BAB 12: CAMPING

Romance Completed 5838

Keesokan harinya, Alya dibenarkan pulang selepas air dalam badannya stabil. Sampai sahaja di perkarangan rumahnya, Alya dengan gembiranya berlari anak mendapatkan sahabatnya yang berada di hadapan pintu rumah.

"Alya, kau okey kan?" soal Siti kerisauan. Walaupun berasa teruja berjumpa rakannya, tetap sahaja kerisauan jadi nombor 1.

"Aku okeylah. Siti, aku nak bagitau kau sesuatu ni" bisik Alya penuh teruja.

"Apadia?" soal Siti turut teruja. Alya mengangkat tangan menandakan tunggu sebentar kepadanya. Alya bergerak dihadapan suaminya.

"Abi, can you not enter the room in a few minutes?" pinta Alya sambil mengerdip-ngerdipkan matanya.

"Why? I'm your husband" jawab Azman dengan muka tidak puas hati.

"Alya nak borak dengan Siti sekejap" Alya menundukkan wajahnya. Azman menggelengkan kepalanya tidak setuju. Alya mengalah. Siti dan Datin Aslina tersenyum melihat karenah suami isteri itu. Si suami tiba-tiba tidak matang.

"Jomlah Siti" ajak Alya tanpa memperdulikan suaminya lalu ditarik tangan Siti ke bilik Danial. Azman pula membontoti mereka dengan muka tidak puas hati. Orang tak benarkan, dia boleh pula follow dekat belakang. Depan bilik abangnya, Alya segera menghalang Azman dari masuk.

"Ini bukan bilik abi, janganlah ikut, please" pujuk Alya lagi. Azman mengalah. Ada sahaja akal untuk difikirnya.

"Fine. Tapi sekejap je" Alya mengangguk laju sebelum menutup rapat pintu bilik Danial. Selepas itu, dengan laju dia menarik Siti duduk di atas katil abangnya.

"Kau nak cakap ape tadi?" soal Siti ingin tahu.

"Aku diberhentikan sekolah" jawab Alya.

"You what?! Kenapa pulak?" soal Siti lagi. Lebih kepada tidak puas hati.

"Abang Azman yang suruh" jawab Alya lagi.

"Asal pula?" tanya Siti. Tak de angin, tak de ribut, tiba-tiba suruh berhenti. Besar sangat ke kesalahan Alya ni ?

"Entah. Tapi, aku ada terfikir nak pindah sekolah jugak before this, but abang Azman dah suruh berhenti, aku ikut jelah" jelasnya.

"Kau dah terfikir? kenapa? asal tak pernah bagitahu aku?" soal Siti bertalu-talu.

"Aku takut jugalah dengan Rafiq tu. Tangan aku ni pun still sakit lagi. And aku nak minta maaf kat kau sebab tak dengar cakap kau. selalu sangat nak sentuh and pegang halkum orang" jawab Alya dengan tangisan perlahan.

"Bukan salah kaulah. janganlah nangis. kalau kau dah berhenti nanti aku datanglah sini hari-hari. Kitakan bestfriend forever" pujuk Siti sambil mengusap belakang Alya. Manja sungguh!

"Kau tak boleh datang sini hari-hari, aku dah kena stay rumah dia"

"Ala, kita drop dulu about this. Kita kan nak pack barang camping?" laju Siti tukar idea untuk menceriakan suasana. Tangannya naik mengesat air mata Alya.

"Jom" laju sahaja Alya bertukar mood bila menyebut camping. First timelah katakan. Alya dan Siti keluar dari bilik dan pergi ke wardrobe Alya. Selesai mengemas, Datin Aslina mengajak Siti minum petang di meja makan.

"Alya, esok aku datang sini pukul 7:30 eh. make sure kau dah siap dulu before aku datang" Siti mengingatkan Alya. Bukan boleh percaya sangat dengan Alya ni. Kalau tidak diberitahu, mahu terbabas sampai ke tengah hari. Sekurang-kurangnya boleh lah dia set jam terlebih dahulu. Alya tersengih lalu mengangguk tanda faham.

{ARYAN&THALIA}

Esok paginya, Siti bersama ayahnya menunggu Alya di hadapan rumahnya.Teruja nak luangkan masa bersama-sama dengan perkara yang bermanfaat. Sebelum ni, keluar bersuka-ria sahaja tapi sekarang, rasanya lain dari yang lain. Rasa bersemangat!

"Sayang, abi nak pesan ni. Kat sane, jangan naughty-naughty okey? Jage diri, jage keselamatan and please jangan cedera langsung. Balik nanti, abi nampak calar-balar, abi terus give you punishment, okeyh? can you promise me?" sempat juga Azman nasihat dan memberi pesanan kepada isterinya. Sayang binilah katakan. Alya mengangguk faham sebelum mencium kedua belah pipi suaminya dan memeluk erat.

"Promise!"

{THALIA}

Sampai di sekolah, mereka semua menunggu rakan-rakannya sampai. Setelah semuanya telah bersedia, bas mereka mula bergerak ke Air Papan, Mersing.

Beberapa jam mereka di dalam bas, akhirnya tiba jua ke destinasinya. Cikgu Kartini dan Cikgu Aizat mula membahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada 5 ahli untuk mendirikan khemah. Para fasilator mula mengambil tugas masing-masing untuk mengetuai mereka sepanjang perkhemahan dijalankan.

"Alya, tu bukan Kak Iha ke?" soal Siti lalu ditunjukkan salah seorang kakak fesi yang bernama Solihah di name tagnya. Alya mengangguk laju dan tersenyum melihat wajah kakak angkatnya.

"Tegurlah dia" cadang Siti. Al-maklumlah dah 2 tahun tidak bersua muka. Mestilah rasa rindu. Mereka bergerak ke arah Solihah dengan muka gembira.

"Assalamualaikum, Kak Iha" sapa Alya gembira. Solihah terkejut melihat adik angkatnya selepas berpaling lantas memeluk Alya dan Siti bersilih ganti.

"Waalaikumsalam, Alya. Tak sangka akak dapat jumpa adik kat sini" kata Solihah dengan menguraikan pelukan.

"Akak macam mana? sihat?" soal Alya. Solihah hanya mengangguk mengiakan.

"Alya sihat?" soal Solihah kembali. Alya menggeleng dan menunjukkan tangannya. Manja!

"Macam mana boleh sampai jadi macam ni? sape yang buat ni? Siti kau tak jage adik akak betul-betul ke?" soal Solihah kerisauan.

"Takde apalah, sikit je kak. Esok-esok baiklah tu" ujar Alya menenangkan kakak angkatnya.

Solihah ni, kakak angkat Alya sejak dari form 1 lagi. Walaupun abangnya tidak memberi kebenaran untuk rapat dengan Solihah, kedegilannya tidak dapat dibendung lagi untuk mendengar kata-kata abangnya. Baginya Solihah sangat baik melayaninya. Tambahan, dia tidak mempunyai kakak.

"Akak dah lame jadi fesi kat sini?" soal Siti sekadar berbasa-basi.

"Baru je. Itupun lecturer akak paksa akak join ni. Katanya untuk tambah point exam kitaorang"

"Nasiblah lecturer akak tu paksa kalau tak, tak dapatlah nak jumpa kitaorang ni" ujar Siti dengan nada merajuk. Solihah dan Alya hanya tersenyum.

"Akak macam mana sekarang? dah berpunya ke?" sakat Siti.

"Akak dah putus tunang dah"

"Kenapa?" soal Alya dan Siti serentak. Jujur sangat ni.

"Tak sehaluan. Lagipun akak yang curang belakang dia" bisik Solihah di akhir ayatnya. Mereka ketawa sesama sendiri. Namun kedengaran janggal di telinga Solihah.

"Oklah, korang siap-siap, petang nanti ade motivasi sikit" ujar Solihah lalu meninggalkan mereka.

{ARYAN}

"Man, kau tak rasa ke keputusan kau menjejaskan masa depan Alya?" soal Danial.

"Tak pun bro. Aku yakin masa depan dia masih cerah. Dia boleh kerja dekat sini. Office ayah kau juga. Lagipun Alya tu bagi muka sangat dekat Rafiq, itu yang aku takut sikit. Kalau dia nak kerja juga, aku boleh hire dia untuk berkerja kat syarikat aku kalau kau tak nak, ape susah?" jawab Azman. Danial mengangguk setuju. Adiknya itu terlalu bagi muka pada Rafiq sehingga orang pijak kepala pun tidak sedar lagi.

{THALIA}

Habis sahaja dimotivasikan, mereka bergerak ke dewan makan. Alya dan Siti terus hilang selera makan bila mendengarkan aktiviti pada malam ini iaitu Ujian Kental. Mereka akan ditinggalkan di dalam hutan untuk menguji kekuatan dan ketakutan mereka di dalam hutan. Alya dan Siti tidak yakin dan rase tidak sedap badan apabila mereka mula mendekati hutan. Selesai sahaja Ujian Kental, semua pelajar dibenarkan masuk ke khemah masing-masing dan rehat secukupnya kerana aktiviti pade esok hari ialah hiking. Sampai di khemah, Alya dan Siti terus tidur keletihan dan kalaparan tanpa menjamah makan malam.

Jam menunjukkan pukul 4:50, Siti bangun dari pembaringan ingin melepaskan hajatnya. Lalu dengan segera die berlari pergi ke tandas.

"Mama! Mama! Jangan Maa! Mama!" jerit Alya dengan kuat di dalam khemah.

Jeritan Alya yang berada di dalan khemah membangunkan semua fesi-fesi dan guru penasihat yang masih lagi tidur nyenyak. Mereka segera berlari menuju ke khemah Alya. Di depan khemahnya, terdapat seorang pelajar perempuan yang berumur dalam 15 tahun sedang berdiri ketakutan kerana terkejut dengan jeritan akak sekhemahnya menjerit.

"Kenape ni?" tanya Solihah kepada budak itu.

"Kak Alya mengigau menjerit-jerit kak" jelasnya takut-takut. Solihah segera melihat ke khemah dan terpampang Alya yang sedang menangis teresak-esak dan berpeluh satu badan.

"Alya, bangun Alya. Kenapa ni?" kejut Solihah sambil mengelap-lap peluh dingin di muka Alya. Alya tidak memberi sebarang reaksi dengan kejutannya malah tangisannya makin kuat.

Siti yang baru sahaja keluar dari tandas, ternampak khemahnya ramai orang, terus berlari menuju ke situ. Dilanggar semua fesi dan guru penasihat untuk mendapatkan sahabatnya.

"Alya, bangun Alya. BANGUN ALYA!" Siti menggoncang kuat badan Alya. Alya tersedar dan tersentak lalu terus memeluk Siti. Siti berasa lega dan berkata kepada fesi bahawa semuanya baik berada dalam kawalannya. Mereka meninggalkan khemah dan sambung masuk tidur. Masih awal lagi.

"Benda yang sama?" soal Siti perlahan sambil menggosok belakang kawannya. Alya mengangguk lemah.

"Kita amik air sembahyang dulu. Jom" ajak Siti dan mereka bersiap awal untuk solat subuh. Mereka tidak boleh tidur selepas kejadian tersebut. Alya ditarik rapat dalam pelukannya. Siti mengambil handphonenya lalu diberi pesanan kepada Danial.

To:Abang Danial
Abang, Siti nak bagitahu yang Alya mimpi lagi. Tapi abang jangan risau, semuanya dah okey.

To:Siti
Alhamdulillah. Siti tolong jaga Alya elok-elok ye sementara korang dekat sana. Kalau teruk sangat, terus call abang.

To:Abang Danial
Mestilah Siti jaga, Siti kawan Alya. Abang jangan risaulah.

To:Siti
Thanks, Siti.

{ARYAN&THALIA}

Selasai solat subuh dan sarapan pagi, semua pelajar bersiap untuk mendaki gunung. Siti dan Alya melihat keindahan dan ciptaan Tuhan di sekelilingnya walaupun ada beberapa pelajar memandang mereka dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Mungkin pasal subuh tadi kot.

"Hati-hati ye semua. kita akan turun bukit yang berlicin, tolong berhati-hati dan melihat gerak-geri rakan yang berada di depan kamu. Jika kaki tidak dapat mengimbangkan badan, pegang pokok-pokok besar yang berada berdekatan dengan kamu" pesan Faris selaku ketua fesi. Pelajar-pelajar hanya mengangguk tanda faham.

"Alya, kau pegang pokok depan kau tu" arah Siti apabila tanah yang dipijak oleh mereka mula tersa licin. Alya hanya akur. Namun nasib tidak menyebelahinya, pokok yang dipegang tumbang sebaik sahaja tangan Alya memegangnya. Alya turut terjatuh kebawah menyebabkan kaki kanannya terlanggar pokok besar yang ade disitu.

"Alya!" Siti menjerit kerisauan. Semua orang di situ mula bising dan mencari-cari Alya.

"Alya kau okey tak" dengan berhati-hati Siti mendekati Alya.

"Kaki aku Siti" adu Alya memegang kakinya. Faris yang ternampak Alya sedang mengerang kesakitan laju mengangkatnya pergi ke kawasan perkhemahan semula bersama yang lain. Solihah pula mengambil alih menuam kaki Alya.

"Slow-slow akak. Sakit." Alya mengaduh kesakitan. Solihah akur kerana sudah nampak kakinya naik biru dan bengkak.

"Siti, kau dah call penjaga dia?" soal Solihah. Siti mengangguk ketakutan.

Beberapa minit selepas itu, Azman dan Danial sampai dengan menaiki kereta honda civic berwarna hitam.

'Azman? Dia buat ape datang sini?' desis hati Solihah curiga.

Tanpa berlengah, Azman terus mengangkat Alya menuju ke kereta tanpa berkata apa-apa. Tidak dihiraukan dengan orang sekeliling yang sedang memandang ke arah mereka berdua. Muka Azman bengis habis sehingga tiada seukir senyuman pun yang ditunjukkan. Tanpa sebarang kata, mereka terus sahaja pulang ke rumah.

'Kenapa Azman angkat Alya? Ape kena mengena Alya dengan Azman. Setahu aku, Azman tak ada adik perempuan' desis hati Solihah tidak puas hati.

Alya dan Azman hanya mendiamkan diri mereka sehingga tiba di rumah. Datin Aslina hanya melihat Azman mengangkat Alya pergi ke bilik mereka. Di dudukkan Alya di atas katil dengan kaki terlunjur ke hadapan.

"Abi dah cakap kan jaga diri. Kenapa susah sangat sayang nak dengar cakap abi?!" bentak Azman dengan sedikit meninggi.

"Sorry" Alya memohon maaf dengan menundukkan wajahnya.

"Sorry, sorry lepastu buat lagi" marah Azman lagi. Sungguh dia sangat terkejut mendapat khabar berita yang isterinya jatuh dari curam semasa dia berada di bilik meeting. Dengan segera dia bersama Danial menuju ke tapak perkhemahan.

"Tapi itukan tak disengaja" jawab Alya membela diri. Memang tidak disengajakan pon. Dah nasib dia bile memegang pokok tu dia-dia sekali tumbang.

"Kalau tak disengaja, salah fesi-fesilah sekarang ni? Salah Siti?" tanya Azman geram. Ada sahaja yang nak dijawabnya. Degil!

"Tak, bukan salah siapa-siapa. Salah Alya" air mata Alya bergenang. Takkan nak salahkan orang lain pulakkan? Salahkan diri sendiri sudah. Lagi pun memang jenis Alya tidak akan menyalahkan sesiapa.

"Abi ade cakap tak dekat sayang untuk jaga diri? jangan cedera? ada tak?" soal Azman sedih. Alya mengangguk. Air mata dilap lembut. Azman mengambil tempat di sebelah Alya dan mengurut perlahan kaki bengkak isterinya.

"Nasib baik terseliuh je. Kalau patah macam mana?" soal Azman. Alya hanya mendiamkan diri.

"Sakit lagi?" soal Azman yang sedang menyentuh kaki Alya. Alya mengangguk.

"Sayang tidur dulu. Abi nak pegi amik air tuam" laju tangan Alya memegang lengan Azman dan menggelengkan kepalanya.

"Kenape sayang?" tanya Azman lalu melabuhkan kembali punggungnya di sebelah Alya.

"I can't sleep" kata Alya manja. Tersenyum Azman melihat tingkah isterinya. Di dakap erat tubuh isterinya sambil membelai rambut isterinya sehingga terlena.

For you, dear reader. Always.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience