Kes membuli adalah kes yang sering berlaku di sekolah. Tapi bagi Riverdale School kes buli
bukanlah kes tertinggi di sekolah tetapi kes vandalisme. Kes yang sukar untuk dikawal kerana
pelakunya yang diluar kawalan ckg disiplin. Tiada diantara cikgu yang berani mengambil
apa-apa tindakan ke atas mereka. Diberi gelaran ‘tomboy’ kerana perangai dan sikap mereka
yang seperti lelaki malah lebih berani dari student lelaki. Tomboy group yang terdiri daripada
tiga orang iaitu Vannessa, Rosabella dan Elicezabelt. Memiliki paras rupa yang rupawan
tetapi perangai yang tidak seimbang dengan rupa. Mereka berani kerana memiliki ‘kabel’ di
sekolah. Siapa yang tidak kenal Encik Felix ayah kepada Vannessa, seorang ahli politik yang
berpengaruh. Akibat terlalu dimanjakan Vannessa berani membuat apa saja mengikut
kemahuan dirinya. Berkawan dengan Vannessa tanpa ada pangkat sangat ridak mudah,
keluarga pihak Rsabella dan Elicezabelt juga tidak kurang hebatnya dalam bidang politik
dunia. Mereka bertiga seolah-olah memiliki kuasa yang lebih tinggi dari pengetua. Sekiranya
masih menyayangi pekerjaan sebagai guru, elakkan untuk masuk campur dengan urusan
mereka. Kemusnahan yang sering berlaku sememangnya kerja mereka bertiga. Bermula dari
kerosakan dalam kelas hinggalah ke luar kelas seperti kerosakan tandas, library sekolah dan
makmal ICT sekolah. Kepercayaan yang tinggi terhadap anak-anak mereka menyebabkan
semua kerosakan bukanlah berpunca dari anak mereka. Pengetua hanya mampu tutup mulut
kerana masih ingin bekerja sebagai seorang guru. Hari yang tak tenang di Riverdale School
bermula sebaik saja mereka bertiga masuk ke kawasan sekolah. Kedatangan mereka mampu
memyebarkan aura kejahatan yang kuat ke seluruh sekolah. Sesiapa saja yang tidak tunduk
hormat sekiranya limpas di depan mereka akan menerima padah sama ada dalam waktu
terdekat atau keesokan harinya. Ketakutan pelajar lain adalah kebahagain bagi mereka,
mereka puas melihat semua orang menghormati mereka.
“ morning kelas, mari sambung pembelajaran semalam. Keluarkan buku dan pergi ke
muka surat 22” kata ckg Jasmine
“ baik ckg” jawab satu kelas.
Kelas berjalan seperti biasa semua pelajar dalam keadaan yang tenang dan tiada apa yang
berlaku. Habis saja masa ckg Jasmine, Vannessa and the geng pun tersenyum penuh makna.
Selepas masa matapelajaran Sains oleh ckg Jasmine adalam subjek yang paling dibenci oleh
mereka. Bukan benci subjek tetapi benci kepada ckg yang mengajar iaitu ckg Mawar. Cikgu
Mawar adalah ckg baru sementara mengantikan ckg Sofia yang bercuti bersalin. Saat pertama
kali masuk ke kelas mereka telah jatuh benci kepada ckg tersebut kerana perangainya yang
gedik semacam. Ckg Mawar lebih fokus kepada pelajar lelaki yang handsome dan of course
student perempuan yang minat dia mesti sama saja gedik macam dia. Perangai meluat ckg tu
makin menjadi bila ada student lelaki yang puji di cantik. Padalah mereka memuji hanya
dengan satu tujuan saja iaitu lulus subjek untuk setiap exam, senang!. Pelbagai rancangan
jahat yang sedang berlegar-legar di kepala mereka bertiga. Rancangan macam mana nak
mengerjakan ckg Mawar hari ni. mengimbau kembali kenangan dimana ckg Mawar
memalukan mereka bertiga di depan satu kelas membuatkan hatinya semakin membenci ckg
tersebut. Semenjak kejadian itu Vannessa dan rakan-rakannya bertekad ingin membalas
dendam dengan membuat ckg itu malu bukan satu kelas tapi satu sekolah. Ini baru dinamakan
‘win win situation’ maruah dibalas dengan maruah.“ semua kelengkapam dan sedia?” tanya Patricia kepada kawanya
“ ready sis, pasal tu semua kau takyah risau semua dah settle” jawab ros dengan
bangga
“ okay ngam, nanti aku pura-pura minta kebenaran ckg, kau ambil pas keluar and
letak gam dekat kerusi dia. Faham?” kata Vanness memberitahu detail rancangan
mereka.
“faham!” jawab patricia dan ros serentak
Tiga puluh minit pertama pembelajaran berjalan dengan aman. Sekarang adalah waktu yang
sesuai untuk ‘tomboy geng’ untuk melakukan misi mereka. Segalanya diatur dengan
sempurna tanpa mengira akibat yang bakal mereka timba selepas melakukan misi tersebut.
Hal seperti ini tidak mendatangkan ketakutan buat mereka, kerana mereka tahu akan ada
pengetua yang backup mereka. Paling teruk pun kena panggil ke pejabat pengetua dan kes
tutup disitu saja. Siapa yang berani menjatuhkan hukuman kepada anak yang membayar gaji
mereka? Bagi mereka pengetua adalah hamba yang sangat taat kerana semua masalah yang
mereka buat adalah rahsia antara mereka saja. Sambil senyum yang bahagia kerana Vanness
tahu yang balasan ini akan menyebabkan ckg Mawar malu dan kemungkinan besar tidak akan
mengajar di sekolah itu lagi. Dia tak kenal lagi siapa Vanness,Elicezabelt dan Rosbella apa
yang mampu mereka buat.
“cikgu! Saya nak minta izin ke tandas boleh?” tanya vanness kepada ckg Mawar
“hmm, pergilah ambil pas keluar dekat beg ckg” jawab ckg Mawar menyambung
semula pembelajaran.
Ros pun berjalan ke arah meja guru untuk mengambil pas keluar. Disebabkan ckg Mawar
sedang fokus memberi penerangan kepada kelas, jadi senang untuk Ros menuangkan gam
gajah di bangku dan bawah handbag ckg Mawar. Mereka bertiga sudah tersenyum sinis,
sekarang mereka menunggu waktu untuk ckg tu duduk saja. Selalunya selepas tiga puluh
minit mengajar ckg tersebut akan duduk untuk berehat sebentar. Ros dan Vanness pergi ke
tandas dengan harapan agar ckg itu sudah duduk di bangkunya. Manakala Eli ditinggalkan di
dalam kelas untuk merakam semua kejadian yang berlaku di kelas.
“ ckg rehat sebentar ye class, ckg penat nak duduk”
“duduklah ckg, kesian ckg penat” jerit Eli dari belakang
“ ehh? Kamu tak keluar pergi tandas tadi ke?” pelik kerana jarang mereka bertiga
tidak ke tandas bersama. Selalunya ketiga mereka akan pergi bersama
“ tak, saya malas nak jalan” jawab Eli dengan selamba
Sambil telefon di tangan cikgu Mawar berjalan menuju ke meja guru. Tanpa memandang
kerusi ckg tersebut di atas kerusi yang diletakan gam oleh Rosabella sebentar tadi.
Disebabkan gam tersebut berkualiti maka ia mudah kering. Ckg Mawar mahu berdiri semulaapabila merasakan sesuatu cecair di atas bangkunya, tetapi malangnya gam tersebut telah
kering dan menyukarkan untuk ckg Mawar berdiri. Satu kelas ketawa terbahak-bahak, dan
dia tahu siapa dalang semua benda yang berlaku ini. Siapa lagi kalau bukan Vannessa and the
geng. Matanya terus melihat ke arah Eli yang sedang memgang telefon di tangan. Ckg Mawar
terus menyuruh ketua kelas, Azrul untuk memanggil pengetua kel kelas mereka. Kembalinya
Ros dan Vanness dari tandas mereka terus senyum kerana mereka tahu rancangan mereka
berjaya. Hal ini diketahui kerana ramai guru berdiri di luar koridor kelas, tidak mengejutkan
jika disitu ada pengetua sekali.
“ Vanness kamu ke sini sekejap, cikgu ada benda nak tanya” panggil ckg Andrew,
pengetua Riverdale School
“ yes? Anything?” balas Vannessa
“ ini perbuatan kamu bertiga kan?”
“ apahal dia pula, Vanness baru saja sampai dari tandas?” sampuk Ros dari belakang.
“ awak bertiga tak perlu berlakon lah, ckg kenal sangat kamu semua. Sekarang semua
pergi ke pejabat saya” kata ckg Andrew lalu pergi ke pejaabtnya
“ Sorry ckg, saya yang letak gam tu” bisik ros kepada ckg Mawar sebelum berllau ke
pejabat pengetua
“ by the way, teacher your butt is soooo montok!” jerit Vanness dari pintu kelas. Ckg
mawar sangat malu kerana dia skirtnya berlubang belakang kerana gam yang diatas
bangku.
“ ckg jangan risaulah, kami bertiga saja yang ada video dan gambar ckg. Janji tak
akan sebarkan. And one more thing, ckg kena ingat… maruah dibalas maruah” kata
Eli kepada ckg Mawar dengan senyum sinis di bibir.
Sampai saja di dalam pejabat pengetua, mereka bertiga sudah bersebia dengan apa saja
kemungkinan yang akan berlaku. Dilaporkan kepada ibubapa mereka pun mereka tidak kisah
sebab mereka tahu yang parent mereka takkan percaya.
“Kamu tahu tak apa yang kamu semua buat ni?” tanya pengetua
“ ckg, kalau ckg nak menghukum kami teruskan sebab saya malas nak dengar
ceramah free ckg” kata Vanness
“ betul tu. Kami buat ni ada sebab okay”
“ sebab apa? Dendam? Ke tak puas hati?!” tanya ckg Andrew agak meninggi suara
“ ckg boleh tak kalau cakap tu elok-elok sikit. Kitaorang ni tak pekaklah ckg nak
tengking bagai!” jawab Ros
“ ckg kena ingat, sekolah ni bapak kita orang yang pun. Kalau ckg rasa masih nak
mengajar, try paly rude with me?” kata Vanness
“ berapa ckg nak? Beritahu saja nanti I transper” kata Ros yang cukup lali dengan
sikap pengetua yang sanggup makan suap mereka bertiga.
“ ckg cakap je, tapi macam biasa kes ni tutup sampai sini saja” sambung Eli
“ kalau takda apa-apa lagi kitarang nak balik kelas dulu, pasal duit ckg jangan risau
petang ni masuk bank terus” jawab Vanness terus bangun berlalu keluar dari bilik
pengetua
Tanpa mengambil apa-apa tindakan kes ditutup sampai disitu saja. Orang takut dengan
haiwan buas, tapi mereka tidak tahu manusia lebih buas dari haiwan terutama jika berkaitan
dengan wang ringgit. Sejumlah wang yang ditawarkan membuat pengetua sekolah sanggup
menutup mulut dan kehilangan rakan sekerjanya. Sikap tamak ckg Andrew membuatkan
mereka sentiasa selamat dari apa-apa masalah yang mereka lakukan. Dalam jahat mereka, ada
segelintir baiknya dalamm hati mereka bertiga. Mendengar khabar ckg Mawar berhenti
mengajar mereka bertiga sama-sama mengirimkan sejumlah wang kepada ckg Mawar untuk
menampung kehidupannya. Seperti yang dijanjikan segala bukti video dan gambar kejadian
ckg Mawar dihapuskan.
………………………………………………………..
Share this novel