penaku menari lagi
kini lebih laju
di kertas merah inilah
pena ku bersatu hati
kertas merah inilah ibarat hatiku
yang masih kosong dan membara
masih perlu dihias rapi
tetapi tidak dihargai
hanyalah penaku ini
menulis lukisan hati
mengikut keinginan diri
terima kasih penaku
kau sentiasa di sisiku
tanpamu coretan hatiku derita
keranamu isi hatiku terluah
tanpa rasa bersalah
tanpa rasa sesalan
kerana tersimpan rapi di hati
sebagai pengganti bicara
Share this novel