Prolog

Romance Series 12176

JARI-jemarinya diramas-ramas. Kakinya tidak henti melangkah menghilangkan resah. Bibirnya pula tidak berhenti mendoakan keadaan suaminya. Apa pun berlaku dia perlu suaminya sedar. Dia perlu suaminya bangun seperti dulu supaya segala tugas dan tanggungjawabnya selesai.

"Awak Oden... kenapa awak boleh tak ada masa mereka bergaduh. Setiap kali saya dengan suami saya awak ada pula. Sekarang tengok apa dah jadi."

"Maaf Puan, Tuan Sufian sendiri yang minta saya keluar waktu tu."

Suria mencekak pinggang memandang wajah lelaki itu dengan mimik muka geram. "Hisyh! Habis tu saya sekarang macam mana?"

Lelaki itu mendepakan kedua tangannya. Jarinya menunding ke arah wad dengan mimik muka tidak bersalah.

"Saya boleh tanya, saya dah tanya dia. Eee... dia ni," keluh Suria. Suria menekup wajahnya sedetik.

"Astagfirullah! Sabar Suria, sabar... kau tak boleh patah semangat," omelnya.

Suria menghampiri pintu wad. Mulutnya masih tetap mendoakan Sufian walaupun mereka sebenarnya bukan suami isteri yang sempurna.

"Lamanya doktor ni. Tadi kata sekejap."

"Suria!"

"Saiful, muncul pun awak. Awak sembang apa dengan Sufian?" tanya Suria dengan suara bergetar.

"Kenapa jadi macam ni? Oden, babah tahu tak?"

"Tahu Tuan Muda. Saya dah call tadi. Dato dalam perjalanan pulang ke Malaysia."

Suria hanya tergumam mendengar soalan Saiful. Satu lagi bala untuknya apabila mendengar Dato Lutfi akan pulang.

"Saiful, awak boleh pura-pura tak tahu. Saya macam mana sekarang?"

"Dia dah sakit, aku nak buat apa lagi?"

"Senangnya awak cakap!"

Saiful beredar daripada Suria sebaik telefon bimbitnya berdering.

Suria merengus. Suara Saiful lembut menjawab panggilan meyakinkan lagi apa yang dia rasa. Jelas sekali lelaki ini punca suaminya tersangkut di dalam wad sekarang.

Beberapa minit kemudian Saiful menghampiri Suria.

"Suria."

Tangan Saiful cuba menyentuh bahu Suria untuk memujuk namun tidak tergapai. Suria lebih dulu beredar menghampiri pembantu abangnya.

"Kenapa aku tengok kau cemas sangat," pujuk Saiful.

"Huh, apa punya soalan awak bagi ke saya?"

Suria masih lagi mundar-mandir di hadapan pembantu peribadi suaminya. Saiful cuba menyentuhnya sekali lagi namun dia tunduk mengelak. Kasutnya dibuka dengan sengaja. Sara menghampiri Oden dengan senyuman tawar.

"Kaki saya sakit guna kasut ni. Boleh awak gantikan yang lain?"

"Baik Puan, saya suruh driver naik hantar kasut baru."

"Suria! Ada benda yang aku nak cakap dengan kau."

Suria berdiri di belakang Oden dan ketawa kecil. "Sebabkan awak, abang awak sekarang ni terlantar dalam tu... sebabkan awak, saya tinggal 6jam nak cerai dengan dia. Sekarang semuanya musnah... dah tak jadi."

"Dia sedar nanti suruh dia ceraikan kau," balas Saiful tanpa rasa bersalah.

"Oden, Oden... kenapa dia bebal sangat. Orang tua tu sakit tak sedar diri. Doktor baru bagitahu saya dia koma," rungut Suria perlahan.

"Suria!"

"Hisyh, bisinglah! Suria, Suria. Mana ada matahari dalam hospital."

Berkerut dahi Saiful mendengar gadis itu merungut. "Suria, sejak bila kau lebihkan dia daripada aku? Aku tahu, sebenarnya kau pun tak nak bercerai dengan dia. Betul tak?"

"Suka hati dia tentukan hidup aku. Bila masa pula aku bagitahu dia aku suka jadi suami abang dia," gumam Suria.

Saiful merengus. Sekali lagi dia meninggikan suaranya memanggil Suria.

"Saya belum pekak lagi. Tak perlu jerit. Saiful, kenapa awak buat dia sakit lagi? Awak ingat saya tak penat ke jaga dia. Abang awak tu sakit tapi banyak kerenahnya. Dah la cerewet, kepala batu, degil, bajet bagus, perasan dia paling romeo walaupun ya."

"Apa dia? Tak dengar?" Terjongket keningnya mendengar luahan hati Suria.

"Tak dengar sudah." Suria memalingkan wajahnya.

"Suria, pandang aku! Dengar dulu, cuba jangan terus melenting."

"Saya melenting tak boleh? Awak melenting sampai orang tua tu jadi macam ni boleh pula? Saiful, saya penat. Awak ingat saya main-main ke selama dua bulan ni?"

Oden hanya diam membisu mendengar bicara Puan Suria mengutuk Tuan Saiful. Dia cuba menganggap dirinya halimunan di antara mereka berdua walaupun kini dia berada di tengah-tengah Puan Suria dan Tuan Muda.

"Suria, aku cuma cakap apa yang patut dengan dia. Dia sendiri cakap dia tak nak ceraikan kau. Aku marah la dia," dalih Saiful cuba meraih simpati.

"Bohong! Mamat poyo dalam tu sendiri cakap dia nak ceraikan saya. Depan Oden dia bagitahu semua tu. Saya tak tahu apa yang awak berdua bincang sampai abang awak pengsan tak sedarkan diri."

"Suria, aku minta maaf. Aku janji dengan kau aku akan selesaikan hal ni."

"Tak nak! Tempoh perjanjian kita dah habis. Awak janji dengan saya dua bulan."

Saiful memandang wajah Oden sedetik. Kepalanya digosok kasar. Wajahnya diraup dan merengus cuba mencari idea memujuk Suria.

"Macam ni... apa kata aku up gaji kau jadi isteri dia selama kau jaga dia."

Suria terdiam. Dia memandang kasut Oden dan tersenyum sinis. "Berapa?"

"Tiga?"

"Lima." Jarinya dihulurkan di bahu Oden ke arah Saiful.

"What?! Kau gila? No!" Saiful memalingkan wajahnya.

Bibirnya dijuihkan. Jarinya bergerak seperti mengira sesuatu. Sedetik kemudian Suria senyum senget.

"Lima. Awak nak saya jadi isteri dia awak kena naikkan. Tak ada... saya keluar dari rumah tu," ugut Suria.

Saiful tergumam. Jauh sudut hatinya berbisik kecil. "Dasar mata duitan perempuan ni."

Suasana sunyi seketika.

Saiful berdecit. "Hmm... aku setuju. Tolong kau jadi isteri abang Sufian lagi. Aku tambah lagi macam yang kau minta."

"Janji!"

"Ya, aku janji."

Senyuman puas terukir di bibir Suria. "Bagus. Oden, saya nak ke surau. Saya belum solat zohor lagi. Ada masalah call saya."

"Baik Puan. Kasut?" soal Oden cemas melihat Puannya hanya berkaki ayam.

"Surau tingkat ni. Tak apa. Ingat Saiful, lima. Awak tak up saya dera abang Soap awak." Sengaja Suria melenggukkan tubuhnya mengejek Saiful.

Jeritannya sungguh menyakitkan hati Saiful. Wajah Oden dipandang sekejap. "Kenapa perangai Puan kau ni makin lama makin pelik?"

Oden hanya mengangkat kedua bahunya. Dia hanya memandang Tuan Muda dengan senyuman sinis.

.
.

Barang di atas meja ditolak kasar. Air matanya berjurai membasahi pipi. Suria menjerit dan melemparkan semua barang yang ada dekatnya ke arah lelaki bersut biru gelap sedang berdiri di hadapannya.

"Suria, sabar! Dengar dulu penjelasan aku."

"Penjelasan apa lagi Saiful! Awak ingat saya ni pekak, buta, tak ada otak boleh fikir?" Suria tertunduk. Tangannya digenggam kemas. Tubuhnya menggigil teruk.

"Aku cuma kahwin dengan dia untuk dapatkan kedudukan aku. Aku janji... aku janji dengan kau... aku akan uruskan penceraian kau dengan abang lepas aku nikah. Habis edah kau boleh bebas kawin dah hidup bahagia macam kita rancang," pujuk Saiful. Dia cuba mendekati Suria dengan perlahan.

Suria mencapai bingkai gambar perkahwinannya dengan Sufian. Dia mengangkat tinggi mahu melempar ke arah Saiful.

"Suria, please! Please! Please... janji... janji... aku tak sentuh dia."

Suria ketawa berdekah-dekah dalam tangisannya. Bingkai gambar di tangannya diletakkan di meja semula. Wajah Sufian di dalam gambar ditenung sedetik. Suria menggeleng dan tersenyum tawar.

"Awak ingat saya bodoh ke Saiful. Dia tak bergerak macam tu ke?"

Wajahnya diraup. Saiful mengeluh. "Suria, ini untuk kebaikan kita juga. Kita sama-sama senang nanti."

Suria menumbuk meja kuat.

"Awak janji dengan saya jadi kakak ipar awak untuk tempoh dua bulan. Abang awak tu dari boleh bercakap sampai dia koma. Awak suruh saya jadi isteri dia... saya ikutkan permainan awak. Saya jaga elok biar dia bersih. Saya tak kisah pun saya ni jadi isteri atas kertas abang awak sebab saya pegang janji kita. Saiful! Hari ni genap empat bulan saya bergelar isteri Sufian, abang kandung awak. Sekarang awak pula nak kahwin!"

Saiful tergumam. Dia menoleh ke arah abangnya di atas katil seketika. Dia menggeleng dan menghampiri Suria agar gadis itu tenang.

"Suria, sabar... sabar... ya, aku tahu tapi tak semudah tu. Babah langsung tak bagi kau cerai dengan abang. Aku nak buat apa lagi?"

Suria meredupkan pandangannya. Mata Saiful ditenung tajam.

"Kau buat lebih sangat. Dia tu aku boleh settlekan tapi ini keputusan babah. Sumpah, aku tak tipu."

Suria menyingsing lengan bajunya dan menghampiri Saiful. Satu tumbukan dihadiahkan ke rusuk adik iparnya.

"Keluar dari bilik ni! Saya tak nak tengok muka awak!"

"Suria!"

"Keluar! Dengar sini ya, mulai hari ni saya nak awak bayar double selama saya jadi isteri Sufian."

"No!"

"Yes. Awak yang upah saya dari awal! Awak lengahkan lagi saya tak teragak-agak up lagi payment. Berambus!" Tubuh lelaki itu ditolak kasar hingga ke muka pintu. Suria menghempas pintu kuat sebaik menjelirkan lidah ke arah Saiful.

Tangannya digenggam kemas. Susuk tubuh suaminya terbaring di katil ditenung tajam. Suria menghampiri lelaki itu dan menepuk dadanya berulang kali. Dia menolak kedua pipi suaminya sesekali dan merengus kasar.

"Awak pun satu... kenapa awak boleh koma. Bangunlah! Selama ni saya jaga awak elok. Awak sendiri bagitahu akan ceraikan saya bila awak baik. Ini bukan baik terus tak boleh bercakap." Kakinya menyepak kerusi. Sengaja dia menghenyak katil kuat saat melabuhkan punggung.

Suria menarik bantal kecil di tepi suaminya dan ditekupkan ke mukanya. "Arghh! Semua salah kau sendiri Suria. Kenapa kau bodoh ikut rancangan lelaki tak guna tu! Arghh!"

"Puan."

"Apa Oden! Awak pun nak kena tumbuk ke?" bentak Suria.

"Eh, bukan! Saya cuma nak bagitahu yang Dato Lutfi nak Puan jumpa dia lepas asar."

Suria mengeluh kasar. Tangannya memukul Kaki suaminya kuat. "Awak tengok tu, babah mesti nak nasihatkan saya lagi. Eee... saya penat! Cepatlah bangun!"

"Soap! Bangunlah! Saya rindu nak gaduh dengan awak macam dulu. Soap... berani awak biarkan adik awak tu buli saya." Pukulan yang awalnya kuat berubah menjadi tangisan. Suria merebahkan tubuhnya di dada suaminya.

"Kenapa semua orang suka ambil kesempatan dengan saya. Apa salah saya? Saya buat semua yang dia suruh. Saya sanggup habiskan hidup saya dengan awak sebab saya percayakan dia."

Suria menarik tangan Sufian dan diletakkan di pipinya. "Bangunlah awak, bagi saya idea. Bangunlah... tolong isteri awak ni."

Suasana sunyi seketika. Baju suaminya ditarik-tarik kecil. Sedetik kemudian Suria tersentak apabila merasai ada tangan menyentuh belakang badannya.

Assalamualaikum, new baby untuk semua. Semoga terhibur. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience