Kedengaran tapak kasut tumit tinggi yang semakin hampir membuatkan pelajar 5 anggerik mendiamkan diri dan bersedia untuk memulakan pembelajaran.
Saat yang telah tiba, muncullah dua tubuh memasuki kelas itu. Semua kehairanan. Guru kelas mereka, Puan Azirah bersama seorang pelajar perempuan berbaju sekolah.
Puan Azriah dah pelajar itu berdiri dihadapan kelas berserta senyuman manis.
"Bangun kelas! Assalamualaikum Puan Azirah." selaku ketua kelas, Hamzah melalukan tanggungjawabnya untuk memberi salam
Semua mengikutinya. Mereka duduk dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada guru kelas mereka.
"Okey kelas, hari ni kamu semua ada kawan baru." kata Puan Azirah bersama senyuman dibibir.
Mereka berbisik bisik antara satu sama lain. Ada yang tersenyum manis kerana tak sabar mahu berkenalan dengan pelajar baru itu.
"Sila kenalkan diri awak." arah Puan Azirah.
Pelajar itu diam dan memandang satu persatu wajah kawan sekelasnya itu. Kemudian, dia tersenyum nipis.
"Assalamualaikum semua. Nama saya, Nur Humairah binti Hazlan. Saya pindah kesini sebab pindah rumah. Harap semua boleh beri kerjasama dan tunjuk ajar pada saya." Humairah tersenyum manis.
"Ooh Humairah, hye!" sapa seseorang. Humairah angguk dan membalas lambaian tangan.
"Baiklah Humairah, awak boleh duduk dihujung sana. Maaflah situ je yang kosong."
"Takpe cikgu, saya okey. Terima kasih." Humairah bersalam dengan Puan Azirah sebelum melangkah kemejanya. Puan Azirah berlalu pergi.
Kelas menjadi riuh rendah kerana guru mata pelajaran Geografi masih belum tiba. Ada yang membuat kumpulan masing masing dan ada juga yang membuat kerja sendiri. Ada juga yang bermain dengan telefon yang dibawa secara senyap senyap.
Memandangkan dia budak baru dan tiada kawan. Kawan meja sebelah juga tiada. Humairah mengeluarkan diarynya. Ya itulah satu satunya hobi dia, menulis diari tentang kehidupannya.
Sedang menulis, dia disapa.
"Hye..buat apa?" spontan dia menoleh kearah suara itu.
Humairah senyum manis menampakkan lesung pipitnya. Ya! inilah kali pertama dia ditegur secara sopan disekolah ini.
"Hey...takde buat apa pun." Humairah menyorokkan diarynya dibawah meja. Dia memandang lelaki itu.
"Ooh okey...btw nama saya...Faizul. Boleh panggil Ijoi." lambat lambat lelaki itu perkenalkan dirinya. Lelaki berbaju biru itu kemudian mengukirkan senyuman manis.
"Ooh, saya panggil Faizul sajalah. Lebih baik dan sedap didengar dan disebut. Saya Humairah."
"Saya tahu, awak dah kenalkan didepan tadi. Saya tak pekak lagi tau." mereka ketawa bersama.
Seminit kemudian Humairah terdiam. Tak berkata apa apa. Dia menundukkan wajah daripada memandang wajah lelaki itu. Faizul kehairanan.
"Humairah, kenapa?"
Humairah diam tak berkutik. Dia lupa! ya macam mana dia boleh lupa akan keadaannya? ah jangan cari pasal Humairah. jangan!
"Humairah, awak okey ke tak?"
"Jangan ganggu saya." Humairah bersuara dan membuatkan Faizul terkejut.
"Saya cuma nak berkawan dengan awak."
"Saya taknak kawan dengan awak. Jangan ganggu saya."
"Humairah...tapi kenapa?"
Humairah hanya diam. Dia mengambil bukunya dan menulis sesuatu, pura pura sibuk.
"Saya sibuk, jangan ganggu saya." Humairah menutup mukanya dan berpaling.
Lambat lambat Faizul meninggalkan Humairah bersendirian disitu. Dalam kehairanan dan kerisauan, Faizul melepaskan pandangannya daripasa memandang gadis bermata redup itu.
*****
12.1.2015
Hari ini, bermulanya sesi persekolahan aku di SMK SERI KEMBAYAN ,(hentam).
Not bad lah sekolah tu. Besar pun besar, pelajar pelajarnya okey saja aku tengok, ramai pun ramai jugak. Cikgu cikgu pun baik aje dari pandangan aku.
Pelajar pelajar pun ramai yang hensem hensem lawa lawa. Aku terkecualilah haha. Tapi aku pun boleh tahan apa, comel jugak. Haha okey aku perasan pulak. Tapi, fakta apa en?
Hm tapi yang tak seronoknya, aku masih alone dan tak ada kawan pun lagi. Ada je yang tegur aku tadi, tapi tu lah aku pulak yang taknak kawan dengan dia.
Kesian Faizul, baru je nak berkawan dengan aku. Sorry Faizul, saya taklayak berkawan dengan awak. Saya taksama macam awak, taksama macam orang lain. Maafkan saya ya.
Hm okeylah tu je kot untuk harini, lain hari saya tulis lagi. Assalamualaikum diaryku.
*****
Humairah terlelap. Penat balik dari sekolah tadi. Balik terua mandi, solat zuhur than buat homework tulis diary. Makan tidak apa tidak. Haih Humairah, jaga kesihatan awak tu.
TOK TOK TOK! -ketukan pintu biliknya membuatkan dia tersedar dari lenanya. Rasa macam baru sahaja dia melelapkan matanya. Ada sahaja yang mengganggu.
Dalam samar samar, dia bangun dan membuka pintu. Dibawa langkah kekatil dan merebahkan dirinya semula.
"Humairah sayang...bangun! Ibu bawakan makanan ni. Kamu takmakan lagikan? Balik sekolah terus naik bilik lepastu tidur. Kosong perut tu ,masuk angin nanti." lembut suara Maryam.
Perlahan lahan Humairah membuka matanya dan duduk disebelah si ibu. Dilentokkan kepalanya kebahu ibu tercinta.
Humairah angguk. "Mairah mandi solat asar dululah bu. Lepastu Humairah makan ya. Terima kasih hantarkan. Susah susah je ibu ni. Humairah boleh turun makan dekat bawalah kalau Humairah lapar. Lain kali ibu jangan susah susah bawakan pada Humairah."
"Iyelah sayang. Makan tau, jangan takmakan. Ibu turun dulu ya." dicuit hidung anak keduanya sebelum menapak keluar dari bilik itu.
"Okey ma'am, terima kasih." Maryam ketawa kecil dan menutup rapat pintu bilik itu.
Humairah menghidu masakan ibunya itu. Ayam masak lemak bersama ikan masin. Kecur liur Humairah. Lagi menaikkan selera makannya.
Selepas mandi, solat dan makan. Humairah turun kebawah bersama dulang berisi pinggan dan cawan kedapur.
Kelihatan Maryam bersama Hazlan sedang bersembang dimeja makan. Dia memberi salam sebelum melangkah kedapur.
"Kenyang dah?" Soal Maryam
"Alhamdulillah bu kenyang. Sedap sangat ibu masak. Rasa macam takcukup je."
"Kenapa takbagitahu? Ibu boleh tambahkan lagi tadi."
"Hehe takpelah ibu, cukup dah ni. Alhamdulillah. Abah baru balik kerja ke?"
"Taklah sayang. Balik awal tadi, jam 3.30. Cadang nak bawa semua pergi taman, tapi Humairah tidur tadi. Taknaklah ganggu kamu, mesti kamu penat balik sekolah tadi." balas Hazlan
"Alaa boleh je kejutkan Humairah. Humairah okey jelah abah."
"Macam takkenal abah kamu ni Humairah. Tak sampai hati nak kejutkan kamu. Katanya kesian tengok kamu penat." sampuk Maryam
"Ish apalah abah ni. Takpelah lain kali ajelah ya." Humairah ketawa kecil.
"Humairah dah makan ubat yang ibu letak dalam dulang tadi?" soal Maryam
"Dah bu. Ibu jangan risau, Humairah takpernah lupa. Humairah kan nak sihat. Nanti boleh jaga ibu dengan abah."
"Abang taknak jaga?" sampuk seseorang dari muka pintu.
"Eh abang Khairi!" Humairah berlari kearah Khairi lalu memeluknya.
"Abang taknak jaga ke?" soal Khairi semula
"Mestilah Humairah nak jaga abang jugak!" Humairah mencapai beg galas yang dibawa oleh Khairi.
Khairi merupakan abang kedua Humairah. Humairah punyai tiga adik beradik. Dua orang abang dan dia yang terakhir.
Khairi atau nama panjangnya, Mohd Khairi bin Hazlan, berumur 20 tahun dan bekerja di syarikat pakcik mereka, Johan, 48 tahun.
"Ehe, abang dah makan?" soal Humairah sambil menarik tangan Khairi.
"Sudah dengan kawan dekat tempat kerja tadi. Humairah dah makan?" soal Khairi lembut
"Dah. Sedap tau ibu masak."
"Yeke? Ruginya abang makan ditempat kerja tadi." Khairi mencebik. Bergurau dengan adik kesayangannya.
Khairi ke meja makan dan bersalaman dengan Maryam dan Hazlan.
"Maaf abah, lewat sikit harini. Banyak kerja nak kena settled tadi."
"Takpelah. Urusan kerja kan, tapi jangan lupa jaga kesihatan ya. Sakit kang payah pulak." pesan Hazlan.
"Yelah bah. Saya naik dululah, nak mandi solat. Takut taksempat pulak nanti. Dah lewat pun ni."
"Yelah. Humairah, kasi beg abang tu."
"Eh takpe, biar Humairah bawakan naik atas. Mari mari." Ditarik tangan Khairi sehingga terdorong mengikutinya.
"Pelan pelan Humairah. Jatuh abang tu nanti." pesan Maryam. Khairi memandang ibunya dan geleng kepala tanda takapa. Dia tersenyum manis dan mengikuti adiknya naik keatas.
Dia tahu akan adiknya. Sejak kebelakangan ni dia pantang ditegur, pasti mahu merajuk. Hatinya mudah sensitif dan mudah merajuk.
"Abang mandi dulu, solat lepastu nanti abang turun bawah tau. Humairah tunggu abang dekat bawah." pesan Humairah dan menutupi pintu bilik Khairi
"Yelah sayang. Nanti abang turun bawah ya "
*****
Jam hampir 7.30 malam, hidung batang Khairi masih takkelihatan. Abangnya kata mahu turun tetapi, masih tidak turun turun. Humairah masih menunggu, hatinya dipagut perasaan kecewa.
Takmungkin abangnya lupa. Atau mungkin abangnya tertidur kerana terlalu letih? Hm takpelah, biarlah abang tidur. Nanti dia turunlah tu.
Humairah bangun dan menapak kebiliknya. Maryam dan Hazlan sudah berada dibilik solat untuk solat Maghrib bersama.
Dengan perasaan kecewa, Humairah mengambil wuduk dan bersiap untuk tunaikan solat. Dia kebilik solat, Hazlan dan Maryam memandangnya hairan.
"Kenapa ni sayang? Kamu okey tak? Sakit? Tak sihat? Nak pergi hospital ke sayang?" Soal Maryam risau.
Humairah geleng kepala dan senyum nipis. "Humairah okeylah ibu, jangan risau."
"Betul ni?" Humairah angguk
"Mana abang?"
"Entahlah bah, abang tertidur kot?"
"Takpelah abah panggilkan kejap."
*****
Humairah membaringkan kepalanya diatas sofa panjang. Kepalanya sedikit pusing. Diurut kepalanya perlahan lahan supaya hilang rasa sakit.
"Humairah..kenapa tu?" soal Maryam
"Ibu...takde apalah, sakit kepala sikit je."
"Nak pergi klinik? Ibu minta abang hantarkan?"
"Eh takpelah bu, sikit je ni. Letak ubat nanti eloklah tu."
"Betul ni?"
"Ye ibu, janganlah risau. Ibu tu ha kena jaga kesihatan jugak. Jangan asyik fikir Humairah je. Ingat tau ibu." pesan Humairah, ikhlas.
"Yelah sayang. Ada saja kamu nak buka mulut ya. Jangan cakap orang je, awak tu pun sama kena jaga kesihatan jugak."
"Ye ibu, Humairah tahu."
Kepalanya diurut kecil sebelum matanya tertutup rapat. Maryam geleng kepala kecil. Ada saja anak daranya seorang ini. Ada saja mahu menjawab.
'Takpelah nak, biarlah ibu sakit. Asalkan anak ibu ni sihat macam orang lain. Ibu takpernah lupa doakan kesihatan Humairah. InshaAllah sayang, kamu sihat suatu hari nanti.' bisik hati kecil Maryam. matanya bertakung, diseka perlahan supaya tidak jatuh kepipi.
Share this novel