Series
8872
"Happy Birthday Mama!!"ucap Arianna dan Engku Fasha.
"Hahhhhaa,terima kasih"balas Engku Ilda sebelum Arianna dan Engku Fasha dipeluk erat.
"Sanggup eh korang datang bilik Mama dengan Papa pukul 12 macam ni"kata Tengku Dani yang masih dalam kantuknya
"Hehehehe"Arianna dan Engku Fasha hanya tersengih seperti kerang busuk
"Eh... at least diorang ucap dekat saya. Abang? Ada ucap dekat saya?"soal Engku Ilda dengan muka yang sengaja digarang-garangkan
"Yelah yelah... Happy birthday sayang~~"ucap Tengku Dani seikhlas-ikhlasnya
"Terima kasih"
Tok tok tok. Tengku Dani, Engku Ilda, Engku Fasha dan Arianna serentak memandang kearah pintu bilik apabila mendengar seperti pintuk diketuk. Masing-masing memandang sesama sendiri. Siapa tu? Takkanlah hantu?
"Mama....."panggil suara yang mendayu
Engku Ilda memandang kearah Tengku Dani. "Abang,pergilah tengok siapa tu"ujar Engku Ilda. Takut duh...
"Eh? Asal abang pulak? Fashalah"ujar Tengku Dani
"What? Fasha bukak? Memang taklah. Aria lah pergi"kata Engku Fasha pula
Aria memandang kearah Engku Fasha. What the fish? Aku ke?
"Kenapa Aria pulak?"soalnya tidak puas hati
"Abang,awaklah pergi tengok. Takkan abang nak suruh anak-anak perempuan kita yang tengok!"marah Engku Ilda
"Haish...yelah yelah"Tengku Dani mengalah.
Perlahan-lahan Tengku Dani mendekati pintu biliknya. Tangan yang sejuk itu perlahan-lahan memegang tombol pintu lalu di buka.
"Kenapa lambat sangat bukak pintu? Penat abang tunggu"terjah Tengku Sufian yang sedang bersandar di tepi dinding.
"What the heck?! Apa yang Sufian tengah buat ni?!"marah Tengku Dani
"Abang buat apa? Dari tadi abang ketuk pintu bilik ni tapi Mama dengan Papa yang tak bukak"Tengku Sufian menjawab tidak bersalah
"Tau tak Papa rasa nak pengsan bila nak bukak pintu ni tadi!"
"Papa nak pengsan kenapa?"soal Tengku Sufian pelik. Dah kenapa bapak aku ni? Takkan mabuk ketum kot?
"Papa ingatkan hantu!"merah menyala muka Tengku Dani akibat marah
Terlepas tawa Tengku Sufian. "Papa? Takut hantu? Hahahahah"sampai terkeluar air mata Tengku Sufian akibat terlalu banyak ketawa.
Tengku Sufian ingin masuk ke dalam bilik Tengku Dani dan Engku Ilda kerana mahu mengucapkan happy birthday kepada Engku Ilda tetapi lain pula yang terjadi. Tu yang gelak tak ingat dunia tu.
"Puas gelak kan Papa?"soal Tengku Dani dingin. Dari pagi anak terunanya ini mengusiknya tidak henti-henti.
"Hahahaha okey okey abang tak gelak dah"kata Tengku Sufian apabila melihat Tengku Dani seperti gunung berapi yang mahu meletus
Tepat pukul 9 malam sudah ramai tetamu yang hadir ke majlis hari jadi Engku Ilda. Hanya Engku Ilda sahaja yang memakai baju berwarna emas. Saja nak bagitau tetamu yang hadir bahawa majlis hari ini ialah hari jadi Engku Ilda bukan party semata-mata.
"Kak Fa, Aria pergi luar sekejap. Ibu kata dia datang"Arianna memberitahu Engku Fasha
"Ha okey"jawab Engku Fasha yang sedang menikmati minuman itu
Ariana berlalu ke halaman rumah banglo tersebut. "Mana ibu ni? Tadi kata dah sampai" rungut Arianna perlahan
Tanpa sedar, seorang kanak-kanak lelaki tertolak Arianna dan menyebabkan dia hilang keseimbangan badan. Tetapi belum sempat punggungnya menjejak tanah seorang lelaki telah memaut pinggangnya.
Perasaan malu mula menerjah muka Arianna apabila jarak mereka terlalu dekat dan menjadikan mukanya yang putih itu menjadi merah seperti tomato.
"Te..terima kasih encik"ucap Arianna gugup
"Lain kali, jangan berdiri dekat tengah-tengah jalan"pesan si dia sambil membetulkan kot sebelum berlalu pergi
Setelah memastikan si dia pergi barulah Arianna mengurut dadanya. Boleh pengsan tau kita.
"Aria, jom masuk"sapa Puan Brenna yang baru sahaja tiba
"Ibu kata dah sampai, penat Aria tunggu" rungut Arianna. Malunya masih belum habis lagi
"Maaf-maaf"sengih Puan Brenna tak bersalah.
#vote
Share this novel