Rate

Bab 3

Romance Series 1698

Mark duduk termenung diruang tamu.Sesak nafasnya memikirkan keadaan sekarang.Semuanya jadi tidak menentu.Bella semakin tidak memahaminya.Ibunya dan Kesya
pula asyik cuba membuat hubungan mereka semakin renggang.Dia mencintai Bella tetapi
jauh disudut hatinya masih menyimpan perasaan
terhadap Kesya.Dia tahu bahawa itu salah tapi
apalah dayanya.Begitu banyak kenangan indah
antara mereka berdua.Malah dia pernah menyuarakan hasrat untuk memperisterikan
gadis itu dulu.Kerana Kesyalah dia mula mengenal erti sebuah cinta.
Namun hubungan mereka terputus begitu saja kerana Kesya lebih memilih untuk mengasah bakat lakonannya diluar negara dan menetap cukup lama di LA .Sejak dari itu dia tidak berhubung dengan bekas kekasihnya itu.Dia banyak menghabiskan masa bekerja siang malam sehingga dia bertemu dengan Bella.Gadis
cantik berkulit putih melepak yang telah 'mengganti' tempat Kesya dihatinya selama ini.
Bella cukup sempurna dimatanya.Tiada cacat cela pada gadis itu tapi Kesya juga sempurna pada matanya.Kedua gadis itu memiliki personaliti yang sangat berbeza jika dia ingin
membuat perbandingan.Kesya merupakan seorang gadis yang agak manja dan sukar untuk bertolak ansur dalam semua perkara membuatkan dia selalu beralah untuk gadis itu.Walaupun demikian,dia mencintai gadis itu apa adanya.Sementara itu,Bella pula merupakan seorang gadis yang sangat matang dan memahami.Itu hal utama yang membuatkan dia jatuh cinta kepada gadis itu dahulu.
"Mark..what are you doing Baby?.,"Sapa satu suara yang sangat dikenali membuatkan Mark sedikit tersentak.Kelihatan Kesya berdiri disisinya mengenakan dress merah menyala separas pahanya.Dia tidak terkejut dengan itu semua kerana selama mereka bersama Kesya memang 24/7 mengenakan pakaian seksi seperti itu."Nothing Kesya..just take some rest and You buat apa kat sini?.Its about 10pm already.,"soal Mark pula.Jam didinding dikerling sekilas.Kesya mengukir senyum manis.Tanpa syarat,dia terus menarik lengan Mark agar mengikutinya.
"I want you to be my bodyguard tonight baby..I nak jalan~jalan keluarlah malam ni..dah lama sangat tak jalan~jalan kat KL ni.I rindu tau?.And I miss you more.So muchh!.,''manja Kesya berkata.
Dia tahu Mark sudah mempunyai kekasih baru tetapi dia juga tahu tidak semudah itu Mark melupakannya.Dia sudah cukup lama bersama pemuda itu jadi dia sudah kenal sangat dengan perangai pemuda tampan yang berwajah kacukkan Malaysia~German itu.
Mark melepaskan keluhan.Dia tidak mahu menemani Kesya jalan berdua tapi dengan semua beban difikirannya sekarang,dia juga mahu melepaskan tekanan ini dengan menghirup udara segar diluar.Dia mahu melepaskan semua kekusutan yang bersarang dalam otaknya dengan melihat keindahan lampu malam.Akhirnya dia melangkah juga mengikuti langkah Kesya yang sedang tersenyum keriangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience