9. Fitnah dendam

Romance Completed 25949

Aina berdiri di depan cermin, merenung wajahnya yang penuh kemarahan.

Senyuman Masrina dan gelak tawa lelaki itu berputar-putar di fikirannya.

"Celaka betul jantan tu!" Aina menjerit, menggenggam penumbuk dengan kuat.

Aina berjalan menuju sekumpulan pelajar senior yang sedang berbual.

Mereka diketuai Suraya terkenal dengan mulut longgar, apa-apa cerita panas pasti mereka yang pertama tahu dan sebarkan.

"Weh, korang dengar tak pasal Inspektor Firdaus yang kerja dengan bapak Masrina tu?" Aina bersuara perlahan, cukup untuk didengar.

Suraya angkat kening. "Kenapa? Hensem jugak dia."

"Betul, tapi dia kaki kelab malam. Layan perempuan GRO, berpeluk-peluk, minum arak lagi." Aina berbisik seolah-olah maklumat ini adalah satu rahsia besar.

"Betul ke ni? Kau nampak sendiri?" tanya Suraya.

"Eh, kau pun kerja GRO ke?"

Soalan nakal Lydia orang kanan Suraya disambut tawa rakan-rakan lain.

Aina membentak, "Cakap baik-baik sikit! Ada orang yang bagitahu aku, faham?"

Suraya dan yang lain mendengarkan dengan penuh minat, wajah mereka serius, siap menunggu lebih banyak cerita.

Gosip itu merebak laju, menjadi bualan hangat di kampung.

Aina tersenyum puas. Dia berjaya merosakkan reputasi Firdaus.

Akhirnya cerita itu sampai pada Masrina.

"Firdaus kaki kelab malam? Layan GRO? Tahi arak?"

Masrina terkejut, suaranya bergetar.

"Tak mungkin..."

Dia tak percaya. Firdaus bukan macam tu. Tapi gosip sudah tersebar. Ayahnya pasti akan kata, "Ayah dah cakap kan?"

Mungkin lebih baik kalau dia menjauhkan diri daripada Firdaus, fikir Masrina.

Ketika dia berjalan kaki untuk pulang ke rumah, tiba-tiba dia nampak Firdaus berdiri di parkir melambai ke arahnya.

"Masrina!"

Firdaus memanggil dengan senyuman lebar.

Jantung Masrina berdegup kencang.

Dia terus berpaling dan berjalan laju, pura-pura sibuk dengan telefon.

"Masrina! Hey, kenapa ni?"

Firdaus mengejarnya.

“Aku... aku ada hal lah!" tengkingnya suara sedikit gementar dan terus berlalu pergi.

Firdaus terpinga-pinga, tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

Sekembalinya ke mejanya di balai polis, telefon Firdaus berdering.

"Inspektor Firdaus, jumpa saya sekejap."

Suara Tuan Iskandar kedengaran serius.

Firdaus bergegas ke pejabat Tuan Iskandar, fikirnya ada kes baru yang perlu diselesaikan.

"Inspektor Firdaus, ada laporan tentang aktiviti yang tak mencerminkan integriti seorang pegawai polis. Dah sampai ke HQ, mereka perlukan penjelasan,"

Tuan Iskandar terus berkata tanpa berlengah.

Firdaus terkejut.

"Tuan, saya tak pernah terlibat dalam perkara salah. Saya tak pernah langgar etika kerja," jawabnya dengan tegas, cuba untuk meyakinkan Tuan Iskandar.

"Saya faham, saya kenal cara kerja awak," jawab Tuan Iskandar.

"Tapi kenapa cerita ni boleh tersebar? Perkara ni boleh merosakkan reputasi kita. Saya bagi peluang awak untuk selesaikan segera."

“Baik, tuan. Beri saya sedikit masa. Terima kasih, tuan,” Firdaus memberi tabik hormat kepada Tuan Iskandar.

Setelah keluar dari bilik Tuan Iskandar, hati Firdaus dipenuhi rasa marah dan kecewa.

"Aku kena bersihkan nama aku," katanya perlahan.

"Aku perlu tahu siapa yang menabur fitnah ni."

Patutlah Masrina tiba-tiba berubah sikap... Sekarang baru dia faham.

"Aku kena pastikan Masrina tahu kebenaran," bisiknya dengan tekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience