Series
155
Angin petang menyapa lembut dari celah-celah tingkap nako di bilik asrama. Langit berwarna jingga petang ini, redup dan berona indah seolah-olah cuba membujuk jiwa yang sedang serabut. Di meja belajar yang penuh dengan nota berserakan, Alana menutup laptopnya perlahan-lahan. Penulisan tesisnya sudah siap, tetapi fikirannya masih jauh melayang mengenang satu nama yang cuba dilepaskan. Namun, tak pernah benar-benar pergi.
Hadri Ilham.
Dia tersenyum sendiri. Nama itu melekat terlalu kuat di hati, hingga terlalu mustahil untuk diluputkan dari ingatannya. Hadri pelajar pintar, tinggi, tenang, berkulit cerah dan sentiasa jadi perhatian. Sejenis lelaki yang bila berjalan di koridor fakulti, semua mata akan menoleh padanya. Bagi Alana yang berbadan gempal dan sederhana tinggi hanya berani memandang Hadri dari jauh menaruh perasaan dalam diam. Masih terngiang-ngiang pesan emak semasa cuti semester yang lepas supaya cepat-cepat cari jodoh di universiti dan menamatkan zaman bujang selepas tamat pengajian yang bakal berakhir tidak lama lagi.
?Ahhh? Alana mengeluh panjang.
?Ana, kau termenung lagi ya?? tegur Tasha, rakan sebilik yang sudah lama mengenal perangai Alana.
Alana tersentak sedikit, lalu ketawa kecil. ?Mana ada. Aku tengah fikir pasal viva nantilah.?
Tasha menjeling sambil menutup buku notanya. ?Fikir pasal viva ke fikir pasal Hadri? Aku tengok dari tadi kau senyum sorang-sorang.?
Alana mencebik, berpura-pura tenang. ?Eh, aku mana ada masa nak fikir dia. Lagipun, dia tu kan orang hebat. Tak mungkin la aku ni dalam radar dia Sya.?
Tasha tersenyum simpul memandang Alana. ?Kau ni Ana, merendah diri sangat lah. Kau belum tahu lagi ciri-ciri perempuan idaman dia tu macam mana??
Alana senyap. Dalam hati, dia tahu Tasha cuma nak sedapkan hati. Tapi dia dah terbiasa jadi ?kawan baik? dalam cerita orang lain, bukan ?watak utama? dalam kisah cinta bayangan sendiri dengan ayat yang lebih tepat lagi ?Syok Sendiri?. Cuma kali ini, hatinya degil. Walaupun Alana tahu perasaannya kepada Hadri adalah mustahil dan tidak ada masa depan, dia tetap menyimpan rasa itu diam-diam didalam lubuk hatinya yang paling dalam dengan harapan, rasa itu bakalan diam dan dilupakan.
Beberapa hari kemudian, selepas pembentangan akhir projek, Hadri datang menegurnya di luar dewan.
?Ana, bagus projek kau present tadi. Menarik!? katanya sambil tersenyum.
Alana hampir tak percaya lelaki itu sedang bercakap dengannya. ?Terima kasih,? balasnya gugup.
?Projek kau pun gempak. Panel nampak suka dengan semua idea kau.?
Hadri ketawa kecil. ?Pandaikan aku berlakon yakin tadi. Padahal dalam hati dah separuh nak pengsan.?
Alana tergelak, dan dalam sekelip mata, dunia terasa ringan. Dia tak tahu kenapa, tapi perbualan biasa itu terasa istimewa. Mungkin sebab itu kali pertama Hadri bercakap dengan lembut bukan sebagai rakan sekelas, tapi sebagai seseorang yang benar-benar melihat kewujudannya.
Selepas hari itu, mereka mula bertegur sapa di kampus. Kadang-kala berselisih di kafe, bertukar bahan rujukan dan mengulang kaji di perpustakaan. Hadri seorang lelaki yang sopan, tak pernah lebih-lebih, tapi cukup manis untuk membuatkan hati Alana bergetar setiap kali mendengar namanya disebut.
Namun semua itu berakhir selepas konvokesyen. Hadri ditawarkan pekerjaan di luar negara selepas projek tahun akhirnya mendapat perhatian salah sebuah syarikat terkemuka di Korea. Khabar itu sampai melalui rakan-rakan sekelas mereka di dalam grup Whatsapp, bukan daripada mulut Hadri sendiri.
Alana tak salahkan Hadri kerana Alana sedar bahawa hubungannya dengan Hadri tidak lebih daripada sekadar kawan. Namun, Alana tetap rasa kehilangan yang tak dijangka.
Malam sebelum Hadri berangkat, Alana duduk di beranda rumah sewa, menatap langit.
Dia tahu dia takkan jumpa lelaki itu lagi. Tapi anehnya, hati kecilnya berbisik sesuatu:
?Kalau dia jodoh aku? Tuhan akan kembalikan dia. Mungkin bukan sekarang, tapi pada tepat waktu yang dijanjikan.?
Beberapa tahun berlalu..
Alana kini bekerja di sebuah syarikat korporat kecil di Kuala Lumpur. Dia bukan gadis universiti yang dulu, kini lebih matang, lebih berdikari, walaupun hatinya mudah rapuh bila soal cinta disebut kerana acap kali dikecewakan dalam perhubungan. Namun, Alana tetap tidak berputus asa dalam mencari cinta sejatinya.
Pada suatu pagi, ketika sedang bersiap ke tempat kerja, mesej dari ibunya tiba-tiba muncul di skrin.
?Farid nak datang petang ni. Katanya ada perkara penting nak bincang.?
Alana terpaku. Jantungnya berdetak laju. Farid ialah teman sepejabatnya yang rapat dengan Alana setahun yang lalu. Lelaki sopan, baik, dan mudah membuatkan hatinya tenang.
?Ada apa dia nak jumpa ibu?? katanya sambil tersenyum kecil, menatap cermin.
Mungkin… inilah masa dia buka lembaran baru. Mungkin cinta yang datang kali ini bukan seperti dulu. Mungkin inilah cinta yang datang… tepat waktu.
Share this novel