Budak Hijau Botak

Thriller Series 1222

Jarum jam telah menunjukkan pukul 9 malam.

Along dan adik-adiknya, Dina & Dani seperti biasa mula bermain dan mengusik sesama sendiri.

Hinggakan ada yang sakit atau kalah. Diejek diketawakan sampai menangis menjerit.

Hiruk!

Mak di dapur geram tapi mendiamkan diri sambil mencuci pinggan. "Kalau abah korang ada abis la!."

Selesai saja mak mengomel, tiba-tiba bunyi deruman kereta abah masuk ke garaj.

"Apa kena korang ni ah? Dah lama tak kena ke?!" Berang abah yang kepenatan pulang dari pejabat disambut begitu.

"Dah diam semua!!!"

Dah menjadi kebiasaan anak sulong pasti terima balasan. Tak boleh diharap.

"Sini kau long. Malam ni kau tidur kat dapur! Pergi sekarang!!" Bengis sangat abah sebab dah berulang kali berlaku begini.

Mak hanya menjeling terus menarik Dini dan Dani masuk ke dalam bilik.

Along cuma diam takut. Dia terus teringat semua cerita hantu yang terjadi kat perumahan itu.

"Mampus lah aku malam ni?" Dia tau abah kalau jatuhkan hukum memang buat betul-betul.

Gelap.

Hanya ada sinar lampu dari tingkap dan lubang angin dapur.

Tak tahu pukul berapa dia masih lagi tercongok sorang betul-betul menghadap pintu belakang.

Sunyi.

Dia sedikit tersengguk mengantuk.
"Ishh. Takkan aku boleh tidur macam ni. Seramlah."

Badannya sedikit menggeletar terasa angin seperti ditiup-tiup.

Tiba-tiba...

Bunyi sesuatu... Tak pasti apa, tapi... Meremanggg

Nampak kelibat tak tinggi dan tak rendah berdiri di pintu yang tertutup.

Dalam kelam Along menelek apakah itu.

Berkepala botak. Perutnya buncit. Matanya merah!

Toyol? Sah. TOYOL!!!

Makhluk itu menghulur tangan ke depan kemudian bergerak perlahan ke arah Along.

Cahaya lampu menampakkan sedikit bentuk toyol itu dan warnanya seakan lumut.

Along seperti mahu pengsan, menggigil dan lututnya lemah. Mulut seperti dikunci tak boleh menjerit.

Tapi dalam hati Allah saja yang tahu.

Toyol itu semakin mendekat...

Sikit-sikit Along cuba menjerit.

"Allahu akbar. Mmmmaaakkk! Abah!!! Tolooonggg!!!" Jeritnya sambil pantas berlari masuk ke bilik.

Tak tentu arah Along melompat ke sebelah maknya dan tarik selimut sorokkan badan yang ketakutan.

Terasa selimut ditarik-tarik. Along kaku tidak bergerak. Menahan nafas. Lama sikit dia tertidur.

"Long ooo Long... Along." Terjaga bila mak menolak bahu Along berulang kali.

Seawal subuh mak kejutkan untuk siap-siap ke sekolah.

Sempat saja Along bercerita hal semalam kepada maknya.

Mak hanya mendengar dan buat muka seperti berkata dalam hati, "Padan muka kau." Ceh!

Tapi ini kejadian benar bukan rekaan Along. Juga pasti itu bukan mimpinya.

Kini dia percaya dengan apa yang didengar selama ini oleh jiran-jiran yang selalu hilang duit.

Teringat uwan pernah cerita pasal orang dulu-dulu beli toyol kat Mekah, kerjanya curi duit kat umah orang tengah malam. Ikut arahan tuannya.

Ergghhh...

Along bersyukur sangat tak kena apapun dengan kejadian semalam.

Mungkin ini balasan tak mendengar kata mak dan abah. Dia janji tak buat lagi.

Dia terfikir lagi. Sekurang-kurangnya hukuman dari abah ni, dah selamatkan duit abah mak dari dikebas si 'budak hijau botak' tu.

Berharapan besar toyol tu takkan cuba lagi masuk ke rumahnya. Along senyum dalam trauma.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience