Bunyi pintu kayu berat ditolak perlahan. Ridz Thufail melangkah masuk ke bilik mesyuarat utama. Semua mata tertumpu padanya. Lelaki berusia lewat 20-an itu berjalan penuh yakin, wajah serius tanpa riak mesra. Lengkap berkot kelabu gelap, kemeja putih bersih, dan tali leher hitam. Aura dingin itu terasa sampai ke hujung bilik.
"Selamat pagi, Dato’-Dato’, Tan Sri," ucap Ridz ringkas, tanpa senyuman.
Dato' Azman, Dato' Mahfuz, dan beberapa orang ahli lembaga pengarah dari syarikat-syarikat rakan kerjasama bangkit memberi salam hormat. Mereka sudah biasa dengan layanan tegas lelaki muda itu. Walaupun usianya masih muda, Ridz Thufail merupakan CEO Thufail Empire Holdings yang merupakan syarikat konglomerat diwariskan oleh bapanya, Tan Sri Mukhriz, setahun lalu.
Ayuni, setiausaha peribadi Ridz, meletakkan fail-fail tebal di hadapan bosnya sebelum beredar ke sudut bilik.
Ridz duduk. Matanya tajam memandang satu persatu ahli mesyuarat.
"Kita mulakan. Presentation," arahnya ringkas.
Seorang wakil syarikat Dato' Azman mula membentangkan cadangan projek hartanah mewah. Suara lelaki itu sedikit gugup kerana sedar diri diperhati.
Ridz mendengar tanpa mempamerkan sebarang reaksi. Kadangkala jari-jarinya mengetuk meja perlahan.
"Habis?" tanya Ridz apabila wakil itu selesai.
"Ya, Encik Ridz. Itu cadangan kami," balas lelaki itu.
Ridz bersandar, membuka satu persatu helaian kertas dalam fail di depannya. Beberapa minit, dia tutup semula.
"Saya tak nampak keunikan projek ni. Design typical, market strategy lemah. Return of investment awak jangka pun tak realistic. Sorry, saya tak berminat. Thufail Empire tarik diri dari projek ni."
Suasana senyap. Dato' Azman berdehem kecil. "Ridz, kalau boleh bincang dulu…"
"Saya dah tengok semua projection awak malam tadi, Dato’. Tak perlu bincang. Thufail Empire tak akan terlibat dalam projek yang tak beri impak pada portfolio syarikat saya. Meeting selesai."
Dato' Mahfuz cuba bersuara, tapi Ridz segera bangkit. Satu anggukan kecil pada Ayuni, tanda mesyuarat tamat.
Dato’-Dato’ di situ saling berpandangan jelas mereka tak berpuas hati.
Ayuni menyusul Ridz ke bilik pejabat peribadinya. Lelaki itu membuka kot lalu dibiarkan atas kerusi. Butang lengan baju dibuka dan dilipat sehingga ke situ. Tangannya disandarkan ke meja.
"Ayuni."
"Ya, Encik Ridz?"
"Ada appointment seterusnya?"
"Ada seorang tetamu," jawab Ayuni sopan. Wajahnya tersenyum lembut.
"Siapa?"
"Puan Sri Zahrah."
Ridz angkat kening. Mommy dia.
"Suruh masuk."
Tak lama kemudian, seorang wanita anggun berusia lewat 40-an, mengenakan baju kurung moden rona pastel, masuk bersama senyuman nipis.
“Assalamualaikum, Thufail.”
Ridz senyum kecil, kali pertama sejak pagi. “Waalaikumussalam, mommy.”
Ayuni tinggalkan mereka, pintu ditutup perlahan.
Perbualan mereka tidak perlu diceritakan di sini, cukup sekadar diketahui bahawa Puan Sri Anisah datang membawa sesuatu yang bukan kecil nilainya.
Di sekolah, suasana dewan peperiksaan sunyi. Hanya bunyi kertas diselak dan ketikan jam di dinding.
Ryhana mengetap bibir. Mata tertumpu pada kertas peperiksaan Bahasa Melayu. Tangannya ligat menulis bahagian karangan.
'Sungguhpun kehidupan di desa jauh berbeza dengan bandar, namun…'
'Bla… bla… bla…'
Dia cuba fokus, tapi entah kenapa bayangan wajah lelaki di butik sebelum ini muncul lagi.
‘Weh kenapa dia boleh muncul time aku jawab exam pulak ni…’
Ryhana geleng kepala. Cuba habiskan ayat terakhir.
"Calon, tinggal lima minit," tegas suara pengawas peperiksaan.
Ryhana cepat-cepat semak semula. Siap.
Loceng tamat peperiksaan berbunyi. Semua calon bangkit perlahan.
Ryhana keluar dewan. Dayana lambai dari jauh.
"Weh, lega weh BM dah habis!" Dayana ketawa kecil.
"Baru satu paper," keluh Ryhana sambil betulkan awning tudungnya yang rosak akibat stress exam tadi.
Dayana di sebelah menguap kecil. "Haah… BM je kot. Banyak lagi paper lain tunggu."
Mereka berjalan perlahan menuju pagar sekolah. Suasana tengah panas terik. Calon-calon lain pun ramai yang keluar dengan muka lega. Lega satu paper, bukan lega habis.
Tiba-tiba, sebuah kereta mewah, Mercedes-Benz AMG hitam metalik, berhenti betul-betul depan pagar. Cermin gelap sebelah pemandu perlahan-lahan turun.
Seorang lelaki berkaca mata hitam tersenyum nipis. Wajahnya tenang, kemas berjaket blazer walaupun cuaca panas.
"Cik Ryhana?"
Ryhana berkerut dahi. “Saya?”
"Ya. Saya diminta jemput Cik balik."
Ryhana pandang Dayana dengan muka pelik. "Aku tak kenal weh. Siapa dia ni?"
Lelaki itu senyum mesra tapi suara dia kekal tegas.
"Naiklah, Cik. Arahan bos saya."
Ryhana angkat kening. “Bos awak siapa?”
"Maaf, saya tak dibenarkan bagitahu."
Ryhana geleng. “Tak payah lah. Saya balik naik Grab.”
Dayana berbisik, teruja. "Weh… serious lah. Naik je la, Na. Mana tahu, prince charming betul-betul."
“Gila kau.”
Driver itu tetap sabar.
"Saya tak boleh balik kalau Cik tak ikut. Nanti bos marah."
Akhirnya, Ryhana mengalah. Ego tinggi, tapi malas nak drama tengah panas macam ni.
“Okaylah,” katanya malas.
Dia masuk ke dalam kereta. Bau pewangi kereta bau woody soft fill memenuhi ruang tu. Kerusi leather hitam kemas dan aircond pun sejuk. Mantap.
Dalam perjalanan suasana agak canggung. Driver tu jenis banyak cakap.
"Cik sekolah sini lama dah?"
"Dua tahun." Ryhana bermula sekolah di situ dari awal tingkatan empat.
"Awak tinggal kat area mana?"
"Seksyen 9."
"Ooo…"pendek saja balasan driver itu. Tak tahu nak tanya apa lagi.
Ryhana senyap. Tangan dia asyik pegang beg sekolah erat. Dia pandang luar tingkap saja.
Kereta berhenti perlahan apabila sampai di perkarangan rumah Ryhana.
Driver itu keluar dan jalan ke pintu belakang. Perlahan-lahan dia bukakan pintu untuk Ryhana.
"Cik."
Ryhana keluar. Nak cepat-cepat masuk rumah.
"Sekejap, Cik."
Dia ke bonet belakang dan ditangnnya memegang satu jambangan bunga Peony pink lembut. Kelopaknya besar, lebat dan berlapis-lapis macam awan gebu. Wanginya manis. Bunga itu dibalut dengan satin putih dan riben baldu pastel pink.
"Untuk Cik Ryhana."
Ryhana terkedu. Nak ambil ke tak?
“Hah? Siapa bagi?” tanyanya teragak-agak.
Driver itu senyum kecil.
"Bos saya."
"Siapa?"
"Maaf, rahsia."
Teragak-agak Ryhana sambut juga bunga itu. Dia dekap bunga tu kejap di dada lalu bawa ke hidung. Ryhana sorok senyum. Haruman manisnya buat dia terbuai sekejap. Cantik. Lembut. Tak sangka ada orang kirim benda macam ni kepadanya.
Dalam hati dia rasa sesuatu. Terharu. Tapi pelik. Siapa yang sanggup kirim bunga semahal ni?
"Saya pergi dulu, Cik."
Driver itu terus masuk kereta. Kereta mewah itu meluncur perlahan. Ryhana hanya memerhati kereta itu yang semakin hilang dari pandangan.
Ryhana masih tercegat depan pagar. Tangannya pegang bunga dengan erat. Dada berdebar dengan kencang. Macam nak terkeluar pun ada.
‘Siapa bos dia… dan kenapa aku?’
Dia masuk rumah perlahan. Masih pelik namun tanpa sedar dia masih tersenyum tipis sendiri.
Malam itu, Ryhana memandang telefon dalam tangan. Nombor Ridz masih terpampang di skrin. Jari jemarinya berkira-kira.
‘Mesej ke tak… kalau mesej, dia perasan. Kalau tak mesej, hati aku ni gatal pulak.’
Akhirnya dia taip.
-Terima kasih pasal bunga tadi. Harum.
Tak sampai lima minit, satu mesej masuk.
- Baru sekarang reti cakap terima kasih?
Ryhana muncung.
-Kalau saya tak cakap pun, bukan awak kisah.
Balasnya selamba.
Ridz reply pantas.
- Aku kisah. Sebab bunga tu harga dia lagi mahal dari telefon murah kau.
Ryhana ketap bibir. ‘Dasar lelaki dingin mulut laser.’
- Lain kali tak payah bagi.
- Kalau aku nak bagi, aku bagi. Kalau aku tak bagi kau takkan pernah dapat pun bunga macam tu daripada orang lain. Yelah, siapa je nak bagi kat kau?
Ryhana hempas telefon atas bantal. Hatinya makin menyampah tapi entah kenapa bivirnya tersenyum jugak.
‘Benci pun ada, suka pun ada. Gila ke aku ni…’
Share this novel