Nama aku Fiza. Aku nak ceritakan pengalaman aku masa aku tinggal di asrama pada tahun aku menduduki peperiksaan penting iaitu SPM. Tahun yang mana aku takkan lupakan sampai bila-bila. Kes histeria adalah biasa yang kita dengar. Tapi bila kau menghadapinya sendiri, kau akan tahu bagaimana seramnya keadaan sewaktu histeria. Bagi yang lemah semangat, aku sarankan jangan baca. Masa aku taip cerita ni pun aku rasa tak sedap hati. Okey.
Nak dijadikan cerita, malam tu di asrama, kami dikejutkan dengan jeritan. Aku sangat terkejut kerana itu kali pertama aku menghadapi situasi begini. Sekumpulan junior ke tandas untuk memberus gigi dan mencuci muka . Aku dengar diorang bergelak ketawa kerana tandas di sebelah bilik aku. Yang mana tak lama selepas itu, salah seorang dari mereka menjerit tiba-tiba dan yang lain bertempiaran lagi. Kami terkejut tapi takde seorang pun dalam bilik aku yang berani nak keluar pergi tengok. Tak lama pun, sebab ada exco asrama angkat budak perempuan tu sebab dia pengsan and panggil ustaz. Keadaan takde la kecoh sangat. Dengarnya budak perempuan tu berjaya dipulihkan.
Pagi tu, aku bangun awal. Aku kalau bangun memang terus mandi la. Aku kejut kawan aku. Kami pergi bersama. Lagipun kalau bangun lambat nanti air takde dan terpaksa mandi dekat kolah bawah sekali. Aku aras paling atas. Aras tiga. Keadaan ni memang biasa . Air takde kalau bangun pukul 6. Aku mandi kat luar je. Depan sinki. Budak perempuan yang menjerit semalam ada sekali. Masa tu awal sangat. Cuma kami bertiga je dalam tandas tu. Masa tu aku tak tahu dia yang menjerit. Aku tegur la. Berani pulak dia datang mandi sorang-sorang . Dia tak jawab. Cuma senyum. Dan aku rasa meremang tengok senyuman dia. Menyeramkan. Senyum sinis. Aku rasa takut tiba-tiba tapi aku abaikan.
Masa tengah menyabun tu , lampu terpadam. Aku tak terkejut pun. Biasala asrama blackout ni. Tak lama pun. Bila lampu dan nyala, budak perempuan tu dah takde. Aku yang memang rasa tak sedap hati ni cepat-cepat mandi dan suruh kawan aku tu pun mandi cepat. Dekat sekolah baru aku cerita dekat dia. Tapi benda ni tak sampai situ je. Waktu pdp baru nak mula. Budak tu menjerit pulak. Masa ni la kecoh. Sebab berjangkit. Lepas sorang, sorang menjerit. Histeria. Yang tak terkena diminta berkumpul di dewan dan baca al quran ramai-ramai. Aku tak pergi sebab geng aku terkena jugak dan kami terpaksa pegang dia.
Sekolah terpaksa panggil ustaz dari luar untuk bantu. Keadaan gawat sangat. Masa ni , aku jaga kawan aku. Berempat sebab cikgu pergi cari ustaz. Kami baca apa yang patut. Kawan aku ni dia tak agresif sangat. Cuma tunduk nangis je. Dan tiba-tiba senyap. Okey lagi. Part yang tak bestnya, bila dia angkat kepala, dia pandang aku. Korang tahu kan pandangan yang macam mana aku nak maksudkan ni. Kawan aku yang sebelah ni cakap, buat tak tahu je. Baca apa yang patut dan jangan sesekali pandang mata dia. Aku pejam mata. Sesekali aku bukak mata dan nampak dia senyum menyeramkan sambil tengok aku.
Tak lama lepas tu, semua yang histeria berjaya dipulihkan. Barulah aku tahu, budak perempuan yang menjerit sebenarnya tak elok lagi pagi tu. Jin dalam badan dia tu pura-pura keluar masa ustaz suruh dia keluar. And pagi tu kelas budak tu kelas dia waktu pdp al quran. Tengah elok orang baca quran dia menjerit. Patut la aku seram gila dengan dia pagi tu. Banyak sebenarnya aku nak cerita sebab bukan sekali ni je dia kena. Banyak kali sampai dia terpaksa pindah. Dengarnya, jin tu berkenan dengan dia. Nak buat macam mana, lawa sangat budak tu. Dia cuma kena bila dia melangkah masuk kawasan sekolah . Sebab tu dia terpaksa pindah.
Share this novel
larangan adalah satu perintah????