Completed
1019
Pada suatu hari, sepasang kembar seiras, Faris dan Farisha yang berumur 15 tahun sedang membaca buku di pejabat ayah mereka di rumah. Faris menutup bukunya dan meletakkannya kembali ke rak buku. Dia kemudian duduk di sebelah Farisha yang sedang khusyuk membaca.
"Sha! Jom main sesuatu!" Faris menggoncang bahu Farisha.
"Main apa ?" Faris bangun dan berdiri di hadapan Farisha.
"Kita main siapa kena tipu dahulu dia menang! Nak ?" Faris mengangkat kening.
"Nak!" Farisha bangun lalu meletakkan buku di atas meja.
"Setiap permainan ada peraturan. Jadi syarat permainan kita adalah jangan guna 'taktik kotor'."
"Like what ?"
"Like you use mom to help you win." Farisha membentuk mulut 'o'.
"Tapi Ris, macam mana kita nak tentukan siapa pemenangnya ? Like if Sha berjaya tipu Ris then tiba-tiba bila Sha bagitahu Ris kena tipu, Ris cakap sebenarnya Ris dah tahu. Tak ke nanti tipu ?" Faris tersenyum.
"Like I said before, jangan main 'taktik kotor'. Ris dapat tahu kalau Ris berjaya atau tak melalui expression Sha. So you can see my expression untuk tahu sama ada Sha menang atau tak."
"Okay! How about kita mula esok ?" Farisha mengangkat kening.
"Sounds cool."
Keesokkan paginya, Farisha dan Faris turun untuk breakfast di meja makan.
"Morning Sha." Faris tersenyum.
"Morning Ris." Farisha membalas senyuman Faris. Masing-masing mempunyai agenda yang tersendiri. Faris memandang Farisha ketika dia sedang makan. Farisha pula memandang Faris ketika Faris sedang makan.
Sepanjang hari, mereka mencuba nasib mereka untuk menipu dengan handal tetapi mereka tidak juga berjaya. Keesokkan harinya, Farisha memanggil Faris ke pejabat ayah mereka.
"Kenapa Sha ?" Faris duduk di sebelah Farisha.
"Sha give up! Semalam, sepanjang hari Ris tak kena tipu. Ris jelah menang." Farisha memuncung mulut.
"Betul Sha give up ?" Farisha mengangguk laju.
"Sha tipu." Faris mencebik.
"Ris ni! Sha tak fahamlah. Macam mana Ris tahu Sha tipu ?"
"Easy. Ris tengok expression Sha." Farisha menggaru kepalanya.
"I don't get it."
"Okay, okay. Ris pun sebenarnya penat dah nak cari idea untuk tipu Sha. So, how about kita seri je ?"
"Setuju!" Faris tersenyum sinis.
"Sha! Jom pergi kedai. Ris teringin nak makan aiskrim."
"Jom!"
Mereka berdua keluar dari rumah dan berjalan menuju ke kedai runcit yang tidak jauh dari rumah mereka. Faris menarik tangan Farisha lalu berhenti di hadapan kedai.
"Kenapa Ris ?"
"Sha belikan Ris aiskrim favorite Ris. Ris nak pergi beli kuih dekat seberang." Farisha mengangguk. Farisha masuk ke dalam kedai runcit itu. Dia mengambil aiskrim di dalan peti beku dan berjalan ke kaunter pembayaran.
"Berapa semuanya mak cik ?"
"Tiga ringgit." Farisha mengambil duit di dalam poketnya dan menghulurkan not lima ringgit kepada mak cik itu.
Dush!
"Bunyi apa tu ?" Farisha terus berlari keluar dari kedai. Dia melihat ramai orang berkumpul di seberang jalan. Dia segera berlari ke situ untuk melihat mangsa kemalangan. Alangkah terkejutnya dia bila melihat kembarnya terbaring di atas jalan.
"Faris. Faris bangunlah!" Farisha menggoyang badan Faris.
"Faris dah janjikan tak nak main dah. Janganlah berlakon lagi. Okay, Ris menang. Kita tak seri. So now, wake up!"
Ambulans datang selepas beberapa minit dan membawa Faris ke hospital. Doktor mengesahkan Faris telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Mayat Faiz dibawa pulang pada petang itu dan dikebumikan pada malam itu juga. Farisha terus masuk ke dalam biliknya setelah pulang dari tanah perkuburan. Dia duduk di atas katil dan menangis.
"Sampai hati Ris tinggalkan Sha." Farisha menangis dan menangis.
Beep!
Satu mesej masuk. Farisha mengesat air mata. Dia mengambil telefonnya di dalam poket lalu membuka mesej dari nombor yang tidak dikenali.
Sha, bukak pintu sekarang.
Duk, Duk!
Bunyi pintu rumah itu mengejutkan Farisha. Dia segera turun ke bawah dan membuka pintu. Dia terus menjerit histeria selepas melihat siapa yang muncul di hadapannya.
"Sha, Ris menang."
Share this novel