Rate

Bab 3

Romance Series 11556

"Hayden..."

Yara memang mengenali Hayden, bekas adik iparnya. Hanya saja lelaki itu yang tak pernah tahu dirinya.

Kelihatan bibir tipis itu menarik senyum sumbing. Dia tak suka melihat cara perempuan seperti Yara memandangnya.

"Excuse me lady, dah puas pandang saya." sinisnya.

Yara terkulat-kulat. Bukan dia pandang dengan cara menggoda pun. Lelaki ni pun tak relax langsung.

"Kereta saya tak dapat hidup." ujar Yara kemudian. Telefon dalam kereta di ambil sembari cuba menghubungi mekanik bernama Alex.

Hayden hanya memerhatikan Yara sedang bercakap melewati telefon.

"Saya boleh hantar awak balik." tawarnya hanya kerana rasa tanggungjawab dalam diri.

Membiarkan seorang perempuan berada di sisi jalan malam-malam begini akan membahayakan keselamatan wanita itu. Tadi pun hanya kebetulan dia memandu melewati jalan di situ.

Yara tak menolak tawaran Hayden. Sekejap lagi Alex akan datang menarik keretanya untuk di bawa ke bengkel milik lelaki itu. Cuma, dia tak mahu menunggu seorang diri. Serik lepas dua lelaki tadi cuba melakukan sesuatu terhadapnya.

Baik Hayden mahupun Yara, masing-masing membisu sepanjang perjalanan. Fikiran Yara melayang pada pertemuannya dan Hayzen semula. Lebih-lebih lagi dengan permintaan Calista. Fikiran Yara di buat kusut.

"Awak nak saya bukakan pintu baru awak nak keluar."

Nada sarkas itu menyentakkan lamunan Yara. Dia sendiri tidak sedar sejak bila kereta Hayden sudah berhenti di depan pagar rumahnya. Buat malu lah kau Yara! Dia mengoceh diri sendiri.

"Don't expect I will treat you like a princess. Get out."

Berdesing telinga Yara. Rasa terbakar. "Thanks." Yara segera keluar. Turutkan rasa hati mahu saja dia hempas pintu kereta lelaki itu sampai tercabut. Yara menahan diri. Sekurangnya Hayden masih bersikap baik telah menumpangkannya.

Yara menghenyak tubuh di hujung katil sebaik masuk ke dalam bilik. Keluhan berat meniti bibir ketika memikirkan pertemuan yang tak di sangka langsung.

HAYZEN menuju ke ruangan keluarga sepulangnya dia menghantar Calista. Dato Mukhriz meletakkan telefon ketika melihat kehadiran anak lelakinya itu. Cermin mata di betulkan.

Hayzen menghenyak punggung tidak jauh dari sang ayah. Lelaki yang semakin berusia itu di pandang dengan kening sedikit berkerut. Kelihatan ayahnya itu seperti ingin mengatakan sesuatu.

"Kamu dan Calista tak lama lagi akan menikah. Abah baru tau kalau calon mentua kamu tu ada ambik anak angkat. Seingat abah, Yara namanya. Kami fikir nak kenankan adik Calista tu dengan Hayden."

Hayzen jelas mempamerkan riak terkejut mendengarnya. Dia di buat mati kata.

"Apa pendapat kamu?"

"Hayz tak rasa Hayden akan setuju. Kalau ya pun kenapa mesti Yara?" dia membantah halus.

Dato Mukhriz merenung lama anaknya itu. "Yara tak layak maksud kamu sebab dia cuma anak angkat." pertikainya.

"Bukan tu maksud Hayz. Maybe Hayden dah ada someone special. Abah dah bagitau dia?"

"Abah tak bagitau lagi. Kamu sendiri tengok adik kamu tu jarang balik sini, memanjang sibuk kerja."

Hayzen menarik nafas dalam. "Bab menikah ni lagi baik rasanya kalau abah tak main paksa dia."

Wajah Dato Mukhriz berubah. "Bagitau abah, apa yang kamu tahu tentang hidup adik kamu. Dari kecik lagi kamu berdua tak pernah sebulu. Kamu tak pernah suka dia. Sampai sekarang pun kamu masih salahkan dia punca arwah ummi meninggal."

Lidah Hayzen kelu. Dia tak menafikan sama sekali. Dia masih marah pada Hayden. Hari kejadian itu, kalau tidak kerana Hayden ummi mereka takkan meninggalkan mereka.

Dato Mukhriz menggeleng kecil lalu bangun meninggalkan Hayzen yang terdiam di ruangan itu

Rambutnya di cengkam ke belakang. Tiap kali perkara itu di bangkitkan, rasa marahnya pada Hayden semakin membuak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience