Episod 10 (Akhir)

Short Story Series 390

AKHIRNYA, Izu dibenarkan keluar dari hospital selepas semalaman Izu terperap dalam ruang bilik sunyi yang bosan lagi sejuk. Mujur Hana ada. Dan kini Izu di ruang empuk yang selalu dipanggil ‘Rumahku, Syurgaku’. Oh, katil kesayanganku. I miss youlah.

Sejak semalam, Izu berfikir apa jawapan yang patut diberikan nanti. Apa baik buruknya, tolak tambahnya, bahagi darab semua-semualah atas bawah Izu fikir. Berat juga masalah ni.

Bosan berehat di dalam bilik, Izu keluar ke dapur. Kelihatan Hana sedang memotong buah. Terus Izu mendekati Hana.

“Ibu mana, Kak?”

Dek sergahan secara tiba-tiba itu membuatkan Hana melatah. Jantungnya laju berdegup. Tangannya mengurut-urut dada. Izu tersengih. Hana berpaling dan menjeling pada Izu.

“Dah tak reti nak bagi salam?” soal Hana, keras.

Izu sengih. “Sorry, Kak. Ibu mana?”

“Ibu keluar dengan Ayah. Pergi pasar.”

Usai menjawab, terus Hana menyambung kerjanya yang tergendala dek kerana Izu tadi. Izu pula terus duduk di meja yang ada di ruang tengah dapur.

“Ayah tak kerja ke hari ni?”

“Hari sabtu, kerja apanya?”

“Betul juga, ye.”

“Nak air?” Soal Hana. Buah yang siap dipotong diletak di atas meja.

“Boleh juga. Dahaga.”

Hana terus mengisi air masak. Usai saja, dia suakan pada Izu. Kemudian, terus duduk di hadapan Izu. Bersama-sama menikmati buah yang dipotong.

“Bila kau nak bagitahu Q, Izu?” soal Hana

“Nantilah. Selagi dia tak tanya kita tutup mulut je.”

Hana hanya mengangguk. Telefon pintar diambil dan dilihat. Izu hanya perhatikan Hana. Namun, mulutnya tak henti mengunyah.
Hana memang baik dengan Izu. Seperti seorang ibu. Dia sangat sayangkan Izu. Nasib baik Ahmad tak lepaskan Hana lepas kecelaruan perasaan semalam. Sempat Izu tersengih. Rugilah Ahmad nanti sebab mustahil dia akan dapat orang yang caring macam Hana. Pernah juga bila Izu sakit, sanggup Hana tak keluar dengan Ahmad dan minta cuti kecemasan semata-mata nak temankan Izu.

Tak lama lagi, Hana akan pergi ikut Ahmad. Tak adalah bunyi riuh macam helang dalam rumah ni. Tak adalah tukang mendengar dalam rumah ni. Tak adalah tukang kejutkan Izu bangun subuh. Tak adalah tukang segala-galanya untuk Izu. Izu sebak. Namun ditahan.

“Hei, kenapa macam nak nangis ni?”

Teguran Hana membuatkan lamunan Izu terbang hilang ke angkasa. Dah ke bulan agaknya.

Tak sedar airmata Izu dah jatuh. Hana pantas menyuakan tisu supaya Izu mengesat airmatanya.

“Kenapa ni? Ada sakit ke?” soal Hana, lembut.

Tanpa ditahan lagi, Izu menangis semahu-mahunya. Macam budak menangis. Hati dah jadi tisu. Pantas Hana bangun dan memeluk Izu. Lama dibiarkan Izu menangis. Bila rasa reda, Izu terus leraikan pelukan. Tangan Hana dipegang erat.

“Kak, kalau Akak tak kahwin boleh? Kalau nak kahwin pun, tinggallah kat sini. Dengan abang Ahmad. Nanti rumah ni sunyi bila Akak tak ada. Izu sorang-sorang nanti. Siapa nak temankan Izu, bangunkan Izu, ingatkan Izu?” soal Izu. Dadanya sebak semula.

“Izu, kalau dah ditakdirkan, kita akan kahwin juga. Kalau Akak tak kahwin pun, tiba-tiba Izu pula nak kahwin. Lepas tu tinggalkan Akak. Mana boleh macam tu.”

“Dengan siapa pula Izu nak kahwin? Mana ada orang nak. Yang ada pun sibuk nak permainkan Izu.”

“Q ada.” Laju Hana memintas. Dia tersengih sambil mengangkat-angkat keningnya. Izu mencebik.

“Izu, nanti Akak dah tak duduk sini, Izu kena jaga diri. Izu dah besar, tak boleh harap orang lain kejutkan Izu. Takkan nak harap Ibu? Izu kenalah belajar berdikari sendiri.”

“Ala, apa masalahnya kalau Akak stay sini pun. Bilik ada banyak kosong kan.” Ujar Izu tak nak kalah.

“Bukan masalah ada bilik ke tak ada. Masalah sekarang, kalau Ahmad ada, Izu sanggup nak tutup aurat Izu 24 jam? Dahlah selalu merungut rumah ni panas. Panas. Panas. Rumah kita ni tak ada aircond tahu.”

Izu terdiam. Dalam hati sebenarnya mengiakan kata-kata Hana.
“Oklah. Tapi Akak kena janji, hari minggu akak kena balik sini, ok?”

“Iye, Akak janji. Lagipun, Izu tahu kan yang Ahmad dah beli rumah baru. Sayanglah kalau rumah tu kita tak duduk, kan?” Hana mengenyit matanya.

“Iyelah, kak. Nak buat macam mana. Life must go on,” ujar Izu.

Terus Izu bangun dan berlalu ke bilik. Seleranya nak makan buah dah mati. Hana hanya membiarkan.

***

Knock! Knock!

Pintu bilik Izu dibuka. Masuk Hana. Punya lama dibiarkan, baru ada rasa nak pujuk Izulah tu. Tak apalah, tak merajuk pun. Izu mencebik dan terus menarik selimut menyelubungi seluruh tubuhnya. Hana duduk di birai katil. Izu membiarkan.

“Izu, merajuk lagi ke tu?”

Izu hanya menggeleng dibalik selimut.

“Janganlah macam ni. Tak manis anak dara selalu merajuk, kan? Tak cantik tahu muka tu. Nanti cepat tua?” ujar Hana.

Segera Izu membuka kain selimut yang menutupi muka.

“Izu tak merajuklah.”

“Baguslah macam tu. So sekarang, bangun pakai tudung. Lepas tu, keluar sebab Q dengan Ain datang,” arahnya sambil menepuk-nepuk paha Izu.

“HAH? Q dengan Ain datang? Dia orang tak ada kelas ke? Dia orang ponteng ke?” soal Izu bertubi-tubi dek kerana terkejut.

“Kalau nak tahu, cepatlah keluar tanya dia orang sendiri.”

Terus Izu mencapai tudung sarung yang memang sengaja disangkut di tiang katil. Hana terus keluar dari bilik dan Izu mengekor hingga keluar ke ruang tamu. Setiap kali kakinya melangkah, tiap kali itu juga jantungnya berdegup, lebih laju dari keretapi. Ish.. Kenapalah Izu hari ini. Rileklah jantung. Aduih. Dirasa tapak tangannya berpeluh.

Kini, Izu berdiri di hadapan kedua teman rapatnya. Lebih mendebarkan, dia lihat Q bagaikan orang lain. Bukan lagi teman rapat. Eh tak selesanya. Namun, dia cuba tenangkan diri.

“Ha, kau orang tak ada kelas ke?” soal Izu menutup kegalauan hati.

“Kot ye pun, bagilah salam dulu.” sergah Hana. Izu tersengih.

“Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumsalam.” jawab Q dan Ain hampir serentak.

“Tak ada kelas ke?” soal Izu lagi.

“Hari ni kan hari sabtu. Kelas apanya.” jawab Ain. Matanya menyorot ke kiri tanda ditujukan pada Q.

Tahulah Izu, Q yang nak datang. Izu faham maksud Ain sebab Izu dah pesan awal-awal tak perlu datang ke rumah. Boleh jumpa di kampus saja.

“Oh, betul juga.” Izu menggaru kepalanya. Kekok.

“Sembanglah dulu. Akak pergi siapkan makanan dulu. Ain dengan Q lunch saja di sini. Bukan selalu, kan?” Hana mempelawa.

“Saya tolong Akak, ye?” Ain pula mempelawa diri untuk membantu.

Hana mengangguk. Dia memandang Q sambil tersenyum lebar. Q pula jadi tak keruan. Duduk rasa tidak selesa. Izu terus duduk bertentangan dengan Q.

Kedua-duanya terus masuk ke dapur. Izu menelan air liur yang terasa kelat dan tersenyum pada Q yang sedari tadi asyik gusar saja. Malu-malu kucing. Tak tahu siapa yang harus memulakan perbualan. Q pandang Izu. Izu pandang Q.

“Erm.. Jadi, kau dah sihat?” soal Q membuka bicara.

“Alhamdulillah. Masih sihat macam dulu dan ceria macam dulu.”

Izu mengerut dahi dan memandang ke tepi. Jawapan apa yang aku merepek ni? Air yang ada di atas meja kopi terus diambil dan diteguknya. Entah air siapa diminumnya.

“Err.. Izu, tu air aku.”

Terus tersembur air yang diminum. Hampir saja nak terkena Q. “Sorry. Sorry.” Cepat-cepat Izu mencapai tisu dan lap sisa air semburannya tadi.

Usai bersih. Sekali lagi ruang menjadi diam. Masing-masing tak tahu nak bual apa. Yang kedengaran hanya bunyi kipas di siling dan senduk berlaga dengan kuali. Dia orang memasak ke memekak ni?

“Aku ke dapur kejap ye,” Segera Izu melarikan diri ke dapur.

Dia perlu lari sekejap. Dia tak kuat. Jantungnya terlalu laju berdetak. Badannya menggigil. Dia perlu bertenang sekejap. Setibanya di dapur…

“Apa yang bising-bising ni? Ya Allah, Ain, kau…,”

Izu terus mentertawakan Ain yang terkial-kial menyenduk ikan goreng di dalam kuali. Jaraknya dengan kuali bagaikan sedepa panjangnya. Muka pula macam tak pernah memasak. Takut sangat minyak terpecik ke muka. Hana pula menangis kerana memotong bawang merah.

“Lawaknya kau orang ni.”

“Kau diam, Izu. Pergi layan Q tu. Kita orang sibuk ni. Nanti tak dapat makan baru tahu.” marah Hana. Terkial-kial dia menahan airmata yang keluar.

Izu meninggalkan mereka dengan ketawa yang masih bersisa. Q tersenyum-senyum saja melihat Izu ketawa. Sehinggalah Izu duduk semula di sofa.

“Apa kes kat dapur tu?” soal Q.

“Tak ada apa.” Izu terus ketawa. Hilang terus rasa gusar tadi.

“Aku masih tunggu.” Ujar Q. Serius. Inilah saat yang dia tunggu. Namun, dia tak kuat andai Izu menolaknya.

Terus ketawa Izu mati sebaik mendengarnya. Izu faham maksud Q. Cawan yang berada di sebelah cawan Q, diambil.

“Ni bukan air kau, kan?” soal Izu.

Q menggeleng. Terus Izu meneguknya. Usai minum, cawan itu digenggam erat.

“Q, aku memang dah ada jawapan tapi aku takut. Mungkin jawapan ni bukan dari hati aku tapi aku harap kau terima saja. Apa jadi nanti, biar takdir tentukan. Ok?”

Q mengangguk. “Apa sahaja jawapan kau, aku terima.”

“Aku harap kau faham…”

“Aku faham kalau kau tak pernah suka aku. Aku…”

“Q, aku tak habis cakap lagilah,” Belum pun Q habiskan ayatnya, segera Izu memotong.

“Oh.. I think your answer is no.”

“Yes. It’s true that my answer is no but…”

Q mencuka. sedih. Izu mengeluh sejenak sebelum meneruskan kata.

“Q, aku cuma tak boleh terima kau lebih dari kawan. Selama kita kenal, aku rasa kau pun dah tahu aku ni jenis yang macam mana. Aku masih tak boleh lupa apa yang Fahmi tu dah buat,” Izu berdehem seketika sebelum menyambung. Sakit tekaklah pula.

“Aku bukan tak suka kau. Aku pernah suka kau dulu. Tapi dah kau kata aku bukan ciri-ciri perempuan yang kau suka, aku jadi tawarlah.” Izu tertawa perlahan.

“Aku minta maaf sebab cakap macam tu.” Ujar Q, kesal.

“It’s ok. Aku harap kita masih kawan macam dulu. Sebab aku ada satu pengalaman. Dulu masa aku dengan Fahmi, aku jadi tak selesa. Entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Semuanya jadi berubah. Aku tak nak jadi macam tu. Bagi aku, kalau kita ada jodoh, biar Tuhan yang tentukan.” Izu tersenyum lega dapat meluahkan semuanya.

Q angguk perlahan. “Aku terima apa saja. Aku sanggup tunggu kau.” Q tunduk memandang lantai.

Diam sejenak. Izu pandang Q. Tiada lagi kegusaran di hati. Namun jauh di sudut hati, ada sedikit debaran buat Q.

“Jujurnya Q. Lepas kau cakap kau suka aku semalam, hati aku berbunga. Aku bahagia. Tapi hati aku rasa berbelah bahagi. Aku takut kalau kita takkan jadi macam dulu lagi. Kalau apa-apa jadi, aku tak nak kita bermasam muka. Sekurang-kurangnya kita as friend, we have each other.” Izu tersenyum manis.

Ucapan Izu bukan kerana Izu tidak suka Q dan bukan kerana Fahmi, cuma kalau Izu terima cinta Q, Izu takut nanti batas mereka mungkin akan hancur kerana hasutan syaitan. Izu sebaik mungkin mahu menjaga dirinya. Mungkin juga kalau mereka bercinta, kemanisan dalam persahabatan yang selama ini terjalin bersama Ain dan Q takkan terasa lagi.

Tamat. Terima kasih kerana membaca sehingga akhirnya.
©KaryaSitiNadiahShahron (2020)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience