Sakit? Ya, ianya terlalu sakit.
Kenapa? Mengapa?
Manusia terlalu mudah
Terlalu mudah melontarkan bicara
Yang akhirnya, membuat hati lain terluka.
Seronok kah?
Melihat jiwa yang semakin tersiksa?
Sudah puaskah?
Melihat hidup yang dicerca,
Terumbang-ambing dek kerana mulut sang puaka?
Penat..
Sungguh aku penat.
Penat untuk bangun mencari semangat.
Yang kian lama, kian susah untuk digapai.
Terkadang aku cuba untuk bangun,
Tetapi jatuhnya tetap berkali-kali,
Membuatkan aku hilang segala keyakinan diri.
Layakkah aku untuk bahagia?
Sesak dada menanggung derita
Ku rasa seperti tiada siapa yang peduli.
Mereka cuma tahu mengisi,
Mengisi hiburan harian mereka dengan melihat hati lain merana.
Bagi mereka itu menyeronokkan,
Seronok bermain dengan kata-kata yang akhirnya memusnahkan sebuah jiwa.
Kejam?
Mereka sama sekali tidak mempeduli
Sakit, kecewa, derita
Yang ditanggung saat ini.
Mereka tidak pernah peduli.
Cukuplah.
Sudahlah.
Rehatlah.
Biar masa menentukan segala-galanya.
Sama ada bahagia ataupun derita.
Terima kasih sudi baca. Ini hanya sekadar luahan hati manusia biasa ..
Share this novel