kepulan awan dingin kian tidak menganggu seorang gadis bernama Lilac Giselle ralit bermain debu tanah. Bajunya compang-camping, kesan kotoran terlekat di mukanya bahkan sarung tangan jemarinya turun diselaputi tanah hitam yang subur.
"kau kena hidup, sawi. Kalau tak, nanti kitaorang takde makanan. Bila takde makanan nanti ayah marah" bisik perlahan sambil meratakan lagi tanah tersebut
"Buang tebiat ke budak tu bercucuk-tanam malam buta ni?" soal makhluk bersayap dari jauh memerhatinya
"Itulah... aku pun tak faham. Dia macam jem, otak aku jatuh" balas rakannya turut menemani
Lilac Giselle menoleh kiri dan kanan lalu tersenyum sumbing. Sarung tangan lantas dicabut maka serdak emas mula melimpah celahan jari.
Tatkala magis tersebut mencurah, bibir merah mekar itu menggumam bernyanyi. Sungguhpun nada suara sangat perlahan namun seluruh alam 'Angfroest' bergema dipenuhi alunan merdu suara gadis bernama Lilac Giselle
Para Oescen di Kota Angfroest mula keluar dari celahan gua mahupun rumah seperti manusia berteduh. Rata-ratanya terkedu apabila suara itu sekali lagi bergema dari langit. Secara tidak langsung pokok yang mati kembali hidup, bunga yang layu menjadi mekar. Dunia makhluk bersayap megah itu beransur ceria setelah setengah daripadanya hancur ditelan kejahatan Volucrmet. Anak kecil yang muram kembali ceria melebarkan sayap lalu terbang menghiasi langit indah seolah-olah ketakutan mereka telah dihambat jauh.
"Jadi betullah ramalan purba itu?" soal makhluk bersayap yang dinamakan Oescen turut kagum melihat kebolehan gadis kerdil itu
Mereka berdua yang masih terapung di atmosfera manusia, tidak putus memandang Lilac Giselle mengeluarkan magisnya
Wajah tampan dingin mengangguk perlahan.
"Aku rasa ini takdir kau untuk jaga budak ni" ujar rakan sebelahnya
Gabriel Iglesias mendecit seraya memandang rakannya, Dixion Nectarus. Belum sempat dia mengambil tindakan, makhluk tersebut telah ghaib melibaskan sayap.
Dagu didongak memandang langit bumi. Sudah kian lama dia tidak melihat bintang indah seolah ditabur bersama sinaran matahari. Sungguh bersinar di dalam kegelapan.
Pandangan dialih ke arah Lilac Giselle tampak seperti ingin beredar pulang namun tangkas dia menangkap bayangan sayap hitam meluncur laju ingin menerkam gadis tersebut. Gabriel Iglesias mulai menjunam kebawah. Lebar sayap putih miliknya sungguh pantas berbanding sayap musuhnya.
Dalam sekelip mata tangannya menarik pinggang kecil Lilac Giselle di dalam dakapan. Hatta terkaman kejahatan Volucrmet terpantul mengenai pokok petai.
Lilac Giselle tergamam, tubuhnya dipeluk sesuatu yang bersayap besar tapi berfigura manusia. Namun fikiran khayal tersedar apabila pokok petai yang ditanam subur sudah tumbang seperti bantal peluk berbaring atas tanah.
"POKOK PETAI AKU TU" Menyeringai manusia itu
Kemudiannya dia kembali berkhayal apabila wajah tampan dingin mula menjengah kornea matanya.
"bosskur, saya single dan available (? ?? ?)"
Gabriel Iglesias mengeluh perlahan kerana secara tidak langsung dia telah melanggar peraturan tidak mewujudkan diri di hadapan manusia.
"Awok ni Superman kacuk Batman ke? Lain maciam sayap ni. Original ke darkweb?"
-to be continued-
Share this novel