Part 1

Short Story Series 433

?ADAM, kau dengar tak apa aku cakap ni??

?Ha? Apa??

Bibirku ketap melihat wajah acuh tak acuh Adam.

?Aku cakap aku suka kau.? Satu persatu perkataan itu kusebut dan tekan dengan nada berharap. Mata lurus memandang Adam yang kini baru memandang wajahku. Dari tadi dia hanya menghadap telefon bimbit dia tu.

?Ya, ya aku pun suka kau,? jawabnya dengan nada malas. Badan disandar ke kerusi.

Melihat riak muka bosannya membuatkan hatiku sedikit pedih.

?Kau tau aku tak maksudkan suka sebagai kawan.?

Adam menghela nafas panjang.

?Rai... boleh tak kita tak payah cakap pasal benda ni? Aku kan dah cakap berulang kali aku suka kau tak lebih dari seorang kawan.?

Bibir kugigit kuat menahan rasa tangis yang ingin terhambur keluar. Ya, luahan perasaan ini bukanlah yang pertama. Bahkan ini sudah kali ke-40 sejak aku dan dia berteman dari kecil.

Ya, Adam dan aku bukan baru kenal sehari dua. Tapi, lebih dari separuh hidup aku kenal dia. Dia dan aku tinggal sebelah-menyebelah saja. Adam dan ibunya yang ketika itu ibu tunggal datang menetap ke kawasan perumahan kami ketika kami berdua masih tadika. Boleh bayangkan tak betapa lamanya kami berkawan.

Dulu Adam masa masih kecil pendiam. Tak bergaul langsung dan hanya tahu belajar sahaja sampaikan ibunya, Mak Mila minta aku bermain dengan dia. Mula-mula, Adam layan aku acuh tak acuh sebab dia cakap aku ni otak kosong hanya tahu bermain saja. Masa tu nasib aku ni hati kering, tak kisah setajam apapun sindirannya aku tetap dekati dia. Lama-lama barulah hati dia terbuka ingin berteman dengan aku.

Dan sebenarnya aku ni pun bukannya baik sangat. Dulu memang kerjaku mengusik Adam 24 jam sebab dia tu tak boleh kena usik sikit mulalah pipinya kemerahan. Hahaha, tapi lama-kelamaan dia dah kebal dah.

Bila kami beranjak ke usia remaja, barulah aku tahu yang Adam rupanya sangat popular. Dan dari situlah perasaan dari suka menjadi cinta bila sudut pandang kuubah dari seorang kawan kepada seseorang yang menaruh hati padanya. Siapa sangka aku boleh jatuh cinta dengan Adam.

Adam yang sarkastik.
Adam yang sukar bangun pagi.
Adam yang tak suka minum kopi.
Adam yang senyum manis sangat dengan lesung pipit belah pipi kanan.

Aku tersenyum lirih.

?Rai...?

Lamunan pendekku berserakan ke udara. Kepala kupanggung melihat ke arah Adam yang berkerut pelik memandangku.

Dada mulai terasa sesak. Aku menghela nafas berat cuba mengawal perasaan kecewa yang ingin terhambur keluar. Kami berpandangan buat seketika.

Tolong.

Tolonglah sekali ni je. Aku memohon sungguh-sungguh dalam hati.

?Kau tak nak bagi aku peluang langsung, Adam?? soalku agak sedikit terbata-bata.

?...?

Adam mengamati riak mukaku seketika. Mungkin dia sedar kali ini tidak seperti luahan-luahan yang sebelumnya.

Aku menahan nafas. Dada mulai berdebar menanti jawapannya.

?Maaf, kau tau aku sukakan Mia.?

?...?

Ah... ahahahaha.

Mia.

Aku tergelak sinis seketika.

Ya, Mia. Sosok wanita yang sangat aku cemburui. Macam mana aku boleh lupa akan wanita yang menjadi idaman Adam sejak kami di bangku sekolah.

?Adam, kau langsung tak pernah ada rasa apa-apa pada aku??

Ya, aku memang bodoh. Ketika sudah ditolak berkali-kali aku masih mengharap secercah rasa sedikitpun dari Adam. Sudah seperti wanita yang hilang self-respect. Hatiku mengkritik diri sendiri tak sudah-sudah.

?Rai...?

Adam kelihatan serba salah.

Ah, ya. Mata mula terasa pedih. Hati seperti diramas keras.

Sedarlah Raisa! Cinta kau dah berakhir.

Suasana menjadi hening seketika. Nafas ditarik dalam-dalam cuba mengawal gejolak perasaan. Senyum paksa kuukir.

?Sekarang aku dah faham. Maaf dah buat kau tak selesa dengan luahan aku hari ini. Aku janji lepas ni benda ni takkan berlaku lagi. Hmm...? aku melihat ke arah jam tangan. Tangan yang menggigil aku kepal kuat.

Jangan menangis kat sini, Raisa. Aku cuba memujuk hati sendiri.

?Aku kena baliklah, ada urusan lepas ni.? Aku bangkit dari kerusi.

Adam kelihatan terpinga-pinga.

?Ala, kita baru aje jumpa ni takkan nak balik dah??

?Kau pun bukannya layan aku sangat pun. Sibuk dengan telefon kau aje,? gurauku cuba mengubah suasana yang muram tadi.

Adam ikut berdiri.

?Kalau macam tu, aku hantar kau baliklah.? Kunci kereta diraih.

?Eh, tak apa. Lepas ni aku ada urusan lagi.?

?Ha? Urusan apa hari Sabtu macam ni??

?Adalah, aku pun ada personal life tau. Maaf tau kalau pertemuan kali ni tak menyenangkan. Kau pun lepas ni jangan diam aje, pergi jumpa Mia. Confess dengan dia. Sampai bila cinta nak bertepuk sebelah tangan. Untung-untung Mia sekarang masih single. Jangan nanti ada yang potong line, baru tulah nak nangis ngaduh kat aku.?

Mia adalah teman sekelas Adam waktu kami belajar di sekolah menengah. Mia orangnya sangat cantik, lemah lembut dan pintar. Memang opposite dengan aku. Mengingat jauhnya perbezaan kami buat aku tersenyum sedih.

?Hmm... tengoklah macam mana nanti.?

?Aku dah bagi amaran awal-awal tau, jangan nangis tepi bucu katil nanti.?

Adam hanya angguk-angguk malas.

Kami berpisah hari itu.

Dan tanpa Adam ketahui, cinta yang selama ini untuknya terpaksa kukubur dalam-dalam setelah menerima penolakan tidak terhingga darinya. Aku cuba mengikhlaskan perasaanku yang tidak berbalas. Bukan kerana aku putus asa. Tapi kerana aku rasa sudah tiba masanya untuk aku berubah. Berubah meninggalkan perasaan yang tak pasti. Penolakan ini juga pasti mengandung hikmah yang tersembunyi. Ya pasti.

Air mata yang mengalir deras kubiarkan membasahi wajahku.
Biarlah aku menangis sekuat-kuatnya hari ini.
Biarlah kuhamburkan segala kekecewaaan hari ini. Dan aku janji lepas ni tiada lagi air mata kusia-siakan untuk menangisi cinta yang tidak kesampaian.

Selamat tinggal Adam.
Moga kau bahagia dengan Mia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience