01 SUAI MESRA

Mystery Series 350

...

Lepas tamat pengajian di peringkat pra universiti mean tamat STPM, aku ada lah buat kerja part time sementara tunggu result UPU.

Bila dah keluar result aku gembira giler aenn aku dah macam beruk ahh masa kat tempat kerja aku tu melompat sana sini siap tunjuk kat rakan sekerja lagi yang aku dapat tawaran masuk Universiti. Padahal baru tawaran belum pasti dapat ke tak. Hurmmm kadang over aku ni sampai tak ingat dunia.

Okay, Nama aku Mirul Hanafi Bin Annas. Aku berusia 19 Tahun. Aku merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik dan... Huhhh!! Penat juga nak hafal skrip walaupun benda tu boleh spontan but aku kene susun ayat sebaiknya. Masa tu aku tengah struggle giler nak buat short video macam interview for joining salah satu Universiti tempatan dalam program pendidikan. Lepas letih buat semua tu aku edit lah nak bagi nampak gempak aenn..

After submit file video apa semua kat portal Universiti tu baru aku dapat menghela nafas lega and yeahhh berharap aku dapat masuk lah Universiti tu. Maklumlah Universiti Nombor satu pendidikan orang kata.

......

Aku baring kat sofa sambil layan k-drama. Entah lah awalnya aku tak minat pun nak tengo drama apa bagai ni but when adik aku ajak tengo sekali.. haa mula lah minat nak tengo.

“Along lepas ni kita tengo cerita ni pula, best tau..” Ujar adik aku selepas episod terakhir first k-drama yang aku tengo tamat.

Aku bangun pergi dapur and minum air. Lepas je minum.. Prashhh!!! gelas yang aku pegang tiba-tiba jatuh. Weyhh aku kenapa ni, aku sakit ke? bisik hati ku. Masa tu aku rasa degupan jantung aku laju, mula rasa pitam and gelabah dia tu lain macam tau.

“Along benda apa yang pecah kat dapur tu?” Mak aku cakap dengan nada yang kuat. Ye lah, mak aku masa tu tengah sidai kain kat jemuran belakang rumah. “Gelas jatuh je mak jap lagi Along kemas.” Jawab ku dengan nada tenang sebab takut nak bagi tau mak aku pasal benda yang jadi kat aku.

Lepas siap kemas, aku masuk bilik pastu aku macam blank. Tak tahu apa yang jadi kat diri aku. Ghisauu aehh! Aku isap pod bagi buat diri aku tenang. Aku apa lagi, buka laptop search kat internet [sakit apa yang orang tu nampak sihat tiba-tiba gelabah] Keluar lah banyak artikel apa bagai and aku nampak perkataan anxiety then aku click lah.

Aku baca-baca kat satu site ni, aku pun terkejut juga lah sebab apa yang aku alami semua ada tertulis dalam tu. Aku search lagi [bahaya tak anxiety] Masa aku baca pasal bahaya anxiety ni aku tambah takut sebab if seseorang tu can't control that boleh membawa maut. Aku tak duduk diam, aku terus buat searching [cara-cara nak hilangkan anxiety] Then dia tulis dalam tu tarik nafas and hembus dari mulut sebanyak tiga kali and ada banyak lagi lah.

Start dari hari tu, aku praktikkan tarik nafas dalam-dalam and hembus dari mulut. Syukur juga lah membantu serba sedikit when that thing datang kat aku. But sometimes cara tu still tak berkesan dan aku tak tahu apa penyebabnya.

.....

Sebulan kemudian ~

Ramai member aku heboh cakap pasal Universiti tu dah keluarkan result sama ada dapat masuk or tak. So aku check lah dalam portal Universiti tu. Alhamdulillah aku dapat. So aku khabarkan berita baik ni dekat family aku as specially my parents. “Alhamdulillah, InnSyaAllah one day Along akan jadi pendidik.” Ujar ayah selepas aku cakap yg aku dapat masuk Universiti tu.

~After that, huhhh sorry aku buat cerita ni best on true story about my self so nampak macam bukan novel aenn tak pe.~

Selepas je bagi tahu kat family aku, aku terus submit dokumen yang diperlukan. Then finally aku kene invite dalam satu group student kat Whatsapp ni. Mula lah borak aenn. Perkenalkan diri alaa hal biasa kenalkan diri sebab nak save number.

‘You have a massage boss??’ (sound notification) Aku tengo lah phone aku aenn dah jam 21:45pm ‘Assalammualaikum dan salam sejahtera semua mahasiswa mahasiswi. ‘Tahniah kerana anda berjaya melanjut kan pengajian di Universiti bla..bla..bla..bla.. Untuk makluman semua kita masih dalam fasa pemulihan covid-19 so bermula esok jam 5:55am kita akan mulakan sesi suai mesra kepada pelajar baharu.’ Ni kira macam facy lah yang chat kat group siap share jadual lagi. Maklumlah pelajar baharu so mesti ada orientasi aenn..

"Menyerah berarti menerima bahwa kamu lelah. Tetapi untuk beristirahat dan mencoba lagi adalah tanda sebuah tekad."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience