sometimes.' Gumam Ezriq seraya merenung dalam ke wajah papanya itu.
'Jangan risau, Bad. Aku akan cuba. Aku juga yakin anak aku juga ada hati pada anak kau tu. Tiada apa-apa yang kurangnya pada Tengku Qalisya tu...' Gumam Yang Mulia Raja Reza pula.
'Kalau ambil Qalisya. Nampak gayanya, aku terpaksa ingat-ingatkan orang-orang aku untuk tukar tempat perbincangan. Mesti susah untuk aku lihat Shania lagi ni tapi... tak susah kut. Qalisya COO bukan P.A aku yang perlu ikut aku 24 jam. P.A aku lain dia ada her own transport. Waktu diperlukan saja dia datang. Hmm... aku yakin mesti ada agenda ni why suddenly papa berubah fikiran nak bergabung sedangkan hari itu dia juga tak kisah. Tak lain tak bukan, soal Qalisya lah ni. Bukannya aku tak tahu yang uncle tu sibuk sangat nak jodohkan anak dia tu dengan aku...' Gumam Ezriq lagi sambil merenung ke arah semuanya.
Sang butler tetap mematung diri. Hanya bodyguard menerima satu lagi mesej dari aplikasi Whatapps. Yang dia pasti kiriman Yang Mulia Raja Ezriq.
"Okay lah anak papa. Jika tak ada sebarang bantahan. Papa nak ke kelab golf sekarang," ujar Yang Mulia Raja Reza lalu bangun.
"Tak ada pa yang Ezriq nak bantah. Nanti agreement akan disediakan. So, bila Qalisya nak masuk?" Ezriq menyoal sambil bermanis muka.
"Nanti papa tanya uncle dekat kelab nanti."
"Okay papa..." Ezriq menyahut lesu. Memang nampak jelas di pandangan Yang Mulia Raja Reza sebenarnya tetapi dia akan memujuknya juga agar menerima Tengku Qalisya lagipun setahu dia anaknya itu tidak ada pujaan hatinya lagi.
'Itu yang papa silap...'
jemput bca krya baru saya. tq
Share this novel
h