Seperti hari-hari yang lain,aku perlu membuat penyamaran di syarikat tersebut. Genap empat bulan aku menyamar di situ,penyamaran aku masih selamat. Akan tetapi pada satu hari,aku mendapat satu mesej dari nombor yang tidak dikenali mengatakan bahawa dia tahu rahsia terbesar aku. Pada mulanya,aku tidak mengendahkannya. Namun begitu,setelah sekian lama aku tidak mengendahkannya,dia telah menghantar foto aku pada waktu itu dari belakang. Aku menoleh ke belakang akan tetapi tidak nampak sosok manusia pun disitu.
Aku terus membalas mesej dia tadi.Dia membalas.
"Apa yang kau nak? Apa masalah kau dengan aku?"balas aku.
"Aku nak kau. Aku tidak ada sebarang masalah dengan kau. Aku tahu rahsia kau. Kalau kau nak rahsia kau dekat syarikat tu kau kena ikut syarat aku."balasnya.
"Aku sentiasa ada disekeliling kau tanpa kau sedar."katanya lagi.
"Apa yang kau nak aku buat? "tanya aku.
"Aku nak kau ikut semua petunjuk yang aku bagi. Aku tahu kau pandai tentang cari petunjuk ni."balas dia.
Aku pun meneruskan pekerjaan aku. Tipu lah kalau aku tak takut,akan tetapi aku perlu diamkan diri sebab aku tidak mahu keluarga aku risau. Aku hanya menunggu semua petunjuk dari manusia yang tidak aku kenali itu.
TO BE CONTINUED
Share this novel