Bab 3

Romance Completed 90231

Setelah Luna masuk ke dalam rumah, Aiden turut sama menaiki tangga menuju ke biliknya di tingkat dua dengan pakaian yang basah kuyup.

Sewaktu Aiden keluar dari kereta, dia sudah perasan Estella yang sedang memerhatikannya dari balkoni. Namun, Aiden berpura-pura tidak tahu.

Dia sudah mempersiapkan jawapan jika Estella bertanya. Walaupun Aiden terlalu takut untuk menipu, dia tahu dia perlu melindungi kebenaran buat masa ini.

Berdiri di depan pintu bilik, Aiden menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri. Perlahan-lahan, tangannya memegang pemegang pintu dan menolaknya.

“Mana awak pergi?”

Belum sempat Aiden melangkah masuk, Estella sudah melontarkan soalan padanya.

Mata Estella tertumpu pada pakaian Aiden yang basah. Namun, lebih penting bagi Estella ialah mengapa Luna bersama Aiden pada waktu sebegitu.

“Sudah pukul 2:30 pagi. Awak dari mana? Kenapa Luna boleh bersama awak?” tanya Estella dengan nada yang penuh dengan desakan.

“Sayang, aku ni kan seorang doktor. Ada pesakit yang memerlukan bantuan di hospital. Aku nak kejutkan kau tadi, tapi kau tidur nyenyak sangat,” jawab Aiden dengan tenang, memberikan alasan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

“Dan Luna?”

“Waktu aku balik tadi, aku nampak Luna tengah jalan dalam hujan. Aku tanya jugak apa dia buat tengah-tengah pagi buta kat luar ni. Tapi tengok dia kesian sangat kesejukan. Jadi aku suruh dia masuk kereta dulu,” jawab Aiden, berbohong lagi buat kali kedua.

Estella terdiam seketika, meneliti wajah Aiden, cuba mencari tanda-tanda kebohongan.

Namun, setelah beberapa saat, Estella yakin suaminya berkata benar. Raut marah di wajahnya hilang, digantikan dengan senyuman.

“Baiklah, masuk cepat tukar baju. Lepas tu kita tidur, aku nak dipeluk,” kata Estella dengan nada lembut.

Aiden mengangguk dan segera menukar pakaiannya. Setelah itu, dia kembali ke katil dan memeluk Estella yang akhirnya tertidur semula dalam dakapannya.

Satu jam berlalu, namun Aiden masih belum mampu melelapkan mata. Fikirannya terus melayang pada wajah Luna yang masih sedih selepas kejadian malam itu.

Dengan hati-hati, Aiden meleraikan pelukan Estella dan bangun dari katil. Dia melangkah keluar dari bilik menuju ke bilik Luna yang terletak berdekatan dengan dapur.

Aiden memulas pemegang pintu dan masuk ke dalam bilik Luna tanpa mengetuk.

Matanya segera tertumpu pada Luna yang duduk di sudut bilik, masih dengan pakaian yang basah. Luna tidak sedar kehadiran Aiden sehinggalah dia menepuk lembut bahunya.

Luna tersentak, memandang ke arah pintu yang kini sudah tertutup. Dia tertanya-tanya, sejak bila Aiden berada di situ? Sudah lama ke?

“Kenapa kau belum tukar pakaian? Nanti boleh jatuh sakit,” kata Aiden dengan suara yang lembut.

“Sakit?” Luna tersenyum pahit.

Luna ingin berteriak. Aiden bercakap soal sakit? Bukankah dia sudah pun menanggung sakit yang tak terkata?

Raut wajah Aiden kelihatan sedih, memahami maksud tersirat Luna. “Please, tukar pakaian kau. Kalau tak, aku akan tukarkan untuk kau.”

Tiada niat untuk mengancam, tetapi itu satu-satunya cara untuk memastikan Luna menukar pakaiannya yang basah. Jujurnya, Aiden tidak sanggup melihat Luna terus dalam keadaan sebegitu. Namun, cintanya pada Estella terlalu kuat, membuatkan Aiden tidak mampu menyakiti hati Estella walau sedikit.

Luna perlahan-lahan bangun dan berjalan menuju ke almari. Dia menukar pakaian di bilik mandi. Apabila Luna kembali, dia melihat secawan teh panas sudah tersedia di atas meja. Aiden pula sudah tiada di bilik.

Luna meneguk teh itu dengan perlahan dan kemudian merebahkan diri di atas katil.

Pagi itu, Luna tidak berasa sihat. Tubuhnya menggigil dengan kuat. Sesekali terdengar bunyi bersin yang mengiringi keadaan tubuhnya yang demam. Suhu badannya panas, tetapi dia tetap merasa sejuk.

Dua budak kecil, Amar dan Aura, berlari masuk ke bilik Luna. Mereka hairan mengapa Luna tidak membangunkan mereka seperti biasa.

“Makcik Luna!!” jerit Amar dan Aura serentak.

Luna berusaha membuka matanya, tetapi tubuhnya terlalu lemah.

“Makcik Luna sakit?” tanya Aura dengan wajah risau.

Luna hanya mampu mengangguk. Bibirnya terlalu lemah untuk berkata-kata.

“Aura, Amar!!!”

Seorang wanita, Mira, kakak sulung Aiden, muncul dan mengekor anak-anaknya ke dalam bilik. Dia terkejut melihat Luna terbaring dengan tubuh yang menggigil.

“Luna! Kau sakit?” tanya Mira, sambil menyusul anak-anaknya masuk ke dalam bilik Luna.

“Ma, Makcik Luna-”

“Kamu rehat saja, biar saya yang uruskan Aura dan Amar,” ujar Mira dengan cepat.

Mira membawa anak-anaknya keluar dan menuju ke meja makan. Dia sendiri yang akan menyuap mereka sarapan pagi itu.

“Pakcik Aiden!!!” jerit Aura dari meja makan.

“Selamat pagi, sayang,” Aiden tersenyum kepada kedua-dua anak saudaranya. Estella, yang duduk di sebelahnya, turut tersenyum.

“Apa nak makan hari ini?” tanya Mira sambil mengisi piring mereka dengan nasi goreng.

“Telur, Ma,” jawab Aura, sementara Amar mengangguk setuju.

“Mira, kenapa kau yang suapkan diorang?” tanya Aiden, hairan. Itu sepatutnya tugas Luna.

Mira menyuap anak-anak dengan sabar, kemudian menatap Aiden.

“Luna sakit.”

“Sakit?”

Aiden sudah menjangkakan ini kerana Luna kehujanan malam tadi.

“Kau ni kenapa?” tanya Estella, nada suaranya menampakkan rasa kurang senang. Bagi Estella, Luna hanya seorang pembantu. Mengapa Aiden perlu ambil berat?

“Sayang, aku ni kan doktor. Kau kena faham,” jawab Aiden perlahan, cuba menjelaskan.

“Kalau macam tu, kau checkkan dia boleh? Muka dia nampak pucat sangat,” pinta Mira.

Estella kelihatan tidak puas hati, tetapi Aiden tetap bangun untuk pergi memeriksa Luna, bersama Estella yang tidak mahu Aiden dan Luna berdua-duaan di dalam bilik.

Aiden memeriksa keadaan Luna, lalu meminta Makcik Sem untuk menyediakan bubur dan secawan teh panas.

“Luna, mari sarapan dulu,” kata Makcik Sem sambil membantu Luna duduk, walaupun dengan susah payah.

Tangan Aiden terasa gatal untuk membantu Luna, tetapi Estella terus memeluk lengannya. Tatapan dingin Estella membuatkan Aiden tidak berani bertindak lebih.

“Luna, ada ahli keluarga yang boleh aku hubungi? Nampak sakit teruk ni.” tanya Aiden.

“Apa yang kau ni? Dah lah, jom keluar!” Estella menarik tangan Aiden, tidak suka melihat Aiden terlalu mengambil berat tentang Luna.

“Sayang, kan dia sakit. Kenapa pulak ni?” balas Aiden lembut, masih ingin berada di dalam bilik Luna.

“Apa kau peduli sangat? Dia kan orang gaji je!” tegas Estella, menekankan kata ‘orang gaji’.

Luna hanya memejamkan mata, berusaha menelan bubur yang disuap oleh Makcik Sem, walaupun hatinya terasa perit mendengar kata-kata Estella.

Andai Estella tahu apa yang telah dilakukan Aiden padanya, mungkin Estella tidak akan berkata begitu. Namun, Luna tidak sampai hati untuk memberitahu. Hatinya terlalu baik, seperti wajahnya yang cantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience