Argh..... sakitnya! jerit ibu Aini. Pada waktu itu ibu Aini sedang melahirkan Aini tanpa bantuan sesiapa dan tanpa suami disisi. Ayah kepada Aini meninggal dunia semasa Aini di dalam kandungan ibunya. Aini dan ibunya tinggal di rumah sewa. Selepas 11 tahun kemudian. Aini mencecah umur 11 tahun . Ibu Aini berkerja di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Sinar tempat Aini bersekolah. Aini sering diejek oleh rakan - rakannya. Pada suatu pagi, Aini terkena jangkitan kuman yang sangat teruk.Aini tidak mahu memberi tahu ibunya kerana bimbang ibunya akan risau tentang keadaannya. Di sekolah Aini dipukul oleh budak - budak lelaki yang dibayar oleh Damia. Damia cemburu kepada Aini kerana Aini mempunyai wajah yang cantik. Aini dipukul di bahagian badan dengan menggunakan kayu . Para guru yang menyaksikan perkara tersebut terus pergi ke tempat kejadian dan memperhentikan kes tersebut lalu seorang daripada guru tersebut memanggil ibu Aini pergi ke sekolah.Ibu Aini menangis apabila melihat keadaan Aini yang lumpuh. Aini disegerakan pergi ke Hospital kerana cedera parah. Ibu Aini keluar dari wad yang Aini tinggal untuk berbincang dengan para guru tentang apa yang berlaku.Tanpa disedari ibu Aini , Aini meninggal dunia di dalam bilik wadnya. Aini sempat mengucap kalimah syahadah tanpa bantuan sesiapa. Ibu Aini sedih melihat anaknya yang meninggalkannya. Kini ibu Aini tinggal di rumah "Ibu - ibu tunggal " kerana keadaannya yang sangat teruk kerana teramat merindukan Aini .
Share this novel