Cempaka turun dari basikalnya dan mengetuk pintu sambil memegang balang yang berisi ramuan yang perlu dihantar kepada pelanggan.Beberapa minit berlalu,namun tiada siapa yang membuka pintu untuknya.Dia menarik nafas panjang lalu duduk di ambang pintu.Mungkin pelanggan masih tertidur lena.Dia meletakkan balang di sebelahnya dan menyandarkan tangannya pada dagunya sambil mendongak ke langit melihat waktu subuh yang hening dan masih lagi sunyi daripada udara yang bersih.
Ia terlalu awal lagi dan terasa seperti ingin terus berada diatas katil saat angin sejuk menghempas badannya dipagi ini.Tapi Cempaka seperti biasanya dia akan bangun awal setiap pagi sebelum ayam jantan sempat berkokok.Dia merupakan satu-satunya orang suruhan neneknya.Tak kira cuaca sejuk atau panas dia akan tetap menjalankan tugas yang diberikan oleh neneknya.Jika cuaca sejuk dia akan memakai cardigan dan menaiki basikal untuk menghantar ramuan kepada pelanggan tidak kira dimanapun mereka berada.
Cempaka berfikir berapa minit lagi dia harus menunggu sehingga ada seseorang akan membuka pintu untuknya.Kalaulah dia boleh menyelinap masuk.Tetapi itu sedikit berisiko dan rumit.
Dia menguap “uwaaaa,saya nak sambung tido.”
Dia menutup matanya perlahan-lahan.Angin bertiup kedengaran daun-daun kering diatas tanah berdesir.Cempaka tidak dapat menahan senyuman Dia sentiasa merasa terhibur saat mendengar bunyi alam semulajadi.Ia seolah-olah mengubat jiwanya.Dia terdengar bunyi pintu dibuka dari arah belakangnya.Dia terus bangun dan mencapai balang yang berada disisinya.Seorang wanita berumur lewat 40-an menyapanya.
Mereka menyapa antara satu sama lain.Kemudian dia menghulurkan ramuan itu kepada wanita tersebut.
Dengan tangan yang mengeletar, wanita itu menerima balang tersebut sambil memandang ke arahnya.Dia dapat melihat awan kebimbangan didalam mata wanita paruh baya itu.
“Oh,saya hampir terlupa”.dia mengeluarkan satu nota dari dalam cardigannya.
“Ini adalah preskripsi cara mengunakan ramuan itu.”
“Terima kasih,cik” ucap wanita itu dengan riak wajah sedih.
“Sama-sama”.Dia menghela nafas panjang.
“Tunggu sebentar ya,saya pergi ambil bayaran.”
Cempaka menunggu lagi tapi tidak seperti sebelumnya,kali ini wanita itu hanya mengambil masa kira-kira 2 minit sahaja untuk kembali.
“Ini..”.Dia menyerahkan sampul surat berwarna merah kepada Cempaka.
Dia menerima sampul tersebut lalu meletakkan kedalam cardigannya dengan selamat.
“Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan,boleh emel kami.” Pesan Cempaka.
Wanita itu memegang lengannya sebelum hendak berpaling dan pergi menjawab dengan gagap.
“Y-Ya?.”
“Adakah ia benar-benar menyembuhkan penyakit suami saya?”.Soal wanita itu dengan suara serak.
Cempaka memegang tangan wanita tua itu dan mengusap-usap perlahan.
“Keluarga kami menceburi perniagaan ini sebelum saya dilahirkan.Setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kami.” Katanya bagi menyakinkan wanita itu
“Suami saya dah 2 tahun sakit macam ni.Takde siapa yang boleh sembuhkan dia walaupun dia hospital.Doktor tak tahu apa sakit suami saya”. Wanita itu mula menangis.
“Ramuan itu akan mengembalikan kembali kekuatan suami puan,tak lama lagi nenek saya akan memecahkan mantera itu”.Dia menepuk lengan wanita tua itu.
Cempaka berasal daripada keturunan ahli sihir putih.Neneknya melawan ahli sihir jahat yang ingin mencedera dan membahayakan orang lain.Mereka membuat ramuan bagi membantu mereka yang tidak dapat dirawat di hospital.Dan kadang-kadang mereka membuat ramuan cinta kepada yang terdesak.
“Saya perlu pergi sekarang”.
Dia menaiki basikalnya dan menoleh kebelakang.Wanita itu masih berdiri ditepi pintu sambil memandang kearahnya.Cempaka mula mengayuh.
Ditempat lain,Lily iaitu nenek kepada Cempaka melihat jam datuk diruang tamu sebelum melangkah ke dapur.Sudah lebih dari pukul 6 pagi,namun Cempaka masih belum pulang dari menyelesaikan tugasnya.Setiap kali kanak-kanak itu lewat walaupun seminit dia akan berasa gementar.Lily tidak dapat mengelak daripada berfikir Cempaka ditimpa masalah.
“Azalea,Cempaka belum balik”.Dia memberitahu adiknya.
Azalea berhenti daripada mengisar bawang putih dan menoleh kearah Lily. “Adakah kamu sudah menelefonnya?.”
Lily mengaru tali lehernya. “Saya dah call,tapi tak angkat.Saya takut kalau..”.
Belum pun sempat dihabiskan ayatnya,pintu belakang terbuka dan Cempaka yang penuh lumpur tersengih melangkah masuk ke dapur.
“Awak, kalau tak reti nak angkat fon baik campak dalam kolam ikan tu.Biar ikan yang angkat.”Azalea mula mengomel kepada Cempaka.
“Tengok kamu sekarang,penuh dengan lumpur.Kamu menyelam kat mana pulak ni?”.
Kepala seekor kucing keluar dari poket baju Cempaka.
“Meww..”kucing itu berbunyi sebaik sahaja melihat Azalea.
“Saya selamatkan kucing ni,tadi dia terperangkap dalam lumpur”.Balas Cempaka dengan tersenyum bangga.
“Kamu hanya buang masa kamu saja,kamu sepatutnya berlatih sihir.” Azalea menegur Cempaka.
Mata cempaka mula basah,dia mengetap bibirnya menjadi nipis.Lily yang melihat situasi itu tahu bahawa kanak-kanak itu akan menangis dalam masa terdekat.
“Azalea..”Lily menegur adiknya.
“Apa?Saya salah ke?.Cempaka akan mencecah usia 21 tahun tak lama lagi.Tapi dia tak dapat buat satu pun ramuan yang mudah atau menyempurnkan mantera yang ringkas.Dia ahli sihir jenis apa?.”Azalea menghentak alu ke lesung.
“Berapa kali saya nk bagitau,saya tak nak jadi macam awak?.Saya tak nak jadi ahli sihir.”Cempaka membalas.
“Awak lahir dari keluarga ni,so menjadi ahli sihir adalah takdir awak”.Azalea berkata sambil mengetap gigi.
“Saya mahu hidup normal”ucapnya.
“Hidup kita ni nampak tak normal ke bagi awak?.”Azalea mengejek.
“Macam mana saya nak fikir hidup kita ni normal bila jiran-jiran baling batu tiap kali tahu siapa kita?.”
“Itu dah lama berlalu,diorang pun dah maju.Sekarang dah abad ke-21.Zaman teknologi tinggi.Diorang mungkin dah tak percaya kewujudan kita.Kalau ada pon segelintir.Jadi kamu tak perlu takut.Lagipun kita buat benda betul.Tapi kamu patut risau kalau kamu cederakan manusia,kamu sama macam ahli sihir jahat tu.”ucapnya panjang lebar.
“Hey,hey,hey..kamu berdua..”Lily menyampuk.
“Cukup,cukup dah tu ok?”Dia menarik Cempaka ke bilik air.”Kamu dan kawan kamu yang baru di temukan haris mandi”.Ucap Lily sambil senyum.
“Lily,tak payah manjakan sangat budak tu,sebab tu dia selalu lawan cakap saya,dia tahu awak sokong dia.”kata Azalea.
Dia tidak kisah apa yang dikatakan adiknya.
“Nenek Azalea semakin tua,tengok dia akan membebel dekat kita kalau dia ada masa.”bisik Lily.
“Awak tak marah saya kan,nenek?” Cempaka memuncungkan bibirnya.
“Kenapa nenek nak marah kamu?”.
“Sebab saya tak nak jadi ahli sihir..”
Lily tersenyum kepada cucunya. “Awak boleh jadi apa je yang awak nak”.
“Terima kasih,nenek”.
Cempaka mahu memeluknya tetapi dengan pantas dia melangkah keluar dari bilik air itu.
“Mandi dulu..supaya kita boleh sarapan sekali”.Ucap Lily.
“Hmmmm”balas Cempaka dengan memcebikkan mulutnya.
Share this novel
Tak sabar nak tunggu bab seterusnya