BAB 4

Drama Completed 626

Perasaan Shima pula...

Aku tahu aku ni selalu mengaduh penat tapi itu hanya meluahkan perasaan
sahaja. Aku buat semua kerja di rumah. Masak, membasuh dan sebagainya
tetapi aku tak pernah mengeluh. Aku hanya harap perhatiannya sahaja dan
terima kasih dari dia tanda aku menjaga makan minum dan pakai dia. Tapi
dia...

Air mata aku mengalir lagi. Aku memecut kereta. Aku tidak tahu mahu ke
mana. Sejak berkahwin dengan Jo, aku tak pernah keluar bersendirian.
Tiba-tiba aku jadi takut.

Better aku patah balik. Bila emosi menguasai fikiran, jadi macam ni la.
Tak dapat nak berfikir dengan baik. Aku pun berpatah balik.

Semasa aku membuat U-turne, ada kereta di belakang aku. Aku memang tak
sedar ada kereta itu lalu dia melanggar kereta aku.

Aku hanya mampu mendengar bunyi hon yang kuat tanpa henti. Mata aku
terpejam rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience