"KALAU dah habis shopping, call abang tau!" pesan Hafiz. Hana mengangguk. Dia menyalami abangnya. Hana membuka pintu kereta lalu keluar.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..." Hana menutup pintu kereta. Hana melangkah menuju ke pintu masuk Pavilion.
Dari jauh dia nampak Zizie sudah terpacak depan pintu masuk Pavilion. Rasa kesian pulak membiarkan Zizie menunggu dirinya sorang-sorang.
"Dah lama tunggu?" tanya Hana apabila berhadapan dengan Zizie.
"Aku pun baru sampai ja ni... jom masuk," ajak Zizie teruja. Macam tak sabar nak shopping. Mereka berdua masuk ke dalam Pavilion. Zizie apa lagi serbulah dia ke kedai mekap. Hana yang melihat ada elbagai jenis mekap di situ hampir pengsan. Confirm satgi Zizie ambik macam-macam warna. Hana hanya melihat Zizie memilih jenis-jenis mekap. Malas dia nak masuk campur.
Suasuana mewah di Pavilion langsung tak menarik hati Hana. Rasa bosan pulak ikut Zizie mai shopping. Zizie yang tadi ada depan kedai mekap dah hilang. Mungkin masuk dalam nak tengok ada jenis barang mekap apa lagi yang boleh digunakan untuk Hana mekap esok.
Selesai membayar semua harga mekap tersebut, Zizie segera keluar dari kedai tersebut. Dia menuju ke arah Hana. Nampaknya kawan dia dah mula bosan. Maklumlah Hana bukannya kaki shopping.
"Hey! Jomlah balik. Tapi, hang lapaq tak? Aku lapaq lah."
"Aku pon boleh tahan lapaq jugak ni."
"Kalau macam tu, apa kata kita makan dekat Restoran Santai. Aku teringin nak makan mi goreng dia. Macam mana? Boleh?" Zizie minta pendapat Hana. Takut hana tak suka pulak!
"Aku ikut ja." jawab Hana senang. Dia tak kish nak makan tang mana. Tapi apa yang penting halal.
Baru ja melangkah setapak, tiba-tiba dia dirempuh oleh seseorang. Akibatnya dia jatuh terdudk di tengah-tengah shopping mall. Malu siot!
"Adoiiii!!!!" terjerit Hana apabila dia jatuh terduduk. Hesy.... manusia yang berhati 'mulia' mana datang rempuh aku 'baik' gila! Sampai sakit punggung aku dibuatnya. Zizie membantu Hana berdiri. Muka Hana sudah cemberut macam baru lepas makan asam jawa.
"Lain kali kalau nak jalan tengoklah orang dulu. Ini tak, main rempuh aje!" sergah lelaki itu sombong. Berlagak betul! Lelaki itu masih bermain denga telefon bimbit miliknya.
Ek eh! Kerek nya mamat ni! Dia yang blah aku tak mengaku salah pulak! Pastu tuduh aku macam-macam pulak tu! Hesy, mamat ni memang nak makan 'laser' mulut aku rasanya. Muka dah hensem tapi peranghampeh! Agaknya dia ni tak pernah belajar adab bersopan ketika bercakap dengan orang kot? Sahih markah pendidikan sivik dan kewarganegaraan dapat E!
Eh! Ada kena mengena ka hana? Lantaklah! Tapi memang ni memang tak qeti nak cakap elok-elok. Oleh kerana ayat dia yang sungguh 'sedap' tu dah membuatkan hatiku membara, maka dengan segala hormatnya aku pun nak guna bahasa 'sopan' jugak untuk mamat yang perangai F ni! Bagi ada adab sikit! Now... the game is on!
"Hello encik tak pandai jalan.... ini semua salah encik tau. Saya ni jalan berhati-hati. Saya tengok kiri kanan depan belakang sebelum berjalan. Encik tu je yang tak pandai jalan! Takkan jalan pun guna phone? Oh betullah... saya lupa. Encik ni kan tak pandai jalan... So, kira phone enciklah yang tunjuk jalan? Jadi GPS encik... betul tak?" balas hana pedas. Puas hatinya kerana dapat mengenakan mamat yang tak dak budi bahasa tu.
Hesy... mulut dia ni pedas sungguh! Tak padan dengan perempuan. Tapi betul jugak cakap minah ni.... kenapa dia jalan sambil guna phone? Padan muka kau! Kan dah kena sebijik!
"Akram?" kata Zizie yang berada di sebelah hana.
Lelaki itu turut memandang Zizie. "Zizie?"
Hana memandang dua manusia tersebut silih berganti. Zizie ni kenal ka mamat kerek dan poyo ni?
"Hey! Kau buat apa dekat sini?" tanya Zizie sambil tersenyum.
Hana memandang Zizie. Amboii! Senyum bukan main kembang lagi. Aku yang dok terpacak di sebelah dia pun dah tak nampak!
"Aku saja keluar jalan-jalan. lagipun Sheila sekarang busy dengan photo shoot dia tu," ujar lelaki itu dengan senyuman juga.
"Ehem!" Hana bedeham menyebabkan Zizie dan lelaki itu melihat ke arahnya.
"Amboii! Hang ni kalau cakap dengan pakwe, tak ingat dah aku di sebelah ni," sindir Hana.
"Hesy... hang ni. Dia bukan pakwe akulah. Dia cuma kawan baik aku.." bangkang Zizie. Pantang cakap dengan lelaki je, mesti Hana cakap dia sembang dengan pakwe.
"Yelah tu..." Hana masih tak percaya dengan kata-kata Zizie.
"Yelah! Oh, by the way... akram, ni kawan baik dan rapat aku. Nama dia Hana dan Hana ni kawan baik aku jugak, nama dia Akram," ujar Zizie memperkenalkan Hana dan Akram.
"Hai..." ujar Hana dan Akram serentak.
"Oklah... aku gerak dulu..."
Belum sempat satu langkah dia jalan, Hana memberi pesanan kepada dia," be careful. Kalau GPS kau tu silap tunjuk jalan, silap hari bulan kau terlanggar lori balak pulak!"
Hesy minah ni! Sempat lagi dia nak kenakan aku! gerutu akram dalam hati.
"Baiklah minah trafik!" giliran Akram pula mengenakan Hana.
Bulat mata Hana mendengar kata-kata Akram. Mamat ni memang tak bertauliah langsung! Ada pulak dia kata aku ni minah trafik! Kepo betullah dia ni! Hmm... sedap jugak aku panggil dia kepo. Hahaha... mamat kepo!
"Weyh! Jomlah pi makan! Pequt aku ni dah lapaq ni!" Zizie dah mula merengek. Perutnya dah berkeriut macam tak makan setahun.
"Jomlah... aku pon dah lapaq ni."
"Alhamdulillah... kenyang," ujar Zizie. Dia tersandar di kerusi meja makan seperti ular sawa kekenyangan.
"Zizie.... aku nervouslah nak kerja esok..." adu Hana.
"Biasalah tu. Tomorrow is your first day to become a stewardess. Memang akan rasa nervous. Aku pun rasa macam hang jugak masa first time nak jadi pramugari dulu," Zizie memberi taklimat atas nasihat kepada hana.
Tiba-tiba pulak dia teringat mamat kepo yang dah rempuh dia dekat Pavilion tadi. Harap je muka hensem tapi perangai hancur. Merosakkan mood aku betullah!
"Zizie.... macam mana hang boleh kenal mamat kepo yang langgar aku tadi tu?"
"Hang maksudkan Akram ke?" tanya Zizie. Pelik pulak bila Hana gelarkan seseorang dengan panggilan mamat kepo. Rupa-rupanya Akram.
Hana mengangguk dengan pertanyaan Zizie. Mesti Zizie pelik bila tiba-tiba dia kenal tak mamat kepo....
"Dialah yang bagi aku kerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan bapak dia. Yang hang pergi tempat temuduga tadi tu syarikat penerbangan bapak dialah," terang Zizie menyebabkan Hana hampir pengsan.
Syarikat bapak dia? Aduh, awat mesti tu syarikat bapak dia? Adoyai!
"Biaq betoi tu syarikat penerbangan bapak dia?" tanya Hana inginkan kepastian.
"Ha arr.... dan aku minta tolong dia supaya ambil hang keja sebagai pramugari di syarikat bapak dia."
Kenyataan yang mengejut bagi Hana. Oh, this is the most memorable day for me. Kata hana dalam hati.
"Dia qeja sebagai apa?" tanya Hana ingin tahu.
"Pilot."
Pilot? Perlu ka dia jadi pilot? Mengacau jelah...
"Same flight with us?" Hana rasa nak pitam bila Zizie mengangguk dengan pertanyaannya.
"But not same schedule. You don't have to worry. Memanglah kadang-kadang kita akan sama flight dengan dia. Maybe hang akan sama flight dengan dia dan aku tak sama dengan korang. Kadang-kadang kita sama-sama satu flight. Lepas tu, maybe aku sama flight dengan dia tapi hang tak dan kadang-kadang kita tak sama flight langsung," Hana menghembus nafas lega mendengar kata-kata Zizie. Ingatkan satu kapal selalu.
"Zizie... aku tanya hang satu perkara boleh?" pinta Hana. Soalan ni adalah soalan yang tak pernah dijawab oleh Zizie kenapa Zizie mengambil dia kerja sebagai pramugari.
"Nak tanya apa? Macam serius ja bunyinya."
"Awat hang ambik aku qeja sebagai pramugari?" soalan cepumas ditujukan kepada Zizie.
Memang seruis betoi! Awatlah Hana tanya time macam ni. Aduh, nak jawab apa ni?
"Kalau aku habaq, hang jangan maqah tau!" awal-awal Zizie memberi amaran.
"Tengok dulu..."
Zizie menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus keluar. "ok, sebab aku ambik hang qeja sebagai pramugari err...err... a... aku su... sunyilah atas kapal. Tak dak teman nak sembang. Kalau ada pun, yang banyak pot pet pot pet pun Kak Dibah ja. Sebab aku bosan tulah aku ambik hang qeja sebagai pramugari. Boleh kita sembang sama-sama atas flight. Aku taklah boring sangat nanti," cerita Zizie yang sebenarnya. Takut jugak kalau Hana marah akan alasannya yang tak munasabah tu.
Ooo... inilah agenda dia! Hesy Zizie!!!
"Banyak hudoh hang! Hesy hang ni la... alasan tak logik pulak tu hang bagi kat aku," marah Hana. Taklah marah sangat. Marah sikit-sikit ja. Cuma geram yang banyak dengan si Zizie. Ada pulak sebab dia bosan diia tarik aku jadi pramugari. Mangkuk betullah.
"Zizie... semua mekap yang hang beli tadi simpan kat hang dulu. Malas nak bawa balik. Buat semak bilik aku ja. Esok pagi hang datang ke rumah aku dekat Mutiara Damansara. Tingkat lima. Nombor rumah aku tak tau sebab aku lupa. Tapi apa yang aku pasti dekat pintu rumah dia ada pelekat 'WELCOME' dekat pintu. Jangan risau. Dekat tingkat lima, kondo abang aku ja yang lekat 'WELCOME' tu. Kondo yang lain tak dak. Aku dah round dekat setiap kondo. Abang aku ja yang ada tanda tu," arah Hana. Siap bagi alamat rumah abang dia lagi.
"Baik bos."
Hana menilik jam di tangan, Dah pukul sepuluh tiga puluh minit malam. Dia kena balik. Kang kena bebel pulak.
"Zizie... jom balik. Dah lewatlah. Satgi tak pasai ibu aku membebel dekat aku," ajak Hana.
"Ok. Hang tunggu jap. Aku nak pi bayaq luh," Zizie bangun menuju ke arah kaunter pembayaran.
Sementara menunggu Zizie membayar harga makanan, semapt jugaklah Hana menelefon abangnya supaya mengambil dia dekat Restoran Santai.
"Dah... jom!" Hana dan Zizie keluar dari Restoran Santai.
"Hang baliklah dulu. Aku dah telefon abang aku dan dia sekarang on the way ke sini."
"Tak apalah. Aku temankan hang."
"Tak payahlah. Esok hang ada flight kan? So, hang balik dulu. Tak apa. Hang tak payah risaukan aku," putus Hana.
"Cik Nur Hana Adriana... anda lupakah? Esok pun anda kerja. Sama flight dengan aku," Hana tersenyum sumbing mendengar kata-kata Zizie.
"Aku tahu. Tapi hang baliklah dulu. Aku ok. Lagipun esok hang nak kena mai ambil aku lagi. kang hang terlambat nak ambil aku esok sebab mengantuk."
"Serius ni hang ok?" berat hati Zizie nak tinggalkan Hana seorang diri.
"I'm totally serious," jawab Hana tegas.
"Ok, aku balik dulu. Take care."
"You too." Zizie segera beredar ke arah keretanya.
Tinggallah Hana sedang berdiri terpacak di hadapn Restotan Santai. Menunggu driver datang. Ceh! Driver konon! Perasan betullah Cik Hana kita ni.
Elok ja dok terpacak depan Restoran Santai, tiba-tiba bahunya dirempuh dari belakang. Hampir jatuh Hana dibuatnya. Hesy! Siapalah yang tak bertauliah rempuh aku dari belakang? Tak nampak aku terpacak depan ni ka? Pikiaq ni permainan ragbi nak rempuh-rempuh?
Hana menoleh untuk melihat mata siapakah yang 'bercahaya' sangat sampai tak nampak dia berdiri terpacak depan ni?
"Sorry cik... Saya tak sengaja..." ujar lelaki itu meminta maaf.
Bulat mata Hana apabila melihat gerangan manusia yang merempuhnya. Mamat kepo ni lagi! Awatlah nasib aku 'bertuah' sangat hari ni?
Lelaki itu juga turut terkejut apabila melihat orang yang dilanggarnya adalah minah trafik yang dia terserempak atau terempuh dekat Pavilion tadi.
"Tiada maaf bagi mu. Awatlah aku kena jumpa mamat kepo lagi hari ni hah?! GPS kau tu silap bagi arah lagi ka sampai rempuh aku segala?" sembur Hana versi sindir.
"Yang kau jadi minah trafik depan ni apahal? Memang patut pun kena rempuh!" balas Akram. "One more thing, whta do you mean 'kepo'?"
"Nak tahu ka? Mai sini aku bagi tau ya? Kepo tu singkatan bagi kerek dan poyo!" beritahu Hana. Nak tergelak Hana apabila melihat muka akram dah cemberut semacam apabila mendengar kata-katanya.
"Awat? Marah? Ni aku nak tanya... ada masalah ka kalau aku berdiri depan restoran ni? Ni temapt awam kot, siapa pun boleh berdiri dekat sini. Kalau aku berdiri dekat sini pun, ada masalah dengan kau ke?"
"Memang ada. Masalahnya bila aku nak jalan ja, mesti ada orang buat roadblock."
Geram pulak Hana mendengar kata-kata Akram. Belum sempat Hana nak balas kata-kata Akram, dia terdengar ada orang memanggil namanya. Hana menoleh. Oh, abang dia dah sampai. Sebelum beredar, sempat lagi Hana memberi amaran, "you be careful, mamat kepo!"
"Whatever minah trafik!" akram buat memek muka whatevernya.
"Siapa tu?" tanya Hafiz sebaik sahaja Hana masuk ke dalam kereta.
"err... tu kawan Zizie. Dah bertembung tu... sembang pi lah," bohong Hana. Tapi mamat kepo tu memang kawan Zizie pun.
"Ooo..." hanya itu saja jawapan yang keluar dari mulut Hafiz.
Fuh! Nasib baik abng aku ni tak tanya banyak sangat! Awatlah hari ni aku terserempak dengan mamat kepo tu? Kepo tu kerek campur poyo. Jadilah kepo. Dahlah Hana... tak payah pikiaqi sangat. Tak penting pun.
Share this novel