MR. S

Short Story Completed 1052

“Cik Melissa Abdullah?”

“Ya, saya”

“Ada jambangan bunga untuk Cik Melissa.”

Kerutan di dahi Melissa di balas dengan senyuman manis oleh anak muda yang bekerja di sebuah kedai bunga yang berdekatan.

“Ok, terima kasih. Tapi siapa yang bagi?”

Melissa menyoal soalan tipikal daripada seorang gadis yang baru menerima kejutan seperti itu.

“Ada kad di situ, nanti Cik Melissa boleh tahu siapa yang berikan. Terima kasih, ya.”

Anak muda dalam lingkungan 20-an itu berlalu pergi meninggalkannya yang masih berdiri di muka pintu butik pakaiannya.

Oh, ya! Sejak awal lagi ada satu bayangan manusia yang telah memerhatinya dari arah belakang Melissa Abdullah.

Sebelum berpaling, Melissa Abdullah sempat mencium jambangan bunga ros merah itu.

Wangi!

“Siapa bagi tu?”

Seperti yang dijangkan!

Melissa tersenyum mendengar soalan dari manusia yang masih teguh berdiri dibelakangnya sejak tadi.

“Kawan bagi.”

“Kawan kau yang mana ni?”

Belum sempat Melissa menjawab, laju saja tangan Mak Su mengambil kad yang ada di jambangan bunga itu.

“MR S?”

Melissa masih lagi tersenyum memandang Mak Su dan terus mengambil kad itu. Dia meletakkannya semula di jambangan bunga itu.
Langkah kaki Melissa kemudiannya dihalang oleh Mak Su.

“Kau ni betul-betul ke dah ada teman lelaki? Macam mana dengan lelaki yang mama kau dah cari tu? Kau tak nak kenal dulu? Mana tahu kau boleh masuk dengan orang tu dari yang kau tengah kenal sekarang ni. Lagipun, selama ni kalau Mak Su dengan mama kau tanya, jawapan kau tak ada. Ni alih-alih timbul pula MR S.”
Mak su masih mencari kepastian di wajah anak saudara kesayangannya itu.

“Leesa cakap tak ada sebab malas nak layan soalan-soalan merepek dari Mak Su dan mama. Sekarang Mak Su sendiri dah ada buktikan. Mak Su bagitahu jelah mama yang Leesa dah ada seseorang yang istimewa dalam hidup Leesa, Ok!”

Melissa berlalu sambil menari-nari di hadapan Mak Su. Sengaja ingin menunjuk kebahagiaan yang sedang dikecapinya.

“Lakonan kena mantap, Leesa!” katanya dalam hati sambil merencanakan plot-plot kisah khayalan percintaannya bersama MR S.

***

Kafe AhliKopi menjadi pilihannya petang itu bersama sahabat karibnya, Amanee.

“Macam mana kisah khayalan cinta kau? Berjalan seperti yang dirancang ke? Mak Su kau tak terkejut ke tiba-tiba ada orang hantar bunga dekat butik?”

Tanpa sedar, Amanee terpaksa menjadi partner of crime sahabatnya dalam rancangan jahat itu. Tak tahulah nak dikatakan jahat atau tak sebabnya Melissa bersungguh-sungguh tidak mahu bertemu dan berkenalan dengan jodoh pilihan mamanya. Setahu Amanee, mamanya bukanlah seorang yang memilih rupa, pangkat dan harta. Tapi entahlah kali ini, lain sungguh perangai mama Melissa.

Menginginkan seorang menantu dari keluarga yang hebat, berpangkat di mata manusia dan berharta yang mungkin tujuh keturunan belum tentu habis dimakan.

“Kau patut tengok muka terkejut Mak Su masa budak Aril datang hantar bunga tu. Nasib baik Aril tu pun pandai berlakon. Kalau tak maunya aku kantoi dekat situ. Tak sia-sia aku bayar upah mahal-mahal dekat dia.”

Melissa tersenyum puas hati dan kemudiannya menghirup air kegemarannya. Sementara itu, Amanee hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah Melissa.

“Apa pula rancangan seterus kau? Macam mana kalau mama kau paksa kau untuk bawa MR S tu pergi rumah kau? Kau nak upah siapa pula? Setahu aku, kau tu bukan ada kawan lelaki yang memenuhi citarasa mama kau. Takkan kau nak upah pelakon pula. Mau kantoilah wei!”

Straw dibibirnya terlepas selepas mendengar soalan daripada Amanee. Dia memandang sekeliling. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan kafe itu.

“Eh, kau dah kenapa pusing sana sini? Pening aku tengok perangai kau ni! Kau cari siapa?”

Amanee menampar tangan kanan Melissa selepas melihat sahabatnya seakan-akan mencari seseorang didalam kafe itu.

“Jodoh aku!”

Ketawa Melissa meletus selepas melihat wajah Amanee yang tengah menahan marah atau mungkin menahan diri untuk memaki dirinya.

“Hangguk kau!”

Amanee mencubit lengan Melissa sambil mengetap bibirnya. Bengang dapat sahabat otak tak cukup macam Melissa ni.

***

“Assalamualaikum, ma. Tak tidur lagi? Dah pukul 10 ni. Selalu mama lepas Isyak dah ghaib.”

Melissa cuba bergurau dengan mamanya walaupun dia dah agak mamanya mesti akan menunggunya malam itu. Berita panas harus disebarkan secepat mungkin. Terima kasih, Mak Su!

“Waalaikumusalam, Leesa. Esok mama nak Leesa bawa MR S tu datang rumah jumpa mama. Makan malan dengan kita pukul 8 malam. Esok Leesa tutup butik awal sikit. Mak Su dengan Pak Su pun ada juga. Mama nak masuk bilik dah. Selamat malam.”

Melissa masih tergamam ditempatnya berdiri tadi. Tidak berkutik sedikit pun dari situ sehinggalah dia mendengar bunyi dari pintu bilik mamanya telah ditutup rapat.

Dia tidak menunggu lama disitu. Ada banyak benda dia kena fikirkan sebelum pukul 8 malam esok! Amanee! Dia terus mendial nombor telefon sahabatnya.

“Hello, beb! Kenapalah mulut kau masin sangat! Mampus aku esok. Mama suruh aku bawa MR S tu datang mengadap esok malam. Mana aku nak cari MR S ni! Aku tak nak kahwin dengan mamat selenger tu. Kau kena tolong aku cari MR S aku! Please, Amanee.”

Rayuan sahabat itu sukar sungguh ditolak oleh Amanee. Akhirnya dia bersetuju untuk membawa seseorang bagi menjayakan rancangan Melissa. MR S vs mamat selenger! The war is begin now!

***

“Betul ke kamu ni dari keturunan Sultan Perak?”

Mak Su mula menyiasat MR S. Mata Melissa pula masih tidak lepas melihat ketampanan MR S yang dipinjamkan oleh Ameena.

Dia sendiri belum pasti siapa sebenarnya MR S ni tapi disebabkan ingin mengagalkan rancangan kahwin paksa oleh mamanya, dia terpaksalah mereka-reka kisah cintanya dengan MR S yang kini telah wujud disebelahnya.

“Mak Su, hormat sikit tetamu. Masa makan tak elok bercakap, kan mama?”

Sengaja Melissa mengingatkan mamanya tentang protokol di meja makan yang selama ini dipraktikan oleh keluarganya.

“Makan dulu, nanti kita sembang. Lin, tambahkan nasi suami kamu tu. Tambah Sham. Jangan malu-malu.”

Sham, itulah MR S yang telah diupah oleh Amanee. Tapi, apa nama sebenar Sham? Shamsul? Shamil? Tapi itu semua tak penting kerana pangkal namanya sudah cukup untuk menipu keluarga Melissa.

Untuk ketika ini, Melissa dapat menganggak yang mamanya mula menyukai Sham dengan caranya melayan tetamu misteri itu.

“Semoga mama akan terus melupakan niatnya untuk menjodohkan aku dengan si Zarul, mamat selenger tu. Amin.” Doa Melissa di dalam hatinya sambil matanya masih memerhati wajah kacak MR S disebelahnya itu.

MR S sempat membalas pandangan Melissa dengan senyuman dan kenyitan nakal di matanya.

Melissa terkaku!

Tamat.

Terima kasih sudi baca karya saya!

Share this novel

Che Da(Ayunifalin)
2022-05-23 15:21:10 

Achiko, wasap che da +,che da nak bantu kembangkan cerita Mr S ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience