Series
112
Petttt... Satu tamparan yang kuat terhinggap di pipi hulu belang..
Bukan kah beta sudah bilang sama kamu hulu belang.. Apapun kejadian beta menginginkan
Bayi gundi kencana.. '' kata permaisuri nilam sari dengan marahnya pada hulu belang..
Ampun permaisuri setibanya patik di mana gundi kencana melahirkan bayi nya,patik tidak menemui bayi yang di lahirkannya permaisuri... '' kata hulu belang sambil tunduk pada permaisuri..
Arrrr... Beta tidak ingin mendengar sebarang alasan hulu belang.. Yang beta tahu hulu belang mendapatkan bayi itu.. '' kata permaisuri nilam sari dengan nada marah..
Baik permaisuri patik akan pastikan patik akan menemui bayi itu kata hulu belang.. '' sambil mengundurkan diri menandakan yang dia beransur keluar daripada singasana permaisuri nilam sari..
Kehidupan gundi kencana semakin mencabar dan semakin sengsara semenjak raja gorum telah mangkat.. Pada awalnya semua keadaan masih terkawal malahan permaisuri nilam sari lah yang menyarankan raja gorum untuk berkhawin lagi memandangkan permaisuri nilam sari tidak mampu memberinya zuriat.. Namun begitu permaisuri nilam sari telah memberi syarat atas keizinannya untuk raja gorum berkhawin lagi..yang pertama sesorang itu haruslah rakyat biasa, yang kedua gundi raja itu tidak akan di berikan hak istimewa dalam istana dan yang ketiga sekiranya anak gundi itu adalah perempuan maka gundi dan bayi itu akan di keluarkan dari istana tetapi jika bayi itu adalah laki-laki gundi akan terus tinggal dalam istana itu dan bayi itu akan menjadi hak permaisuri sepenuhnya..
Sepanjang tujuh hari tujuh malam hulu belang bersama pasukan pengawal istana untuk mencari bayi itu namun hulu belang gagal mengesan keberadaan bayi gundi kencana..
Ampun permaisuri..
Patik telah pergi ke semua negri dan pelosok perkampungan permaisuri, namun patik gagal menemui bayi gundi kencana permaisuri.. '' kata hulu belang sekembalinya ke istana setelah tujuh hari tujuh malam mencari bayi gundi kencana..
Bukankah beta sudah katakan pada hulu belang.. Beta tidak menginginkan sebarang alasan.. '' dengan nada tinggi..sambil permaisuri nilam sari berdiri dari singasananya....
Pengawal bawa gundi kencana ke hadapan beta sekarang.. '' kata permaisuri nilam sari dengan muka yang begitu marah..
Tidak lama selepas itu gundi kencana telah di bawa mengadap ke hadapan permaisuri nilam sari..
Tinggalkan beta bersama gundi kencana.. '' kata permaisuri pada semua yang berada dalam istana..
Di mana bayi itu gundi kencana?'' kata permaisiri denga reaksi raut wajah yang tenang namun mempuanyi pandangan tajam pada gundi kencana..
Gundi kencana memandang wajah permaisuri.. Dengan senyum sinis..
Sekalipun patik di hukum mati patik tidak akan memberitahu permaisuri dimana keberadaan bayi patik.. '' kata gundi kencana dengan wajah yang lemah namun terukir senyuman sinis..
Kamu memang seorang gundi yang tidak berguna.. '' kata permaisuri dengan marah sekali, sambil menepak kuat sisi singasananya..
Jangan mencabar tahap kesabaran beta..!!
Jika engkau tidak memberitahu beta keberadaan bayi yang engkau lahirkan..
Beta akan pastikan tidak seorang pun bayi yang akan hidup.. '' kata permaisuri dengan memberi satu amaran..
permaisuri nilam sari berhabisan mendesak gundi kencana namun gundi kencana tidak memberi tahu di mana keberadaan bayinya..
Akhirnya permaisuri nilam sari telah menitahkan pengawalnya untuk membunuh semua bayi yang ada dalam negri..
Sehinggakan tidak tersisa seorang bayi pun..
Bersambung....
Share this novel