Uber yang dinaiki oleh Tiara sudah pun tiba dihadapan hotel (TOGETHER ) tempat dimana Tiara berkerja. Tiara mengeluarkan RM30 dan dia menghulurkan duit itu kepada pemandu uber tersebut.
Setelah selesai pembayaran uber yang dinaiki oleh Tiara, Tiara pun berjalan menuju ke arah pintu masuk hotel itu.
Tiara berjalan agak tergesa-gesa apabila tinggal beberapa minit sebelum tamat waktu tempoh datang pekerja.
Tiara memasuki pintu masuk mewah hotel itu sambil disapa oleh beberapa orang pekerja baru disitu.
"Morning Puan" sapa salah sorang daripada penyambut tetamu itu sambil menunduk hormat diikuti oleh rakan-rakan barunya itu.
"Eh saya bukan tetamu dekat sini la, saya cuma pekerja disini je" kata Tiara apabila melihat kelakuan budak-budak baru itu.
"Eh perkerja jugak ke? maaf la ingatkan Datin mane la datang pagi-pagi macam ni" kata rakannya pulak.
"Tak persan pulak yang kite pakai baju yang same" kata gadis yang memberinya wish morning tadi sambil tergelak kecil.
"Ish ish ish, macam mane la boleh tak reti beza kuli dengan Datin. Oi budak baru, mane ade Datin yang pakai spek mata besar macam ni. tak ada hight class langsung" kata Mia salah seorang pekerja yang sering mengejek rupa Tiara.
"Ha betul tu, boleh pulak dia kate minah selekeh ni Datin. Eeuu memang tak ada citarasa. betul" kata Baizurah sambil bersilang tangan.
Baizurah turut sering mengejek rupa paras Tiara. Salah seorang daripada pekerja baru itu mahu sahaja menumbuk muka Baizurah apabila dia diakatakan dia tidak mempunyai citarasa.
Rakan sekerjanya budak baru itu menghalang rakannya daripada berbuat demikian. Tiara hanya tersenyum sambil berjalan ingin meninggalkan Mia dan Baizurah.
Hati Mia terasa panas apabila ejekannya tidak membuatkan rekasi muka Tiara berubah. Mia berjalan laju ke arah Tiara dengan berniat ingin menarik sangul bulat milik Tiara.
Lagi satu langkah sahaja sebelum tangan Mia menyentuh sangul bulat milik Tiara tiba-tiba tangan Zill menepis tangan Mia dari berbuat demikian.
Balqis segera menarik tangan Tiara untuk duduk disebelah dia. Tiara agak tersentak dengan tindakkan dua orang rakannya itu.
"Ish ape ni main pukul-pukul tangan orang ni!" jerit Mia gedik apabila tangannya yang mulus itu dipukul oleh tangan sasa Milik Zill. Kini mata-mata perkerja disitu memandang-mandang mereka berempat.
Dua orang pekerja baru yang menyambut tetamu itu entah hilang kemana. Macam tau-tau je orang baru nak start gaduh.
Nasib baik ketika itu tetamu masih tiada lagi kerana ketika itu masih pagi lagi.
"Kau pikir aku tak nampak? kau nak tarik rambut Tiara kan tadi?" tegas Zill apabila kawannya diperlakukan seperti itu.
"Hey sesuka hati je U nak tuduh I kan, U ade bukti ke yang I nak tarik rambut minat selekeh tu" kata Mia sambil bersilang tangan.
"Dasar dagu belah, oi nenek kau memang ade niat nak tarik rambut Tiara kan." kata Balqis sambil tersenyum sinis.
Tiara yang ketika itu masih blur kerana tidak mengetahui punca pergaduhan itu berlaku. Tiara membetulkan cermin mata yang berada di atas hidung mancungnya itu.
Tiba-tiba Puan Zaliha manager hotel (TOGETHER) itu entah datang dari mana turut menyampuk didalam pergaduhannya itu.
"Kenape gaduh-gaduh ni! kalau customer kite lari macam mane?" Marah Puan Zaliha sambil memandang rupa-rupa runcing dihadapannya itu.
"Belum sempat Mia ingin mengadu tentang penipuannya itu, Puan Zaliha terus menyambung amarahnya tadi.
"Kite ni bekerja dekat hotel bernama, boleh tak kamu semua ni jangan buat malu name hotel kita ni" kata Puan Zaliha lagi.
Mia dan Baizurah hanya menunduk mana kala Tiara pulak masih tergaru-garu kebingungan.
"Kamu bertiga ni pun same, ade je masalah yang saya dengar pasal kamu bertiga ni. Kalau kamu bertiga tak mulakan pegaduhan tak boleh ke?" Kata Puan Zaliha sambil bercekik pinggang.
Zill sudah naik bengang apabila manajernya itu menuduh mereka tanpa soal jawab dahulu. Mia dan Baizurah sudah tersenyum bakkan kerang busuk kerana melihat mereka yang dimarahi oleh Puan Zaliha.
"Kamu berdua pun same ye, tak yah nak happy sangat. Kamu ni pun satu Mia, kalau tak suka Tiara pun tak payah la nak rosakkan imej dia. Kamu pun tahukan walau apa pun terjadi dekat Tiara, Zill dengan Balqis tetap akan pertahankan Tiara"
Zill dan Balqis tersenyum bangga seketika apabila dipuji oleh manager mereka itu.
"Tetibe aku rase makin sayang pulak kat orang tua tu" bisik Zill kepada Balqis. Balqis turut tersenyum apabila dia turut dipuji oleh Puan Zaliha.
"Dah lepas ni saya tak nak dah dengar pasal kamu berempat ni bergaduh lagi faham?" kata Puan Zaliha secara mengejut.
"Fa-faham ibu" kata Tiara apabila dikejutkan begitu oleh Puan Zaliha.
Pekerja yang turut berada disitu terus tergelak besar apabila mendengar latah Tiara. Zill dan Balqis tidak melepaskan peluang untuk turut tegelak bersama apabila mendengar latah Tiara.
Tiara menyiku lengan Balqis apabila dia turut diketawakan oleh Zill dan Balqis. Mia dan Baizurah hanya tersenyum kelat.
"Macam la lawak sangat minah spek tu" kata Baizurah berbisik kepada Mia.
Mia tidak suka apabila Tiara menjadi tarikan orang ramai sedangkan dia lebih lawa daripada Tiara.
"Dah la jom kite pegi, malas nak tengok minah spek tu" kata Mia sambil berjalan pergi meningalkan orang ramai disitu. Baizurah turut mengikuti kawan baiknya itu pergi.
Puan Zaliha yang perasan akan pemergian Mia dan Baizurah itu terus bersuara.
"Ok dah-dah, back to you all work. Ingat ape prinsip hotel kite?" kata Puan Zaliha sambil menguatkan suaranya itu.
"OUR HOTEL IS THE BEST EVER" Laungan kuat daripada pekerja-pekerja di hotel (TOGETHER) itu. Mereka sekali lagi tergelak bahagia termasuk lah Puan Zaliha sendiri.
"Ok semua besurai" laugan sekali lagi oleh Puan Zaliha. Seorang demi seorang meninggalkan tempat itu untuk menyambung kerja mereka yang tertangguh itu.
Balqis memaut lengan Tiara. Mereka berjalan secara bersebelahan termasuklah Zill sekali. Mereka berhenti seketika disebuah kerusi bersebelahan dengan meja counter.
"So how your last night Cinderella?. Best pergi tempat baru" Tanya Balqis dalam keadaan teruja. Zill hanya lebih berminat untuk melihat screen telefonnya.
Hanya Zill Balqis dan Sofea sahaja mengetahui Tiara ialah Night Cinderella.
"Wh-what the question again?" gagap Tiara walaupun dia cuba mengawal gagapnya dalam keadaan dia terlihat cool.
Tiara membetulkan cermin matanya sambil memandang ke arah tempat lain. Dia tidak mahu Balqis merasakan sesuatu yang buruk terjadi kepada dirinya itu.
Walaupun sebernanya memang ada sesuatu yang terjadi kepada dirinya itu.
"Ish kau ni asal Tiara?" kata Balqis sambil tanganya memaksa wajah Tiara memandang wajahnya itu. Zill mematikan telefon miliknya itu apabila Balqis berkata begitu kepada Tiara.
Tiara sudah kecut perut. "Patut ke aku cakap dekat diaorang yang aku ni kene rogol? Entah aku memang kene rogol ke atau aku yang rela bende tu terjadi?" berkata-kata hati kecil milik Tiara.
Memang betul tu Tiara tidak sedarkan dirinya pada malam kejadian semasa dia berada di sebuah club malam selepas dia menghabiskan setengah harinya di pembukaan sebuah majlis.
Apa yang Tiara sedar ialah, dia bangun-bangun je dia sudah pun berada di sebuah hotel mewah bersama seorang lelaki entah siapa dia itu.
"Oi kau asal Tiara" kata Zill sambil menjentik dahi milik Tiara.
"ADUH sakit la" kata Tiara sambil cuba mengalihkan perbualan itu dengan kesakitannya yang sebernanya tidak sakit pun.
"Tak masalahnya sekarang ni kau asal?" tanya Zill lagi.
Muka Tiara mula memucat apabila dia tidak tahu ingin menjawab apa. Balqis hanya memandang muka Tiara tanpa berkelip mata. Seolah-olah dia mengetahui apa yang terjadi.
Tiara jadi semakin cuak apabila dia dipandang seperti itu.
"Kau kene pukul lagi ye dengan ibu tiri kau tu" tembak Balqis kepada Tiara.
"Haa-haah aku kene tampar dengan dia waktu sarapan pagi tadi" kata Tiara sambil berbuat muka ala-ala sedih gitu.
"Pebende siak orang tua tu. Asik nak tampar orang je kerjanya" marah Zill.
"Tengok sikit muke kau. Alo alo sian Cinderella kite ni. Tunggu orang tua tu bila kau dah jumpe putera kacak dan kaya, kau suruh putera tu hukum mak tiri dengan anak dia tu" kata Balqis bersunguh-sunguh.
"Ha iye-iye" kata kata Tiara sambil tersenyum kelat. Sekurang-kurangnya topic itu sudah teralih sekarang.
"Mesti kau laparkan sekarang ni" tanya Zill kepada Tiara sambil jarinya bermain main dengan telefonya.
"Tkde la, dekat rumah tadi dah makan la"
"Takde ni Tiara mesti tak makan kat rumah sebab kene kacaukan? jom gi sarapan dulu Zill belanje jangan risau. Lagipun ade mase lagi setengah jam ni sebelum kita pulak bertugas" kata Balqis tanpa persetujuan dengan Zill tentang belanja makan itu.
"La aku pulak. Minggu lepas tu pun aku jugak yang belanje." kata Zill sambil memukul lengan Balqis.
"Seriuslah lan belanja aku makan? ha jom la ape lagi nak tunggu ni" kata Tiara sambil berdiri excited apabila mendengar perkataan belanja.
'"Duit banyak tapi tak nak keluar satu 1 sen pun" kata Zill sambil turut berdiri jugak diikuti oleh Balqis.
Walaupun Zill ni jenis yang kuat membebel, tapi sepanjang persahabatan mereka bertiga. Zill tidak pernah menyakiti hati mereka tanpa bersebab.
Mereka berjalan beriringan keluar dari hotel yang besar itu. Mereka berjalan menuju ke arah tempat parking staff dimana beradanya kereta Vios kelabu milik Zill.
"We nyot nak makan kat mane nanti?" tanya Zill kepada Tiara dan Balqis.
Tiara yang baru perasan bahawa Zill masih belum membuka pintu kereta. " Patut la aku bukan main payah nak bukak pintu kau ni" kata Tiara.
"Kite makan dekat tempat dekat cafe yang ada dekat luar mall tu we, ala ape name cafe tu eh?" tanya Balqis pula.
"Ouh yang dekat luar mall tu, ok ok" Kata Zill sambil tangannya menekan butang kereta itu. Dia tidak menjawab pun soalan dari Balqis tadi.
Mereka menaiki kereta Vios milik Zill untuk menuju ke Mall. Kereta milik Zill pun berjalan sederhana laju diatas jalan raya.
DALAM beberapa belas minit kemudian kereta milik Zill memarking di tempat tersedia di Mall tersebut. Mereka keluar dari perut kereta lalu menuju ke arah pintu Mall yang besar itu.
Sesampai mereka dicafe, Tiara dan Balqis pergi mencarik tempat duduk untuk mereka sementara Zill pulak pergi membeli makanan untuk mereka sarapan pagi itu.
Balqis memanggil Tiara disuatu sudut yang agak tertutup oleh orang ramai.
"Tiara sini we" panggil Balqis sambil melambai kearah Tiara.
Tiara berjalan menuju ke meja yang di duduk oleh Balqis. Terlihat meja disebalah mereka itu masih kosong tanpa pelanggan lagi.
Tiara duduk berhadapan dengan Balqis.
"Kau datang naik ape tadi?" tanya Balqis bagi memulakan perbualan.
"Naik uber je"
"La naik uber? asal tak naik kancil bapak kau punya tu"
"Eemn faham-faham jela" kata Tiara lagi. Belum sempat Balqis ingin menyambung soalannya itu tiba-tiba kerusi di meja sebelah mereka yang kosong tadi ditarik oleh seseorang lelaki berbadan segak dengan kemeja hitamnya.
Sembang mereka terhenti seketika. Lelaki segak itu datang bukan berseorangan, tetapi dia datang dengan seorang wanita cantik. Maybe dia cantik sebab makeup je kot sebab tengok pun dah tau tu tebal.
Senyuman Tiara termati seketika.
"Shitt" kata Tiara didalam hati.
So sorry sis upload chapter ni lambat sangat ;) Sis petang tadi tak ade kat rumah sebab sis ade urusan sebab tu sis lambat nak buat chapter ni *_* Besok sis akan upload pada pukul 5 petang insya-allah kalau besok sis takde apa2 urusan +_+ Sorry tau untuk korang yng tunggu chapter ni. Chapter ni mungkin agak hambar sikit tpi lps chapter ni mungkin akan lebih baik dari yng ni รท)
Share this novel