Rate

MENUJU KE DESTINASI.

Drama Series 650

"Mak..jangan risau lah.. Orang bukan pergi mana-mana pon.. Pergi kerja kat KL je pun.. Lagi pon mama yang carikan kerja tu kesian pulak kalau nak tolak" Pujuk si Putri.

"Putri.. KL tu jauh tau.. Kalau jadi macam-macam.. Macam mana?"

"Jangan lah risau.. Nanti mama bawak Putri pusing 1 KL tu nanti.. Lepas tu boleh tengok Salju turun dari langit.. Betul tak?"

"Salju je yang dipikirkannya?!"

"Hihihi.. Ibu pon tahu kan Putri suka Salju.. Mana tahu malam-malam turun salju kat sana ke kan"

"Haihhh.. Dah tak ada benda dengan cara nak pujuk kamu ni Putri.. Pergi sana nanti jangan lupa jaga diri, ingat sebagai seorang islam.. Faham!"

"Yosh.. Arahan diterima Ibu.." Kesungguhan Putri hanya menambahkan kerisauan Sang ibu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
DI KUALA LUMPUR..

"Sebal betul lah datang KL ni.. Tak Best mana pon.. Semuanya batu jumpa.. Jumpa pokok pon.. Pokok khenit" Omel Putri distation bas sendirian.

'Hmm.. Tengah tunggu mama ni kan.. Apa kata kalau aku tanya kat KL ni selalunya salji turun pukul berapa?' sbil senyum tak lekang di pipinya.

"Assalamualaikum.. Pak cik nak tanya.. Kat KL ni turun salji pukul berapa ye?" Tanya Putri.

Pak cik yang lalu di situ hanya pandang pelik kepadanya, bukan setakat pak cik je yang pelik setiap yang lalu depan Putri tanya soalan sama dan kena pandangan pelik setiap orang.

'Kenapa semua orang pelik tengok aku tanya soalan tu ye.. Haihh.. Menyusahkan..' mengeluh Putri sendiri.

"Ok ni Last aku tanya orang yang lalu depan aku.. Kalau dia bagi tak bagi jawapan juga.. Memang aku give up"

Putri terus memandang ke kiri dan ke kanan dan juga terus berlanjutan.. Sampai lah ada 2 orang mamat ni lalu di depan Putri di arah yang berlawanan.

"Assalamualaikum.. Pak cik nak tanya boleh?"

"Pak cik?.." serentak mereka berdua bantah dan memandang Putri dengan pelik.

"Kenapa.. Salah ke?"

"Bukan sahaja salah!.. Malah tidak bermoral" lain macam je dengar ayat ni kan. Dengan agak yang pelik.

Krinkk Krinkk..(Mereka bertiga membatu sambil melihat empunya kata).

"Tadi nak tanya apa?"

Kawannya mengajukan pertanyaan kepada gadis itu kalau dia tak buat macam tu tak pasal-pasal dia orang dapat malu kat station bas tu.

"Ohh.. Ye nak tanya salji selalunya turun pukul berapa ye?"

Krinkkk Krinkkk...

Mereka berdua memandang Putri dengan membisu tapi mereka berdua tak beredar dari situ, makna nya tak pelik lah kan.

"Kat KL ni ma..." lelaki yang melawak tadi terus ditutup mulut oleh sahabatnya yang berada di sebelah.

"Ohh.. Salji.. Selalunya dia turun pukul 1 pagi sampai pukul 3 lepas tu hilang bila waktu subuh menjelma.."

"Ohhh.. Macam tu.. Terima kasih" tepat saja Putri mengucap percakapan nya, keluarga angkatnya datang ke tempat anak angkat mereka.

"Putri.. Dah jom.. Balik?"

"Ohh.. Mama dah sampai.. Pergi dulu ye...Assalamualaikum dan terima kasih"

"Waalaikumusalam.. Sama-sama"

Kawannya terus menarik tangan kawannya yang menutup mulutnya.

"Hoii.. Kau ni apasal tipu dia pulak.. Kat KL ni cuma ada 2 musim je tau tengkujuh dengan kemarau.. Musim buah pon susah nak jumpa.. Apa entah lagi musim salji"

Dah mula dah mat bawang ni celupor ni, omel Thaqif.

"Kau ni pon bagi lah.. Dia seronok datang KL ni.. Tak gitu"

"Thaqif.. Jangan buat pembohongan yang lawak"

"Hihihi.. Aku saja je nak buli dia"

"Thaqif.. Thaqif" mengeluh sahabat nya di depannya.

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati~

Miharu minta maaf sangat ii sebab banyak buang novel sebelum ni.. Ada juga orang tanya kenapa buang novel yang first tu.. 2 novel tu ada problem sikit jadi Miharu terpaksa buang.. Maaf ye semua :).. Semoga Novel ni tidak mengalami masalah lah ye byeee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience