✯Bab 4✯

Short Story Series 1342

Keesokan harinya, Karina terus bangun untuk bersiap-siap, selepas mandi dia terus berlari ke dapur membuat sarapan dengan gelabah seakan dia sudah berjanji dengan seseorang untuk berjumpa tetapi dia terlambat, ibunya yang melihat tingkah anaknya itu merasa hairan

"Karin kamu nak pergi mana? Ibu nampak kamu daritadi gelabah aje"

Karina yang sedang memakan oat terus memandang ibunya

"Oh tu, Karin nak cakap pasal perkhawinan Karin dekat Kein.. takut nanti dia salah paham pulak so semalam Karin dah bagitau dia setengah je pasal benda ni tapi susah nak bagitau secara detail dekat dia,kalau pakai phone je"

Ibu Karina mengangguk paham..

"hmm, oklah kalau macam tu" Karina bangun dari mejanya dan pergi ke ibunya sambil berlari

"Dah siap. Ok bye ibuuu, I love you"
Karina berlari keluar dan mula memandu kereta nya untuk pergi ke tempat yang sudah dirancang oleh Kein dan dia sendiri

"Hmm, Love you too"

Ketika sudah sampai di cafe, Karina mencari Kein.. Kein yang melihat Karina sudah sampai mengangkat tangannya memberikan isyarat kepada Karina, Karina melihat Kein yang duduk di meja mengangkat tangannya, Karina berlari ke arah Kein

"hai Kein.. maaf lambat datang, awak dah tunggu lama ke? " Kein tersenyum

"takdelah,saya pun baru sampai juga ni" Kein mengangkat cawannya untuk meminum kopi yang sudah dia pesan, dia meletakkan semula kopi itu dan memanggil pelayan

"Ye encik nak air apa? " tanya pelayan

Kein memandang Karina lalu bertanya "awak nak air apa?"

"Teh o ais lah" jawab Karina

Kein memandang semula ke pelayan
"Teh o ais 1"

Pelayan mengangguk
"Baik, ada lagi? "

Kein menggeleng kepalanya, pelayan itu pergi untuk membuat pesanan teh o ais tersebut, Kein tersenyum kepada Karina

"Jadi apa cerita pasal perkhawinan tu? " tanya Kein

Karina menceritakan segala kejadian yang tak dia sangka, Kein sesekali mengangguk paham akan ceritanya itu..

"Ohhhh" ucap Kein saat Karina sudah habis menceritakan segalanya..

"Kalau macam tu.. kita tak boleh nak halang.. Takdir yang menentukan.. kita bukan jodoh.. Maaf kalau selama ni saya ada buat salah dekat awak.. "
ucap Kein dengan rasa sedih namun ikhlas, Karina merasa berat hati untuk melepaskan Kein, kerana Kein ialah seorang lelaki yang baik..Namun kali ini kedua kalinya Karina harus melepaskan orang yang dia sayangi.

7 tahun yang lalu. . .saat Karina berumur 17 tahun

"Ayahh!!! " ucap Karina sambil menangis

"Ayah jangan tinggalkan Karina, ayahhh!Karina sayang ayahh, tolong jangan tinggalkan Karina ayah.. Karina masih perlukan ayah... Ayah.... " ucap Karina sambil menangis teruk kepada ayahnya yang sedang terbaring di katil hospital.. dalam keadaan sedikit tak bernyawa selepas accident

"Karina.... tolong jaga diri kamunya.. cakap dekat ibu kamu yang ayah sayang kamu berdu-a.... "ucap ayah nya perlahan,lalu menghembuskan nafas terakhir nya, jantung ayahnya berhenti berdetak pada saat itu juga..

"Ayah? Ayah.. Ayahhh!!! jangan tinggalkan Karina ayahh,Karin tak boleh hidup tanpa ayah.. ayahh tolong jangan tinggalkan Karin dengan ibu ayah.. Karin sayang ayah," ucap Karina,air matanya jatuh.. dia menangis tak henti-henti.. kerana saat itu juga dia harus kehilangan peran seorang ayah kandung di hidupnya.. dia sudah tak mampu berkata-kata lagi, dia hanya mampu menangis di depan ayah nya yang sudah pergi untuk selama-lamanya.. Orang yang dia sayangi.. ayahnya ialah peran yang sangat penting di hidupnya.. Kasih sayang ayahnya.. kepedulian ayahnya..peran seorang ayah kandungnya.. akan hilang selamanya..

Flasback end.

Air mata jatuh perlahan di pipi Karina.. Kein yang melihat Karina menangis hanya kaku tak berbuat apa-apa.. dia tidak tahu harus berbuat apa...

"hey... calm down.. it's okay"

ucap Kein dengan tenang..

Beberapa jam kemudian..

"Thanks dah belanja,saya ada sikit lagi benda nak selesaikan,saya pergi sekarang ye, bye see you later Kein. "

ucap Karina,Kein hanya mengangguk dan merenung tentang mereka berdua yang tidak mempunyai hubungan lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience