PINTU bilik di tolak kasar. Hariz yang sedang memandang ke arah luar jendela dengan kedua tangannya di letakkan di belakang tersenyum nipis. dia sudah menjangkakan ketibaan Shasha. Dia tahu gadis itu tidak akan duduk diam. Ah! Permainan kali ini lebih menyeronokkan jika dibandingkan dengan mengugut dan menggertak Dato Mokzani.
"Apa hak awak nak ambil rumah saya?" tempelak Shasha dengan wajah yang menyinga.
"Rumah awak? Sepatutnya awak cakap, rumah Hariz Haikal! Itu baru sebutan yang betul" Hariz memalingkan tubuhnya. Memandang ke arah Shasha dengan pandangan yang agak tajam.
"Weiii.. Please la. Jangan nak berangan lebih sangat boleh tak. Since the first time saya nampak awak, saya dah tahu dah awak ni ada niat yang tak baik. Dahi awak tu dah tertulis, PENIPU! Awak jangan nak cakap sedap mulut je" Shasha melangkah perlahan menuju ke arah Hariz. Tidak ada rasa takut dalam dirinya. Yang ada cuma rasa benci yang meluap-luap.
"Just like i said, awak tak tahu apa-apa tentang papa awak. Yang awak tahu hanyalah shoping dan menghabiskan wang ringgit milik papa awak. Masalah dia di sini, awak tahu tak?" Hariz turut melangkah ke arah Shasha. Kini jarak mereka hanya selang satu meter antara saru sama lain.
"Saya tahu papa saya. Dia takkan mungkin buat sesuatu yang bodoh. Dia sayangkan syarikat dan rumah dia. Tak mungkin semudah itu dia menyerahkan semua ni kepada awak" Shasha lansung tidak mengelipkan mata. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan Hariz. Biar lelaki itu tahu akan dirinya.
"Sayang, muka awak cantik.." serentak itu Hariz memegang pipi Shasha dengan hujung jari telunjuknya,namun Shasha sepantas kilat menepis tangan pemuda itu. Giginya di getap geram.
"Tapi awak bodoh sama macam papa awak" Hariz menghabiskan ayatnya dengan senyuman sinis.
Shasha sedikit ternganga. Dia dapat menerima penghinaan terhadap dirinya tapi bukan terhadap arwah papanya. Gadis itu tanpa berfikir panjang mengangkat tangan kanannya, dilayangkan ke wajah Hariz,namun pemuda itu cepat menangkap pergelangan tangan Shasha.
Hariz berdecit. Kepalanya di geleng perlahan. Senyumannya itu membuat Shasha jelek. Ingin saja di tumbuknya pemuda berjambang nipis itu semahunya. Aghhhhh! Kalau saja dia bisa dilahirkan sebagai seorang lelaki!
"Aku paling tak suka bila ada perempuan yang aku tak kenal dan tak suka, angkat tangan dekat aku" Hariz memandang Shasha tajam. Tangan itu di lemparnya kasar. Genggaman kuat Hariz membuat Shasha memegang pergelangan tangannya yang mulai kemerahan.
"Aku nak ingatkan kau. Harta bapak kau ni diberi kepada aku atas sukarela. Bukan paksaan!" Ayat ditekan. Nada suara pemuda itu keras.
"Tapi kenapa? Until now saya masih tak tahu kenapa papa buat macam tu. Papa takkan mungkin buat semua tu" Shasha sedaya upaya mempertahankan Dato Mokzani.
"Dato Mokzani seorang yang susah nak di jangka. Depan mata kau, dia seorang bapak yang baik. Tapi belakang kau, dia seorang kaki judi" Hariz senyum lagi. Shasha benci senyuman itu.
"Apa hak awak nak menuduh papa saya macam tu?" Shasha seakan ingin menjerit.
"Saya malas nak berdebat dengan awak. Sebab tak ada keuntungan. Jadi saya nak awak keluar dari rumah saya sebelum saya halau awak keluar" Hariz sengaja melanggar bahu Shasha dengan bahunya ketika berlalu.
"Kurang asam. Kau main kasar dengan aku" gumam Shasha geram. Gadis itu mengetap giginya. Dia tidak berpuas hati dengan apa yang di dengarnya. Langkahnya di hayun laju mengekori Hariz dari belakang.
"Apa bukti awak kata rumah ini rumah awak. This is my home and saya yang berhak keatas rumah ni. Apa hak awak halau saya?" Jeritan Shasha berkumandang ke seluruh rumah. Camelia dan Elena yang duduk di ruangan bawah cepat-cepat mendongak ke arah tingkat atas.
Hariz tidak menjawab. Hanya mendiamkan dirinya. Begitu bersahaja melangkah ke bilik yang berada di hujung sekali. Shasha menjadi cemas. Itu bilik tidurnya. Lebih mengejutkan lagi pabila tambol pintu bilik itu di pulas Hariz dan pemuda itu melangkah masuk ke dalamnya.
"Hei! Kenapa awak masuk dalam bilik saya?" Shasha berlari mendapatkan Hariz yang sudah pun berada didalam bilik itu.
"Awak tak tahu malu ke masuk ke bilik perempuan?" Shasha meninggi suaranya.
"Ni bilik awak ke?" Soal Hariz memalingkan wajahnya.
"Habis awak ingat ni bilik siapa?"
"Bilik saya.. Rumah saya.. Dan segala apa yang ada kat sini adalah milik saya.. Bukan lagi milik awak" Hariz mendekati Shasha. Pemuda itu mendekatkan wajahnya ke wajah Shasha. hembusan nafas Hariz mengena tepat ke lehernya. Hangat dan membuatkan bulu tubuhnya berdiri.
"Dan kalau awak nak, awak pun boleh jadi milik saya" Kata-kata Hariz yang seakan berbisik dengan nada romantis terdengar jelas di cuping telinga Shasha. Kedua mata gadis itu membulat.
Shasha membatu. Matanya tidak berkedip. Apa maksud Hariz tadi? Shasha cuba memikirkannya. Apa mau Hariz sebenarnya? Kenapa perlu berkata sebegitu?
Hariz mengangkat tangan kirinya. Dengan beraninya pemuda itu memegang bahu Shasha lembut. Perlahan-lahan tangan itu menjalar kebahagian leher Shasha.
"Jangan kurang ajar boleh tak?" Shasha tersedar dari lamunannya. Tangan Hariz di tepis kasar. Hariz seenyum. Wangian dari tubuh Shasha membuatkan dia terlena seketika.
"Saya nak tahu, kenapa papa saya serahkan rumah ni kat awak? Saya tak percaya dengan apa yang awak cakap. Rumah ni kenangan papa dan arwah mama. Ianya kenangan buat saya jugak" Shasha menapak ke belakang. Ingin menjauhkan dirinya dari Hariz.
"Its not my problem. Saya tak tahu pun rumah menyimpan memori yang begitu indah buat keluarga Dato Mokzani. Apa yang saya tahu,dia menjual rumah ni untuk melunaskan segala hutang piutang dia. Huh.. kalau nak di ikutkan jumlah 12 juta itu belum cukup lagi" Hariz berpeluk tubuh.
"Awak boleh ambil apa sahaja yang awak nak! Termasuk company papa dan tanah-tanah yang dimiliki papa. Tapi saya nak rumah ni" Shasha bertegas dengan ayatnya.
"Nampaknya awak sayangkan rumah ni lebih dari yang lain?" Hariz mulai memikirkan idea yang sedang berlegar di benak otaknya. Ahh, ianya pasti akan jadi idea yang paling hebat penah di fikirkannya.
"Apa pertukaran yang awak nak bagi dekat saya?" Sengaja Hariz menyoal sedangkan dia sudah punya pertukaran yang terbaik untuk rumah agam itu.
"Saya akan bayar berapa saja yang awak nak untuk rumah ni"
"Dengan apa? Wang atau..." Hariz memandang Shasha atas kebawah. Gadis itu kelihatan jijik dengan cara pandangan Hariz kepadanya. Dasar lelaki miang!
"Dengan duitlah. Takkan saya nak bayar dengan pasir" Sindir Shasha dengan jelingan tajam.
"Awak yakin ke awak ada duit?" Hariz menduga.
"Setahu saya, sekarang ni awak hanya hidup sehelai sepinggan. Papa kesayangan awak tu lansung tak tinggalkan walau seinci emas pun buat awak. Dia hanya tinggalkan awak dengan longgokan hutang yang bertimbun"Hariz duduk di birai katil dengan kakinya yang sedikit terbuka.
Shasha terdiam. Kalau betullah papa punya hutang yang banyak, dan tak tinggalkan wang untuk dirinya, bagaimana bisa dia mengambil kembali rumah itu? Dengan apa dia membayarnya?
"Saya.. saya akan kerja!" Tanpa fikir panjang Shasha memberi jawapan.
Usai Shasha menghabiskan kata-kata, Hariz tiba-tiba tergelak besar.
"That is the best joke i ever heard this year" Hariz sukar untuk menghentikan tawanya.
"Apa yang lucu sangat? Awak fikir saya tak boleh bekerja?" Shasha cuak.
"Kerja apa yang awak tahu? Manager? Acountant? Perunding kewangan? Dont be silly Shasha. Jangan bermimpi di siang hari. Keputusan pelajaran awak teruk. University? Awak masuk ke U pun sebab pengaruh papa awak. U are such an idiot student they ever have" Hariz masih menghabiskan sisa-sisa tawanya.
"Awak stalker erk? Awak buat background check dekat saya ke?" Shasha mencemik.
"Untuk mengetahui kelemahan musuh saya, saya perlu selidik dulu latar belakang dia. Jadi mudah untuk saya tundukkan dia" Hariz menghentikan tawanya.
"Musuh? Siapa musuh awak ni? Papa ke?" Teka Shasha.
"Awak fikir? Mustahil agaknya saya bermusuh dengan gadis cantik tapi bodoh macam awak ni kan?" Hariz ketawa lagi.
Shasha menarik nafasnya dalam. Cuba bertenang. Sudah berkali-kali pemuda dihadapannya itu menggelarkan nya dengan panggilan BODOH. Ia seperti satu penghinaan terhadap dirinya.
"Tenang Sha. Kau ada benda yang lebih penting dari memikirkan lelaki yang bengap tu. Fikirkan pasal rumah Sha" Shasha cuba memujuk dirinya sendiri.
Deringan telefon mengejutkan keduanya. Shasha kelihatan lebih tenang berbanding Hariz. Kerna deringan telefon itu bukan miliknya.
Hariz bangun. Telefon di dalam poket seluarnya di seluk. Dada skrin dipandang sesaat. Dari Farah, tunangnya. Panggilan itu diangkat.
"Ada apa sayang?" Hariz menyapa lembut. Matanya masih memerhatikan reaksi Shasha.
"Perangai macam syaitan ada sayang jugak ke?" Shasha mencemik.
"I will be there soon. Dont worry. I love u too sayang" Telefon dimatikan.
"Sayang konon" Shasha terasa seluruh badannya geli gelaman.
"Kita akan bincang esok ok darling. I need to go now" Hariz spontan memegang dagu Shasha. Gadis itu menepis kasar.
"Dont touch me!" Shasha menekan suaranya.
Hariz tidak ambil peduli. Langkahnya di atur laju keluar dari bilik yang agak luas itu.
*****
Shasha bangkit dari katilnya tiba-tiba. Nafasnya tercungap-cungap. Rambutnya yang kusut masai tidak lagi dihiraukan. Bayang wajah Hariz mengganggu tidurnya.
"Dalam mimpi pun kau nak kacau aku" getus Shasha geram. Selimut yang menutupi kakinya di tolak berulang kali dengan kedua belah kakinya sebagai tanda protes.
"Gila punya Hariz. Kau ingat kau dapat rumah ni macam tu je, kita tengoklah nanti" Shasha menghempaskan semula kepalanya di atas bantal. Matanya cuba dipejamkan rapat.
"Eeeeee.. laki miang! Laki gatal" Shasha terbayang wajah Hariz yang mendekatinya tadi. Sekaligus waktu Hariz memegang dagunya. Shasha terasa geli satu badan. Bantal yang ada di kepalanya di tarik kantad di letakkan di atas mukanya.
*****
"Sha? Uncle tahu Sha tak dapat terima semua ni. Tapi inilah yang terjadi" Encik Firdaus sahabat sekaligus merangkap peguam peribadi Dato Mokzani itu bersuara tenang.
"Tapi papa tak pernah cerita apa-apa dekat Sha uncle" ujar Shasha mengenakan seluar jeans panjang lusuh yang terkoyak di bahagian lutut, dipadankan dengan blouse biru tanpa bahu. Heel hitam dan topi bulat berwarna coklet beserta cermin mata hitam melengkapkan gayanya.
"He love u Sha. Mana mungkin dia melukakan hati Sha. Dia tak mahu Sha susah hati. Cuma, uncle pun agak terkilan. Dia ambil keputusan segila itu" Ucap Encik Firdaus kesal.
"Uncle? Sha boleh tanya tak?" wajah shasha berubah serius. Tidak seperti tadi
"Tanyalah"
"Siapa Hariz Haikal?"
"Nampaknya Sha dah jumpa dia" Encik Firdaus menyandarkan tubuhnya di kerusi.
"Apa yang menyebabkan laki tu rampas semua hak Sha?"
"Ibu bapa Hariz, Umar Hamzah dan Khadijah adalah rakan kongsi bisness papa Sha. mereka dah bersahabat lama. Begitu juga dengan uncle. Bisness yang papa Sha ada sekarang adalah hasil titik peluh mereka bertiga. Tapi di sebabkan satu kejadian, papa Hariz di tuduh menggelapkan wang syarikat. Papa Sha tak dapat berbuat apa sebab bukti dah menunjukkan yang papa Harix memang terlibat dalam kejadian tu" Encik Firdaus mengimbau lagi kisah silam. Sebenarnya dia tidak ingin membuka kembali cerita itu. Tapi Shasha patut mengetahui cerita yang sebenarnya.
Shasha menanti sabar ayat yang seterusnya. Dia perlu tahu siapa Hariz sebenarnya dan kenapa dia begitu benci terhadap papanya hingga sanggup merampas rumah dan syarikat milik orang tuanya.
"Mungkin kemalangan jalan raya yang menimpa Umar dan Khadijah membuat Hariz menyimpan dendam terhadap papa Sha" Encik Firdaus memberi andaian.
"Tapi apa kena mengena dengan papa?"
"Sebelum kemalangan tu, papa Sha ada berjumpa dengan papa dan mama Hariz. Dari rakaman cctv yang di ambil, berlaku pertengkaran antara mereka bertiga"
"Tu je? Apa bukti yang buat Hariz benci papa?"
"Kereta yang di pandu oleh Umar di periksa oleh pihak forensik. Brek kereta Umar putus seolah-olah seperti dah di rancang. Semua orang menyalahkan papa Sha sebab masalah dalaman syarikat yang di alami mereka bertiga" Encik Firdaus menghela nafas panjang.
"Sha boleh jadi gila macamni uncle" Shasha memicit pangkal hidungnya betulang kali.
"Uncle tahu Sha terkejut dengan apa yang terjadi. Semua berlaku dalam sekelip mata. Tiada ruang untuk Sha berfikir. Dengan papa yang baru meninggal,tambah pulak dengan hal syarikat dan rumah yang di rampas oleh Hariz. Uncle harap Sha boleh berfikir lebih bijak lagi lepas ni" Encik Firdaus mengukir senyuman. Berharap agar kata-katanya tadi memberi sedikit semagat buat gadis yang di anggapnya seperti anaknya sendiri itu.
Shasha berdiri sepantas kilat. Encik Firdaus terpana dengan kelakuan Shasha yang begitu drastik itu.
"Sha nak kemana?" Encik Firdaus menyoal.
"Nak buat perhitungan dengan jantan miang"
"Siapa jantan miang?"
"Hariz tu lah. Siapa lagi! Dasar gatal" Shasha mengepal penumbuk kirinya.
"Setahu uncle Hariz tu bukan lelaki yang macam tu. Kalau tak salah uncle, dia dah ada tunang. Dan tak ada pulak pakcik dengar yang dia ni gatal atau miang. Hes loyal with his fiance" Ujar Encik Firdaus berterus terang.
"Loyal taik kucing! Uncle jangan nak menangkan dia. Uncle belum tahu lagi kemiangan dia tu" Shasha mencemik. Encik Firdaus sedikit terhibur dengan memek muka yang ditunjukkan oleh Shasha.
"Sha pergi dulu" Shasha menarik tas tangan berjenama CHANNEL miliknya.
"Sha tak nak lunch dengan uncle ke?" pelawaan Encik Firdaus hanya ditolak dengan gelengan kepala.
"Sha ada urusan yang lebih penting dari itu" Shasha mendekati Encik Firdaus. Tangan lelaki sebaya usia papanya itu di capai. Lantas di ciumnya lembut. Ada airmata yang bertakung di kedua matanya. Sosok tubuh Encik Firdaus mengingatkannya pada papanya. Rasa rindu itu semakin sukar untuk digambarkan.
"Uncle tahu Sha kuat. Uncle tahu Sha boleh hadapi semua ni. Doa uncle selalu untuk Sha" Rambut panjang Shasha di elusnya perlahan saat gadis itu tunduk menyalaminya.
******
Langkah gadis itu seumpama model Inggeris yang sedang membuat cat walk di atas pentas peragaan jenama terkenal dunia
Mata-mata manusia di ruangan pejabat itu senuanya tertumpu ke arah gadis tinggi lampai itu. Dari topi hingga ke heel yang dikenakannya, membuatkan para wanita di situ berbisik cemburu. Mana tidaknya,semuanya dari jenama mewah dan berkelas dunia.
Langkah gadis itu dihentikan sebaik saja terpandang seorang perempuan yang dia yakin punya jawatan yang agak rapat dengan orang yang sedang di carinya. Cermin mata hitam miliknya dibuka. Meja gadis itu diketuk kuat. Perempuan itu mendongak mukanya.
"I need to see Hariz Haikal"
"Cik ni siapa?" Kate menyoal pelik. Wajah itu tidak pernah dilihatnya sama sekali. Jauh sekali mempunyai aura ahli peniagaan. Lihat sahaja caranya berpakaian. Macam artis barat.
"Shasha Badrina"
"Cik ada appointment dengan dia ke?" Kate cuba mengingat kembali nama yang di sebut oleh gadis di hadapannya tadi. Seakan baru-baru ini dia mendengar nama itu. Tapi dimana ya?
"Boss awak tu doktor pembedahan plastik ke? Sampai saya kena buat temujanji dengan dia" Ujar Shasha jelek.
"Saya cuma menjalankan arahan Cik Shasha. Setiap orang yang nak berjumpa dengan dia perlu membuat temujanji terlebih dahulu" Kate memandang gadis dihadapannya dari atas kebawah. Cantik! Bergaya mengikut peredaran zaman.
"Scandal boss ke? Isk pelik jugak. Boss mana ada ada perempuan lain selain dari Cik Farah" Kate berteka-teki dalan hati.
"Apa yang awak tunggu lagi? I need to see Hariz Haikal right now" Shasha menjongket kening kirinya tinggi.
"Cik Shasha tunggu dulu kat situ" Kate menekan butang interkom di sebelah kanannya. Ganggang telefon di tekap di telinga.
"Yes Kate?" Suara Hariz kedengaran jelas di corong telefon.
"Cik Shasha Badrina nak jumpa Encik" Kate memandang ke arah Shasha yang masih berdiri di hadapannya.
Hariz senyum. Wajah Amirul di hadapannya di jamah sesaat.
"Let her in.. And tolong bawakan air untuk tetamu kehormat saya" Hariz meletak ganggang telefon. Tubuhnya disandarkan di kerusi dengan perasaan yang sukar di gambarkan. Gembira? Benci? Rasa ingin membalas dendam? Semuanya berkumpul menjadi satu.
"Cik Shasha boleh..." Ayat tidak habis tapi Shasha sudah melangkah laju ke arah pejabat yang ditampal perkataan Chief Executive Officer Hariz Haikal di muka pintu.
Shasha masuk tanpa mengetuk pintu. Hariz mengangkat mukanya. Amirul menoleh kearah si empunya tubuh yang menolak kasar pintu pejabat.
Amirul ternganga. Apatah lagi Hariz. Tidak menyangka penampilan gadis di hadapan mereka itu berubah 360 darjah. Kemarin dia mengenakan baju kurung di saat pengkebumian sang ayah. Tapi hari ini penampilannya tampak begitu kuat. Impak gayanya itu turut di rasai oleh Hariz.
"We need to talk" Shasha mengambil tempat duduk di sofa tanpa di suruh-suruh. Kakinya di silangkan. Bahagian lututnya jelas kelihatan dek koyakan di bahagian itu. Gadis itu berpeluk tubuh, dengan pandangan matanya di lontarkan tajam ke arah Hariz.
"She look very strong Hariz" Bisik Amirul perlahan. Pandangannya tidak tumpah ke arah lain. Kecantikan Shasha Badrina sama persis yang di ceritakan oleh kebanyakan orang. Dengan raut wajah yang menawan, sepasang mata yang bulat berwarna coklat, rambut hitam yang dialunkan di bahagian hujungnya, idung yang mancung dan bibir nipis merah delima ditambah dengan tubuhnya yang tinggi lampai. Ahhhh! Dia memang bidadari sama seperti apa yang Hariz katakan tempoh hari.
"Saya rasa apa yang awak nak cakap tu penting" Hariz bangun dari kerusinya.
"Kalau tak penting saya tak datang kesini menghadap muka awak tu" ejekan Shasha mengena tepat ke wajah Hariz.
Amirul cepat-cepat menyembunyikan wajahnya yang cuba menahan tawa. Dia tidak mahu Hariz perasan akan hal itu.
"Cakaplah.. Saya nak dengar" Hariz melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Shasha.
"Tu! Perlukah dia dengar apa yang kita nak cakapkan?" Shasha mengerling ke arah Amirul. Amirul mengangkat tangan kanannya paras dada lalu melambai ke arah Shasha laju. Seolah-olah dia di alu-alukan di situ.
"Hes my lawyer. Do u dont have to mind him" Hariz menyandarkan tubuhnya di sofa.
"Saya nak rumah saya balik"
"Dengan apa awak sanggup bayar?"
"Saya akan bayar nanti. Awak jangan risau"
"Cik Shasha, saya adalah ahli perniagaan. Tiada perkataan NANTI dalam kamus hidup saya. Apatah lagi kalau berkaitan dengan wang" Hariz menyatakan prinsip hidupnya.
"Macamana saya nak bayar awak kalau semua harta papa saya awak rampas?"
"Thats is the real question. Where do u get money to buy your house back?" Hariz sengaja mempermainkan Shasha. Respon Shasha sememangnya di nantikan.
"Habis awak nak saya buat apa? Dengan tak ada wang satu sen pun dekat tangan saya. Apa yang patut saya buat untuk dapatkan rumah saya balik?" Shasha menyoal semula.
"1 year.. Be my mistress" Hariz tidak teragak-agak menyatakan keinginannya.
"Apa awak cakap tadi? Mistress?" sepantas kilat gadis itu berdiri dari tempat duduknya. Amirul turut terkejut dengan apa yang keluar dari bibir Hariz.
Share this novel
tak boleh unlock ke bab 5 secara free?