Masrina masih ke balai polis walaupun ditegah ayahnya, tekad untuk membuktikan dia tidak ada perasaan terhadap Inspektor Firdaus.
Dia terlihat Firdaus sedang memerhatikan peta berhampiran bilik soal siasat.
Masrina berdiri di belakangnya agak lama tanpa dia sedar.
“Agak kurang sopan merenung bontot orang,” Firdaus berkata, tanpa berpusing.
“Ehhh mana ada saya tengok bon..eh punggong awak!!” Masrina terkejut dan merasa sangat malu.
Firdaus berpusing dengan senyuman.
“Tak apa, silakan kagum jadi tak sesialah saya pergi gym.”
“Eh jap awak tengok apa di peta tu?”.
Masrina cuba mengalihkan perhatian Inspektor kacak tersebut.
“Ohh ada banyak kes samun di daerah selatan bandar,” jawab Firdaus sambil jarinya menunjuk peta.
“Ada geng baru yang masuk mungkin dari seberang. Kalau tak dicekup, mereka akan lebih berani.”
“Wah, menarik juga kes kat sini,” kata Masrina, walaupun sebenarnya dia rasa teramat bosan.
“Menarik celah mana? Awak ni biar betul.” Firdaus tergelak.
Masrina melangkah lebih dekat dengan Firdaus, seperti ada tarikan magnet.
“Sebenarnya… kenapa awak jadi polis eh?” Masrina terlalu dekat sehingga dia boleh terbau badan Firdaus, hmm wangi fikirnya.
“Panjang ceritanya. Seribu satu malam pun takkan habis” Firdaus berkata sambil kakinya melangkah sedikit ke belakang.
“It’s ok. Saya ada banyak masa.” Masrina mendekati lagi.
Firdaus ketawa serba salah, “Awak ni gigih, ya?”
“Bergantung pada siapa yang bercerita.”
Masrina menjawab berbaur menggoda.
Biar betul. Firdaus memandangnya agak lama sebelum menjawab.
“Ayah saya bekas polis. Saya nak ikut jejaknya. Itu sahaja nothing special.”
“Oh… nak jadi hero, ya?” Masrina tersenyum sinis.
Firdaus mengangkat bahu.
“Haha taklah, memang pilihan saya kerana minat. Kadang-kadang tu menyesal juga.”
“Kenapa pula menyesal?” tanya Masrina.
“Gaji tak tinggi, jadi tiada perempuan sudi nak bersuamikan saya”
Gurau Firdaus sambil membuat muka sedih.
“Inspektor Firdaus!” tiba-tiba, suara dari seberang bilik memanggil.
Mereka berpusing. Seorang pegawai bergegas datang membawa fail.
“Ada kes baru, tuan!”
Wajah Inspektor Firdaus kembali serius.
“OK, tunggu sebentar,” katanya kepada pegawai tersebut.
Dia memandang Masrina.
“Awak patut balik. Ayah awak tak suka kalau awak lama-lama kat sini.”
“Ya, okay. Sampai jumpa lagi.”
Ketika keluar dari balai polis, Masrina merasakan sesuatu yang sukar dijelaskan.
Dia tidak pasti kenapa dia rasa begitu berani dengan Firdaus tadi.
Ada sesuatu tentang Firdaus yang menarik minatnya.
Tapi dia tahu, ayahnya bakal mengamuk jika tahu yang dia engkar nasihatnya.
***
Malam itu, Firdaus duduk di apartmennya, matanya tertumpu pada sampul surat yang terbiar di atas meja.
Fina.
Nama itu masih terasa asing, walaupun mereka pernah bersama.
“Kenapa aku masih simpan surat ni?”.
Firdaus bertanya pada dirinya sendiri.
“Fina... apa yang kau nak sekarang?”
Tangan Firdaus menggenggam surat itu, jemarinya sedikit gemetar.
Suasana sepi. Hanya bunyi jam dinding yang memecah kesunyian.
“Firdaus, aku tahu aku dah banyak buat salah... Tapi, bolehkah kita mulakan semula? Aku rindu kita.”
Suara Fina terngiang di telinganya.
“Rindu? Hah, kenapa sekarang? Kenapa tak dulu?”
Firdaus menutup matanya, mengeluh
“Cuba, Firdaus... Jangan tutup hati kau. Kau berhak bahagia.”
“Aku dah cukup sakit dengan semua ni.”
Dia berkata sendiri dengan suara yang lebih tegas.
Firdaus melontarkan surat itu ke dalam tong sampah.
“Aku takkan kembali, Fina. We are over.”
Share this novel