Full

Short Story Completed 10098

Isyana mengeluh panjang melihat kerenah anak-anaknya. Muhammad Aryan yang baru berusia 3 tahun dan Nur Amyra yang baru berusia 2 tahun sangat nakal. Isyana baru siap mengemas rumah tetapi mereka selerakkan lagi mainan dan bilik mereka. Isyana mengurut dadanya perlahan. Dia berasa pening dengan sikap Aryan dan Amyra yang semakin nakal sejak kebelakangan ini. Aryan dan Amyra sudah pandai berbicara walaupun terkadang salah dan tidak jelas.
"Aryan, Amyra, stop it! Letih tau mummy asyik kemas rumah. Korang tak kesian kat mummy ke?" Isyana melabuhkan duduk di atas sofa sambil memicit kepalanya yang terasa sakit.
  Aryan dan Amyra bukannya berhenti menyelerakkan kusyen sofa dan mainan mereka tetapi mereka malah semakin giat menyelerakkan ruang tamu. Isyana akhirnya menyerah dengan sikap anak-anaknya itu. Dia berasa pening harus menghadapi perangai Aryan dan Amyra yang semakin hari semakin menjadi. Pada petang itu, Isyana menyediakan juadah untuk makan malam. Walaupun ada bibik, Isyana lebih suka memasak sendiri. Dia tidak menyerahkan sepenuhnya kerja rumah kepada bibik. Di rumah agam tiga tingkat itu, Isyana tinggal berlima bersama Aryan, Amyra, abangnya Amar dan bibik. Orang tua Isyana sudah lama tiada sejak dia berusia 18 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Isyana tidak melanjutkan pengajiannya. Dia menguruskan hotel dan restoran milik ayahnya, Tan Sri Zainuddin. Ibu Isyana, Puan Sri Sara meninggal sebaik sahaja melahirkan Isyana. Isyana mempunyai dua orang abang. Abangnya yang sulung, Muhammad Ameer meninggal bersama isterinya dalam sebuah kemalangan. Tan Sri Zainuddin bersama Ameer ketika itu dan turut maut dalam kemalangan itu. Ameer dan isterinya pergi meninggalkan dua orang anak, Aryan dan Amyra yang pada waktu itu masing-masing baru dua tahun dan setahun. Awalnya, Isyana menghadapi masalah dalam menguruskan Aryan dan Amyra kerana selama ini dia tidak pernah mengurus budak. Abang kedua Isyana, Muhammad Amar pula kini menguruskan hotel keluarga mereka. Isyana tidak larat melakukan dua kerja dalam satu masa. Oleh itu, Isyana meminta bantuan Amar. Sebelum itu, Amar bekerja di sebuah hotel sebagai pengurus.
  Isyana sudah menganggap Aryan dan Amyra sebagai anaknya sendiri. Begitu juga Amar. Amar banyak membantu Isyana dalam menguruskan Aryan dan Amyra pada awal-awal dulu. Amar sangat menyayangi Isyana dan anak-anak buahnya. Amar sanggup melakukan apa saja demi keluarganya. Mereka kehilangan tiga ahli keluarga sekali gus. Itu merupakan peristiwa yang paling meninggalkan kesan dalam kehidupan mereka. Amar sangat bangga dengan semangat adiknya. Isyana tegar dalam menguruskan keluarga mereka kini. Amar tahu, Isyana sering menangis sendirian. Dia tahu Isyana sangat terpukul dengan pemergian ayah, abang dan kakak ipar mereka. Isyana sangat rapat dengan ayahnya dan merupakan anak kesayangan ayahnya memandangkan dia anak bongsu dan satu-satu anak perempuan ayah dan ibunya.
  Apabila Isyana pergi bekerja, bibik yang akan menjaga Aryan dan Amyra. Bibik sudah terbiasa dengan ulah dan perangai dua orang budak tu. Pada pagi itu, Isyana pergi ke restoran lebih awal untuk memeriksa stok makanan yang sampai pada pagi itu. Isyana sangat baik terhadap para pekerjanya. Para pekerja Isyana sangat menyenangi Isyana. Mereka sudah seperti sebuah keluarga di Golden Restaurant.
  Pada tengah hari itu, terdapat seorang lelaki yang berpakaian segak datang ke restoran Isyana bersama beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam. Mungkin bodyguard lelaki itu. Isyana sedang mengurus stok makanan dan minuman yang baru sampai di belakang. Semasa lelaki itu menyuap makanan yang dia pesan tadi, dia kelihatan agak terkejut. Dia segera memanggil salah seorang pelayan di sana, Alif. Para pengawal lelaki itu, Tengku  berharap tiada apa akan terjadi seperti di restoran dan tempat makan sebelum ini. Bos mereka itu agak cerewet orangnya kalau soal makanan. Sudah banyak tempat makan mereka pergi tetapi tiada satu pun sesuai dengan selera bos mereka.
"Mana pemilik restoran ni? Beritahu dia, saya nak jumpa." Tengku Rayyan Muhammad Syah berkata dengan wajah yang serius.
"Ada di belakang, encik, sedang urus stok makanan yang sampai. Saya akan beritahu dia." Alif beredar dengan segera.
  Isyana segera menemui lelaki tadi. Semasa dia tiba di meja lelaki itu, lelaki itu terus menyuruhnya duduk dan terdapat sebuah fail berwarna hitam diletakkan di hadapan Isyana.
"Ni surat untuk anda tandatangani. Saya nak beli restoran ni." Rayyan memandang Isyana sekilas.
"Maaf tuan. Saya tak jual restoran ni. Ini restoran waris dari ayah saya dan ayah saya tak nak saya jual restoran ni tak kira apa pun terjadi." Isyana tidak akan pernah menjual Golden Restaurant tidak kira apa pun yang terjadi.
"Saya nak beli restoran ni juga." Rayyan berkata tegas.
"Dan saya takkan jual restoran ni." Suara Isyana sudah naik satu oktaf.
"Okey. Kalau macam tu. Saya nak tanya. Cik pandai masak semua menu kat sini ke?" Rayyan bertanya.
"Apa kaitan dengan encik? Saya memang takkan jual restoran ni." Isyana bertegas.
"Then, jadi isteri saya. Saya nak makan masakan macam kat sini setiap hari sebab sesuai dengan selera saya. Cik pun belum kahwin kan?" Rayyan berkata sesuka hatinya saja.
"Maaf tapi jawapan saya tetap tak. Encik boleh datang sini setiap hari kalau sekadar nak makan makanan macam kat sini. Saya minta diri dulu. Banyak kerja nak buat." Isyana beredar ke belakang restoran untuk menyiapkan kerja memeriksa stok makanan.
"Tunggu." Rayyan mencapai tangan Isyana lalu berdiri.
"Don't touch me!" Isyana merentap tangannya.
  Walaupun Isyana tidak bertudung litup tetapi dia tetap menjaga batas pergaulannya dengan yang bukan muhrimnya.
"Mummy!!" Aryan dan Amyra mendekati Isyana lalu memeluk kaki Isyana.
  Aryan dan Amyra datang bersama Amar. Amar cuti pada hari itu kerana berasa penat bekerja tanpa henti selama beberapa bulan ini. Isyana menyalam tangan abangnya lalu menyuruh mereka duduk di meja yang disediakan khas untuk keluarganya.
"Awak dah kahwin?" Rayyan memandang Aryan, Amyra dan Amar silih berganti.
  Bagi Rayyan, Aryan dan Amyra anak Isyana dan Amar. Isyana terus beredar membiarkan Rayyan berteka-teki. Rayyan dan para pengawalnya beredar.
  Tengku Rayyan Muhammad Syah ni seorang usahawan berjaya dan terkenal. Dia memiliki sebuah perusahaan kapal yang besar, RMS's Ships and Sails. Syarikat Rayyan itu turut menawarkan pakej percutian dan penggambaran atas kapal. Ramai perempuan mencuba untuk mendekati Rayyan kerana kekayaan dan parasnya yang rupawan tetapi tiada seorang pun yang berjaya. Malah, semua perempuan itu dimarahi dan ditolak mentah-mentah oleh Rayyan. Bagaimanakah perempuan yang Rayyan mahukan? Adakah yang bertudung litup, seksi atau yang biasa-biasa saja?
  Isyana tidak mahu memikirkan kata-kata Rayyan tadi. Dia tidak akan pernah menjual Golden Restaurant walau apa pun yang terjadi. Dia tidak akan pernah menghampakan wasiay ayahnya. Ayahnya pernah memberitahunya bahawa dia harus mengurus dan memajukan Golden Restaurant. Ayahnya juga berpesan agar dia tidak menjual restoran itu tidak kira apa pun terjadi.
  Keesokan pagi, Isyana pergi ke restoran lebih awal. Dia mahu memeriksa keadaan restoran bagi memastikan kekemasan, kebersihan, keceriaan dan keselamatan restoran. Isyana mahu semuanya lengkap dan tiada masalah. Rayyan datang lagi pada tengah hari itu. Rayyan makan tengah hari bersama para pengawalnya. Dia sudah berasa nyaman dengan Golden Restaurant yang menyajikan makanan sesuai dengan seleranya.

Setahun berlalu..
  Rayyan telah menjadi pelanggan tetap Golden Restaurant. Golden Restaurant dicat dengan tema warna emas dan hitam serta berpendingin hawa. Terdapat juga ruang khas untuk tempahan seperti untuk acara hari jadi dan sebagainya. Semua staf sudah mengenali Rayyan dan pengawal-pengawalnya. Mereka sudah arif tentang makanan dan minuman kesukaan Rayyan. Semasa Rayyan pulang ke rumah pada malam itu, ibunya, Tengku Elina membangkitkan isu pernikahan memandangkan umur Rayyan semakin meningkat. Rayyan taklah tua sangat, umurnya baru 23 tahun. Tengku Elina tidak sabar mahu mempunyai menantu kerana Rayyan satu-satunya anaknya. Ayah Rayyan, Tengku Arsyad sudah lama meninggal kerana serangan jantung.
"Rayyan, bila kamu nak beri mama menantu? Umur kamu tu dah semakin meningkat, mama pun dah semakin tua. Entah sempat atau tak mama ni timang cucu. Kamu belum ada yang istimewa ke?" Tengku Elina mengeluh singkat.
"Ma, dah dahlah cakap pasal tu. Rayyan belum sedia nak kahwin. Lagipun, mama tahu, Rayyan belum ada teman dekat kan? Dahlah ma. Rayyan malas nak fikir. Kalau masanya tiba, Rayyan kahwin lah." Rayyan beredar ke kamarnya.
  Dia dah kahwin ke? Budak-budak tu anak dia ke? Lelaki tu? Suami dia ke? Rayyan berbaring sambil memandang siling.
  Keesokan harinya, Tengku Elina merancang blind date untuk Rayyan. Dia meminta Rayyan bertemu dengan anak teman karibnya, Qaisara, anak Dato' Khalil dan Datin Salma. Rayyan terpaksa menuruti permintaan ibunya kerana tidak mahu ibunya tersinggung.  Rayyan bertemu dengan Qaisara di Golden Restaurant. Rayyan pergi sendirian. Para pengawalnya menunggu di luar saja. Qaisara sudah menunggu Rayyan di meja yang terletak agak di penjuru.
  Setelah berkenalan selama beberapa bulan, akhirnya Rayyan dan Qaisara disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang megah dan mewah. Rayyan telah jatuh cinta pada Qaisara yang baik, lemah lembut dan berbudi pekerti. Qaisara bekerja sebagai seorang model. Rayyan dan Qaisara menjalani hidup selayaknya sepasang suami isteri. Sayangnya, cinta Qaisara tidak bertahan lama apabila dia menemui lelaki lain yang lebih kaya daripada Rayyan. Qaisara menikahi Rayyan hanya demi harta. Tengku Elina tidak tahu apa-apa tentang hasrat jahat Qaisara. Dia sangat menyayangi Qaisara. Qaisara sangat baik terhadap Tengku Elina sehingga Tengku Elina tidak pernah terfikir bahawa Qaisara ialah musuh dalam selimut.
  Rayyan masih sering singgah di Golden Restaurant untuk makan. Isyana kini jarang berada di restoran kerana sibuk membuat persiapan untuk pernikahan abangnya. Amar akan menikah pada hujung bulan ini. Isterinya, Maisyarah ialah seorang wanita yang bekerjaya sebagai pengusaha butik muslimah dan merupakan anak yatim piatu. Isyana diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Amar untuk mengurus persiapan majlis nikah Amar dengan Maisyarah dari awal sampai selesai. Maisyarah turut turun tangan membantu Isyana.
  Setelah selesai majlis akad nikah, akan ada majlis resepsi di Golden Hotel pada malam nanti. Isyana, Aryan dan Amyra memakai baju berwarna sedondon, warna peach. Isyana melayan semua tetamu yang hadir dengan ramah. Semasa Isyana bergegas ke tandas, dia terlanggar seorang wanita tua yang tampak muda dengan mekap dan pakaiannya.
"Maaf, maaf. Saya tak sengaja." Isyana meminta maaf.
"Oh, tak apa. Kamu adik Amar kan, Isyana Ersya?" Wanita itu senyum mesra.
"Ya. Macam mana puan tahu?" Isyana tidak pernah kenal wanita tua itu.
"Saya Tengku Elina. Panggil aunty je. Kamu dah lupa ke? Dulu kan keluarga kita sangat rapat. Sayangnya tak lama sebab keluarga aunty terpaksa pindah ke Australia. Now, we meet again. Kamu dah dewasa dah sekarang. Dulu, terakhir kali kita jumpa, kamu baru berumur 5 tahun. Anak aunty, Rayyan sebaya abang kamu dah sekarang." Tengku Elina memeluk lalu mencium dahi Isyana.
"Oh. Aunty, I have to go. Saya nak pergi tandas dulu." Isyana meminta diri.
  Selepas itu, Isyana kembali ke meja keluarganya. Aryan dan Amyra sedang makan bersama bibik. Isyana sekeluarga tidak pernah membezakan taraf bibik dengan mereka. Bagi mereka, Bik Imah sudah lama berkhidmat untuk keluarga mereka dan sudah banyak berjasa kepada mereka. Selepas majlis selesai, Amar dan Maisyarah pulang ke rumah mereka manakala Isyana, Aryan, Amyra dan bibik pulang ke rumah. Semasa kereta Isyana baru keluar dari tempat parkir, bummmm!! Bahagian belakang keretanya dilanggar oleh seseorang. Isyana terus keluar dari kereta.
"Hei, drive tak tengok kereta orang kah? Ingat awak sorang je ke ada kereta? Macam mana kalau kami cedera tadi?" Isyana marah.
"Kau ingat aku sengaja ke? Kau keluar dari parking lot tak tengok kiri kanan kenapa? Tak ada mata? Cermin kereta kurang?" Seorang lelaki keluar dari kereta Ferrari itu.
"Kalau anak-anak saya tercedera tadi, saya akan tuntut awak!" Isyana menuding jari telunjuknya tepat ke arah muka lelaki itu.
  You know what happen? Mereka terkejut tengok satu sama lain. Pemandu Ferrari itu ialah Rayyan, pelanggan tetap Golden Restaurant. Rayyan juga tampak terkejut apabila menyedari pemilik kereta Porche hitam yang dia langgar ialah Isyana, pemilik Golden Restaurant.
"Sorry. Saya akan ganti rugi." Rayyan meminta maaf.
"Okey." Isyana terus beredar pulang.
  Keesokan hari, Isyana menghantar keretanya ke bengkel. Rayyan yang menanggung biaya membaiki kereta Isyana seperti yang dia janjikan semalam.
  Semasa Rayyan sedang mesyuarat bersama para pekerjanya, Qaisara datang sambil marah-marah. Rayyan segera meminta para pekerjanya keluar dulu.
"You buat apa kat sini? Jangan buat kacau kat sini, boleh tak?" Rayyan marah.
"Ni apa?! You buat apa dengan perempuan ni kt bengkel? Jangan-jangan, dia perempuan simpanan you?" Qaisara menunjukkan foto Rayyan bersama Isyana yang diambil oleh salah seorang pekerja bengkel itu yang merupakan abang sepupunya.
"Qai, stop your nonsence! Jangan tuduh I macam-macam kalau you tak tahu the truth." Rayyan menempik meja.
"I nak kita pisah! I tak nak hidup dengan lelaki penipu macam you lagi!" Qaisara memutuskan.
  Qaisara sengaja menjadikan masalah itu sebagai alasan kerana dia telah menemui lelaki yang lebih kaya daripada Rayyan. Qaisara akan menikah dengan lelaki itu tidak lama lagi.
"Qai, masalah ni kita boleh bincang baik-baik. You hanya salah faham." Suara Rayyan kendur.
"No! I tak terima you buat I macam ni! I nak kita cerai!" Qaisara terus beredar.
  Rayyan terpaksa menceraikan Qaisara. Setelah urusan penceraian mereka selesai, Qaisara pergi dari rumah keluarga Rayyan. Rayyan mengalami kemurungan. Dia sangat sedih dan kecewa kerana pernikahannya gagal. Dahulu, Rayyan sangat berharap pernikahannya dengan Qaisara akan berkekalan selamanya. Rayyan berharap dia dan Qaisara akan bersama sehingga ke anak cucu sampai maut memisahkan mereka. Rayyan sangat ingin berbahagia bersama Qaisara. Namun, apakan daya. Pernikahan mereka yang baru setahun jagung musnah kerana sedikit salah faham.
  Beberapa hari kemudian, Rayyan dikejutkan dengan berita bahawa semua aset miliknya jatuh ke tangan Qaisara. Rayyan sangat terkejut. Dia seakan tidak percaya bahawa Qaisara sampai hati melakukan itu semua terhadapnya. Rayyan kini jatuh miskin. Dia kehilangan semua hartanya. Qaisara telah mendapatkan tandatangan Rayyan dengan meletakkan surat penyerahan kesemua aset Rayyan di bawah surat cerai mereka. Tengku Elina tidak henti-henti menangis. Dia tidak menyangka Qaisara sejahat itu. Rupanya, ayah dan ibu Qaisara turut terlibat membantu Qaisara. Dato' Khalil dan Datin Salma sudah lama mahu merebut harta kekayaan milik keluarga Rayyan. Rayyan dan ibunya diusir dari rumah mereka. Tengku Elina tidak tahu mereka harus ke mana lagi. Semua rumah, apartmen dan kondominium mereka sudah menjadi milik Qaisara.
  Isyana sedang memandu pulang dari restoran semasa dia melihat orang yang dia kenali berjalan di tepi jalan. Isyana memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu turun dari kereta.
"Aunty Elina?" Isyana bertanya.
"Isya." Tengku Elina terus menangis sambil memelul Isyana.
"Aunty kenapa di sini malam-malam macam ni?" Isyana mengusap belakang Tengku Elina dengan lembut bagi menenangkan wanita tua itu.
"Kami kehilangan semuanya. Bekas isteri Rayyan tipu kami dan ambil semua harta kami." Tengku Elina berkata sambil menangis teresak-esak.
"Aunty janganlah nangis lagi. Macam nilah. Aunty dan Rayyan ikut saya balik. Aunty boleh tinggal di rumah saya. Jangan nangis, ya?" Isyana mengelap air mata Tengku Elina dengan tangannya.
"Terima kasih, Isya." Tengku Elina bersyukur ada yang mahu membantu mereka.
  Tengku Elina dan Rayyan masuk ke dalam kereta Isyana dan mereka pulang bersama Isyana. Isyana tidak sampai hati melihat seorang wanita tua berada di pinggir jalan, pada waktu malam pula tu. Korang pasti fikir, mungkin ada yang pura-pura susah untuk menipu. Isyana bukannya bantu orang tak dikenali langsung. Dia kenal Tengku Elina. Isyana sudah menghubungi Bik Imah dan memintanya menyediakan dua kamar tamu.
  Rayyan tercengang melihat rumah agam tiga tingkat yang besar dan luas di hadapannya. Selama ini dia fikir Isyana ialah pengusaha restoran biasa yang hidupnya biasa-biasa saja. Dia tidak menyangka Isyana ialah orang berada.
"Masuklah. Buat macam rumah sendiri. Bik, tunjukkan kamar untuk aunty El dan Rayyan." Isyana mengarahkan bibik.
  Sudah seminggu Tengku Elina dan Rayyan tinggal di rumah Isyana. Rayyan kini bekerja di Golden Hotel sebagai pengurus. Pengurus terdahulu yang merupakan seorang wanita berkeluarga sudah berhenti kerja kerana mahu fokus menguruskan keluarganya. Rayyan berasa sangat malu dengan dirinya sekarang. Dahulu, siapa yang tidak kenal Tengku Rayyan Muhammad Syah, pemilik syarikat perkapalan terbesar? Kini, Rayyan hanya mampu bekerja makan gaji sebagai pengurus hotel. Kerja itupun Isyana yang dapatkan untuk dia.
  Tengku Elina banyak membantu Isyana mengurus Aryan dan Amyra. Aryan dan Amyra pula mudah sangat berasa nyaman dengan Tengku Elina. Kini, Aryan dan Amyra lebih mendengar cakap. Isyana sangat bersyukur kerana kehadiran Tengku Elina sedikit sebanyak membantunya. Tengku Elina sangat berterima kasih kepada Isyana kerana telah membantunya dan Rayyan. Rayyan dan Tengku Elina kini tinggal di sebuah apartmen yang disediakan untuk pekerja Golden Restaurant. Rayyan masih kecewa dengan pernikahannya yang gagal. Walaupun kelihatan ceria di tempat kerja tetapi hati Rayyan masih sakit. Dia masih meratapi kegagalan pernikahannya. Tengku Elina risau dengan keadaan anaknya itu. Dia berkenan dengan Isyana. Dia telah meminta Rayyan untuk berkenalan lebih dekat dengan Isyana. Dia mahu Rayyan yang dulu. Rayyan yang ceria dan selalu banyak cakap. Rayyan yang kini lebih banyak mendiamkan diri dan mengurungkan diri di kamar.
  Dahulu, Rayyan memang pernah ada hati terhadap Isyana tetapi dia membuang perasaannya itu jauh-jauh apabila dia tahu Isyana sudah menikah. Yalah, dia kan sangka Amar suami Isyana, Aryan dan Amyra anak Isyana dengan Amar. Namun, dia telah terlanjur mencintai Qaisara. Susah untuk dia melupakan Qaisara dan membuang rasa cinta terhadap Qaisara di hatinya.
  Suatu hari, sebuah majlis makan malam diadakan di Golden Hotel sebagai penghargaan untuk semua yang terlibat dalam memajukan Golden Hotel. Isyana turut hadir bersama Aryan dan Amyra serta Bik Imah. Amar dan Maisyarah tidak dapat hadir kerana sedang berbulan madu di Bali. Isyana yang menguruskan majlis makan malam itu dengan bantuan semua staf. Isyana telah menyediakan hadiah berbentuk hamper dan wang tunai sebagai penghargaan kepada para staf.
  Semasa Isyana sedang mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal dalam kereta, seseorang yang bertopeng datang lalu menekup mulutnya dan dia terus tidak sedarkan diri. Isyana diculik. Salah seorang stafnya yang melihat kejadian itu terus menjerit meminta tolong. Van penculik yang membawa Isyana sudah pergi jauh, lenyap dari pandangan. Semua yang hadir ke majlis itu digemparkan dengan berita penculikan Isyana. Aryan dan Amyra yang tidak tahu apa-apa hanya memandang orang sekeliling mereka yang kelihatan resah dan ada yang menangis. Bik Imah juga menangis.
"Rayyan, please do something." Tengku Elina menangis.
"Ma, apa yang Rayyan boleh buat? Rayyan tak tahu dia dibawa ke mana." Rayyan tidak mahu ambil pusing tentang kehilangan Isyana.
  Bik Imah telah menghubungi Amar. Amar dan Maisyarah akan pulang malam itu juga dengan penerbangab terakhir. Amar sangat khuatir dengan keadaan adiknya saat ini. Isyana seorang wanita yang kuat tetapi sekuat apa pun dia pasti ada kekurangannya. Sekuat apa pun seorang wanita pasti tidak dapat melawan kudrat lelaki.
"Kau adik Amar kan?" Seorang lelaki yang berpakaian segak bertanya kepada Isyana.
  Tangan dan kaki Isyana diikat pada kerusi yang dia duduki. Isyana hanya mendiamkan diri.
"Aku tanya kau!  Kau adik Muhammad Amar Tan Sri Zainuddin kan?" Lelaki itu mencengkam rambut Isyana.
"Kenapa encik culik saya? Apa salah saya?!" Isyana bertanya.
"Kau memang tak salah tapi abang kau yang salah. Dia dah rebut perempuan yang aku cintai. Dia dah rampas kebahagiaan aku. Kalau dia tak nak lepaskan Maisyarah, aku akan buat dia menyesal. Aku akan balas dendam dengan adik kesayangan dia ni." Lelaki itu tertawa sinis sambil mengelus pipi Isyana.
"Don't you ever dare to touch me!!" Isyana memalingkan wajahnya.
"Woowowow, garangnya. I'm so scared." Lelaki itu tertawa sinis.
  Tidak lama kemudian, Isyana melihat lelaki itu menelefon seseorang.
"Helo, Amar. Pasti kau sedang cari adik kesayangan kau. Pasti kau risau dan bingung kan? Kalau kau nak adik kau selamat, kau datang sini dan serahkan Maisyarah pada aku. Jangan bawa polis atau kau akan kehilangan adik kau untuk selamanya. Hahaha." Lelaki itu terus mematikan telefon.
  Amar meminta Rayyan mencari adiknya dulu kerana dia masih belum berangkat dari Bali. Nak tak nak, Rayyan pergi juga. Rayyan pergi ke alamat yang diberi oleh lelaki tadi kepada Amar. Lelaki itu ialah lelaki yang meminati Maisyarah sejak dulu. Namanya Tengku Hisyam.
  Rayyan datang sendirian seperti yang Amar beritahu. Sebenarnya Rayyan terpaksa. Dia menuruti permintaan Amar pun sebab Amar bosnya dan sebab dia banyak berhutang budi kepada Amar sekeluarga. Rayyan melangkah berhati-hati menuju sebuah rumah konkrit kecil.
"Siapa kau?!" Seorang lelaki suruhan Hisyam, Hamid bertanya kepada Rayyan.
"Aku tak ada urusan dengan kau. Aku nak jumpa bos kau. Mana dia?" Rayyan bertanya.
"Kau siapa? Apa urusan kau nak jumpa aku?" Hisyam keluar.
"Mana Isyana?" Rayyan bertanya lagi.
"Apa hubungan kau dengan dia? Suami? Boyfriend? Aku nak Amar dan Maisyarah yang datang. Bukan kau atau siapa pun selain mereka berdua. Suruh Amar datang sini cepat atau nyawa adik dia taruhannya." Hisyam senyum sinis.
"Mereka belum sampai dari Bali. Jadi, aku datang sini nak bawa Isyana balik." Rayyan berkata baik-baik dengan harapan Hisyam akan melepaskan Isyana.
"No. Kalau mereka tak sampai sini tengah malam ni, anggap je nyawa Isyana dah tak ada. Sekarang, kau balik sebelum nyawa kau melayang!" Hisyam meninggalkan Rayyan lalu masuk ke dalam rumah kecil itu.
  Rayyan menguak rambutnya ke belakang dengan kasar. Dia tidak mahu membahayakan diri. Rayyan pulang. Amar dan Maisyarah tiba tepat jam 12 malam. Mereka segera beredar ke tempat Isyana dikurung oleh Hisyam. Hisyam sudah menunggu mereka di luar rumah.
"Mana adik aku?!" Amar terus bertanya kepada Hisyam.
"Lepaskan Maisyarah dan kau akan dapat adik kau balik." Hisyam senyum sinis.
"Hisyam!! Saya dah kahwin. Awak carilah perempuan lain. Saya tak nak kat awak." Maisyarah berkata dengan lembut.
"No. Aku nak kau sorang je. Amar, kau lepaskan Maisyarah atau kau akan kehilangan adik kau." Hisyam menarik Isyana keluar.
"Jangan pernah sakiti adik aku atau kau akan menyesal." Amar berteriak apabila Hisyam berkasar terhadap Isyana.
  Orang suruhan Hisyam tiada di sana. Mereka berjaga di jalan masuk ke rumah itu, takut jika Amar membawa pihak polis. Mereka boleh memaklumkan Hisyam jika ada polis datang. Tiba-tiba, Rayyan muncul dari belakang lalu memukul belakang Hisyam dengan kayu. Hisyam jatuh pengsan. Amar, Maisyarah, Rayyan dan Isyana segera beredar dari sana. Orang suruhan Hisyam segera mendapatkan Hisyam.
  Isyana bersyukur dirinya selamat. Amar memperketatkan keamanan di rumah dan untuk Isyana. Dia telah mengupah beberapa orang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan rumah dan beberapa orang untuk menjaga keselamatan Isyana semasa berada di luar kawasan rumah.
  Keesokan hari, Isyana pergi ke restorannya. Dia tidak mahu memikirkan kejadian semalam lagi. Kejadian itu tidak akan menghalangnya daripada menjalani rutin hariannya. Dia tidak akan takut kerana dia tiada masalah dengan Hisyam. Dia berasa rimas juga kerana ke mana dia pergi pasti ada tiga orang pengawalnya yang mengikutinya. Pengawal-pengawal Isyana, Zafwan, Rafiq dan Adam sentiasa mengikuti Isyana ke mana saja kecuali ke tandas.
  Semasa Isyana sedang memeriksa stok makanan di dalam ruangan sejuk beku pada petang itu, Rayyan datang.
"Amar ajak kau makan malam bersama. Dia suruh aku jemput kau. Habis meeting dia datang." Rayyan berkata tanpa perasaan.
  Sejujurnya Rayyan tidak mahu berada dekat dengan Isyana. Apabila berada dekat dengan Isyana, dia merasa ada suatu perasaan yang menjalar di hatinya, seakan rasa cinta yang telah dia kubur dalam-dalam dahulu mekar kembali. Cinta yang dia buang jauh-jauh dahulu kini terasa dekat lagi.
"Aku tak nak ikut kau. Nanti aku pergi sendiri." Isyana beredar.
  Rayyan mengekori Isyana.
"Kau ikut aku atau aku paksa kau ikut?" Rayyan bertegas.
"Kau nak paksa aku kenapa? Aku boleh pergi sendiri. Aku boleh drive sendiri." Isyana tetap berkeras tidak mahu pergi bersama Rayyan.
"Kau ingat aku nak sangat? Kalau bukan abang kau yang suruh, aku pun tak naklah." Rayyan sudah panas hati.
"Kau takut sangat kat abang aku kenapa? Dahlah. Nanti aku pergi sendiri." Isyana masuk ke pejabatnya untuk menyelesaikan urusan tentang restorannya.
  Rayyan hilang sabar lalu mendukung Isyana ke keretanya. Rayyan meletakkan Isyana di tempat duduk sebelah pemandu.
"Kau gila ke, hah?!! Tak tahu malu ke orang tengok?!" Isyana memukul bahu Rayyan berkali-kali.
"Kau yang paksa aku buat macam ni. Kalau kau tak degil tadi, aku tak buat kau macam ni." Rayyan memandu keretanya ke Golden Hotel.
  Amar datang lewat kerana mesyuaratnya lewat habis. Isyana sudah letih menunggu. Sudah tiga jam dia menunggu di sebuah meja yang disediakan untuk mereka. Tadi, Zafwan, Rafiq dan Adam terus mengejar kereta Rayyan menggunakan kereta Isyana. Sejak mereka bekerja untuk Isyana, mereka bergilir-gilir menjadi pemandu Isyana.
"Sorry, I'm late." Amar mencium ubun-ubun Isyana.
  Begitulah Amar. Dia sangat menyayangi adiknya itu. Isyana bagaikan nyawanya. Jika Isyana disakiti, dia merasakan yang sama.
"Soo late." Isyana mencebikkan bibirnya.
"Sorry. Meeting lewat habis." Amar meminta maaf lagi.
  Selepas makan malam bersama Amar, Isyana pulang. Zafwan, Rafiq dan Adam turut menyertai mereka tadi. Bagi keluarga Isyana, darjat dan taraf bukanlah suatu yang wajib dibangga-banggakan. Darjat dan pangkat hanya duniawi. Suatu hari nanti akan kembali kepada sang Pencipta jua.
  Qaisara kini kembali menagih cinta Rayyan. Rayyan dilema. Dia mencintai Qaisara tetapi pada waktu yang sama dia masih kecewa dan sakit hati apabila teringat perbuatan Qaisara terhadapnya dahulu. Tambahan pula, rasa cintanya terhadap Isyana terasa berputik kembali. Sungguh Rayyan kini bingung sekali. Tengku Elina melarang keras Rayyan kembali bersama Qaisara. Dia sangat terpukul dengan perbuatan Qaisara terhadap Rayyan.
"I nak kembali pada you. I menyesal dah tinggalkan you dulu. Maafkanlah I, Yan. I janji takkan buat macam tu lagi. I khilaf." Qaisara memohon kepada Rayyan.
  Rayyan diam tak berkutik. Dia tidak tahu apa untuk dijawab. Dia berada dalam keadaan serba salah dan kebingungan. Akhirnya, Rayyan pergi meninggalkan Qaisara. Rayyan tidak tahu apa jawapan yang harus dia berikan kepada Qaisara kerana hatinya masih ragu-ragu.
  Qaisara semakin kerap datang menemui Rayyan. Dia mahu mendekati Rayyan lagi kerana suami baharunya telah meninggalkannya demi wanita lain. Dia tahu Rayyan sudah bangkit kembali sekarang dan sudah kaya lagi. Qaisara masih tidak belajar dari kesilapan lampaunya. Dia masih ingin mengejar harta duniawi.
  Rayyan kini yakin dengan perasaannya. Dia mencintai Isyana Ersya, bukan Qaisara.
"Yan, I nak kita bersama seperti dulu. You pasti ingat kan? Kita bahagia bersama dan you sangat caring terhadap I." Qaisara menggamit lengan Rayyan.
"I'm sorry Qai. I dah lupakan semua tu. I dah lupakan you sejak you tinggalkan I. Sorry Qai. Kita takkan pernah bersama lagi. I got to go." Rayyan beredar.
  Rayyan pergi menemui Isyana. Isyana sedang membaca novel di gazebo semasa Rayyan datang ke rumahnya.
"Aku nak kau jadi isteri aku." Rayyan duduk di sebelah Isyana.
"What?!!!" Isyana terjerit kerana sangat terkejut.
"Shhh! Janganlah jerit. Nanti orang ingat aku nak apa-apakan kau pula." Rayyan menekup mulut Isyana dengan tangannya.
"Kau gila ke? Sakit? Tiba-tiba ajak aku kahwin. Dah kemaruk sangat nak kahwin? Aku, tak nak!" Isyana menepis tangan Rayyan.
"Salah ke? Kau single, aku pun single. Aku akan jumpa abang kau. Kita akan kahwin secepat mungkin." Rayyan beredar.
  Rayyan ingin menikahi Isyana kerana dia yakin dengan perasaannya dan dia tidak mahu Qaisara mengganggunya lagi. Walaupun Rayyan yakin dengan perasaannya, dia tidak berani meluahkan perasaannya kepada Isyana. Isyana sangat terkejut dengan lamaran Rayyan tadi kerana semua itu berlaku tiba-tiba. Soal perasaan, Isyana tiada apa-apa perasaan terhadap Rayyan. Dahulu, dia sempat menaruh perasaan terhadap Rayyan. Namun, semua itu hanya sementara. Isyana membuang perasaan cintanya terhadap Rayyan jauh-jauh setelah Rayyan menikah dengan Qaisara. Mana mungkin Isyana menaruh perasaan pada seorang lelaki yang telah menjadi suami orang. Dia bukan jenis wanita yang mahu menjadi orang ketiga dalam hubungan orang. Dia tidak akan pernah merampas kebahagiaan orang.
  Pernikahan Rayyan dengan Isyana dilangsungkan dengan megah dan meriah. Bulan lalu, mereka mengambil foto pre wedding di beberapa tempat menarik. Mereka bahkan turut menjalani sesi fotografi pre wedding di beberapa tempat di Indonesia, Paris, Turki dan beberapa tempat lain. Semua itu diuruskan oleh Amar, Maisyarah dan Tengku Elina. Aryan dan Amyra sangat gembira kerana sebentar lagi mereka akan mendapat 'daddy'.
  Malam pertama mereka tidak seperti pasangan lain.
"Rayyan, kau tidur kat sofa tu." Isyana menjuihkan bibirnya ke arah sofa di penjuru biliknya.
"Tak naklah. Katil ni besar. Lebih daripada muat untuk kita berdua." Rayyan berbaring di sebelah Isyana.
"Kau ni kan. Erghhh!" Isyana mengepal tangannya kuat, geram.
  Isyana beredar ke ruangan sebelah, ruang rehat. Kamar Isyana sangat besar. Terdapat sebuah pintu kaca gelongsor yang menghubungkan kamar Isyana dengan ruang sebelah. Di kamar Isyana terdapat beberapa ruang seperti ruang persalinan yang terdapat kesemua kelengkapan pakaiannya, ruang rehat yang terdapat televisyen dan sudut bacaan, kamar mandi serta ruang pantri.
  Isyana menghempaskan badannya ke atas katil bujang yang terdapat di ruang rehat. Dia sangat geram dengan Rayyan. Seharian tadi Rayyan asyik bersikap romantis terhadapnya. Rayyan senyum kemenangan.
  Keesokan harinya, Isyana terlewat bangun kerana sangat letih seharian melayan tetamu semalam. Semasa Isyana mahu masuk ke ruang persalinannya, dia sangat terkejut melihat Rayyan yang hanya menggunakan tuala paras pinggang di sana. Isyana segera memejamkan matanya.
"Kau kenapa? Tak payah nak malu sangatlah. Kita ni suami isteri. Semua kat bilik ni kita kongsi. Terima je hakikatnya kita dah nikah. Lagipun, kau akan tengok aku macam ni setiap hari." Rayyan senyum nakal.
  Isyana menjeling tajam ke arah Rayyan dan kemudiannya beredar ke almari pakaiannya. Isyana mengambil sepasang dress paras paha lalu memakainya. Isyana sudah biasa berpakain begitu di rumah. Jika ada yang bukan muhrimnya, barulah dia memakai pakaian yang lebih menutup aurat.
"Banyaknya pakaian singkat-singkat. Kau sengaja nak cabar iman aku ke?" Rayyan memeriksa pakaian-pakaian Isyana.
  Terdapat tiga buah almari pakaian milik Isyana dan sebuah milik Rayyan. Di almari pertama tersimpan pakaian kasual Isyana, almari kedua berisi baju kurung, kebaya dan jubah serta di almari ketiga tersimpan dresses pendek dan pakaian dalam Isyana.
"Cabar iman kau? Pleaselah. Tak selera. Kau rasa tergoda ke? So, kuatkan iman kau." Isyana beredar ke dapur.
"Morning, pengantin baru. Mama dah sediakan nasi goreng untuk sarapan. Meh kita sarapan sama-sama." Tengku Elina yang kini tinggal bersama mereka menyediakan meja makan.
"Morning mama." Rayyan mencium pipi ibunya.
"Dah kahwin pun nak manja-manja dengan mama." Tengku Elina mengusik Rayyan.
  Tengku Elina sangat gembira apabila Rayyan membuat keputusan untuk menikahi Isyana. Bagi keluarga Rayyan dan Isyana, mereka menikah kerana cinta tapi hakikatnya pula sebaliknya.
"Morning daddy, mummy. Morning grandma." Aryan dan Amyra mencium pipi Rayyan dan Isyana bergilir-gilir lalu kemudiannya mencium pipi Tengku Elina.
  Rayyan mengusap kepala Aryan dan Amyra. Rayyan sangat senang dengan Aryan dan Amyra. Dia merasa Aryan dan Amyra sudah seperti anak-anaknya sendiri.
  Selepas sarapan, Isyana membantu Bik Imah mengemas rumah. Dia bercuti selama beberapa hari. Restorannya diuruskan oleh Amar buat sementara waktu. Rayyan pula sibuk melayan kerenah Aryan dan Amyra. Setelah penat, mereka bertiga tertidur di ruang tamu. Isyana menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali melihat Rayyan, Aryan dan Amyra. Rayyan sangat menyukai budak-budak. Isyana tahu itu dari cara Rayyan melayan kerenah Aryan dan Amyra dan tingkah laku Rayyan.
  Setelah beberapa hari bercuti, Rayyan dan Isyana kembali bekerja. Banyak khabar angin mulai tersebar. Ramai yang mengata Rayyan dan tidak kurang juga yang mengata Isyana. Ramai yang menganggap Rayyan hanya mengambil kesempatan atas Isyana kerana Isyana orang berada. Ramai juga yang mengatakan bahawa Rayyan mendapat kerjanya sekarang kerana Isyana dan menganggap Rayyan bergantung hidup pada Isyana. Isyana pula dikatakan bodoh kerana mahu bersuamikan Rayyan yang jelas-jelas tiada apa-apa. Isyana juga dikatakan mahu menikahi Rayyan kerana dipaksa. Ada juga yang mengatakan bahawa Rayyan dan Isyana bagai langit dan bumi kerana taraf mereka jauh berbeza. Rayyan marah dengan semua itu. Dia memanggil pihak media untuk menghentikan semua itu.
"Bagi orang-orang yang mulutnya hanya pandai menabur fitnah dan menyebarkan kebohongan, hentikan semuanya. Saya menikahi Isyana Ersya Tan Sri Zainuddin bukan kerana harta. Kami saling mencintai. Saya mendapatkan pekerjaan saya sekarang ini kerana kelayakan saya untuk memimpin, bukan atas belas kasihan sesiapa. Berhentilah menabur fitnah. Saya sudah menjelaskan sejelas-jelasnya. Bagi sesiapa yang masih mahu menabur fitnah dan mengata keluarga kami, bersiap-siaplah kerana saya akan menuntut anda di pengadilan. Sekian." Rayyan memberi penjelasan agar tiada lagi salah faham dan fitnah.
  Setelah itu, Rayyan kembali bekerja. Tiada lagi fitnah yang ditaburkan terhadap mereka. Isyana pula tidak ambil kisah tentang hal itu. Dia hanya berdoa agar orang-orang yang terlibat berubah dan bertaubat daripada berterusan menaburkan fitnah dah berburuk sangka terhadap orang lain. Dalam hidup ni, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Tidak semua menyukai kita dan tidak semua senang hati dengan kelebihan kita.
  Semasa Isyana mahu pulang pada malam itu, Qaisara datang.
"Aku nak kau bercerai dengan Rayyan sebab aku mengandung anak dia. Kau wanita macam aku pasti faham. Aku nak Rayyan bertanggungjawab atas anak ni. Aku tahu kau terpaksa kahwin dengan dia kan? I know that. Kau tak cintakan dia dan kau tak rela dengan pernikahan korang. Tak payah risau. Kau minta cerai dari Rayyan dan semuanya selesai." Qaisara berkata serius.
"Are you Allah? Don't say anything if you know nothing." Isyana bertanya sambil senyum sumbing.
"Isyana, aku tahu kau tak cintakan Rayyan. Kalau kau memang cintakan dia, kenapa kau tak ikut dia semasa dia buat sidang media tadi? Kenapa kau tak jelaskan kepada orang ramai?" Qaisara senyum sinis.
"Sebab aku tak nak ambil kisah apa orang kata. Hanya Allah dan kami tahu kebenarannya. Kalau kau tak tahu apa-apa, lebih baik kau diam. Aku tak ada masa nak layan orang macam kau. Useless." Isyana terus masuk ke dalam kereta.
  Isyana tidak akan bersopan terhadap orang yang berkasar terhadapnya. Dia tidak suka orang lain ikut campur dalam urusannya kerana itu urusannya, tanggungjawabnya. Isyana sampai ke rumah pada pukul 8 malam. Rayyan sudah sampai semasa dia sampai.
  Selepas membersihkan diri, Isyana berehat di ruang rehat. Semenjak menikah dengan Rayyan, ruang rehat itu adalah kamarnya.
"Isya, Arsya dan Amyra nak tidur dengan kita. Kau tetap nak tidur sini? Nanti budak-budak tu mengadu kat mama, kat abang, macam mana? Kau nak jawab?" Rayyan memberitahu Isyana.
"Kau ugut aku ke? Kalau kau bohong, siap!" Isyana beredar ke bilik tidur mereka.
  Aryan dan Amyra sudah duduk bersila di atas katil. Isyana melabuhkan duduk di sebelah Amyra. Jam sudah pukul 9 malam.
"Ary dan Amy tidur tengah-tengah sini ya?" Isyana tidak mahu tidur sebelah Rayyan.
"No, no, no. Abang akan tidur sebelah daddy dan Amy sebelah mummy. So, daddy and mummy di tengah-tengah kami. Biar abang padamkan lampu." Aryan turun dari katil lalu memadamkan lampu kamar.
  Wajah Isyana sudah berubah. Dia tidur sebelah Rayyan? Oh no! Sudah hampir sebulan menikah, itu kali pertama mereka tidur bersebelahan dan sekamar. Biasanya Isyana tidur di ruang rehat. Isyana tidak dapat tidur. Dia tidak selesa begitu. Dia seakan tiada ruang untuk bernafas. Aryan, Amyra dan Rayyan sudah lena. Akhirnya Isyana terlena.
  Keesokan pagi semasa Isyana bangun, Aryan dan Amyra sudah tiada dalam kamar mereka. Isyana terbangun tadi kerana merasa hembusan nafas Rayyan yanf sangat dekat dengan wajahnya. Isyana terus membuka matanya. Wajah mereka sangat dekat. Hidung mereka bersentuhan.
"Rayyan!!" Isyana menolak dada Rayyan sehingga Rayyan terjatuh dari katil.
"Apa tolak-tolak ni?!! Sakitlah!" Rayyan mengusap-usap punggungnya yang terasa sakit.
"Sorry ah. Siapa suruh dekat-dekat aku?" Isyana beredar ke kamar mandi.
  Selepas bersiap memakai baju kurung berwarna hitam, Isyana mengenakan sedikit bedak ke mukanya, mengoleskan pelembap bibir pada bibirnya dan dia beredar ke dapur untuk bersarapan. Kemudian, dia turun kerja. Rayyan hanya memerhati. Tengku Elina pula memerhatikan gelagat anak dan menantunya. Dia tahu Rayyan dan Isyana tidak mempunyai hubungan yang baik. Dia hanya mampu berdoa agar hati Isyana terbuka untuk menerima Rayyan.
  Qaisara datang menemui Rayyan lagi. Dia mahu mereka kembali bersama seperti dahulu. Dia juga berjanji akan mengembalikan RMS's Ships and Sails dan kesemua harta Rayyan kepada Rayyan semula jika Rayyan mahu menerimanya kembali. Qaisara bahkan sanggup menjadi isteri kedua. Rayyan pun mulai berfikir. Dia mencintai Isyana dan dia menginginkan hartanya kembali. Jika dia memilih Isyana, dia tidak mendapat hartanya kembali. Jika dia menginginkan hartanya kembali, bermakna dia akan menduakan Isyana atau kehilangan Isyana. Rayyan dilema lagi. Dia harus membuat keputusan yang anat berat.
  Setiap manusia pasti akan sesekali melakukan kekhilafan. Begitu juga Rayyan. Rayyan khilaf. Dia memilih untuk mendapatkan kesemua hartanya kembali. Itu berarti, dia akan menduakan Isyana dan kembali bersama bekas isteri yang telah mengkhianatinya dahulu. Majlis akad nikah Rayyan dengan Qaisara diadakan di masjid sahaja. Rayyan tidak mahu majlis mereka diadakan secara besar-besaran kerana dia sudah cukup menyakiti hati Isyana. Isyana berusaha bersikap selamba sahaja apabila mendapat tahu suaminya mahu menikah lagi. Tengku Elina sangat kecewa dengan Rayyan. Dia tidak hadir semasa majlis akad nikah Rayyan dengan Qaisara pagi tadi. Dia sangat kecewa dan marah. Isyana pula bersikap selamba saja. Bahkan dia menghadiri majlis akad nikah suaminya dengan Qaisara.
  Wanita mana yang sanggup diduakan? Wanita mana yang sanggup berpoligami? Setabah mana pun seorang wanita pasti hatinya rapuh jua melihat suaminya menikah lagi. Ya, walaupun Isyana tiada perasaan terhadap Rayyan. Hatinya tetap sakit apabila diri diduakan. Isyana terus pulang sebaik sahaja majlis akad nikah selesai. Buat apa dia berlama-lama di sana?
  Rayyan dan Qaisara tinggal di rumah Rayyan dahulu. Qaisara telah mengembalikan kesemua harta Rayyan yang dia rampas dahulu. Pasti rasa aneh kan? Semudah tu Qaisara mengembalikan harta-harta Rayyan? Rayyan dah buat surat perjanjian dengan Qaisara bahawa Qaisara akan mengembalikan kesemua hartanya jika dia menikahi Qaisara.
  Isyana pulang ke rumah dan terus mengurungkan diri di dalam kamar. Dia runsing memikirkan masa depannya dengan keadaannya hidup bermadu. Kalau soal wang, dia tiada masalah. Mampukah Rayyan bersikap adil? Isyana duduk berlunjur di atas sofa. Dia memejamkan matanya, berharap dia dapat melupakan apa yang terjadi tadi walau hanya untuk seketika. Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya lagi. Dia akan menjalani saja kehidupannya selepas ini.
  Pada malam itu, Isyana tidur di ruang rehat kamarnya. Dia hanya minum susu sahaja tadi. Dia tiada selera makan. Aryan dan Amyra tidak mahu mengganggu Isyana. Mereka tahu mummy mereka itu sedang banyak fikiran. Keesokan harinya, Isyana merasa kepalanya berat sekali dan pening. Badannya juga terasa sejuk. Dia menarik selimutnya sehingga ke paras bahu. Dia tidur semula selepas solat Subuh tadi. Dia merasa tidak sihat.
  Amar segera datang menjenguk keadaan adiknya selepas Bik Imah menelefon dan memberitahunya tentang keadaan adiknya. Amar sangat tidak setuju Rayyan menduakan adiknya. Namun, dia tidak mahu masuk campur. Dia yakin adiknya sudah cukup matang untuk mengurus rumahtangganya sendiri.
"Ya Allah, badan adik panas sangat ni. Jom pergi klinik." Amar meletakkan belakang tangannya di dahi dan leher adiknya, panas.
  Isyana hanya menggelengkan kepalanya. Dia mahu sendirian buat masa ini.
"Adik sakit ni. Kalau adik tak nak pergi klinik, biar abang call doktor peribadi kita. Abang tak nak tengok adik sakit macam ni." Amar memujuk adiknya.
"Leave me. I want to be alone." Isyana berkata lemah.
"Bik, jaga adik. Beri dia makan dan minum ubat. Kalau dia tak nak makan, call saya. Nanti saya datang lagi. Jangan biarkan sesiapa ganggu dia." Amar berpesan kepada bibik.
"Baik, tuan."
  Pada pukul 7 pagi itu, Rayyan datang. Qaisara mengawal ketat pergerakan Rayyan. Rayyan mesti memberitahu Qaisara ke mana saja Rayyan pergi. Qaisara juga tidak membenarkan Rayyan menemui Isyana tanpanya. Jika boleh, dia mahu Rayyan menceraikan Isyana.
"Kau sakit ke?" Rayyan menyentuh dahi Isyana.
  Isyana tidak menjawab meskipun Rayyan sudah berkali-kali bertanya. Rayyan semakin bimbang. Dia menepuk lengan Isyana berkali-kali dan masih tiada reaksi. Isyana terkulai lemah. Rayyan terus mencempung badan Isyana. Rayyan membawa Isyana ke klinik. Isyana hanya demam panas biasa. Apabila sedar dari pengsannya, Isyana terkejut melihat kamarnya bertukar. Dia berada di tempat yang serba putih.
"Syukur kau dah sedar. So, kau rasa macam mana sekarang? Ada sakit kat mana-mana? Biar aku panggilkan doktor." Rayyan khuatir.
"Aku nak balik." Isyana bangun.
"Tapi kau baru sedar ni. Kau tunggu beberapa jam lagi. Lepas tu, aku hantar kau balik." Rayyan menahan Isyana.
"Aku nak balik!!" Isyana beredar.
  Isyana pulang ke rumah dengan menaiki teksi. Rayyan sampai selepas Isyana sampai.
"Isya, kenapa ni?" Rayyan bertanya.
"Get out of my room!!!" Isyana menghalau Rayyan keluar dari kamar lalu mengunci pintu.
  Rayyan terduduk di hadapan pintu kamar mereka. Dia pasti Isyana marah dan kecewa terhadapnya. Rayyan tahu dia telah sangat melukai hati wanita yang sangat dia cintai itu. Tengku Elina masih sakit hati pada anaknya itu. Namun, dia tetap berbicara kepada Rayyan, itupun tanpa adanya Qaisara bersama Rayyan. Seburuk apa pun Rayyan, Rayyan tetap anaknya.
"Rayyan!! Rayyan!!" Qaisara memekik memanggil Rayyan.
  Rayyan segera menemui Qaisara.
"Shhh. Jangan buat masalah kat sini." Rayyan tidak mahu timbul masalah di rumah itu.
"You kata you pergi ofis. Kenapa you kat sini pula? You sengaja nak jumpa perempuan tu kan?!!" Qaisara marah.
"Qai!! She is my wife too!! You tak payah nak kawal hidup I. I berhak buat apa pun yang I nak. Tak payah nak control I. I tahu apa yang I buat." Rayyan tidak suka sikap Qaisara yang keterlaluan.
"Ya, dia memang isteri you. I pun isteri you! I tak suka you jumpa perempuan perampas tu!" Qaisara tidak suka Rayyan menemui Isyana.
"Watch your mouth!! Isyana tak pernah rampas I dari you. Kita pisah sebab you! You sendiri yang rosakkan hubungan rumahtangga kita. You sendiri yang hancurkan kebahagiaan you!" Rayyan sudah naik angin.
  Tiba-tiba, sebiji pasu besar jatuh dari balkoni kamar Isyana lalu pecah. Isyana berada di sana.
"Get lost and never come again!!!" Isyana menjerit.
"Isya, jangan buat yang tidak-tidak." Rayyan tidak mahu apa-apa terjadi pada Isyana.
"Pergi atau aku lempar lebih banyak pasu?!!!" Isyana mengancam Rayyan dan Isyana.
  Rayyan dan Qaisara segera beredar. Isyana menangis di balkoni. Dia, perempuan perampas? Isyana tidak pernah merampas barang atau hak milik orang lain. Dia berasa terhina sekali. Dengan keadaan dirinya yang masih lemah dan berterusan menangis, Isyana jatuh pengsan di balkoni.
"Bik, mana Isyana? Dia tak ada dalam bilik. Saya dah cari ke mana-mana tapi tak ada." Amar risau.
"Tadi, dia buang pasu dari balkoni, tuan. Mungkin dia ada di balkoni." Bik Imah memberitahu Isyana.
  Amar segera beredar ke balkoni. Dia melihat adiknya terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai. Amar segera mencempung badan adiknya masuk ke kamar. Doktor peribadi keluarga mereka sudah berada dalam perjalanan ke sana.
"Bik, tolong ganti pakaian Isya." Amar melihat pakaian adiknya yang agak kotor.
  Isyana dinasihati oleh Doktor Hana agar banyak berehat. Isyana masih belum sedarkan diri semasa Doktor Hana pulang. Amar membersihkan diri di kamarnya dulu manakala Maisyarah menjaga Isyana. Tengku Elina sangat risau dengan keadaan kesihatan Isyana yang agak teruk. Dia yakin Isyana terlalu banyak berfikir tentang rumahtangganya.
  Isyana terbangun semasa azan Subuh berkumandang. Begitu lama dia tidur. Isyana sedar dari pengsannya pada pukul 7 malam tadi. Kemudian, dia tidur selepas membersihkan diri dan menunaikan solat Maghrib. Selepas solat Subuh, Isyana bersiap-siap untuk ke restoran. Selepas siap berpakaian, dia menjenguk ke dalam kamar Aryan dan Amyra. Aryan dan Amyra baru selesai mandi semasa dia datang. Amyra segera berlari ke arah Isyana lalu memeluknya. Aryan juga.
"Mummy, we miss you so much!" Amyra memegang kedua belah pipi Isyana.
"Mummy juga." Isyana mencium pipi Aryan dan Amyra.
"Mummy jangan sakit-sakit lagi tau? Abang tak nak mummy sakit." Aryan memeluk Isyana.
"Ya. Jom breakfast." Isyana senyum.
  Selepas bersarapan, Isyana berangkat ke restoran. Pada tengah hari itu, Rayyan datang untuk makan tengah hari. Dia ternampak Isyana di bar lalu segera menemui isterinya itu.
"Dah okey?" Rayyan bertanya kepada Isyana.
  Isyana hanya menganggukkan kepalanya tanpa memandang Rayyan. Kalau boleh, dia tidak mahu bertemu apalagi berbicara dengan Rayyan. Dia berusaha seboleh mungkin untuk mengelak dari Rayyan. Rayyan menikahi Qaisara tanpa izinnya. Tup-tup, sekeping kad jemputan ke pernikahan Rayyan dan Qaisara sampai ke tangannya melalui Tengku Elina.
"Kau marah kat aku ke?" Rayyan duduk di hadapan Isyana.
  Isyana mengambil beg tangan dan kunci keretanya lalu beredar. Dia malas nak tengok muka Rayyan. Rayyan mengekori Isyana.
"Isya! Tunggulah. We need to talk." Rayyan mencengkam lengan Isyana.
"Lepaslah, sakit!" Isyana merentap tangannya tetapi tidak lepas juga.
"Kau marah kat aku ke? Aku terpaksa demi syarikat yang aku miliki dengan hasil titik peluh aku sendiri." Rayyan menjelaskan kepada Isyana.
"So? Kau pilih harta berbanding rumahtangga kita! Kau pentingkan diri. Kau gadaikan masa depan aku! Kau paksa aku kahwin dengan kau. Lepas tu, kau kahwin dengan Qaisara. Kau ingat aku suka hidup bermadu? No!!" Isyana marah.
"Salah ke aku nak dapatkan syarikat dan srmua hak milik aku kembali? Salah?" Rayyan melakukan semuanya demi kehidupan yang lebih baik.
"Okey. Itu pilihan kau kan? Fine. Mulai dari saat ini, there's nothing between us. Aku akan tuntut cerai dari kau. Mulai detik ni, kau bukan siapa-siapa aku dan anak-anak mahupun keluarga aku. Aku akan hantar barang-barang kau ke rumah kau nanti." Isyana terus beredar dengan keretanya.
  Pada petang itu, Isyana menghantar kesemua barang Rayyan ke rumah Rayyan. Dia tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan Rayyan lagi. Isyana juga sudah memfailkan tuntutan cerai kepada Rayyan. Pernikahan mereka tidak berarti apa-apa baginya. Rayyan terkejut apabila mendapat surat cerai dari Isyana. Dia tidak sangka Isyana senekad itu. Dia tidak akan pernah menandatangani surat itu. Dia tidak rela berpisah dengan Isyana. Rayyan memutuskan untuk menemui Isyana. Isyana sedang berehat di kamar.
"Aku tak akan pernah menandatangani surat ni. Kau yang nak kita cerai, bukan aku." Rayyan meletakkan fail surat cerai di hadapan Isyana.
"Okey tapi ingat satu hal, jangan pernah datang ke sini lagi. Jangan pernah datang jumpa aku lagi." Isyana nekad dengan keputusannya.
  Rayyan bertindak mencium bibir Isyana. Dia berada dalam kawalan nafsunya. Isyana menolak dada bidang Rayyan yang menindih badannya. Rayyan bertindak semakin liar.
  Pada malam itu, Isyana menjadi hak Rayyan sepenuhnya walau terpaksa. Isyana semakin membenci Rayyan. Dia menangis sendirian. Badannya terasa sakit-sakit.
  Keesokan paginya, Isyana terkena demam panas. Kepalanya terasa sangat pening. Badannya menggigil kesejukan. Rayyan terbangun apabila dia merasa bahang panas badan Isyana terkena badannya.
"Isya, are you okay? Ya Allah, panasnya badan kau ni." Rayyan terus mengambil tuala kecil dan air.
  Rayyan meletakkan tuala basah di dahi Isyana. Wajah Isyana sangat pucat.
"Isyana!! Kau sengaja kan nak Rayyan berlama-lama kat sini? Kau pura-pura sakit kan? Dasar perampas!" Qaisara menarik-narik lengan Isyana.
"Qai!! Dia betul-betul sakit!" Rayyan marah.
"You marah kat I? You tahu I tunggu you semalaman tapi you bersenang-senang kat sini?" Qaisara membentak.
"So?? She is my wife. I berhak. I harus adil Qai. Kalau you tak suka, you boleh pergi." Rayyan mengusir Qaisara.
"Rayyan!! Jangan lupa perjanjian kita. Kalau you tinggalkan I, semua harta you jadi milik I semula." Qaisara mengugut Rayyan.
"Okey, I ceraikan you dengan talak tiga! I love her and I tak kisah kalau I harus kehilangan semua harta I. Bagi I, keluarga adalah yang terpenting. Now, go!!!" Rayyan melafazkan talak ke atas Qaisara.
  Rayyan tidak kisah lagi jika dia harus kehilangan semua hartanya. Dia tidak mahu kehilangan Isyana saja. Dia mencintai Isyana. Biarlah dia hidup sederhana saja asalkan dia tetap bersama Isyana. Isyana mendengar segalanya. Dia tidak menyangka Rayyan begitu mencintainya sehingga sanggup kehilangan semua hartanya.
  Deman Isyana sudah kebah dan dia dapat kembali bekerja. Rayyan kini membantu Isyana di restoran. Qaisara sangat marah Rayyan menceraikannya. Penceraian mereka sedang dalam proses. Dia berjanji bahawa jika dia tidak dapat memiliki Rayyan, begitu juga Isyana.
  Isyana kini hamil sebulan. Rayyan sangat gembira. Hubungannya dengan Rayyan sudah jernih. Rayyan sangat gembira kerana dia bakal menjadi ayah tidak lama lagi, begitu juga Aryan dan Amyra kerana mereka akan mendapat adik tidak lama lagi.
  Usia kandungan Isyana kini mencecah bulan keenam. Semasa dia sedang membeli barang bayi di sebuah kedai, seseorang menolaknya sehingga dia terjatuh.
"Padan muka." Qaisara ketawa lalu beredar.
  Darah keluar dengan banyak membasahi gaun Isyana. Pekerja kedai itu segera menelefon ambulans dan membantunya. Isyana dikejarkan ke hospital. Isyana terpaksa bersalin awal kerana jika tidak bayinya akan berada dalam bahaya. Bayi lelaki Isyana yang lahir tidak cukup bulan diletakkan dalam inkubator. Rayyan telah membuat laporan polis. Qaisara sudah ditangkap di kediamannya. Isyana berasa sangat sedih melihat bayinya yang sangat kecil dan lemah.
  Setelah dirawat di hospital selama beberapa minggu, bayi Isyana dan Rayyan akhirnya dibenarkan pulang kerana sudah sihat. Rayyan dan Isyana menamakannya Muhammad Arman Rayden.
"Sayang, walaupun sayang isteri kedua abang, sayang cinta pertama abang. Sayang wanita yang benar-benar abang cintai. So, sayang ialah cinta pertama abang. Abang memang pernah mencintai Qaisara tapi sayang cinta pertama abang. I will love you forever." Rayyan memeluk bahu Isyana.
"Thanks abang. Abang ajar Isya erti cinta. Selama ni, Isya takut untuk mengenal erti cinta sebab Isya takut terluka dan kecewa. Dengan abang, Isya tahu tak semua cinta menyakitkan. Meski cinta abang sempat buat Isya rasa tersakiti dan kecewa tapi Isya bersyukur sekarang kita bahagia dengan buah hati kita, Arman, Aryan dan Amyra. Semoga cinta kita berkekalan dan hubungan kita berpanjangan." Isyana mendukung Arman yang kini berusia sebulan lebih.
"Insya Allah."
  
                               ??DONE??
 
 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience