Aku Aisha,aku ingin menceritakan tentang hidupku yang penuh dengan masalah keluarga.Aku tak tahu nak ceritakan dekat sesiapa antara sebabnya aku tak ada ramai kawan,jadi aku tak ada tempat nak meluah masalah aku dengan orang lain yang aku tahu pendam saja.Aku baru berumur 15 tahun,mula aku masuk tingkatan3 semuanya berubah dengan sekelip mata hingga hari ini,dari keluarga besar sampailah jadi keluarga kecil,bila aku fikirkan benda kecil pun boleh jadi besar sampaikan keluarga sebelah bapa aku berpecah belah adik beradiknya,aku tak tahu macam mana nak selesaikan semua tu sebabnya anak-anak buah tak boleh masuk campur urusan orang tua biarpun kami hanya anak buah mereka.Betullah apa orang kata bahagia tu sementara sahaja dapat di rasakan.
Mula dengan merasa bahagia dan berakhir dengan cara berpecah belah sehingga sanggup memutuskan hubungan keluarga mereka dengan cara sihir menyihir tanpa mereka sedari orang tua mereka semakin terasa dengan perbuatan mereka yang kejam dan merasa tersisihkan oleh anak-anaknya yang sudah tidak lagi bersama.Sehingga kini mereka tidak saling bertegur sapa antara satu sama lain alangkah menambahkan fitnah terhadap mereka.
Share this novel