Series
430
“Benarkah perihal ini tuan guru” . Getus lelaki tua itu pada lelaki berjanggut dan berambut putih itu. Mereka yang baru selesai menghadap Sultan, keluar dari balai rong seri beriringan. Tok Putih masih tampak tenang. Tok Pasai tak mampu berlagak begitu, permintaan Paduka Sultan di rasakan agak berat. “Tiadakah orang lain yang di mahukan Paduka Sultan, mengapa dia juga?” Soal Tok Pasai lagi. Langkah Tok Putih terhenti, dia yang berjubah panjang dan berlilit kepala memandang pembantunya itu dengan senyuman. Bahu Tok Pasai di tepuk lembut. “tiada apa yang perlu di risaukan, kita pulang dahulu ke Madrasah dan khabarkan pada dia yaa” Tok Putih tersenyum, tiada apa yang menganggu hatinya, sama seperti Sultan Ahmad, cadangan memilih dia dirasakan cadangan yang terbaik. Tok Pasai mengeleng , dapat mengagak cabaran memujuk dan meyakinkan dia tak mudah.
“Turun, turun dulu cu.. jatuh nanti” Tok Pasai mengagau resah, bagai nak gugur jantungnya melihat budak lelaki 11 tahun itu kini berada di atas pokok setinggi 500 m. Nadim mengeleng. Batang pokok kelapa di peluk erat, turun ke bawah bererti menempatkan dirinya dalam keadaan bahaya. Biar sahaja dia berada di atas pokok kelapa ini. Hidup matinya di sini. “tak nak… tok nak hantar Nadim ke tempat yang jauh, Nadim tak mahu, Nadim nak tinggal di sini”. Tok Pasai cuba membuka mulut, dan kemudian terdiam. Cepat benar berita tersebut tersebar, tidak satu pun perkataan tentang permintaan Sultan Ahmad keluar dari mulutnya dan Tok Putih lagi. “Tengok tu memang Nadim nak di hantar ke tempat yang jauh kan. Kenapa Nadim bukan orang lain? Bulat ada, Karim ada, Adi ada, ramai lagi ada kenapa Nadim?” Soal Nadim bertubi tubi. Persoalan yang memang di agak Tok Pasai akan keluar dari mulut budak lelaki yang terkenal dengan kepetahan itu.
“Semua boleh di bawa berbincang cu…mari turun ke bawah” Kemunculan lelaki berjubah di belakang mengejutkan Nadim dan juga Tok pasai. Dia yang berwajah tenang dan warak memandang Nadim dengan senyuman. Nadim mengelip ngelipkan mata memandang tok gurunya itu. Seperti di pukau, dia mengelongsor turun dari pokok kelapa tanpa banyak kata.
Nadim mengekori Tok Putih dan di iringi Tok Pasai kembali ke madrasah . Berita tentang dia telah lari memanjat pokok kelapa telah tersebar di kalangan warga madrasah dengan begitu cepat sekali. Kekehan tawa, dapat di dengari dari jauh, ada di kalangan mereka yang masih bercakap cakap tentangnya. Nadim tertunduk malu. “duduk” suara tok putih lembut. Nadim sekadar menurut, dia kini berada di ruang rehat yang merupakan “office” tok gurunya itu. Tiada apa yang berada di dalam bilik ini selain kitab kitab dan senjata lama yang terhias pada dinding bilik. Nadim masih diam, tak berani berperilaku petah di hadapan Tok Putih seperti mana yang dilakukan pada tok pasai dan ramai orang lain. Badannya yang sedia kecil, di rasakan berkali ganda kecil apabila berada di hadapan lelaki itu. “ Jadi kamu sudah tahu..” Duga tok putih lembut. Nadim mengangguk perlahan, jelas berita itu bukan lagi rahsia, dia mendengar tentang perkara itu di mana mana tanpa tahu siapa penyebarnya. “Tok ingat nak beri kamu kejutan, nampaknya kejutan tak kesampaian” ujarnya dalam senyuman. “Ta..tapi kenapa saya?” Tanya Nadim, benar benar ingin tahu. Tok putih merenung hang Nadim, Nadim tertunduk lagi, aura mata tok putih yang dirasakan cukup kuat benar benar tak mampu di tentangnya. “kamu tahu kamu siapa?” Tok putih kedengaran tegas. “Na..Nadim…Hang Nadim”. Jawabnya perlahan. “Ya.. Hang Nadim, anak pembesar istana Sri Diwaja, yang terkenal dengan akal fikiran panjang dan sangat bijaksana. Tempat itu perlukan kamu cu”. “Perlukan saya? Saya tak kisah pun kalau tok minta saya pergi mengembara 1000 tahun pun. Tapi ke sekolah? Apa yang saya boleh buat di sekolah? Tulis pun saya tak pandai tok. Macammana dengan Kobi, monyet saya, bapak saya? Bapak saya Cuma ada saya tok” Nadim mula bersuara habis habisan. Tok putih masih memandang Nadim tenang. “Janganlah kamu risau tentang bapa kamu, Tok pasti baginda sultan sudah maklumkan pada dia. Baginda sultan sangat gembira kamu akan ke sekolah. Dunia dah berubah Nadim, hanya Sri Setia sahaja yang mengekalkan cara hidup begini , tiada salahnya kamu melihat dunia luar. Bawa perkara baik balik ke Seri Setia ya”
Nadim menepuk dahi. Memasuki dunia luar adalah perkara terakhir yang dia mahu lakukan. Dia nyata tak kisah mengembara, ke dalam hutan mana pun dia sanggup redah, namun mahu keluar dari kelompok tradisional Seri Setia dan jajahan takluknya dia nyata masih belum bersedia. Ada contoh yang dapat di lihat di hadapan mata, Kantan anak Orang Kaya Labu telah mengalami perubahan sungguh ketara sejak bersekolah di dunia luar. Dia benar benar tak dapat membayangkan dirinya berbaju kemeja di butang ketat sampai ke leher, bertopi besar yang menakutkan dan mengenakan sepasang gelas di mata yang membuatkan mata menjadi berkali kali ganda besar. “Jadi” Kantan memulakan kata katanya. Membuka cermin mata dan di letakkan di atas meja. “Kau dapat tawaran belajar di mana?” soal kantan. Nadim merenung budak lelaki berumur 2 tahun lebih darinya itu. Penampilannya tidak seperti kanak kanak biasa di Seri Setia, Kantan tampak sangat asing betul betul asing dengan pemakaiannya. Dia yang berseluar paras lutut coklat, memakai stoking tinggi putih, berbaju butang dan bertopi. Nadim menyerahkan surat yang di berikan Tok Putih kepada Kantan. Sedang, kantan meneliti dengan serius kandungan surat itu, mata Nadim meliar melihat persekitaran rumah Orang Kaya Labu. Nyata Orang Kaya Labu sangat berharta. Pelbagai jenis barang tembaga menjadi perhiasan rumahnya.
“Se…sekolah?” Kantan tiba tiba terkedu, wajahnya pucat dan berkerut memandang Nadim. Nadim melihat surat di tangan Kantan, dia sendiri tidak tahu isi kandungan surat itu. Tidak lah dia tahu membaca perkataan, lagi lagi perkataan rumi. “A…aku ingat kau bersekolah di sekolah, biasa. Sekolah ni?” kantan membelek lagi surat itu. Kantan memejam mata dan mula menarik nafas, cuba memulihkan dirinya dari kejutan besar. Buku di keluarkan dari dari dalam beg. “Baiklah seperti mana yang di titahkan baginda kepada aku, aku akan mengajar kau sebanyak mana ilmu yang boleh dalam masa 3 minggu ini, baik kita mulakan”
Share this novel