TEPAT jam enam setengah petang mengikut waktu Viantiane, mereka tiba di Wattay International Airport, Viantiane. Macam biasa...Hana dengan tugasnya mengambil semula selimut. Kak Dibah dan Zizie mengutip bekas-bekas makanan yang dihidangkan kepada penumpang tadi. Selesai sahaja kerja, mereka segera keluar dari kapal terbang menuju ke balai ketibaan. Sebelum keluar tu, kenalah tunjuk pasport dulu. Selepas mengambil beg masing-masing, mereka segeluar keluar dari airport dan mengambil teksi. Teksi segera bergerak apabila mereka beritahu destinasi mereka. Sampai sahaja di hadapan hotel, hampir ternganga Hana dan Kak Dibah dibuatnya. Hotel tu nampak macam mahal sangat! "Hang tak qasa mahai ka hotel ni?" ...