BAB 3

Romance Completed 77581

"Termenung apa?" Sapaan daripada abangnya buatkan Shauqeen tersedar dari lamunan.

Dia hanya menggeleng melihat Shazani yang sudah duduk dikerusi. Sebaik saja dia pulang dari mengambil Adam, dia terus menuju ke rumah lelaki itu. Adam memang sukakan abangnya.

Dari kejauhan, anaknya sedang bermain dengan anak-anak Shazani. Mereka nampak gembira dengan dunia mereka.

"Kau nampak pucat, Qeen. Kau tak sihat ke?" Soal Shazani sambil memeriksa suhu badan adiknya.

"Aku ok. Tak payahlah pegang!" Ujar Shauqeen sambil menolak kasar tangan abangnya.

"Aku dengar kau nak kena pindah balai? Jauh ke dari sini?" Tanya Shazani.

"Tak jugak, dekat. Cuma mungkin aku tak dapat jemput Adam balik sekolah semua tu. Lebih kurang dalam sejam kalau nak ke sekolah dia daripada balai polis." Jawabnya.

"Ah, tak payah risau. Aku ada, baby boo aku pun ada. Musa ada. Nanti aku suruh dia ambik Adam sekali."

Shauqeen hanya mengangguk kepalanya. Pandangannya kosong. Merenung ke arah kolam renang yang nampak tenang tanpa sebarang gangguan. Nafasnya dihela perlahan.

"Kau dah fikir apa cadangan mama haritu?"

"Pasal kahwin? Kau jangan merepek, angah. Kau sendiri tahu, aku takkan sesekali duakan arwah Iman."

"Aku tahu dan aku faham. Cuma Qeen, kau kena tahu yang Adam perlukan seorang ibu. He's lonely."

"Kenapa? Kak Ren dah tak sudi jadi umi dia?"

"Bukan macam tu. Kami sayang dia macam anak sendiri cuma kau sendiri tahu yang kita tak boleh tinggal sekali. Kesian aku dengan budak tu. Kau cubalah bukak hati untuk terima orang baru,"

"Kau cakap senanglah,"

Tawa perlahan Shauqeen kedengaran sayu. Shazani memandang adiknya. Lelaki yang sudah bangkit dari segala rasa sedih. Shauqeen masih orang yang sama cuma saja sikap dingin nya malah lebih daripada dulu. Dia gemar sendirian.

Dulang ditangan diletakkan pada meja. Karen sudah muncul dengan hidangan tengahari. Belum sempat dia duduk, pinggangnya dirangkul erat oleh Shazani seraya ditarik duduk diribanya.

"Kau ni, kau reti malu ke?" Tegur Shauqeen dengan muka menyampah.

"Malu apanya? Baby boo aku kot!" Shazani kucup pipi isterinya.

Karen hanya ketawa sebelum mencubit pipi suaminya. Lelaki itu tersengih lebar.

"Qeen, harini tak nak tidur sini? Qeen ok?" Soal Karen.

"Tak kot, besok kerja dekat tempat baru. Qeen ok je kak. Yang tak ok, suami akak. Macam dia sorang ada isteri!" Sindirnya.

"Eh, kau jealous asal? Itulah suruh kahwin tak nak, sekarang nak cemburu!" Balas Shazani sambil menarik rambut panjang adiknya.

Ya. Imejanya sudah berubah. Shauqeen sekarang sudah punya misai dan janggut kecil. Rambut mullet semakin memanjang dari hari ke hari.

"Kau dengan mama sama je. Kahwin, kahwin, kahwin, ingat tak ada benda lagi nak buat? Aku tak nak kahwin. Kau jangan paksa aku, nanti aku ambik Aleeya!"

"Kau suka hati kan, nak ambik anak orang! Kau ingat senang nak dapat anak perempuan cantik macam baby boo aku ni? Anak perempuan aku baru sprang, kau jangan main ugut!"

"Dah tu? Lima anak kau, Ngah. Sudahlah tu, kesian kak Ren tiap tahun beranak!"

"Diam ah!"

Rambut Shauqeen ditarik kuat. Lelaki itu mengaduh sakit sebelum menampar kuat tangannya.

"Baby, tengok dia buat sayang!" Adu Shazani seraya memeluk isterinya.

Karen hanya ketawa sebelum menggeleng kepala. Tangan Shazani yang ditampar diusap perlahan. Pandangan matanya memandang pada Shauqeen. Adik iparnya yang nampak tenang tetapi menyimpan pelbagai rasa.

"Dah jadi bapak budak pun, masih bergaduh eh? Sayang pun, suka cari pasal! Qeen. Akak rasa tak salah apa yang mama suruh tu. Akak sokong. Bukan apa, Qeen.. you deserve to be happy. Adam perlukan seorang mama yang boleh ada dengan dia selalu. Akak tak kisah, akak sayang Adam sebab dia pun anak akak. Cuma kesian dekat dia, dia selalu mengadu kawan-kawan dia ada mama dia tak ada. So, fikirkan ya?" Ujar Karen dengan lembut.

Lelaki itu hanya mengangguk perlahan. Jus oren diteguk perlahan.

"Umi," panggilan dari arah belakang kedengaran.

Mereka semua menoleh. Muhammad Imdad sudah munculkan diri bersama komik ditangan. Dahinya masih bertampal cool fever. Anak itu berjalan mendekati mereka.

"Sayang. Anak ayah demam lagi?" Soal Shazani sambil mengusap pipi anaknya.

Imdad geleng kepala seraya menunjukkan komik yang sudah terkoyak itu.

"Imdad nak komik baru. Ni, dah koyak! Leeya buat." Luahnya sambil menggosok matanya.

"Yalah, nanti umi suruh ayah belikan baru ok?" Pujuk Karen sambil mengusap kepala anaknya.

Shauqeen terus mengambil Imdad duduk di atas ribanya. Anak itu bersandar pada badannya dengan lemah.

"Eh? Anak papa ni. Demam lagi ni, panas. Nanti makan ubat ok?" Pesan Shauqeen sambil membelek jemari kecil itu.

Imdad hanya mengangguk kepala. Dia duduk dengan diam sebelum kembali memejamkan mata. Masih mengantuk.

"Dah tidur. Kesian dia, demam."

"See? Kau dah ada naluri bapak, now cari isteri!"

"Kau apahal?!"

Shazani ketawa mengejek. Dia sudah memeluk isterinya sebelum memandang pada adiknya. Jauh disudut hati, dia risau. Shauqeen yang dia kenal bukan seperti sekarang.

"Qeen, kalau ada apa-apa masalah bagitau aku. Jangan simpan. Kalau kau rasa nak menangis, bahu aku ada untuk kau sandar. Kau jangan lupa." Pesan Shazani.

"Kau nak acah macam real abang aku pulak?" Ujar Shauqeen dengan tawanya.

"Betullah apa aku cakap, kalau kau takkan rasa feel seronok tu. Ada orang jaga kau and tunggu kau balik kerja. Lagi satu, nanti kau boleh dapat anak lagi!" Selorohnya.

"Kepala hotak kau!" Marah Shauqeen sambil menendang betis abangnya.

Apa punya cadangan? Lelaki itu hanya ketawa setelah dicubit manja oleh isterinya. Karen, perempuan hebat yang menjadi isteri tuan Zani. Kisah mereka terlalu hebat. Mana mungkin dia bisa melawan?

"Kalau jadi apa-apa dekat aku, kau jaga Adam. Kau je orang yang aku percaya," luah Shauqeen dengan tiba-tiba.

"Kenapa cakap macam tu? Kau nak terjun bangunan atau terjun dalam api besok?"

"Aku serius ni, Ngah!"

Lelaki itu ketawa lagi.

"Yalah. Jangan cakap merepek, Qeen. Nanti aku kahwinkan kau dengan anak jiran sebelah rumah! Anak perempuan dia lawa oh!"

"Oh jadi sayang pandang dia selama ni?!"

Ah, sudah.

Karen sudah merenung tajam padanya. Shazani telan air liur. Niat nak bergurau tapi salah timing. Wajah Karen dipandang.

"Astaghfirullahalazim, baby. Sumpah. Takda terdetik langsung. Sayang boleh tahu sebab kan Musa berkenan dekat dia? Jangan salah faham eh? Sayang sayang baby sorang je!" Shazani mencium tangan Karen berkali-kali.

"Berani buat, tengok apa baby buat!" Pesan Karen sambil mencubit kuat perut suaminya.

Shauqeen ketawa melihat abangnya yang hanya mengangguk kepala. Itulah yang hebat diantara mereka. Kepercayaan yang tidak pernah pudar. Matanya memandang Adam di kejauhan. Nampak gembira sahaja anak itu.

"Qeen, pertimbangkan apa aku cakap. Kau berhak bahagia. Sampai bila kau nak hidup dalam rasa bersalah?" Shazani bersuara lagi.

"Sampai aku rasa aku dah betul-betul tebus semua kesalahan aku." Jawab Shauqeen, pantas.

"Kau dah tebus, Qeen. Kau besarkan Adam tanpa bantuan sesiapa. Sikit pun, kau tak ada mengeluh. Kau sendiri tahu benda tu. Jangan benci diri sendiri. Kau patut bahagia, Qeen. Arwah Iman mesti nak tengok kau bahagia sekarang ni."

"Bahagia aku hanya dengan dia. Semua tu dah hilang seiringan dengan dia yang dah tak ada. Jadi, jangan paksa aku. Kau sendiri tahu, Ngah. Antara aku dengan kau, siapa yang lagi jahat. Siapa yang lagi bahaya. Jangan terlalu memaksa aku sampai aku jadi macam dulu balik!"

"Itu semua masa lalu. Aku kenal adik aku. Kau takkan buat semua tu. Aku percayakan kau, Qeen. Apa pun jadi kau tetap adik aku."

"Adik. Aku harap aku dapat terus jadi adik kau selamanya, Ngah."

Perbualan mereka terhenti. Shauqeen hanya diam selepas itu. Dia membisu seakan memberi isyarat tidak mahu bahaskan soal itu lagi. Shazani hanya diam sebelum merenung adiknya.

Apa sebenarnya yang dia cari dalam hidupnya?

Share this novel

Zahra haniffa
2024-08-09 23:31:31 

ooohhh ...ni sambungan istri tuan zani ..yee...


NovelPlus Premium

The best ads free experience