Rate

Bab 1

Zombie Series 236

Ting-a-ting-a-ting-ting-ting!!

“ Huargh...mengantuknya! huargghh...malas lah pulak nak ke sekolah ??, aku harap..besok sekolah ni dah tak wujud ” Bebel Amani seusai sahaja bangun daripada tidurnya yang nyenyak.

Amani berjalan ke arah bilik air dengan malasnya...dia baru sahaja hendak membuka baju, tiba-tiba...

“ ASTAGHFIRULLAHALAZIM! AKU TERLUPA TUALA OI!! ” Amani separuh teriak kerana takut-takut ada yang berada di dalam biliknya kot-kot hendak melihat jikalau dia sudah bangun atau belum. Bolehlah orang itu tolong hulurkan dia tuala ????

Diam. Tiada bunyi kedengaran, ketukan pintu bilik air juga tidak kedengaran. Sah, tiada siapa di dalam biliknya. Perlahan-lahan, Amani kembali menyarungkan bajunya dan membuka sedikit pintu bilik air.

“ Tak ada siapa, aman! ” Amani mula membuka pintu sepenuhnya lalu keluar..dia mengambil tuala dan memandang kiri dan kanan, lalu masuk kembali ke dalam bilik air.

Amani kemudian turun untuk bersarapan. Tiba-tiba munculnya berita.

“ Sekarang pukul berapa eh? Pukul 9 dah, takkan ada berita lagi? ” Tanya hati Amani.

‘Berita terkini, para doktor baru sahaja merawat seorang pasien yang dikhuatiri mempunyai satu wabak yang pelik, yang kemudiannya disiasat dan dikhuatiri itu ialah wabak Z.A (zombie apocalypse) yang dikhuatiri mampu berjangkit melalui sentuhan, air liur & makanan/minuman. Rakyat Bandar Mawar Harum perlulah sentiasa berjaga-jaga...wabak ini kian merebak dengan cepat!’

“ Anjir, wabak Z.A?! Zombie Apocalypse? SIAPA TU YANG WUJUDKAN WABAK TU, AND PASIEN TU PUN SATU, DARI MANA DAPAT WABAK TU ?? Oh.Ma.Gad. SEKOLAH AKAN BETUL-BETUL TAK WUJUD AND, ZOMBIE AKAN COME TO REAL LIFE ???? ”

Tiba-tiba...

“ Aaarrrggghhh.... ”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience