Series
1469
"Reen! Cepat turun makan!",panggil Datin Eisha dari tingkat bawah.
"Yeye. Kejap lagi Reen turun!", sahut Eireen dari biliknya. Pintu dibuka. Kaki berlari - lari anak menuruni anak tangga.
Sampai di meja makan kelihatan semua ahli keluarganya telah bersedia untuk menjamu selera. Kerusi di sebelah mamanya di tarik. Pipi mamanya di cium mesra.
"Ma. Nnti Reen nak keluar boleh tak?", pinta Eireen sambil mengerdip - ngerdipkan matanya. Eireen tahu semua ahli keluarganya akan cair dengan kerdipan matanya. Tapi malangnya Datin Eisha seakan tahu taktik Eireen. Datin Eisha langsung tidak memandang muka Eireen kerana takut terkena dengan taktik manja Eireen.
"No!", jawab Datin Eisha bersahaja sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. Jelas terpancar riak kecewa di muka Eireen setelah mendengar jawapan mamanya. Muka papanya pula dipandang sambil dikerdip - kerdipkan matanya.
"I don't know", ujar Dato' Jeff sambil kedua - dua belah tangannya diangkat separas bahu tanda tidak mahu masuk campur.
"Maa....Boleh laaa..", rengek Eireen. "Reen dah besar laa.. Reen tahu jaga diri", rengek Eireen lagi. Dimatanya sudah kelihatan butir - butir air mata. Alex dihadapan Eireen mula berasa kasihan terhadap kakak kesayangannya itu.
"Biar Alex temankan", ujar Alex setelah lama menyepi. Datin Eisha mengakat muka memandang Alex. Kemudia muka Eireen pula di pandang. Terletus tawa kecil nya tatkala melihat Eireen sudah mula tersedu - sedu menangis. Manja sungguh!
"Okay, but you must go with Alex". Bersinar - sinar mata Eireen mendengar jawapan mamanya. Air mata disapu menggunakan belakang tangan. Persis anak kecil.
" Really?", Eireen meminta kepastian. Datin Eisha mengangguk sambil tersenyum kecil.
"Yeayy!",pipi Datin Eisha dicium bertalu - talu. Kemudian dipeluk pula tubuh mamanya. Tertawa semua yang ada disitu melihat gelagat Eireen yang tidak ubah seperti anak kecil.
Share this novel