Sarafina, atau Fina, memikat dengan kecantikan elegan—rambut panjang gelap, kulit cerah, dan mata besar yang penuh ekspresi.
Sejak bercerai dengan Ziyad Al Hakimi, hidup Fina terasa hampa.
Kemewahan yang mengelilinginya tidak memberi makna.
Dia teringat Firdaus, tunang yang dulu dia tinggalkan.
Keputusan itu terasa begitu salah sekarang.
"Kenapa aku ikut cakap mereka?" Fina berbisik pada dirinya sendiri, merenung jauh.
Keluarganya menolak Firdaus kerana enggan bersama bapa Fina Datuk Al-Yahya untuk bekerja dengan syarikat mereka.
Ayahnya selalu memperlekeh pekerjaan Firdaus sebagai polis.
"Kamu tu layak dapat lebih, Fina," kata ibunya. "Kamu patut kahwin dengan orang yang lebih baik, yang boleh mengembangkan perniagaan kita."
Akhirnya, Fina mengalah.
Dia menerima lamaran Ziyad Al Hakimi, seorang usahawan kaya berketurunan Saudi, yang dianggap akan memenuhi impian keluarganya—rumah besar, kereta mewah, hidup sempurna.
Namun, impian itu hancur.
Ziyad jauh berbeza daripada yang diharapkan. Pemalas, kaki joli, sering keluar malam, dan lebih suka tidur bila di rumah.
Jika Fina cuba berdebat, Ziyad hanya melontarkan kata-kata kasar, yang membuatkan Fina merasakan dirinya isteri yang tidak berguna.
"Semua ini tak bermakna," Fina sering berfikir, terperangkap dalam rumah besar yang kosong dari kasih sayang.
Ziyad hanya menghabiskan wang warisan keluarganya dan keluarga Fina.
Datuk Al-Yahya pula terus bangga dengan menantunya tanpa sedar apa yang berlaku di dalam rumahtanggan anaknya.
Fina hidup dalam kesunyian. Keadaannya semakin teruk bila dia sedar Ziyad tidak serius dalam hubungan mereka. Dia terus berpoya-poya, menghabiskan wang yang diberikan ayah Fina.
Berbeza dengan Firdaus. Walaupun latar belakang mereka berbeza, Firdaus selalu tulus mencintainya dan tidak berkira.
Fina kini rindu dengan sifat itu, kerana Ziyad tidak pernah peduli akan dirinya.
Enam bulan selepas perceraian rasmi, Fina merenung keputusan yang diambilnya dahulu.
Dengan hati yang berdebar, Fina mengambil telefon bimbitnya dan mencari nombor Firdaus.
Jemarinya terhenti seketika sebelum dia menaip mesej:
"Firdaus, apa khabar? It’s been a while. Boleh kita berjumpa?"
Dia membaca berulang kali mesej itu.
Jika Firdaus masih ada ruang untuknya, ini peluang mereka berdua.
Fina bimbang jika Firdaus sudah menemui seseorang yang lebih baik daripadanya.
Akan tetapi tekadnya untuk bertemu Firdaus kian kuat.
Ini mungkin penutupan atau permulaan baru—dia tahu, ini waktunya untuk memberi peluang pada dirinya sendiri.
Firdaus sedang duduk di meja kerjanya, menatap laporan kes yang belum selesai.
Telefon bimbitnya berbunyi, mengejutkan lamunannya.
Nama yang tertera membuatkan darahnya terasa beku.
"Fina"
Dengan hati yang berdebar, Firdaus membuka mesej itu.
"Firdaus, apa khabar? It’s been a while. Boleh kita berjumpa?"
Firdaus terdiam, masa seakan berhenti.
Dia membaca mesej itu berulang kali.
“Fina? Kenapa sekarang?”
Fina sudah berkahwin, dan Firdaus tahu itu. Walaupun dia tidak pernah benar-benar melupakan Fina, dia tidak berniat mengganggu hidupnya. Dia selalu sematkan dihati mereka tiada jodoh.
Membaca mesej ini terasa luka lama berdarah kembali. Firdaus keliru.
Dia menulis balasan yang ringkas: "Sihat. Bila dan di mana?"
Share this novel