part 12-meet the in law

Young Adult Completed 27293

"Sayang You ada di mana, I tunggu you di office ya"Arya menghubungi Freya bila gadis itu tidak ada di pejabat. I hantar seorang staff ke klinik, sekarang dah on the way balik ke office."balas Freya.

"Ok dear, tunggu kat tepi kereta I saja ok,I parking kat tempat biasa"pesan Arya Lokasi pertemuan mereka ialah di sebuah restoran makanan barat.
0 Freya meramas jemarinya yang saling bertautan. Dari tadi dia merasa cemas dan gugup. Arya, kekasih hati di sebelah masih nampak tenang menanti mummy dan daddynya sampai. Mereka sekarang sudah pun berada di meja restoran tempat yang menjadi pertemuan makan malam mereka pada malam itu.

"Hey... Are you okay Honey?" tangan Freya di bawah meja di tarik ke atas meja dan di genggamnya.

Freya menggeleng. "I... I tak okay Ar. Macam mana kalau daddy dengan mummy you tak suka I?" tatapan mereka beradu.

Arya ketawa kecil. "You fikir sampai ke situ pulak. Jangan fikir bukan-bukan okay, mereka akan terima you seadanya." kekura tangan Freya di tepuk lembut.
"I pasti both of my parents will mesmerized in your charm just like how I am falling in love with you Honey."pujuk Arya. Dia tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk mempertemukan teman wanitanya dengan kedua ibu bapa agar hubungan mereka dapat diteruskan ke peringkat yang lebih serius. daddynya seorang usahawan berbakat dan sentiasa sibuk. Arya terkejut bila daddynya bersetuju untuk makan malam bersama dengannya pada malam ini. Arya juga mahu hubungan dingin kedua ibu bapanya di perbaiki sebelum mereka menerima kehadiran ahli keluarga yang baru dalam keluarga mereka.

Freya menarik dalam nafasnya. Benar, mungkin dia terlalu memikirkan yang bukan bukan. Namun, dia tidak tahu lagi seperti apa penerimaan mummy dan daddy Arya nanti. Lagipula, ini pertama kalinya dia bertemu mereka. Sedangkan Freya sendiri belum pernah memberitahu keluarganya tentang hubungannya dan Arya memandangkan hubungan mereka masih di peringkat awal. Masih dalam proses mengenal hati budi masing masing.

Freya tidak memberitahu keluarganya takut andai hubungan mereka terkandas di tengah jalan walaupun hatinya sangat berharap hubungan yang sedang terjalin akan sampai ke jinjang pelamin. Arya pernah juga beberapa kali memberikan harapan bahawa dirinyalah yang akan menjadi suri hati jejaka itu selamanya, tetapi selagi belum bersatu impian yang digambarkan oleh Arya hanya tinggal satu impian semata.
Genggaman hangat tangan Arya menyalurkan sedikit ketenangan dalam dirinya.

"Mereka dah sampai." Arya berbisik di tepi telinga Freya, senyum hangat turut dia berikan pada gadisnya. sepasang suami isteri melangkah penuh anggun bersamaan dan bersebelahan.

Matanya membulat sempurna ketika bebola matanya menghala pada langkah pasangan suami isteri yang semakin dekat. Gugup, cemas resah, semua perasaan itu bercampur aduk menyerang diri, dadanya berdebar hebat apatah lagi bila sepasang mata yang berdiri di samping wanita anggun itu merenungnya lama seolah mengintimasi dirinya.
Kenapa baru malam ini Freya merasakan persamaan iras wajah Arya dengan daddynya.

Freya mencengkeram kuat gaunnya. Riak terkejut yang terpamer di wajahnya sebisa mungkin di kawal agar tidak ketara kelihatan. Debar di dadanya semakin menggila. Kepalanya seolah baru di hempap dengan batu besar.

"Hey, sayang..."

Freya tersentak apabila merasakan bahunya di sentuh lembut oleh Arya di sebelah.

"Mommy I, dan tu daddy I." Arya dengan senang hati memperkenalkan Freya pada orang tuanya tanpa mengetahui isi hati yang sedang berperang hebat di sebelahnya. "Mum, dad... Ni Freya Arianna, teman wanita Ar."

Aira, sang mama menatap gadis di sebelah anaknya. Senyum manisnya terukir di bibir.
"Mama Freya nama Marisa?"

Lagi, Freya terkejut dengan pertanyaan dari bibir wanita itu. Kepalanya di angguk mengiakan.

"Laa, patutlah macam pernah nampak. Mama Freya kawan baik aunty."

Dang!

Freya terpempan. Dia tidak tahu langsung akan hal itu. Kali ini, mimik muka terkejutnya sudah tak dapat dia selindungi lagi. Freya bingkas berdiri berpamitan pada tiga pasang mata yang sedang memandangnya untuk ke washroom bagi meredakan sesak di dadanya ketika ini.

Kedua dua tangannya mencengkeram sisi sinki. Kelopak matanya turut di pejamkan rapat. Hatinya masih tak mampu tenang, malah resah semakin menghantui diri. Mahu tahu sebab apa dia jadi secemas ini? Sebabnya lelaki yang bergelar daddy pada teman lelakinya adalah lelaki yang pernah menjadi sugar daddynya 4 bulan lalu. Kontrak mereka sepatutnya berlanjut selama 6 bulan namun dia telah membatalkan kontrak mereka ketika baru 4 bulan dia menjadi sugar baby lelaki itu.

Kenapa! Kenapa dia di pertemukan lagi dengan lelaki itu!

Dan yang membuat dadanya bertambah sesak apabila dirinya di hadapkan dengan kenyataan isteri pada lelaki itu adalah teman rapat mamanya. Mummy pada kekasihnya!

Gosh! What have you done Freya!

Freya meraup wajahnya lama. Hatinya sungguh kesal. Bagaimana kalau keluarganya tahu apa yang dia buat di belakang mereka. Macam mana kalau sampai isteri dan anak lelaki itu tahu siapa dirinya sebelum ini. My god! Dadanya benar-benar di himpit rasa sesak. Debar di dada kian menggila memikirkan apa yang bakal terjadi setelah ini.

Calm down Freya. Please calm down yourself.

Nafas di tarik dalam-dalam lalu di hembus perlahan-lahan. Setelah memastikan perasaannya sedikit tenang, kaki jinjangnya di anjak keluar.

Freya hampir terjerit apabila merasakan pinggangnya di tarik seseorang dan tubuhnya di himpit ke dinding. Matanya melebar ketika pandangannya bertemu dengan sepasang mata menawan itu.

"Let go of me!" dada sasa itu di dorong tangannya namun seinci pun tubuh tegap itu tak berganjak dari terus menghimpitnya.

"Where are you going baby? Didn't you miss me hmm?" bibirnya di dekatkan sehingga menyentuh cuping telinga gadis yang berada dalam kongkongannya.

"What a small world. So, tell me the truth, my son is your reason running away from me?" kini wajahnya pula di dekatkan sehingga hujung hidung mereka saling bertemu.

Freya sudah kehabisan nafas. Paling dia risaukan ketika ini andai ada orang melewati mereka. "Orang nampaklah Dio!" semakin kuat tangannya cuba mendorong tubuh itu.

"Did you just called me Dio Honey, I had told you, there is only one name that You can use to call me, had you forgotten, my Honey bunny?, My son is that great huh!, he can make You change and run from me,but let me tell you Honey... You can't run away Honey baby... Till I make you mine."ujar Dio lembut tetapi penuh ketegasan.

Bisikan bibir itu serta merta membuat tubuh Freya terkaku di tempatnya membayangkan hari-hari yang bakal dia lewati setelah ini. Freya semakin tidak tentu arah jika sampai ketahuan oleh kekasihnya Arya, isteri pada lelaki itu serta mamanya. Paling Freya takut jika hal ini diketahui oleh keluarga papa, Nenek pasti akan meletakkan kesalahan kepada mama, dari awal perkahwinan papa dan mama, Nenek tidak pernah menyukai mama, lebih lebih lagi setelah papa jatuh sakit berat.

Gila! Ini memang benar benar di luar jangkaan Freya!

Tubuh di depannya di dorong sekuat tenaga. Langkahnya di atur pantas menuju ke meja mereka tadi.

Dion tertawa kecil memerhatikan langkah jinjang itu.

How you are going to resist me after you own me baby..."Dion menghantar bisikan itu melalui angin berharap ianya sampai kepada Gadisnya.
"Auntie, may I excuse myself first. I am really sorry but I left my meds home, I forgot to bring it to work, I need to take that meds before food, can we arrange another meeting in my house with both of my parents right, Ar, You can have dinner with your parents see you tomorrow in office ok.I will grab a teksi to go home"secepat kilat Freya keluar dari situ
"Ar.. where is your girl"soal Dion ketika kembali ke meja mereka dan tidak melihat kelibat Freya di situ.

"She need to left early, but she's asking us to have dinner in her house. it's been a while we seen your cousin, right darling?"soal Aira. Arya tersenyum melihat kedua ibu bapanya kembali rapat seperti dulu.
"I guess,makan malam ni tak sia sia pun, "fikir Arya.

apa kesudahan cerita Daddy Bee dan Honeynya

Share this novel

norsila
2023-05-28 16:37:47 

hahaha satu kesilapn ..satu keinginan mbuat seribu kkecohan nnti huuu boom hirosima kot...


NovelPlus Premium

The best ads free experience