AIRIS mencapai kunci motornya yang tersangkut di tempat letaknya kunci yang biasa diletakkan itu, kelam-kabut wanita itu mencapai sekeping roti yang tidak disapu oleh apa-apa jem kerana sudah terlewat untuk ke tempat kerja.
" Hey Airis, makan lah mihun ni. Penat ibu buat, kamu tak makan pulak "
Airis terus menghulurkan tangannya untuk menyalam Hajah Saleha sebelum berangkat keluar. Roti yang sedang dipegangnya itu terus dimasukkan ke dalam mulut.
" Tak boleh ibu, Airis dah lambat ni. Bye ibu.. " Airis terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Hajah Saleha yang sedang berdiri di tepi meja makan itu.
Hajah Saleha hanya mampu menggelengkan kepalanya itu melihat kelakuan anak daranya itu, geram sungguh.
" Haish tu lah dah gerak banyak kali pun susah nak bangun, bila bangun lambat macam ni lah jadinya. Haihh " keluhnya.
" Kenapa ni leha? pagi-pagi dah membebel tak penat ke asyik membebel? " celah Haji Muzir. Lelaki yang dalam lingkungan umur 50 tahun itu terus melabuhkan duduknya itu di kerusi dan mencapai gelas yang berisi dengan air itu dan dihirup perlahan.
" Anak dara awak tu lah, dengan tak sarapannya nanti sakit perut ke apa? saya kejut dia punyalah awal tadi "
" Tapi pukul 8 jugak dia bangun, tu lah Airis tu lepas subuh selalu tidur balik.. orang sepatutnya lepas subuh mana tidur " bebel Hajah Saleha
Haji Muzir hanya mampu tertawa mendengar cerita mengenai anak daranya itu, entah siapalah yang akan menjadikan Airis seorang isteri jika perangai anak daranya sebegitu. Siapakah orangnya itu rasanya ya?
" ZAID RIDZWAN! Zaid!!" Laungan suara dari Datin Suriati apabila anaknya itu tidak menjawab panggilan darinya. Rasanya ingin terkeluar anak tekaknya memanggil nama anak lelakinya itu.
Datin Suriati melepaskan keluhan perlahan, apabila anak lelakinya itu langsung tidak menjawab panggilan darinya.
" Hishh geram betul lah saya dengan si Zaid ni, padahal duduk serumah tapi telinga tu boleh pulak tak dengar " bebel Datin Suriati.
" mungkin Zaid masih tidur. Datin nak Kak Zati panggil Zaid ke? " soal Kak Zati.
" Hah boleh jugak, suruh dia turun sekarang! dia mana boleh tak datang hari ni.. suruh dia cepat ya Kak Zati "
" Baik Datin.. " jawab Kak Zati. Sebaik sahaja pembantu rumah itu ingin mengatur langkah kakinya ke arah tangga, Datin Suriati dan Kak Zati dapat lihat Zaid yang sedang turun dari anak tangga satu persatu dengan wajahnya yang seperti biasa ketat dan dingin.
Datin Suriati sendiri pun tidak tahu mengapa anak tunggalnya itu susah benar ingin tersenyum, ingin melihat anak lelakinya itu tersenyum sangatlah jarang sekali.
" Hey Zaid.. tak dengar ke mama panggil? " soal Datin Suriati.
" Tak.. " jawabnya pendek. Lelaki itu terus mengatur langkah kakinya ke arah meja makan, kerusi itu di tarik dan lelaki itu melabuhkan duduknya itu di kerusi.
Datin Suriati hanya mampu mengeluh dengan sikap anak lelakinya itu.
" Yang tentang Nelly tu apa cerita? bila kamu nak bawak dia jumpa mama? " soal Datin Suriati sambil memandang ke arah anaknya itu.
" Nelly? who? " Jawabnya hairan. Rasanya dia tidak pernah mendengar nama itu.
Datin Suriati menggeleng sendiri.
" Who? Hey. She is your girlfriend kan? takkan girlfriend sendiri pun tak kenal " marah Datin Suriati.
Zaid mencapai tisu yang berada di atas meja itu dan dilap mulutnya itu, kini lelaki yang berkemeja hitam itu memandang ke arah Datin Suriati.
" Zaid dengan dia kawan je, lagipun Zaid tak perlukan dia lagi " jawabnya selamba.
" Kawan? merata Zaid bawak dia. Siang malam berkepit, Zaid cakap kawan? " Ujar Datin Suriati lagi geram.
" Dia yang nak ikut Zaid, so Zaid bagi je lah. Tak salah kan? lagipun Zaid tahu dia berkepit dengan Zaid pun sebab duit je "
" Perempuan macam tu nak duit je, itu je yang ada dalam kepala otak dia " balas Zaid selamba sambil menggigit sekeping roti yang disapu dengan Planta itu.
Datin Suriati menggeleng sendiri.
" Apa kamu cakap ni, mama tak suka ya dengar Zaid cakap macam ni. If Zaid tak der niat nak berkahwin jangan buat perangai "
Zaid tersenyum sinis, tangannya itu disilangkan. Bagaikan yang dikatakan oleh Datin Suriati itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
" Jangan sampai mama carikan Zaid isteri ya, if Zaid berani lawan cakap mama. Zaid tahu kan apa mama mampu buat! " Tegas Datin Suriati wanita itu terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Zaid di meja tersebut.
Zaid melepaskan keluhan kasar.
AIRIS mengangkat segala pinggan-pinggan yang berada di atas meja itu bersama dengan cawan yang sudah kosong itu dan dibawa ke dapur. Selesai sahaja mengangkat pinggan dan cawan. Wanita itu mula mengelap meja, sehingga bersih.
" Airis.. " suara itu mengejutkan Airis yang begitu tekun sekali membersihkan meja makan itu.
Terkejut wanita itu ketika ini apabila melihat Ammar yang kini berada di hadapannya itu sambil mengukir senyuman kepadanya. Tidak pula dia diberitahu yang dia akan datang ke restoren.
" Kau habis kerja pukul berapa? " soal Ammar.
" Dalam pukul 11 malam macam tu, hari ni aku kena closing so lambat lah sikit balik " balas Airis.
" Aikk semalam closing, hari ni kau pun closing? dia buli kau lagi ke? " soal Ammar wajahnya berubah.
Airis memandang ke arah kiri dan kanannya itu, dia meletakkan jarinya di mulut untuk menyuruh Ammar diam. Dia risau jika Kak Mila dengar habis hidupnya.
" Mana ada, aku yang offer diri. Dah lah kau pergilah balik, nanti kalau aku free aku contact lah kau ehh " ujar Airis.
" Ceh.. macam lah aku tak tahu, Kak Mila kan apa masalah dia hah? apa dia ingat restoren ni dia punya ke apa. Geram betul lah aku " keluh Ammar.
" Wey! diam lah. Nanti dia dengar, dah kau pergi balik. Nanti dia nampak kau dekat sini, membebel dia lagi nanti " Airis terus mengatur langkah kakinya masuk ke dapur semula.
Ammar mengeluh perlahan, dia bukan tidak kenal Kak Mila yang suka sangat menyuruh Airis melakukan kesemua kerja di restoran mentang-mentanglah Airis seorang yang ringan tulang.
Padahal pangkat Kak Mila dan Airis sama sahaja, ikutkan hatinya hendak sahaja dia mengadu perangai Kak Mila itu kepada boss restoren ini namun Airis menghalangnya, katanya nanti menambah masalah aje.
" Hah kau ni berdating je kerja kau kan? ingat ni restoren kau ke? " Terjah Kak Mila secara tiba-tiba yang muncul dari belakang.
Airis melepaskan keluhan perlahan. Wanita itu memandang ke arah Kak Mila dengan pandangan menyampah, dia sendiri tak faham mengapa Kak Mila tu suka sangat cari pasal dengannya. Ada sahaja perkara yang tidak kena yang Airis lakukan.
Kadang-kadang Airis rasa yang Kak Mila ni sengaja sahaja mencari pasal dengannya, mentang-mentanglah Airis mengikut sahaja segala kehendak yang Kak Mila suruh. Disebabkan perkara ni Airis menjadi seorang yang mudah di buli.
" Dating apanya, kang kalau saya dating betul-betul Kak Mila marah pulak " jawab Airis menyampah.
" Pandai kau menjawab ehh, kang tak balik kau hari ni. Aku suruh kau buat kerja sampai kau mampus baru tahu " balas Kak Mila geram dengan balasan yang dia dengar daripada mulut Airis.
Airis hanya diam, malas ingin bertekak dengan Kak Mila. Rasanya jika dia tidak sabar dari dulu, rasanya sudah lama dia berhenti kerja, dia pun bukanlah dari keluarga yang senang jadi terpaksalah dia mengorbankan perasaan marah dia pada kak Mila.
Airis terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Kak Mila yang masih yang lagi tercongok di meja makan tersebut.
ZAID mengatur langkah kakinya menuju ke arah bilik pejabatnya itu, semerbak bau pejabat itu sebaik sahaja kehadiran lelaki itu. Seperti biasa lelaki itu sangat kelihatan kemas dan tampan pada masa yang sama, memang tidak jemu untuk sesiapa memandang wajah lelaki itu.
Sebaik sahaja kelihatan lelaki itu, kesemua pekerja di situ menundukkan kepalanya tanda hormat akan lelaki itu.
Namun jika melihat pada perangai lelaki itu, mungkin sehari pun tidak sanggup. Terpaksa menahan perangai perasan bagus, dan sikap sombong yang sudah begitu sebati dalam hidupnya.
TOK ! TOK ! TOK !
Zaid yang baru sahaja melabuhkan duduknya itu di kerusi, melepaskan keluhan kasar apabila tiba-tiba sahaja pintu biliknya itu di ketuk. Sebaik sahaja Zaid memberi arahan untuk masuk, barulah pembantu peribadinya iaitu Nana masuk ke dalam.
" Ada apa ni? " soal Zaid Ridzwan.
" Cik Kirana cari Encik Zaid, saya dah suruh dia balik tapi dia buat kecoh dekat lobi " jelas Nana.
Zaid mengeluh sendiri.
" Kau ni kan benda kecik macam tu pun tak boleh nak handle.. berambus! " Tengking Zaid.
Nana pantas mengangguk dan mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Zaid yang sedang duduk di kerusi tersebut. Lelaki itu terus bangun dari kerusi yang sedang di duduki itu dan mengatur langkah kakinya turun ke lobi.
Kirana yang sedang menunggu di lobi itu kelam-kabut bangun untuk mengatur langkah kakinya ke arah Zaid yang baru sahaja keluar dari lif.
" Sayang! kenapa I call you..you tak angkat hah! " soal Kirana bertalu-talu.
" Ikut I sekarang.. " tegas suara Zaid kedengaran lalu menarik lengan Kirana itu lalu di bawa ke luar pejabat untuk berbincang. Dia tidak mahu pekerjanya dengar perbualannya bersama Kirana.
ZAID dengan kasar melepaskan lengan Kirana sebaik sahaja mereka tiba di luar pejabat, lelaki itu kini memandang ke arah Kirana dengan pandangan dingin sambil menyilangkan tangannya itu.
" Kau ni memang perempuan tak tahu malu eh? orang dah buang kau.. tapi masih terhegeh-hegeh.. kau tak der muka ke? " soal lelaki itu sinis.
Kirana berang, bahu Zaid itu ditolak kasar.
" Hey, you jaga sikit mulut you! sampai hati kan you buat I macam ni Zaid " suara Kirana seperti hendak menangis.
Malah Zaid hanya mengukir senyuman sinis di hadapan wanita itu.
" I dah buat macam-macam untuk you, ini cara you balas dekat I? you tahu kan yang I sayangkan you sangat.. "
" Please lah sayang, jangan buat I macam ni.. " Kirana memegang hujung baju lelaki itu.
Zaid menepis kasar tangan Kirana yang sedang memegang hujung baju lelaki itu.
" Stop it Kirana, cinta? you cintakan I? really Kirana? " soal Zaid.
" Of course, you pun tahu kan.. I sanggup tinggalkan my fiance untuk you "
" Ya.., thank you for that.. but I bukan tak boleh nak balas cinta you.. but to bad, I tak rasa I cintakan you lah Kirana.. " jawabnya selamba.
" Tak cinta? Zaid you bagitahu I yang you cintakan I seorang.. you kata you nak kahwin dengan I.. You tipu I ke apa ni? " soal Kirana lagi.
" Yer Ker I cakap macam tu? I think you yang cakap sendiri. Macam ni lah Kirana, hubungan kita putus dekat sini. I pun dah bosan dengan you "
" Muak, so tak payah lah tunjuk muka you tu dekat I lagi.. because I don't need you " tuturnya.
Sebaik sahaja Zaid ingin mengatur langkah kakinya beredar, lengan Zaid itu di tarik sehingga jejak langkah kaki lelaki itu terhenti.
" You jangan nak lepaskan diri Zaid! , I akan bagitahu dekat Datin dengan Dato tentang hubungan kita ni " Jerit Kirana.
Zaid mengalih pandangannya itu ke belakang sambil mengukir senyuman ke arah Kirana. Lelaki itu perlahan-lahan mengatur langkah kakinya ke arah Kirana.
" Bagitahu lah, diorang pun dah tahu dah. Lagipun you ingat diorang nak percaya ke perempuan macam you ni? cermin diri you ya? " ujar Zaid sambil mengerling ke arah Kirana dari atas sehingga bawah.
" Dah lah, Don't waste my time! "
" Okey fine! I akan sebarkan gambar kita dekat media sosial. And your business and your family akan hancur "
Zaid menggenggam penumbuknya itu dengan kuat, lelaki itu terus mengatur langkah kakinya ke arah Kirana. Badan Kirana itu di tolak dengan kasar ke dinding. Tangannya pula mencengkam kuat leher Kirana.
" Hey kau jangan berani nak ugut aku eh! kau jangan cari pasal dengan aku! "
Terbatuk-batuk Kirana sebaik sahaja semakin kuat cengkaman leher yang dicengkam dengan kuat oleh Zaid itu.
" Kalau aku tahu kau sebarkan gambar tu, kau tahu kan apa nasib kau? mak kau yang dekat kampung tu akan tanggung risiko! " Zaid terus menolak dengan kasar Kirana itu ke lantai.
" Tak guna betul! " keluhnya. Lelaki itu terus mengatur langkah kakinya itu meninggalkan Kirana yang sudah terjelepuk di lantai, wanita itu memegang lehernya itu yang di cengkam dengan kuat oleh Zaid itu tadi.
Terasa sesak nafasnya itu.
" Tak guna kau Zaid! aku akan pastikan hidup kau sengsara! kau tunggu lah! " ujarnya.
SELESAI sahaja kerja, Airis melihat jam di pergelangan tangannya itu menunjukkan pukul 10:00 malam. Wanita itu terus memakai helmet itu di kepalanya, sambil memerhatikan telefon bimbitnya itu. Wanita itu membaca kesemua mesej yang di spam oleh Ammar itu.
AMMAR : Dah balik belum?
AMMAR : Dah sampai call aku.
AMMAR : Kak Mila buli kau tak?
AMMAR : Hey dah balik belum Airis Nisrina?
AMMAR : Jangan buat aku risaulah.
" Haish si Ammar ni, apa dia ingat aku ni girlfriend dia ke apa? " Airis tertawa kecil. Sedang begitu leka membaca pesanan yang dihantar oleh Ammar itu, tanpa Airis sedar semasa dia mengatur langkah kakinya ke arah motorsikalnya yang terparkir itu.
BUK !
telefon bimbit yang berada di tangan Airis itu terus jatuh ke lantai, kelam-kabut Airis menundukkan badannya itu dan mencapai telefon bimbitnya itu yang sudah terjatuh ke lantai.
" Buta ke apa kau ni?, jalan tengok depan lah " ujar lelaki itu dengan kasar.
Airis terus bangun dan memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu, dia terpana sejenak melihat wajah lelaki itu tika ini. Perkara pertama yang terlintas di fikirannya saat ini ialah tampan. Ya.. walaupun saat ini, lelaki yang berdiri di hadapannya saat ini hanya mengenakan baju t-shirt hitam lengan panjang sudah cukup membuatkan dia kelihatan tampan.
Zaid hairan sendiri melihat wanita itu sedang memandang ke arahnya, dan jujur di benci pandangan itu. Selekeh! itu lah terlintas di fikiran lelaki tinggi lampai itu apabila melihat Airis.
" Kalau dah tau buta duduk rumah, tak payah menyusahkan orang.. " ujar lelaki itu sebelum beredar.
" Err.. maaf encik.. " ujar Airis tersedar dari lamunannya itu.
" Stupid.. " Zaid terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Airis yang masih lagi sedang berdiri itu.
Airis mengalihkan pandangannya itu ke belakang, teruknya perangai! sombong! perasan bagus! harapkan wajah sahaja baik.
" Stupid? kurang ajar betul " ujarnya sendiri.
KRING ! KRING ! KRING !
bunyi deringan telefon bimbit itu mengejutkan Airis, kelam-kabut wanita itu mengangkat panggilan telefon itu.
" Hello.., ya aku on the way balik lah ni.. " ujar Airis sambil mengatur langkah kakinya ke arah motorsikalnya.
ZAID memarkirkan keretanya itu di hadapan rumah banglo mewah itu, lama lelaki itu berada di dalam kereta. Dia sebenarnya malas ingin keluar dan berjumpa dengan Dato' Hashim dan Datin Suriati nanti pasti ada sahaja perkara tidak kena.
Entah kenapa Datin Suriati menelefonnya untuk datang ke rumah malam ini, sedangkan dia sudah balik ke rumah ini 2 hari lepas. Bunyi deringan telefon bimbitnya itu mengejutkan lelaki itu, dan saat ini nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu ialah Qaseh.
" Serabut betul lah aku dengan perempuan
ni, " Zaid terus mematikan telefon bimbitnya itu lalu dicampakkan ke kerusi belakang.
Lelaki itu memperbetulkan rambutnya itu sebelum mengatur langkah kakinya keluar dari kereta, lelaki itu terus mengatur langkah kakinya keluar dari perut kereta dan menuju ke rumah banglo tersebut.
Lelaki itu terus memulas tombol pintu dan mengatur langkah kakinya masuk ke dalam rumah mewah yang di cat dengan warna putih bersih itu, sebaik sahaja lelaki itu mengatur langkah kakinya masuk ke dalam rumah kelihatan kelibat Dato' Hashim dan Datin Suriati sedang duduk di sofa.
Zaid terus mengatur langkah kakinya ke arah Dato' Hashim dan Datin Suriati, dan melabuhkan duduknya itu di kerusi.
" Ada apa yang urgent sangat ni? Zaid dah lah baru balik kerja. Lepas tu nak kena datang sini pulak.. penat tahu tak " keluhnya.
Dato' Hashim terus bangun dari kerusi yang sedang di duduki itu dan satu tamparan terus hinggap di pipi Zaid.
PANG !
" Tak guna punya anak! " Jeritnya.
" Abang " ujar Datin Suriati terkeju melihat anaknya itu di tampar oleh suaminya.
Zaid memegang pipinya kini yang terasa hangat itu, dari posisi duduk kini lelaki itu berdiri berhadapan dengan Dato Hashim.
" Papa ni dah kenapa? " soal Zaid tidak puas hati.
" Kau tanya aku kenapa? Hey Zaid apa kau dah buat hah? aku tak ajar kau jadi macam ni Zaid Ridzwan! tak cukup ke didikan yang papa dengan mama bagi pada kau? " soal Dato Hashim pula.
" Papa cakap pasal apa ni? " Zaid masih tidak mengerti apa yang cuba Dato' Hashim sampaikan.
Dato' Hashim terus mencampakkan gambar-gambar yang di hantar di peti suratnya itu. Zaid terus mencapai gambar tersebut dan di lihat gambar tersebut kelihatan wajahnya dan Kirana sedang bermesraan bersama.
" Apa nak jadi dengan kau ni Zaid, jangan disebabkan perangai setan kau ni! semuanya rosak! kau jaga sikit muka aku ni " tengking Dato' Hashim.
Zaid berdegus geram, saat ini dalam hatinya..dia menyumpah seranah Kirana. Wanita itu memang berani mencari pasal dengannya.
" Kalau papa dapat tahu gambar ni tersebar, tahu lah kau Zaid nasib kau! jangan ingat papa tak berani nak buat! "
" Buat malu muka aku je ada anak macam engkau ni, ada bukan menyenangkan.. "
" Tapi menyusahkan " Dato' Hashim terus mengatur langkah kakinya meninggalkan anaknya itu yang masih lagi sedang berdiri itu.
Sebaik sahaja Dato' Hashim beredar, Datin Suriati yang sedang duduk di kerusi itu mengatur langkah kakinya menuju ke arah anak lelakinya itu.
" Macam mana papa boleh tahu ni? mama bagitahu dia ke? " soal Zaid geram.
" Mana ada, ada orang hantar dekat papa. Siapa pulak Kirana ni Zaid? haritu Nelly.. ni Kirana pulak.. sampai bila nak buat perangai ni " bebel Datin Suriati.
" Huh! "
Zaid mengeluh kasar, lelaki itu terus mengatur langkah kakinya meninggalkan rumah agam itu. Panggilan Datin Suriati itu hanya dihiraukan sahaja.
ZAID memukul setereng keretanya itu berkali-kali, pipinya yang agak sedikit lebam itu di lihat di cermin tingkap. Dalam hatinya mengumpah seranah wanita itu, lelaki itu terus mencapai telefon bimbitnya itu dan nombor seseorang itu di dail.
" Hello.. yes boss? " ujar suara itu.
" Kau dekat mana ni? aku ada tugas untuk kau. "
" Tugas? saya sebenarnya okey je boss bagi tugas. Tapi macam biasalah boss, masuklah payment dulu " ujar suara itu lagi bersama tawa di hujung ayat.
" Hey aku tahu lah, selama ni aku tak pernah bayar kau ke? aku send gambar sorang perempuan ni dekat kau. Dan aku nak kau buatlah apa yang patut dekat perempuan tak guna ni "
" Dah siap kerja, update dekat aku! " ujar Zaid.
" Baik boss " balasnya.
Talian itu terus ditamatkan, lelaki itu mengukir senyuman sendiri.
" Kau nak main api dengan aku ya? mati kau Kirana! kau ingat kau siapa nak ugut aku? "
" Ni Zaid Ridzwan lah, siapa yang berani cari pasal dengan aku.. sampai kau mampus aku cari " lelaki itu tertawa sendiri.
AMMAR meletakkan telefon bimbitnya itu di atas meja bersebelahan dengan almari bajunya itu, saat ini tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman sendiri. Cincin yang tersimpan rapi di dalam laci itu di bawa keluar , lelaki itu memandang lama cincin tersebut.
IMBAS KEMBALI...
" Kadang-kadang kan aku rasa macam kau suka aku, kau suka ke Mar? " soal Airis selamba.
Merona merah wajah Ammar mendengar soalan yang diajukan oleh Airis itu.
" Eeee, perasannya kau ni. Tak der maknanya aku suka kau, hey kita ni mana sesuai " balas Ammar pantas.
" Elehh, teruk sangat ke aku ni? "
" Humm, boleh tahan lah.. "
PAK !
" Aduhhh sakit lah Ris.. " tangan lelaki itu di gosok kerana sakit akibat di pukul oleh Airis. Itu lah rutin hidup Airis Nisrina tak cubit, pukul tak pukul..cubit.. badannya lebam ni semua sebab Airis je sebenarnya.
" Tapi kalau kau suka aku, aku on je hahahahahh " berdekah tawa Airis sendiri.
" Ehh.., kau suka aku ke? " kini giliran Ammar pula bertanya.
" Memang tak lah, aku gurau je lah. Lagipun kalau aku tahu kau suka aku. Tahu lah nasib kau " ujar Airis.
" Ahhh.. tak der maknanya. "
" Janji eh? sebab kalau kau suka aku.. aku memang tak boleh balas perasaan tu.. sorry to say lah yer... " Ujar Airis sambil menepuk dahi Ammar.
" Eeee.. perasan nya anak Muzir ni.. "
Airis tertawa.
" Yer aku janji aku takkan suka kau, atau ada perasaan dekat kau Airis Nisrina "
TERBAHAK-BAHAK, Kirana tertawa membaca pesanan yang di hantar oleh Zaid itu. Puas hatinya dapat mengenakan lelaki itu. Namun tawanya yang sedang meledak itu terhenti. Kirana menghentikan langkah kakinya, wanita itu mengalihkan pandangan itu ke arah belakang. Entah mengapa wanita itu merasakan seperti ada seseorang yang mengikutinya dari belakang sejak tadi.
Kirana melajukan langkah kakinya ke arah kereta yang diparkir tidak jauh dengan jaraknya itu. Wanita itu melihat jam di pergelangan tangannya itu sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
" hey.. " suara seseorang dari belakang itu membuatkan wanita itu memalingkan wajahnya itu dari belakang.
WUSH..
" Arghhhhhhhhhhh!!!! " Kirana menjerit sekuat hati apabila dia merasakan kulit wajahnya itu begitu sakit dan pedih sekali sebaik sahaja air yang tidak pasti air apakah itu yang terkena di wajahnya itu.
Botol yang mengandungi asid itu di baling ke tepi, lelaki yany membaling asid di wajah Kirana itu mengeluarkan telefon bimbitnya itu lalu mengambil beberapa gambar dan video Kirana yang sedang menjerit kesakitan.
selesai sahaja, kelam-kabut lelaki itu mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Kirana yang sedang terlolong menjerit kesakitan.
pedih! sakit! itu lah yang sedang Kirana rasakan, wajahnya begitu hangat dan sakit.
TING !
BUNYI deringan telefon bimbitnya yang sedang berdering menyedarkan Zaid yang baru sahaja keluar dari bilik mandi itu. Lelaki itu terus mengatur langkah kakinya ke arah meja lampu itu dan mencapai telefon bimbitnya itu dan melihat nama Rul yang tertera.
Zaid terus menekan pesanan yang di hantar oleh Rul itu, dan menekan beberapa gambar dan video yang dihantar oleh Rul itu. Sebaik sahaja gambar dan video sudah siap di muat turun, Zaid tertawa sendiri melihat Kirana yang sedang menjerit terlolong kesakitan.
" puas hati aku, jangan berani nak main-main dengan aku sial.. " ujarnya sendiri.
ZAID : XXXXXXXXX234
RUL : Terima Kasih boss, nanti kalau ada apa-apa lagi, boss contact je terus saya.
Zaid terus menutup telefon bimbitnya itu, almari baju itu di buka dan lelaki itu mencapai baju t-shirt yang bewarna biru gelap itu lalu di pakai.
KRING ! KRING ! KRING !
BUNYI deringan telefon bimbitnya itu mengejutkannya, Zaid terus mencapai telefon bimbitnya itu dan melihat nama yang tertera ialah Tania. Bibirnya mengukir senyuman, lantas lelaki itu mengangkat panggilan itu.
" hello sayang.. " ujarnya mesra.
HARI ini seperti biasa pada waktu sebegini Airis akan pulang, dan seperti biasa juga dia akan melihat ayahnya iaitu Haji Muzir akan menunggunya di tangga. Airis terus meluru ke arah Haji Muzir dan menyalam ayahnya itu.
Airis kini melabuhkan duduknya di sebelah Haji Muzir, helmet yag sedang di pakai olehnya itu diletakkan di tepi.
" kenapa ayah tak tidur lagi ni? Dah lambat, nanti ayah sakit " ujar Airis.
Haji Muzir mengukir senyuman.
" ayah tunggu Airis lah, risau ayah... Ayah risau sebernanya Airis selalu balik malam. Dah lah Airis tu perempuan, tak elok tau " tutur Haji Muzir.
Airis mengukir senyuman, lengan ayahnya itu di paut.
" alaaa, ayah jangan risau. siapa berani kacau Airis, tahu lah nasib diorang "
" Diorang tak tahu Airis ni ada silat gayung, "
Haji Muzir hanya mampu menggeleng sendiri.
" Haihh Airis ni, main-main je kerja. umur tu kalau boleh, dah kena kahwin dah tahu tak.. agaknya siapa lah yang kahwin dengn anak ayah yang manja ni " seloroh Haji Muzir.
" ke Ammar orang tu? " tambah Haji Muzir lagi.
laju Airis menggeleng.
" tak nak lah Ammar, Airis nak seorang lelaki yang boleh jaga Airis dengan baik. macam ayah jaga Airis "
" Lelaki yang takkan sekali pun buat Airis menangis, ataupun berkasar dengan Airis "
" dan yang lebih penting, dia kahwin dengan Airis sebab dia cintakan Airis " tutur Airis sambil tersengih-sengih sendiri.
Haji Muzir hanya mampu menggeleng sahaja melihat kelakuan anak daranya itu.
" Bagi ayah, dia dapat jaga anak ayah ni dengan baik pun dah cukup. dan tak sakitkan hati anak ayah "
" Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Airis, semoga Airis dapat suami yang baik.. mampu jaga Airis lebih dari ayah.. dan mampu sayang Airis lebih dari ayah "
Airis mengukir senyuman.
" Ayah nak Airis tahu, jika satu hari nanti Airis tak tahu dekat mana lagi tempat yang Airis nak tuju..datanglah pada ayah ya? Ayah akan selalu ada dengan Airis "
" walaupun Airis dah kahwin suatu hari nanti, sebab Airis tetap anak ayah sampai bila-bila"
saat ini entah mengapa kata-kata yang diucapkan oleh Haji Muzir membuatkannya terharu.
" ayah ni, janganlah buat Airis menangis.. " Airis mengesat air matanya itu.
" Airis sayang ayah tau.. "
Haji Muzir hanya mengukir senyuman.
" Okeylah ayah masuk dulu, mak kamu ada tinggalkan lauk bawah saji.. makan ya " Haji Muzir terus bangun dari kerusi dan mengatur langkah kakinya masuk ke rumah semula.
Airis mengukir senyuman sendiri, dia sendiri tidak sabar ingin tahu siapakah lelaki yang akan menjadi suaminya itu nanti..
" Siapalah orangnya nanti kan? heheh " Airis tertawa sendiri.
Share this novel